Welcome To My Life...

Saturday, December 14, 2013

WC2014 : Kumpulan G

Assalamualaikum.


Dua kumpulan saja lagi untuk dianalisis. Kita teruskan dengan Kumpulan G. Satu lagi 'Kumpulan Maut' selepas Kumpulan D.


JERMAN


Jerman layak pada 11 Oktober 2013. Mereka memenangi Kumpulan C dalam pusingan kelayakan zon Eropah untuk kelayakan automatik. Jerman akan membuat penampilan ke-18 selepas edisi 2010. Jerman mempunyai rekod baik dalam Piala Dunia, terutama masa lalu mereka sebagai Jerman Barat. Mereka pernah menjadi juara tiga kali pada tahun 1954, 1974 dan 1990.

PORTUGAL



Portugal layak pada 19 November 2013. Mereka menjadi naib juara kumpulan F dan terpaksa melalui pusingan play-off UEFA. Mereka menewaskan Sweden 4-2 secara agregat dengan kesemua gol Portugal dijaringkan oleh Cristiano Ronaldo dan kedua-dua gol Sweden disumbat oleh Zlatan Ibrahimovic. Selepas kali terakhir pada tahun 2010, Portugal akan membuat penampilan keenam. Pencapaian terbaik mereka adalah tempat ketiga semasa zaman Eusebio pada tahun 1966.

GHANA

 
Ghana layak pada 19 November 2013 selepas membelasah Mesir 7-3 secara agregat dalam pusingan ketiga kelayakan zon Afrika yang dijalankan secara timbal balas. Ghana hanya akan mewakili Afrika buat kali ketiga berturut-turut selepas kali terakhir dalam edisi 2010. Pencapaian terbaik mereka adalah pada tahun 2010 apabila mereka beraksi di suku akhir.

AMERIKA SYARIKAT


Amerika Syarikat layak pada 10 September 2013. Mereka layak secara automatik selaku juara pusingan keempat kelayakan konfederasi CONCACAF. Mereka akan membuat penampilan kesepuluh selepas kali terakhir pada tahun 2010. Dalam edisi pertama Piala Dunia (1930), Amerika Syarikat melakukan pencapaian terbaik mereka, tempat ketiga.


KONKLUSI

Peluang Jerman untuk memenangi kumpulan ini begitu cerah. Walaupun hanya Portugal yang layak selepas melalui pusingan play-off, aku yakin Portugal berpotensi untuk mengiringi Jerman. Amerika Syarikat memiliki peluang yang sangat tipis. Jika ada pasukan yang dapat menyekat kemaraan Portugal, pasukan itu adalah Ghana.


No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif