Welcome To My Life...

Sunday, December 8, 2013

WC2014 : Kumpulan A


Analisis Piala Dunia 2014 dimulakan dengan Kumpulan A.


BRAZIL

Brazil tidak melalui pusingan kelayakan kerana mereka layak secara automatik selaku tuan rumah edisi kali ini. Ini adalah penampilan kali ke-20 buat negara yang masih memegang rekod juara terbanyak. Penampilan terakhir pada edisi 2010. Mereka menjuarai pertandingan lima kali (1958, 1962, 1970, 1994, 2002).

CROATIA


Croatia muncul naib juara Kumpulan A dalam pusingan kelayakan UEFA. Mereka terpaksa mengharungi perlawanan timbal balas dalam play-off UEFA. Mereka layak selepas menewaskan Iceland dengan agregat 2-0. Croatia layak pada 19 November 2013. Edisi 2014 merupakan penampilan keempat untuk Croatia, kali terakhir pada 2006. Pencapaian terbaik mereka adalah tempat ketiga dalam edisi 1998.

MEXICO
 


Mexico menamatkan pusingan keempat kelayakan zon Amerika Utara di tangga keempat. Mereka terpaksa mengharungi play-off antara benua dengan juara zon Oceania, New Zealand. Mexico tidak menghadapi masalah apabila membelasah NZ dengan agregat 9-3 untuk layak pada 20 November 2013. Ini adalah penampilan ke-15 (yang terakhir pada tahun 2010). Pencapaian terbaik Mexico adalah melayakkan diri ke suku akhir pada 1970 dan 1986.

CAMEROON



Cameroon layak pada 17 November 2013 selepas mengatasi Tunisia dengan agregat 4-1 dalam pusingan ketiga kelayakan zon Afrika. Edisi 2014 merupakan penampilan ketujuh buat pasukan ini dengan kali terakhir beraksi pada 2010. Pencapaian terbaik mereka juga adalah pusingan suku akhir dalam edisi 1990.

RAMALAN

Hanya Brazil dan Croatia pernah mara sejauh pusingan separuh akhir. Dan hanya Brazil pernah merasai kenikmatan bergelar juara dalam kumpulan ini. Mexico mungkin dapat mencabar Croatia untuk mara ke pusingan seterusnya mengiringi Brazil. Peluang Cameroon pula sangat tipis.


No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif