Welcome To My Life...

Saturday, December 14, 2013

WC2014 : Kumpulan H

Assalamualaikum.


Analisis kumpulan demi kumpulan diteruskan dengan kumpulan terakhir, melengkapkan senarai 32 pasukan bertanding.


BELGIUM


Belgium layak pada 11 Oktober 2013 dari pusingan kelayakan konfederasi UEFA selaku pemenang Kumpulan A. Mereka juga diletakkan dalam Mangkuk 1 undian Piala Dunia selaku pilihan. Selepas kali terakhir pada tahun 2002, Belgium akan membuat penampilan ke-12. Generasi emas mereka ini akan cuba memperbaharui pencapaian terbaik tempat keempat pada tahun 1986.

ALGERIA


Algeria juga layak secara automatik pada 19 November 2013 selepas memenangi pusingan ketiga kelayakan benua Afrika. Mereka terikat dengan Burkina Faso 3-3 secara agregat tapi layak melalui peraturan gol di tempat lawan. Algeria akan mewakili Afrika buat kali keempat selepas kali terakhir dalam edisi 2010. Algeria tidak pernah melepasi peringkat kumpulan.

RUSIA


Rusia layak pada 15 Oktober 2013 selaku pemenang kumpulan F untuk menghantar Portugal ke pusingan play-off UEFA. Rusia akan beraksi dalam Piala Dunia buat kali kesepuluh. Kali terakhir adalah di Korea Selatan dan Jepun (edisi 2002). Rusia pernah mendapat tempat keempat pada tahun 1966.

KOREA SELATAN
 


Korea Selatan layak pada 18 Jun 2013. Mereka adalah naib juara Kumpulan A pusingan keempat kelayakan zon Asia. Edisi 2014 adalah kali kesembilan Korea Selatan mewakili Asia ke Piala Dunia selepas kali terakhir dalam edisi 2010. Pencapaian terbaik mereka juga adalah tempat keempat pada tahun 2002.


KONKLUSI

Di atas kertas, Belgium memiliki peluang cerah untuk mara. Generasi emas mereka kini menguasai Liga Perdana Inggeris. Kemungkinan Belgium akan memenangi kumpulan ini. Rusia sangat berpengalaman melepasi peringkat kumpulan. Untuk itu, aku rasa Rusia akan mengiringi Belgium. Tetapi Korea Selatan mampu melakukan kejutan. 



No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif