Welcome To My Life...

Saturday, June 30, 2018

Previu Pusingan Kedua Piala Dunia FIFA 2018 #2

Assalamualaikum.

Previu Pusingan 16 Terbaik (Bahagian 2)

16 pasukan akan merebut tempat ke pusingan lapan terbaik (suku akhir). Banyak kejutan berlaku menyebabkan beberapa pilihan utama gagal memenangi kumpulan dan meletakkan mereka dalam situasi sukar. Contohnya, Argentina terpaksa berdepan Perancis dalam pusingan kedua. Salah satu daripada dua pilihan utama pertandingan akan disingkirkan.

Berikut adalah carta pusingan kedua sehingga ke perlawanan akhir (tekan gambar untuk saiz besar):


Bracket sebelah kiri boleh dikatakan sangat sukar. Ia melibatkan Portugal (juara Euro 2016) dan tiga lagi pilihan hangat iaitu Perancis, Brazil, dan Belgium. Jika memenangi perlawanan masing-masing, Brazil akan bertembung dengan Belgium di suku akhir. Satu pertembungan yang pastinya sangat menarik antara dua pasukan yang sarat dengan bintang-bintang ternama.

Perancis pastinya mempunyai kelebihan berbanding Argentina. Lionel Messi sudah lama dikatakan mendukung Argentina (one-man team) dan magisnya pasti ditagih. Jika Portugal dan Argentina menang, dua pemain terbaik dunia yang sedang merebut Ballon d'Or, Cristiano Ronaldo dan Messi, akan bertembung di suku akhir. Walaupun ada peluang, kemungkinan kedua-dua pasukan menang adalah tipis.

Berikut adalah previu ringkas untuk lapan perlawanan pusingan kedua:

-----------

Bracket kiri

(1A-2B) Uruguay vs Portugal
Ranking dunia (Oktober '17): 17-3

Jika ranking dunia menjadi ukuran, pastinya Portugal mempunyai kelebihan. Juara Euro 2016 ini diterajui oleh Cristiano Ronaldo yang telah meledak 4 gol termasuk hatrik menentang Sepanyol. Namun harus diingat, Uruguay adalah satu daripada hanya tiga pasukan yang mempunyai rekod kemenangan 100% dan gawang mereka masih tidak dibolosi. Portugal pula sebenarnya hampir disingkirkan oleh Iran dalam perlawanan ketiga. Mampukah pertahanan ampuh Uruguay mengekang Cristiano Ronaldo?

---

(1C-2D) Perancis vs Argentina
Ranking dunia (Oktober '17): 7-4

Pertemuan awal antara dua pasukan yang berada dalam kedudukan 10 terbaik ranking dunia kerana kegagalan Argentina memenangi kumpulan. Perancis berjaya memenangi Kumpulan C tetapi tidak begitu meyakinkan. Perancis dan Argentina menjaringkan tiga gol dalam tiga perlawanan. Ketika pertahanan Perancis lebih utuh dengan hanya dibolosi satu gol, benteng Argentina telah ditembusi lima gol. Apa sekalipun keputusan perlawanan, salah seorang daripada Antoine Griezmann dan Lionel Messi akan tersingkir dari pertandingan.

---

(1E-2F) Brazil vs Mexico
Ranking dunia (Oktober '17): 2-16

Semua parameter menunjukkan kepada kemenangan Brazil. Bukan saja kerana ranking lebih tinggi tetapi juga aksi di Rusia. Brazil mengekalkan rekod bersih tanpa kalah (satu seri) sementara Mexico ditewaskan oleh Sweden dalam perlawanan terakhir kumpulan. Brazil mendominasi kesemua tiga perlawanan yang mereka lalui dengan sentuhan Coutinho membantu kemenangan Brazil dalam semua perlawanan mereka. Hanya keajaiban dapat membantu Mexico untuk menang.

---

(1G-2H) Belgium vs Jepun
Ranking dunia (Oktober '17): 5-44

Sangat berat sebelah. Berdasarkan carta 16 pasukan yang layak di atas, Belgium berada di tangga teratas dan Jepun di kedudukan ke-15. Besar kemungkinan Belgium akan menyerang bertubi-tubi dan Jepun terpaksa bertahan dan mengharapkan serangan kilat. Peluang Belgium untuk mara boleh dikatakan 95%. Jepun pasti berharap mereka dapat mengulangi kejutan ketika menentang Colombia dalam perlawanan pertama. Namun Belgium berada di puncak prestasi dengan Romelu Lukaku berada di tahap prestasi terbaik, begitu juga Kevin De Bruyne dan Eden Hazard.

------

Bracket kanan

(1B-2A) Sepanyol vs Rusia
Ranking dunia (Oktober '17): 8-65

Aneh sekali melihat Rusia berada di atas Sepanyol dalam carta 16 pasukan terbaik. Walaupun berada dalam kumpulan sukar, Sepanyol tidak meyakinkan apabila seri menentang Portugal dan Maghribi. Rusia pula garang menewaskan Arab Saudi dan Mesir sebelum kembali berpijak di bumi dengan kekalahan kepada Uruguay. Rusia akan mendapat sokongan padu daripada penyokong tuan rumah, dan pertahanan Sepanyol kelihatan begitu lemah. Sepanyol sudah dibolosi lima gol, rekod buruk yang dikongsi bersama Argentina.

---

(1D-2C) Croatia vs Denmark
Ranking dunia (Oktober '17): 18-19

Berdasarkan ranking dunia, peluang kedua-dua pasukan seimbang. Namun Croatia berada di kedudukan ke-2 dalam carta 16 pasukan terbaik di atas ketika Denmark hanya di tangga ke-14. Croatia mengejutkan apabila memenangi kumpulan yang turut melibatkan Argentina, malah mereka membelasah Argentina dalam perlawanan kedua. Denmark mungkin mengharapkan kekentalan pertahanan mereka yang hanya dibolosi satu gol, sama seperti Croatia. Peluang Croatia lebih cerah.

---

(1F-2E) Sweden vs Switzerland
Ranking dunia (Oktober '17): 25-11

Sangat mengejutkan untuk Sweden berada dalam perlawanan ini menentang Switzerland. Mereka menyingkirkan Jerman walaupun tewas kepada Jerman dalam perlawanan kedua. Switzerland telah meledak lima gol yang dijaringkan oleh lima pemain berbeza. Kemampuan serangan Switzerland akan menguji benteng Sweden. Gawang Switzerland berjaya dibolosi dalam semua perlawanan peringkat kumpulan.

---

(1H-2G) Colombia vs England
Ranking dunia (Oktober '17): 13-12

Peluang 50-50 untuk kedua-dua pasukan. England mempunyai kelebihan kerana dapat merehatkan pemain-pemain utama dalam perlawanan terakhir kerana telah layak selepas perlawanan kedua tamat. Moral dalam kem Colombia berada di tahap yang tinggi selepas bangkit daripada kekalahan menentang Jepun untuk membenam Poland dan kemudian Senegal. England pastinya lawan yang lebih mencabar dan Colombia akan kehilangan pemain kreatif jika James Rodriguez tidak berjaya pulih daripada kecederaan.

--------------

Ramalan perlawanan suku akhir:

Portugal vs Perancis
Brazil vs Belgium
Sepanyol vs Croatia
Sweden vs England



Previu Pusingan Kedua Piala Dunia FIFA 2018

Assalamualaikum.

Previu Pusingan 16 Terbaik (Bahagian 1)

Separuh daripada 32 pasukan yang bertanding telah disingkirkan, bermakna tinggal 16 pasukan terbaik (dua dari setiap kumpulan) yang akan merebut hak menjadi juara dunia sukan bola sepak bagi edisi ke-21 Piala Dunia.

Selepas 48 perlawanan, 122 gol telah dijaringkan oleh 86 orang pemain (purata 2.54 gol dalam satu perlawanan). Harry Kane (England) mendahului carta penjaring dengan 5 gol, satu gol di depan Romelu Lukaku (Belgium) dan Cristiano Ronaldo (Portugal), dan dua gol di depan Denis Cheryshev (Rusia) dan Diego Costa (Sepanyol). Semua 32 pasukan berjaya menjaringkan sekurang-kurangnya satu gol. Hanya satu perlawanan saja menyaksikan tiada gol dijaringkan (Perancis vs Denmark, 0-0).


Berikut adalah senarai 16 pasukan yang layak dari setiap kumpulan (pemenang diikuti tempat kedua):

Kumpulan A -- Uruguay; Rusia 
Kumpulan B -- Sepanyol; Portugal
Kumpulan C -- Perancis; Denmark
Kumpulan D -- Croatia; Argentina
Kumpulan E -- Brazil; Switzerland
Kumpulan F -- Sweden; Mexico
Kumpulan G -- Belgium; England
Kumpulan H -- Colombia; Jepun

Daripada 16 pasukan ini: 10 pasukan dari benua Eropah (konfederasi UEFA), empat dari benua Amerika Selatan (CONMEBOL), satu dari benua Amerika Utara dan Caribbean (CONCACAF) yang diwakili Mexico, dan satu dari benua Asia (AFC) yang diwakili Jepun. Tiada pasukan Afrika yang akan mewakili benua itu. Berikut adalah analisis pasukan yang layak berbanding jumlah pasukan asal dari setiap konfederasi semasa pertandingan bermula:

AFC: 1 daripada 5
CAF: 0 daripada 5 
CONCACAF: 1 daripada 3
CONMEBOL: 4 daripada 5
UEFA: 10 daripada 14

Penguasaan pasukan-pasukan Eropah ini jelas membuktikan sebab kuota pasukan Eropah jauh lebih besar untuk sistem 32 pasukan dalam Piala Dunia. Jumlah pasukan ini akan dikembangkan kepada 48 pasukan dalam Piala Dunia edisi ke-23 pada tahun 2026 di tiga negara (Amerika Syarikat, Mexico, dan Kanada) 

Berikut adalah carta 16 pasukan yang bersaing di pusingan kedua (ranking dunia pada Oktober 2017 dalam kurungan):


Tiga pasukan iaitu Belgium, Croatia, dan Uruguay mengekalkan rekod kemenangan 100%. Belgium menjaringkan gol paling banyak di peringkat kumpulan (9 gol). Uruguay menjadi satu-satunya pasukan yang masih belum dibolosi sebarang gol tetapi sukar untuk mengukur kekuatan Uruguay yang hanya sekumpulan dengan Mesir, Arab Saudi, dan Rusia.

Terdapat empat pasukan lain yang hanya dibolosi satu gol iaitu Croatia, Brazil, Perancis, dan Denmark. Argentina (ranking ke-5 dunia ketika ini) yang bernasib baik untuk melepasi Kumpulan D menjadi salah satu daripada hanya dua pasukan yang layak ke pusingan 16 terbaik dengan perbezaan gol negatif (gol bolos melebihi gol yang dijaringkan). Jepun pula mengatasi Senegal dalam Kumpulan H kerana mempunyai jumlah kad kuning yang sedikit.

Melihat kepada carta di atas, Belgium, Croatia dan Brazil adalah tiga pilihan hangat. Namun Belgium dan Brazil akan bertembung seawal pusingan suku akhir (jika kedua-duanya menang) kerana berada dalam bracket yang sama.

Pertembungan antara pasukan akan dibicarakan lebih lanjut dalam Bahagian 2.




Friday, June 29, 2018

Sumpahan Juara Dunia Dari Eropah

Assalamualaikum.


Penyingkiran Jerman daripada Piala Dunia FIFA 2018 di Rusia minggu ini menarik perhatian para pemerhati bola sepak dunia kerana ia meneruskan tradisi aneh dalam beberapa edisi terakhir Piala Dunia FIFA. 

Sejak Perancis menewaskan Brazil dalam aksi final di tanah air mereka pada tahun 1998, empat juara bertahan telah tersingkir awal di peringkat kumpulan pada edisi seterusnya. Dan hal yang lebih menarik adalah kesemua empat juara bertahan itu dari benua Eropah. 

Perancis (juara 1998, peringkat kumpulan 2002)
Itali (juara 2006, peringkat kumpulan 2010)
Sepanyol (juara 2010, peringkat kumpulan 2014)
Jerman (juara 2014, peringkat kumpulan 2018)

Satu-satunya juara bertahan yang terselamat adalah Brazil (juara 2002) yang mara ke suku akhir dalam edisi 2006 sebelum disingkirkan oleh Perancis. Sumpahan juara dunia dari Eropah ini telah memasuki edisi ketiga berturut-turut sejak Itali (2006). 

Memegang status juara dunia seperti menanggung gunung di atas bahu. Mungkin saja tekanan mengenai 'sumpahan juara' ini telah mempengaruhi mentaliti para pemain skuad Itali, Sepanyol, dan Jerman.

Mungkin hanya satu kebetulan. Apa yang pasti, Piala Dunia FIFA akan menyaksikan juara baru ditabalkan. Dan juara ini perlu menafikan sumpahan ini pada edisi seterusnya.

Wallahua'lam. 



Wednesday, June 27, 2018

Menjelang Piala Dunia - Siri 4

Assalamualaikum.

Hanya tinggal lapan lagi pasukan untuk melengkapkan previu 32 pasukan yang akan diketahui nasib mereka apabila sepak mula Piala Dunia dilakukan pada 14 Jun nanti. 

-------


KUMPULAN G

(1) BELGIUM
Konfederasi -- UEFA
Penampilan lalu -- 12
Ranking dunia (Oktober '17) -- 5
Status layak -- pemenang Kumpulan H UEFA (automatik)
Penjaring terbanyak kelayakan -- Romelu Lukaku (11 gol)
Penjaring terbanyak pasukan -- Romelu Lukaku (36 gol)
Kaps terbanyak -- Jan Vertonghen (102)
Pemain paling tua -- Thomas Vermaelen (32 tahun 7 bulan)
Pemain paling muda -- Youri Tielemans (21 tahun 1 bulan)

(2) PANAMA
Konfederasi -- CONCACAF
Penampilan lalu -- 0 (penampilan sulung)
Ranking dunia (Oktober '17) -- 49
Status layak -- ke-3 pusingan kelima CONCACAF (automatik)
Penjaring terbanyak kelayakan -- Gabriel Torres; Roman Torres (2 gol)
Penjaring terbanyak pasukan -- Blas Perez; Luis Tejada (43 gol)
Kaps terbanyak -- Gabriel Gomez (144)
Pemain paling tua -- Felipe Baloy (37 tahun 3 bulan)
Pemain paling muda -- Jose Luis Rodriguez (20 tahun)

(3) TUNISIA
Konfederasi -- CAF
Penampilan lalu -- 4
Ranking dunia (Oktober '17) -- 28
Status layak -- pemenang Kumpulan A pusingan ketiga CAF (automatik)
Penjaring terbanyak kelayakan -- Youssef Msakni (3 gol)
Penjaring terbanyak pasukan -- Wahbi Khazri (12 gol)
Kaps terbanyak -- Aymen Mathlouthi (70)
Pemain paling tua -- Aymen Mathlouthi (33 tahun 9 bulan)
Pemain paling muda -- Bassem Srarfi (21 tahun)

(4) ENGLAND
Konfederasi -- UEFA
Penampilan lalu -- 14 (juara 1 kali)
Ranking dunia (Oktober '17) -- 12
Status layak -- pemenang Kumpulan F UEFA (automatik)
Penjaring terbanyak kelayakan -- Harry Kane (5 gol)
Penjaring terbanyak pasukan -- Danny Welbeck (16 gol)
Kaps terbanyak -- Gary Cahill (60)
Pemain paling tua -- Ashley Young (32 tahun 11 bulan)
Pemain paling muda -- Trent Alexander-Arnold (19 tahun 8 bulan)

Perlawanan pembukaan -- Belgium vs Panama (18 Jun, 11 malam)
Ramalan ke pusingan kedua -- BELGIUM & ENGLAND

-------


KUMPULAN H

(1) POLAND
Konfederasi -- UEFA
Penampilan lalu -- 7
Ranking dunia (Oktober '17) -- 6
Status layak -- pemenang Kumpulan E UEFA (automatik)
Penjaring terbanyak kelayakan -- Robert Lewandowski (16 gol)
Penjaring terbanyak pasukan -- Robert Lewandowski (55 gol)
Kaps terbanyak -- Jakub Blaszczykowski (99)
Pemain paling tua -- Slawomir Peszko (33 tahun 4 bulan)
Pemain paling muda -- Dawid Kownacki (21 tahun 3 bulan)

(2) SENEGAL
Konfederasi -- CAF
Penampilan lalu -- 1
Ranking dunia (Oktober '17) -- 32
Status layak -- pemenang Kumpulan D pusingan ketiga CAF (automatik)
Penjaring terbanyak kelayakan -- Cheikh N'Doye; Diafra Sakho (2 gol)
Penjaring terbanyak pasukan -- Moussa Sow (18 gol)
Kaps terbanyak -- Idrissa Gueye (61)
Pemain paling tua -- Khadim N'Diaye (33 tahun 2 bulan)
Pemain paling muda -- Moussa Wague (19 tahun 8 bulan)

(3) COLOMBIA
Konfederasi -- CONMEBOL
Penampilan lalu -- 5
Ranking dunia (Oktober '17) -- 13
Status layak -- ke-4 round-robin CONMEBOL (automatik)
Penjaring terbanyak kelayakan -- James Rodriguez (6 gol)
Penjaring terbanyak pasukan -- Radamel Falcao (29 gol)
Kaps terbanyak -- David Ospina (86)
Pemain paling tua -- Farid Diaz (34 tahun 11 bulan)
Pemain paling muda -- Davinson Sanchez (22 tahun)

(4) JEPUN
Konfederasi -- AFC
Penampilan lalu -- 5
Ranking dunia (Oktober '17) -- 44
Status layak -- pemenang Kumpulan B pusingan ketiga AFC (automatik)
Penjaring terbanyak kelayakan -- Keisuke Honda (7 gol)
Penjaring terbanyak pasukan -- Shinji Okazaki (50 gol)
Kaps terbanyak -- Shinji Okazaki (113)
Pemain paling tua -- Eiji Kawashima (35 tahun 3 bulan)
Pemain paling muda -- Kosuke Nakamura (23 tahun 3 bulan)

Perlawanan pembukaan -- Colombia vs Jepun (19 Jun, 8 malam)
Ramalan ke pusingan kedua -- POLAND & COLOMBIA

-----------------------

Fakta -- Kumpulan H adalah satu-satunya kumpulan dalam Piala Dunia 2018 yang tidak memiliki bekas pemenang Piala Dunia. 


Menjelang Piala Dunia - Siri 3

Assalamualaikum.

Kekuatan enam belas pasukan yang akan mencabar dalam saingan Piala Dunia 2018 sudah dibicarakan dalam dua siri sebelum ini. Siri 3 akan menyambung previu Piala Dunia di Rusia dengan lapan lagi pasukan dalam Kumpulan E dan F. 

-------


KUMPULAN E

(1) BRAZIL
Konfederasi -- CONMEBOL
Penampilan lalu -- 20 [semua] (juara 5 kali)
Ranking dunia (Oktober '17) -- 2
Status layak -- pemenang round-robin CONMEBOL (automatik)
Penjaring terbanyak kelayakan -- Gabriel Jesus (7 gol)
Penjaring terbanyak pasukan -- Neymar (55 gol)
Kaps terbanyak -- Neymar (85)
Pemain paling tua -- Miranda (33 tahun 9 bulan)
Pemain paling muda -- Gabriel Jesus (21 tahun 2 bulan)

(2) SWITZERLAND
Konfederasi -- UEFA
Penampilan lalu -- 10
Ranking dunia (Oktober '17) -- 11
Status layak -- ke-2 Kumpulan B UEFA; kalahkan Ireland Utara 1-0 pusingan kedua UEFA
Penjaring terbanyak kelayakan -- Haris Seferovic (4 gol)
Penjaring terbanyak pasukan -- Xherdan Shaqiri (20 gol)
Kaps terbanyak -- Stephan Lichtsteiner (100)
Pemain paling tua -- Stephan Lichtsteiner (34 tahun 5 bulan)
Pemain paling muda -- Breel Embolo (21 tahun 4 bulan)

(3) COSTA RICA
Konfederasi -- CONCACAF
Penampilan lalu -- 4
Ranking dunia (Oktober '17) -- 22
Status layak -- ke-2 pusingan kelima CONCACAF (automatik)
Penjaring terbanyak kelayakan -- Christian Bolanos; Marco Urena (4 gol)
Penjaring terbanyak pasukan -- Bryan Ruiz (24 gol)
Kaps terbanyak -- Celso Borges (113)
Pemain paling tua -- Patrick Pemberton (36 tahun 1 bulan)
Pemain paling muda -- Ian Smith (20 tahun 3 bulan)

(4) SERBIA
Konfederasi -- UEFA
Penampilan lalu -- 11
Ranking dunia (Oktober '17) -- 38
Status layak -- pemenang Kumpulan D UEFA (automatik)
Penjaring terbanyak kelayakan -- Aleksandar Mitrovic (6 gol)
Penjaring terbanyak pasukan -- Aleksandar Mitrovic (16 gol)
Kaps terbanyak -- Branislav Ivanovic (103)
Pemain paling tua -- Vladimir Stojkovic (34 tahun 10 bulan)
Pemain paling muda -- Luka Jovic (20 tahun 5 bulan)

Perlawanan pembukaan -- Costa Rica vs Serbia (17 Jun, 8 malam)
Ramalan ke pusingan kedua -- BRAZIL & SWITZERLAND

-------


KUMPULAN F

(1) JERMAN
Konfederasi -- UEFA
Penampilan lalu -- 18 (juara 4 kali)
Ranking dunia (Oktober '17) -- 1
Status layak -- pemenang Kumpulan C UEFA (automatik)
Penjaring terbanyak kelayakan -- Thomas Muller; Sandro Wagner (5 gol)
Penjaring terbanyak pasukan -- Thomas Muller (38 gol)
Kaps terbanyak -- Thomas Muller (91)
Pemain paling tua -- Mario Gomez (32 tahun 11 bulan)
Pemain paling muda -- Julian Brandt (22 tahun 1 bulan)

(2) MEXICO
Konfederasi -- CONCACAF
Penampilan lalu -- 15
Ranking dunia (Oktober '17) -- 16
Status layak -- pemenang pusingan kelima CONCACAF (automatik)
Penjaring terbanyak kelayakan -- Hirving Lozano (4 gol)
Penjaring terbanyak pasukan -- Javier Hernandez (49 gol)
Kaps terbanyak -- Andres Guardado; Rafael Marquez (145)
Pemain paling tua -- Rafael Marquez (39 tahun 4 bulan)
Pemain paling muda -- Edson Alvarez (20 tahun 7 bulan)

(3) SWEDEN
Konfederasi -- UEFA
Penampilan lalu -- 11
Ranking dunia (Oktober '17) -- 25
Status layak -- ke-2 Kumpulan A UEFA; kalahkan Itali 1-0 pusingan kedua UEFA
Penjaring terbanyak kelayakan -- Marcus Berg (8 gol)
Penjaring terbanyak pasukan -- Marcus Berg (18 gol)
Kaps terbanyak -- Sebastian Larsson (100)
Pemain paling tua -- Andreas Granqvist (33 tahun 2 bulan)
Pemain paling muda -- Emil Krafth (23 tahun 10 bulan)

(4) REPUBLIK KOREA
Konfederasi -- AFC
Penampilan lalu -- 9
Ranking dunia (Oktober '17) -- 62
Status layak -- ke-2 Kumpulan A pusingan ketiga AFC (automatik)
Penjaring terbanyak kelayakan -- Son Heung-Min (7 gol)
Penjaring terbanyak pasukan -- Son Heung-Min (21 gol)
Kaps terbanyak -- Ki Sung-Yueng (102)
Pemain paling tua -- Lee Yong (31 tahun 5 bulan)
Pemain paling muda -- Lee Seung-Woo (20 tahun 5 bulan)

Perlawanan pembukaan -- Jerman vs Mexico (17 Jun, 11 malam)
Ramalan ke pusingan kedua -- JERMAN & MEXICO

-------------------------

Fakta -- Brazil masih menjadi pemenang Piala Dunia terbanyak dalam sejarah (5 kali). 


 

Tuesday, June 26, 2018

Piala Dunia 2018: Rating Peringkat Kumpulan

Assalamualaikum.

Berakhirnya perlawanan ketiga dalam Kumpulan H bermakna sempurna sudah peringkat kumpulan untuk Piala Dunia FIFA edisi ke-21 di Rusia. 

Berikut adalah rating setiap pasukan dalam semua lapan kumpulan.

-------


URUGUAY -- 7/10
Hanya menang tipis dalam dua perlawanan awal menentang Mesir dan Arab Saudi. Bangkit menang bergaya ke atas tuan rumah dalam perlawanan menentukan juara kumpulan. Tidak melepaskan sebarang gol memberikan mereka rating yang tinggi.

RUSIA -- 6.5/10
Kejutan daripada Rusia dengan ranking terendah dalam kumpulan. Mendapat sokongan padu selaku tuan rumah, Rusia garang membelasah Arab Saudi dan membenam Mesir. Namun, kecundang dalam ujian sebenar menentang Uruguay.

ARAB SAUDI -- 3/10
Bermula dengan dibelasah oleh tuan rumah, mereka kemudian tewas tipis kepada Uruguay. Gol lewat memberikan kemenangan dalam perlawanan pelengkap jadual menentang Mesir.

MESIR -- 1/10
Ranking dunia kedua terbaik dalam kumpulan ini. Tewas semua perlawanan. Kedua-dua gol dijaringkan oleh Mohamed Salah. Persembahan yang sangat buruk.

------


SEPANYOL -- 6/10
Bernasib baik memenangi kumpulan di hari terakhir dalam satu kumpulan yang penuh dengan detik 'roller coaster'. Diikat Portugal menerusi gol lewat Ronaldo. Menang tipis menentang Iran. Bangkit dua kali dalam perlawanan terakhir menentang Maghribi menunjukkan karakter sang juara.

PORTUGAL -- 5/10
Memulakan Piala Dunia selaku juara Euro 2016 dan berada di ranking keempat dunia tidak membantu Portugal. Mengharapkan hatrik Cristiano Ronaldo untuk seri dengan Sepanyol. Berhempas-pulas sebelum menang tipis menentang Maghribi. Mensia-siakan peluang memenangi kumpulan apabila membenarkan Iran mendapat gol penyamaan, dan begitu hampir untuk tersingkir.

IRAN -- 7/10
Rating tinggi untuk pasukan dari benua Asia ini. Gol lewat membantu mereka menewaskan Maghribi. Tewas tipis ketika menentang Sepanyol. Bangkit untuk mengikat Portugal dan hampir layak ke pusingan kedua jika Mehdi Taremi tidak mensia-siakan peluang keemasan dalam masa kecederaan.

MAGHRIBI -- 4/10
Persembahan yang boleh dibanggakan. Tewas kepada Iran menerusi gol sendiri dalam masa kecederaan. Hanya tewas tipis kepada Portugal. Mendahului Sepanyol dua kali tetapi dinafikan kemenangan bersejarah apabila Iago Aspas menjaringkan gol penyamaan.

------


*Satu kumpulan yang aneh -- sejumlah 9 gol saja dijaringkan oleh kesemua empat pasukan.

PERANCIS -- 6.5/10
Antara pilihan utama edisi kali ini, satu pasukan penuh dengan nama-nama besar. Mengekalkan rekod tanpa kalah dalam peringkat kumpulan. Perancis hanya menjaringkan tiga gol, satu saja lebih daripada tiga pasukan yang lain tapi sudah cukup untuk mereka menjuarai kumpulan. Gawang mereka hanya dibolosi sekali dan tidak dibolosi dalam dua perlawanan yang lain.

DENMARK -- 6/10
Boleh berbangga mereka mengatasi Peru yang mempunyai ranking dunia lebih tinggi dalam kejayaan mengiringi Perancis ke pusingan kedua. Bermula menang tipis menentang Peru, Denmark hanya mampu seri berdepan Australia merendahkan rating mereka. Berjaya mengikat Perancis tanpa jaringan dalam aksi terakhir walaupun hanya membiarkan Perancis mendominasi permainan. Aneh sekali mereka layak dengan hanya menjaringkan dua gol sahaja, tetapi juga tidak dibolosi dalam dua perlawanan.

PERU -- 3/10
Peru hanya tewas tipis kepada Denmark dan Perancis dalam dua perlawanan pertama, tetapi itu sudah cukup untuk menyingkirkan mereka. Kekalahan kepada Denmark adalah kunci kegagalan. Bangkit untuk membenam Australia tanpa dibolosi dalam perlawanan terakhir untuk sedikit menceriakan penampilan semula di pentas Piala Dunia sejak 1982.

AUSTRALIA -- 3.5/10
Memulakan saingan dengan ranking dunia jauh lebih rendah berbanding tiga pasukan lain, Australia bermain dengan tekanan yang rendah. Tewas tipis kepada Perancis dalam perlawanan pertama diikuti kejayaan mengikat Denmark. Misi mesti menang (aka misi mustahil) menentang Peru dalam perlawanan terakhir tidak tercapai ketika mereka mengharapkan kekalahan Denmark kepada Perancis. Kedua-dua gol Australia dalam edisi kali ini hasil sepakan penalti Mile Jedinak.

------


CROATIA -- 9.5/10
Satu persembahan yang cukup gemilang daripada skuad bimbingan Zlatko Dalic. Mengekalkan rekod sempurna 100%. Selain tidak dibolosi dalam dua perlawanan pertama, Croatia juga mencuri perhatian dunia apabila membelasah Argentina tiga gol tanpa balas dalam perlawanan kedua dan sepatutnya menjaringkan lebih banyak gol. Croatia hanya menang tipis menentang Iceland dalam perlawanan terakhir, tetapi mereka melakukannya dengan merehatkan hampir keseluruhan pasukan utama! Prestasi cemerlang ini meletakkan Croatia dilihat sebagai pencabar kepada pilihan-pilihan utama yang lain.

ARGENTINA -- 2/10
Prestasi sangat buruk daripada nama besar seperti Argentina yang jelas terlalu mengharapkan sentuhan magis daripada salah seorang pemain terbaik dunia sepanjang zaman, Lionel Messi. Bermula dengan diikat oleh Iceland, Argentina kemudian dibelasah oleh Croatia. Mereka turun dalam perlawanan terakhir dengan hanya tiga mata dapat melayakkan mereka ke pusingan seterusnya. Jaringan lewat Marcos Rojo menceriakan semua peminat Argentina ketika mereka sangat hampir untuk disingkirkan oleh Nigeria. Mungkin menjadi satu-satunya pasukan yang layak ke pusingan kedua dengan negatif perbezaan gol (lebih banyak gol membolosi gawang berbanding gol mereka). 

NIGERIA -- 4.5/10
Ranking paling rendah dalam kumpulan ini. Bermula dengan tewas kepada Croatia. Nigeria menundukkan Iceland dalam perlawanan kedua untuk berada dalam situasi menang-atau-seri menentang Argentina. Malangnya, selepas Victor Moses menyamakan kedudukan, mereka dibolosi gol lewat permainan yang menyaksikan mereka tersingkir. Persembahan yang boleh dibanggakan.

ICELAND -- 2/10
Memulakan kempen dengan kejayaan mengikat Argentina. Namun, rentak itu gagal diteruskan apabila tewas kepada Nigeria. Tewas kali kedua dalam perlawanan terakhir kepada Croatia yang hanya menurunkan pasukan simpanan. Debut di Piala Dunia yang ingin dilupakan bagi negara kecil ini.

------


BRAZIL -- 8/10
Memenangi kumpulan seperti dijangka dengan rekod bersih tanpa kekalahan. Memulakan aksi dengan seri menentang Switzerland di ranking ke-6 dunia walaupun mereka menjaringkan gol pendahuluan. Memenangi dua baki perlawanan dengan dua gol tanpa balas. Mendominasi ketiga-tiga perlawanan. Dua kali gawang mereka tidak dibolosi. Coutinho menjadi watak penting dengan dua gol dan satu bantuan gol. 

SWITZERLAND -- 6.5/10
Berada di ranking keenam dunia, Switzerland tidak mencapai standard yang diharapkan daripada mereka. Memulakan kempen dengan cemerlang dengan kejayaan mengikat Brazil. Switzerland menunjukkan karakter sang juara dengan gol lewat untuk menewaskan Serbia. Namun kegagalan mengatasi Costa Rica dalam perlawanan terakhir ketika dibolosi dua gol merendahkan rating mereka. Para pemain Switzerland tiada masalah menjaringkan gol (lima gol daripada lima pemain berbeza). Fakta ini mungkin membantu mereka untuk mara lebih jauh.

SERBIA -- 6.5/10
Pasukan dengan ranking terendah dalam kumpulan ini. Bukan mudah untuk berada dalam satu kumpulan dengan Brazil dan Switzerland. Serbia memulakan kempen dengan kemenangan tipis menentang Costa Rica dan tidak dibolosi. Mereka hampir mengutip satu mata dalam perlawanan kedua menentang Switzerland tetapi dihampakan oleh gol lewat Xherdan Shaqiri. Serbia bertahan dengan baik ketika menentang Brazil (ranking kedua dunia) tetapi Brazil berjaya mencari jalan untuk menembusi benteng mereka. Serbia boleh pulang dengan rasa bangga. 

COSTA RICA -- 5/10
Bermula dengan langkah kiri apabila tewas tipis kepada Serbia yang di ranking dunia lebih rendah. Mereka nyaris mengikat Brazil dalam perlawanan kedua tetapi dibolosi dua gol lewat dalam masa kecederaan babak kedua. Costa Rica menamatkan saingan dengan mencuri satu mata dari Switzerland. Sepakan penalti lewat permainan daripada Bryan Ruiz terkena palang dan melantun ke kepala penjaga gol, Yann Sommer untuk menyamakan kedudukan dan memberikan rating lebih terpuji. 


------


SWEDEN -- 8/10
Sweden menafikan semua ramalan sebelum saingan bermula apabila memenangi kumpulan yang melibatkan dua pasukan dengan ranking lebih tinggi termasuk pasukan nombor satu dunia dan juara bertahan, Jerman. Sweden memulakan saingan dengan kemenangan tipis mengatasi Korea Selatan. Sweden hampir mencuri satu mata daripada Jerman dalam perlawanan kedua tetapi dinafikan oleh sepakan percuma lewat daripada Toni Kroos. Sweden mesti menang dalam perlawanan terakhir untuk layak ke pusingan kedua dan mereka melakukannya dengan bergaya, membenam Mexico tiga gol tanpa balas. Persembahan Sweden wajar dipuji. Dua perlawanan tanpa dibolosi sebarang gol. Mereka bersedia untuk pusingan seterusnya. 

MEXICO -- 6/10
Mexico memulakan kempen dengan sempurna apabila menang tipis mengatasi juara bertahan, Jerman. Mereka meneruskan rentak kemenangan dengan menewaskan Korea Selatan sekali gus menyingkirkan pasukan dari benua Asia itu. Memasuki perlawanan terakhir, ramai meramalkan Mexico akan mengatasi Sweden dan muncul juara kumpulan. Malangnya, perkara sebaliknya berlaku dan mereka dibelasah 3-0 menyebabkan rating mereka hanya di tahap sederhana. 

KOREA SELATAN -- 4/10
Berstatus pasukan dengan ranking dunia paling rendah dalam kumpulan ini, Korea Selatan tewas seperti dijangka dalam dua perlawanan awal menentang Sweden dan Mexico. Namun mereka hanya kalah dengan perbezaan satu gol sahaja. Persembahan Korea Selatan dalam perlawanan terakhir menentang Jerman pastinya paling mengejutkan dan akan diingati dalam sejarah Piala Dunia. Dua gol lewat dalam masa kecederaan menyingkirkan juara bertahan untuk meneruskan 'sumpahan'.

JERMAN -- 2/10
Entah apa yang tidak kena, pasukan di takhta ranking dunia dan juga juara bertahan kecundang dan disingkirkan di tempat tercorot apabila mencatat dua kekalahan. Tewas mengejut kepada Mexico dalam perlawanan sulung, Jerman bangkit dengan karakter hebat untuk menewaskan Sweden menerusi gol lewat permainan. Mengetahui hanya kemenangan akan melayakkan mereka, armada Jerman mengasak kubu Korea Selatan bertubi-tubi tetapi tidak berhasil. Kekalahan kepada Korea Selatan bermakna Jerman menamatkan saingan di kedudukan terakhir.

------


BELGIUM -- 9/10
Ketika pasukan pilihan lain bergelut mencari rentak, Belgium memberikan amaran kepada semua pilihan utama. Memulakan cabaran mereka dengan membenam Panama, Belgium meneruskan kecemerlangan dengan membelasah Tunisia. Penentuan pemenang kumpulan dengan England dalam perlawanan terakhir terganggu dengan kemungkinan bertemu Brazil di suku akhir ketika kedua-dua pengurus pasukan menurunkan barisan kedua sahaja. Belgium menang tipis untuk menjuarai kumpulan dan mengekalkan rekod 100%. Prestasi cemerlang Romelu Lukaku dalam dua perlawanan awal pastinya menggembirakan penyokong Belgium.

ENGLAND -- 8.5/10
Bergelut dalam perlawanan pertama apabila terpaksa menanti jaringan lewat daripada Harry Kane untuk menewaskan Tunisia. Mereka garang dalam perlawanan kedua, membelasah Panama untuk menjadi antara pasukan terawal mara ke pusingan kedua selepas dua perlawanan pertama (bersama Belgium). Walaupun tewas dalam perlawanan terakhir, ia tidak boleh dijadikan ukuran kerana kedua-dua pasukan menurunkan barisan simpanan. Kekalahan kepada Belgium hanya bermakna England tidak mempunyai barisan simpanan yang cukup kuat.

TUNISIA -- 4/10
Pastinya kecewa dalam perlawanan pertama kerana begitu hampir untuk berjaya mengikat England tetapi dinafikan gol lewat. Tunisia meledak dua gol menentang Belgium tetapi dibolosi lima gol. Kemenangan tipis dalam perlawanan terakhir menentang Panama sekadar pengubat duka untuk mereka. 

PANAMA -- 1/10 
Berada sekumpulan dengan Belgium dan England, tiada harapan tinggi diletakkan kepada pasukan dengan ranking dunia terendah dalam kumpulan ini yang membuat penampilan sulung di Piala Dunia. Panama tewas kesemua perlawanan termasuk tewas dengan jumlah jaringan besar kepada Belgium dan England. Gol pertama mereka di Piala Dunia ketika menentang England diraikan dengan begitu meriah. Mungkin terpaksa menanti lama untuk kembali semula ke pentas Piala Dunia.

------


COLOMBIA -- 7.5/10
Jika mengambil kira hakikat mereka tewas perlawanan pertama, pastinya menakjubkan bagaimana mereka berjaya memenangi kumpulan ini selepas tamat saingan peringkat kumpulan. Colombia dikejutkan oleh Jepun dalam perlawanan pertama. Bertemu Poland dalam perlawanan seterusnya, tidak sukar untuk menjangka nasib mereka akan bertambah buruk. Sebaliknya berlaku, mereka mengejutkan Poland dengan kemenangan selesa. Mereka mesti menang dalam perlawanan terakhir menentang Senegal untuk layak ke pusingan kalah mati dan mereka berjaya. Kebangkitan ini menunjukkan karakter hebat dalam pasukan Colombia.

JEPUN -- 7.5/10
Memiliki ranking dunia paling rendah dalam kumpulan, Jepun memulakan kempen dengan mengejutkan Colombia. Kemudian, Jepun berjaya mengikat Senegal untuk terus berada di puncak kumpulan. Memasuki perlawanan terakhir, Jepun begitu bersemangat tetapi ia tidak berlaku seperti yang diharapkan. Gawang mereka dibolosi dan mereka sekadar bertahan untuk memastikan gawang tidak dibolosi lagi. Jepun layak kerana memiliki jumlah kad kuning yang sedikit walaupun berkongsi mata, jumlah jaringan, dan jumlah bolos yang sama dengan Senegal. Walaupun layak dengan tuah sebegitu, pujian harus diberikan kepada Jepun yang melalui tiga perlawanan tanpa menerima banyak kad kuning.

SENEGAL -- 5.5/10
Boleh merasakan mereka bernasib malang untuk tersingkir selepas memulakan pertandingan dengan bergaya. Menang perlawanan pertama menentang Poland, Senegal kemudian seri dengan Jepun untuk berkongsi takhta kumpulan. Jika berjaya seri menentang Colombia dalam perlawanan terakhir, Senegal akan memenangi kumpulan dan diiringi oleh Colombia (Jepun tersingkir). Malang sekali mereka gagal menyamakan kedudukan selepas Colombia mendahului. Terpaksa akur untuk disingkirkan kerana menerima lebih banyak kad kuning berbanding Jepun. 

POLAND -- 2/10
Walau bagaimana sekalipun cara Poland melihat kempen edisi kali ini, ia satu kegagalan. Hanya juara kumpulan selayaknya untuk Poland dengan ranking dunia paling tinggi. Malangnya, Poland bermula dengan buruk apabila dikejutkan oleh Senegal. Mereka bertembung dengan Colombia (yang juga tewas perlawanan pertama) dalam perlawanan berikutnya. Mereka dibelasah oleh Colombia dan tersingkir. Kemenangan tipis menentang Jepun dalam perlawanan terakhir hanya sekadar sagu hati kerana Jepun juga hanya membiarkan Poland mengutip tiga mata.

------------------

Edisi ke-21 Piala Dunia menyaksikan beberapa kejutan besar berlaku. Daripada 8 kumpulan, hanya empat pasukan dengan ranking paling tinggi dalam setiap kumpulan berjaya memenangi kumpulan masing-masing: Uruguay (Kumpulan A), Perancis (C), Brazil (E), dan Belgium (G).

Portugal (Kumpulan B) dan Argentina (D) dengan ranking tertinggi dalam kumpulan sekadar menjadi naib juara. Argentina sangat bernasib baik kerana gol lewat menyelamatkan mereka daripada disingkirkan oleh Nigeria.

Jerman (Kumpulan F) dan Poland (H) yang berstatus pasukan terbaik dalam kumpulan telah tersingkir, malah mendapat tempat tercorot. Jerman meneruskan sumpahan juara dunia dari Eropah yang bermula pada edisi 2002 di Korea Selatan dan Jepun. 



Wednesday, June 13, 2018

Road to Russia

Assalamualaikum.

Pasukan-pasukan yang akan bertanding di Rusia bermula 14 Jun ini sibuk memanaskan badan dan menguji pemain sebelum pertandingan sebenar bermula.


Berikut adalah keputusan perlawanan persahabatan menjelang sepak mula Piala Dunia 2018. Perlawanan-perlawanan ini adalah seperti yang dilaporkan di halaman Facebook rasmi Piala Dunia FIFA. Perlawanan persahabatan tertutup tidak dicatatkan di sini.

Pasukan dengan tulisan bold dan italic (kumpulan dalam kurungan) akan beraksi di Piala Dunia.

-------

(27-30 Mei)
(F) Republik Korea 2-0 Honduras
(D) Nigeria 1-1 Congo
Turki 2-1 Iran (B)
Itali 2-1 Arab Saudi (A)
(B) Portugal 2-2 Tunisia (G)
(C) Perancis 2-0 Republik Ireland
(H) Jepun 0-2 Ghana
Austria 1-0 Rusia (A)
(B) Maghribi 0-0 Ukraine

-------

(1 Jun)
(F) Republik Korea 1-3 Bosnia dan Herzegovina
(C) Australia 4-0 Republik Czech
(G) Tunisia 2-2 Turki
(C) Perancis 3-1 Itali
(A) Mesir 0-0 Colombia (H)

(2 Jun)
(G) England 2-1 Nigeria (D)
Austria 2-1 Jerman (F)
(F) Sweden 0-0 Denmark (C)
(G) Belgium 0-0 Portugal (B)
(D) Iceland 2-3 Norway
(F) Mexico 1-0 Scotland

(3 Jun)
(E) Brazil 2-0 Croatia (D)
(E) Costa Rica 3-0 Ireland Utara
(A) Arab Saudi 0-3 Peru (C)
(B) Sepanyol 1-1 Switzerland (E)

(4 Jun)
(B) Maghribi 2-1 Slovakia
(E) Serbia 0-1 Chile

(5 Jun)
(A) Rusia 1-1 Turki

(6 Jun)
(D) Nigeria 0-1 Republik Czech
Norway 1-0 Panama (G)
(G) Belgium 3-0 Mesir (A)

(7 Jun)
(F) Republik Korea 0-0 Bolivia
(G) England 2-0 Costa Rica (E)
(B) Portugal 3-0 Algeria
(D) Iceland 2-2 Ghana
(A) Uruguay 3-0 Uzbekistan

(8 Jun)
(D) Croatia 2-1 Senegal (H)
(F) Jerman 2-1 Arab Saudi (A)
(H) Poland 2-2 Chile
(E) Switzerland 2-0 Jepun (H)

(9 Jun)
Hungary 1-2 Australia (C)
(E) Serbia 5-1 Bolivia
(G) Tunisia 0-1 Sepanyol (B)
Estonia 1-3 Maghribi (B)
(C) Denmark 2-0 Mexico (F)
(C) Perancis 1-1 Amerika Syarikat
(F) Sweden 0-0 Peru (C)

(10 Jun)
Austria 0-3 Brazil (E)

(11 Jun)
(G) Belgium 4-1 Costa Rica (E)

(12 Jun)
(H) Jepun 4-2 Paraguay
(H) Poland 4-0 Lithuania

--------

Kumpulan A
Rusia (2) -- kalah Austria 0-1; seri Turki 1-1
Arab Saudi (3) -- kalah Itali 1-2; kalah Peru (C) 0-3; kalah Jerman (F) 1-2
Mesir (2) -- seri Colombia (H) 0-0; kalah Belgium (G) 0-3
Uruguay (1) -- menang Uzbekistan 3-0

Rating -- Rusia (3/10); Arab Saudi (2/10); Mesir (4/10); Uruguay (6/10)

Rusia tidak mencatat kemenangan dalam dua perlawanan, seri dan tewas kepada dua pasukan yang tidak layak ke Piala Dunia. Arab Saudi pula tewas tiga perlawanan, dua daripadanya menentang pasukan Piala Dunia termasuk juara bertahan (Jerman). Mesir beraksi dalam dua perlawanan menentang pasukan Piala Dunia tanpa kemenangan. Pilihan pemenang kumpulan, Uruguay, mencatat kemenangan dalam perlawanan tunggal mereka.

----

Kumpulan B
Portugal (3) -- seri Tunisia (G) 2-2; seri Belgium (G) 0-0; menang Algeria 3-0
Sepanyol (2)  -- seri Switzerland (E) 1-1; menang Tunisia (G) 1-0
Maghribi (3) -- seri Ukraine 0-0; menang Slovakia 2-1; menang Estonia 3-1
Iran (1) -- kalah Turki 1-2

Rating -- Portugal (6/10); Sepanyol (6/10); Maghribi (5/10); Iran (3/10)

Juara Euro 2016, Portugal, hanya mencatat satu kemenangan dari tiga perlawanan dengan dua lagi keputusan seri menentang pasukan Piala Dunia. Sepanyol juga tidak kalah dalam dua perlawanan menentang pasukan Piala Dunia. Maghribi tidak menentang pasukan Piala Dunia dalam tiga perlawanan mereka yang menyaksikan dua kemenangan. Iran tewas dalam perlawanan tunggal yang dikira FIFA, tetapi mencatat kemenangan menentang Lithuania dalam satu lagi perlawanan pemanas badan tertutup.

----

Kumpulan C
Perancis (3) -- menang Republik Ireland 2-0; menang Itali 3-1; seri Amerika Syarikat 1-1
Australia (2) -- menang Republik Czech 4-0; menang Hungary 2-1
Peru (2) -- menang Arab Saudi (A) 3-0; seri Sweden (F) 0-0
Denmark (2) -- seri Sweden (F) 0-0; menang Mexico (F) 2-0

Rating -- Perancis (6/10); Australia (5/10); Peru (5/10); Denmark (4/10)

Perancis menang dua daripada tiga perlawanan dan kekal tanpa kalah, semua lawan mereka tidak beraksi dalam Piala Dunia. Australia mencatat rekod 100% kemenangan menentang dua pasukan yang tidak beraksi dalam Piala Dunia. Peru dan Denmark tidak kalah dalam dua perlawanan menentang pasukan-pasukan dalam Piala Dunia, masing-masing mencatat satu kemenangan dan satu seri (kedua-duanya seri menentang lawan yang sama). Peru masih belum kalah dalam tahun 2018 dan kumpulan ini pastinya sukar.

----

Kumpulan D
Argentina (0)
Iceland (2) -- kalah Norway 2-3; seri Ghana 2-2
Croatia (2) -- kalah Brazil (E) 0-2; menang Senegal (H) 2-1
Nigeria (3) -- seri Congo 1-1; kalah England (G) 1-2; kalah Republik Czech 0-1

Rating -- Argentina (tiada); Iceland (2/10); Croatia (6/10); Nigeria (3/10)

Argentina tiada perlawanan pemanas badan selepas aksi menentang Israel dibatalkan. Prestasi Iceland membimbangkan apabila tidak mencatat kemenangan dalam dua perlawanan menentang pasukan yang tidak beraksi dalam Piala Dunia. Croatia menentang dua pasukan dalam Piala Dunia, menang satu dan tewas kepada pilihan hangat, Brazil. Nigeria dalam bahaya, tewas dua kali daripada tiga perlawanan termasuk kekalahan kepada pasukan pilihan, England.

----

Kumpulan E
Brazil (2) -- menang Croatia (D) 2-0; menang Austria 3-0
Switzerland (2) -- seri Sepanyol (B) 1-1; menang Jepun (H) 2-0
Costa Rica (3) -- menang Ireland Utara 3-0; kalah England (G) 0-2; kalah Belgium (G) 1-4
Serbia (2) -- kalah Chile 0-1; menang Bolivia 5-1

Rating -- Brazil (9/10); Switzerland (7/10); Costa Rica (3/10); Serbia (3/10)

Brazil membuktikan status sebagai pencabar utama kejuaraan dengan dua kemenangan bergaya tanpa dibolosi sebarang gol. Switzerland juga cemerlang dalam dua perlawanan menentang pasukan dalam Piala Dunia termasuk mengikat Sepanyol. Costa Rica memulakan perlawanan persahabatan dengan kemenangan tetapi kemudian tewas kepada dua pasukan dalam Kumpulan G. Serbia hanya menentang dua pasukan yang tidak beraksi dalam Piala Dunia, mengakhiri latihan dengan kemenangan bergaya.

----

Kumpulan F
Jerman (2) -- kalah Austria 1-2; menang Arab Saudi (A) 2-1
Mexico (2) -- menang Scotland 1-0; kalah Denmark (C) 0-2
Sweden (2) -- seri Denmark (C) 0-0; seri Peru (C) 0-0
Republik Korea (3) -- menang Honduras 2-0; kalah Bosnia/Herzegovina 1-3; seri Bolivia 0-0

Rating -- Jerman (4/10); Mexico (2/10); Sweden (3/10); Republik Korea (3/10)

Jerman tidak meyakinkan apabila tewas kepada Austria (yang kemudiannya ditewaskan oleh Brazil), dan hanya menang tipis ke atas pasukan dalam Kumpulan A. Mexico juga suam-suam kuku, tewas kepada pasukan dalam Kumpulan C. Sweden beraksi dalam dua perlawanan menentang pasukan dalam kumpulan C Piala Dunia dan seri tanpa jaringan dalam kedua-duanya. Republik Korea hanya mendapat satu kemenangan dari tiga perlawanan menentang pasukan-pasukan yang tidak akan beraksi dalam Piala Dunia.

----

Kumpulan G
Belgium (3) -- seri Portugal (B) 0-0; menang Mesir (A) 3-0; menang Costa Rica (E) 4-1
Panama (1) -- kalah Norway 0-1
Tunisia (3) -- seri Portugal (B) 2-2; seri Turki 2-2; kalah Sepanyol (B) 0-1
England (2) --  menang Nigeria (D) 2-1; menang Costa Rica (E) 2-0

Rating -- Belgium (8/10); Panama (1/10); Tunisia (4/10); England (7/10)

Belgium menentang tiga pasukan yang turut beraksi dalam Piala Dunia dan mencatat dua kemenangan. Panama tewas dalam perlawanan tunggal kepada pasukan yang tidak pun beraksi dalam Piala Dunia. Tunisia boleh berbangga dengan aksi mereka dalam tiga perlawanan, mencatat dua seri dan hanya tewas tipis kepada Sepanyol. England juga cemerlang dengan dua kemenangan menentang dua lawan yang juga akan beraksi dalam Piala Dunia. Sukar untuk menentukan pemenang kumpulan apabila Belgium dan England masing-masing menang ke atas Costa Rica walaupun Belgium lebih meyakinkan.

----

Kumpulan H
Poland (2) -- seri Chile 2-2; menang Lithuania 4-0
Senegal (1) -- kalah Croatia (D) 1-2
Colombia (1) -- seri Mesir (A) 0-0
Jepun (3) -- kalah Ghana 0-2; kalah Switzerland (E) 0-2; menang Paraguay 4-2

Rating -- Poland (6/10); Senegal (1/10); Colombia (2/10); Jepun (3/10)

Poland selaku pilihan utama untuk memenangi kumpulan tidak kalah dalam dua perlawanan menentang lawan yang bukan dalam Piala Dunia (hanya satu kemenangan). Senegal tewas dalam perlawanan tunggal kepada lawan daripada Kumpulan D. Colombia seri tanpa jaringan dalam perlawanan tunggal menentang lawan daripada Kumpulan A. Jepun tewas dua daripada tiga perlawanan dan mencatat kemenangan dalam perlawanan pemanas badan terakhir.

---------------

Berdasarkan sesi pemanas badan untuk semua pasukan, beberapa pasukan pilihan seperti Brazil, Belgium, Perancis dan England mempamerkan aksi meyakinkan dengan Brazil menampilkan permainan 'samba' gemilang yang pasti menggerunkan musuh.

Portugal, Sepanyol dan Switzerland pula lebih sederhana. Prestasi dan kemampuan Argentina tidak dapat diukur kerana perlawanan mereka menentang Israel dibatalkan. Juara bertahan, Jerman, pula seperti hilang arah dan tidak memasuki gear yang diperlukan.

Jika Jerman tidak bangkit dan Brazil mengekalkan gaya permainan mereka, besar kemungkinan Brazil akan memenangi gelaran Piala Dunia buat kali keenam untuk terus gah sebagai pemenang Piala Dunia terbanyak sepanjang zaman.  



Thursday, June 7, 2018

Kapten dan Jurulatih

Assalamualaikum.

Piala Dunia 2018 di Rusia akan bermula pada 14 Jun nanti. Sepak mula antara Rusia menentang Arab Saudi pada jam 11 malam. Peminat bola sepak pastinya tak senang duduk kerana itu adalah malam sebelum hari raya Aidilfitri. 

Berikut adalah senarai kapten dan juga jurulatih untuk semua 32 pasukan yang bertanding.

------


KUMPULAN A

(A1) RUSIA
Kapten -- Igor Akinfeev (#1, penjaga gol)
Jurulatih -- Stanislav Cherchesov (Rusia)

(A2) ARAB SAUDI
Kapten -- Osama Hawsawi (#3, pertahanan)
Jurulatih -- Juan Antonio Pizzi (Sepanyol)

(A3) MESIR
Kapten -- Essam El-Hadary (#1, penjaga gol)
Jurulatih -- Hector Cuper (Argentina)

(A4) URUGUAY
Kapten -- Diego Godin (#3, pertahanan)
Jurulatih -- Oscar Tabarez (Uruguay)

------


KUMPULAN B

(B1) PORTUGAL
Kapten -- Cristiano Ronaldo (#7, penyerang)
Jurulatih -- Fernando Santos (Portugal)

(B2) SEPANYOL
Kapten -- Sergio Ramos (#15, pertahanan)
Jurulatih -- Julen Lopetegui (Sepanyol)

(B3) MAGHRIBI
Kapten -- Medhi Benatia (#5, pertahanan)
Jurulatih -- Herve Renard (Perancis)

(B4) IRAN
Kapten -- Masoud Shojaei (#7, pemain tengah)
Jurulatih -- Carlos Queiroz (Portugal)

-------


KUMPULAN C

(C1) PERANCIS
Kapten -- Hugo Lloris (#1, penjaga gol)
Jurulatih -- Didier Deschamps (Perancis)

(C2) AUSTRALIA
Kapten -- Mile Jedinak (#15, pemain tengah)
Jurulatih -- Bert van Marwijk (Belanda) 

(C3) PERU
Kapten -- Paolo Guerrero (#9, penyerang) 
Jurulatih -- Ricardo Gareca (Argentina)

(C4) DENMARK
Kapten -- Simon Kjaer (#4, pertahanan) 
Jurulatih -- Age Hareide (Norway)

-------


KUMPULAN D

(D1) ARGENTINA
Kapten -- Lionel Messi (#10, penyerang)
Jurulatih -- Jorge Sampaoli (Argentina)

(D2) ICELAND
Kapten -- Aron Gunnarsson (#17, pemain tengah)
Jurulatih -- Heimir Hallgrimsson (Iceland) 

(D3) CROATIA
Kapten -- Luka Modric (#10, pemain tengah)
Jurulatih -- Zlatko Dalic (Croatia)

(D4) NIGERIA
Kapten -- John Obi Mikel (#10, pemain tengah)
Jurulatih -- Gernot Rohr (Jerman)

-------


KUMPULAN E

(E1) BRAZIL
Kapten -- tiada kapten tetap (tukar setiap perlawanan)
Jurulatih -- Tite (Brazil)

(E2) SWITZERLAND
Kapten -- Stephan Lichtsteiner (#2, pertahanan)
Jurulatih -- Vladimir Petkovic (Bosnia dan Herzegovina)

(E3) COSTA RICA
Kapten -- Bryan Ruiz (#10, pemain tengah) 
Jurulatih -- Oscar Ramirez (Costa Rica)

(E4) SERBIA
Kapten -- Aleksandar Kolarov (#11, pertahanan)
Jurulatih -- Mladen Krstajic (Serbia)

--------


KUMPULAN F

(F1) JERMAN
Kapten -- Manuel Neuer (#1, penjaga gol)
Jurulatih -- Joachim Low (Jerman) 

(F2) MEXICO
Kapten -- Andres Guardado (#18, pemain tengah)
Jurulatih -- Juan Carlos Osorio (Colombia)

(F3) SWEDEN
Kapten -- Andreas Granqvist (#4, pertahanan) 
Jurulatih -- Janne Andersson (Sweden) 

(F4) REPUBLIK KOREA
Kapten -- Ki Sungyueng (#16, pemain tengah) 
Jurulatih -- Shin Taeyong (Republik Korea)

-------


KUMPULAN G

(G1) BELGIUM
Kapten -- Eden Hazard (#10, penyerang)
Jurulatih -- Roberto Martinez (Sepanyol)

(G2) PANAMA
Kapten -- Felipe Baloy (#23, pertahanan)
Jurulatih -- Hernan Dario Gomez (Colombia)

(G3) TUNISIA
Kapten -- Aymen Mathlouthi (#16, penjaga gol)
Jurulatih -- Nabil Maaloul (Tunisia)

(G4) ENGLAND
Kapten -- Harry Kane (#9, penyerang)
Jurulatih -- Gareth Southgate (England)

-------


KUMPULAN H

(H1) POLAND
Kapten -- Robert Lewandowski (#9, penyerang) 
Jurulatih -- Adam Nawalka (Poland)

(H2) SENEGAL
Kapten -- Cheikhou Kouyate (#8, pemain tengah)
Jurulatih -- Aliou Cisse (Senegal)

(H3) COLOMBIA
Kapten -- Radamel Falcao (#9, penyerang)
Jurulatih -- Jose Pekerman (Argentina)

(H4) JEPUN
Kapten -- Makoto Hasebe (#17, pemain tengah)
Jurulatih -- Akira Nishino (Jepun)

--------

Angka dan fakta:
(4) -- Jumlah jurulatih pasukan berasal dari Argentina, yang terbanyak antara semua negara.
(13) -- 13 jurulatih asing dalam Piala Dunia kali ini, baki 19 orang adalah jurulatih tempatan.
(45) -- Umur kapten paling tua dalam Piala Dunia 2018, Essam El-Hadary (Mesir).
(24) -- Umur kapten paling muda dalam Piala Dunia 2018, Harry Kane (England).
(1) -- Brazil satu-satunya pasukan yang tidak mempunyai kapten tetap (polisi penggiliran).
(10) -- Jumlah kapten pasukan dari posisi pemain tengah, yang terbanyak antara semua posisi; diikuti pertahanan [9], penyerang [7], dan penjaga gol [5]. 



Friday, June 1, 2018

Menjelang Piala Dunia - Siri 1

Assalamualaikum.

Kita mulakan siri pertama untuk previu Piala Dunia 2018 yang akan diadakan di Rusia pada 14 Jun sehingga 15 Julai. Siri 1 ini akan membicarakan previu untuk semua pasukan dalam Kumpulan A dan B. Siri seterusnya akan ditambah kemudian dengan Siri 2 (Kumpulan C & D), Siri 3 (Kumpulan E & F) dan Siri 4 (Kumpulan G & H). 

Sejumlah 32 pasukan akan berentap merebut piala keagungan sukan bola sepak yang dipertandingkan sekali setiap empat tahun. Berikut adalah lapan pasukan yang akan mencatur nasib mereka.

-------


KUMPULAN A

(1) RUSIA
Konfederasi -- UEFA
Penampilan lalu -- 3
Ranking dunia (Oktober '17) -- 65
Status layak -- Tuan rumah
Penjaring terbanyak pasukan -- Fyodor Smolov (12 gol)
Kaps terbanyak -- Sergei Ignashevich (122)
Pemain paling tua -- Sergei Ignashevich (38 tahun 11 bulan)
Pemain paling muda -- Aleksandr Golovin (22 tahun 15 hari)

(2) ARAB SAUDI
Konfederasi -- AFC
Penampilan lalu -- 4
Ranking dunia (Oktober'17) -- 63
Status layak -- ke-2 Kumpulan B pusingan ketiga AFC (automatik)
Penjaring terbanyak kelayakan -- Mohammad al-Sahlawi (16 gol)
Penjaring terbanyak pasukan -- Mohammad al-Sahlawi (28 gol)
Kaps terbanyak -- Osama Hawsawi (135)
Pemain paling tua -- Yasser al-Mosailem (34 tahun 3 bulan)
Pemain paling muda -- Abdullah al-Khaibari (21 tahun 10 bulan)

(3) MESIR
Konfederasi -- CAF
Penampilan lalu -- 2
Ranking dunia (Oktober '17) -- 30
Status layak -- pemenang Kumpulan E pusingan ketiga CAF (automatik)
Penjaring terbanyak kelayakan -- Mohamed Salah (5 gol)
Penjaring terbanyak pasukan -- Mohamed Salah (33 gol)
Kaps terbanyak -- Essam El-Hadary (158)
Pemain paling tua -- Essam El-Hadary (45 tahun 5 bulan)
Pemain paling muda -- Ramadhan Sobhi (21 tahun 4 bulan)

(4) URUGUAY
Konfederasi -- CONMEBOL
Penampilan lalu -- 12 (juara 2 kali)
Ranking dunia (Oktober '17) -- 17
Status layak -- ke-2 round-robin CONMEBOL (automatik)
Penjaring terbanyak kelayakan -- Edinson Cavani (10 gol)
Penjaring terbanyak pasukan -- Luis Suarez (51 gol)
Kaps terbanyak -- Maxi Pereira (125)
Pemain paling tua -- Martin Silva (35 tahun 2 bulan)
Pemain paling muda -- Rodrigo Bentancur (20 tahun 11 bulan)

Perlawanan pembukaan -- Rusia vs Arab Saudi (sepak mula Piala Dunia -- 14 Jun, 11 malam)
Ramalan ke pusingan kedua -- URUGUAY & MESIR

-------


KUMPULAN B

(1) PORTUGAL
Konfederasi -- UEFA
Penampilan lalu -- 6
Ranking dunia (Oktober '17) -- 3
Status layak -- pemenang Kumpulan B UEFA (automatik)
Penjaring terbanyak kelayakan -- Cristiano Ronaldo (15 gol)
Penjaring terbanyak pasukan -- Cristiano Ronaldo (81 gol)
Kaps terbanyak -- Cristiano Ronaldo (150)
Pemain paling tua -- Bruno Alves (36 tahun 6 bulan)
Pemain paling muda -- Ruben Dias (21 tahun 1 bulan)

(2) SEPANYOL
Konfederasi -- UEFA
Penampilan lalu -- 14 (juara 1 kali)
Ranking dunia (Oktober '17) -- 8
Status layak -- pemenang Kumpulan G UEFA (automatik)
Penjaring terbanyak kelayakan -- Diego Costa; Isco; Alvaro Morata; David Silva (5 gol)
Penjaring terbanyak pasukan -- David Silva (35 gol)
Kaps terbanyak -- Sergio Ramos (152)
Pemain paling tua -- Pepe Reina (35 tahun 9 bulan)
Pemain paling muda -- Marco Asensio (22 tahun 4 bulan)

(3) MAGHRIBI
Konfederasi -- CAF
Penampilan lalu -- 4
Ranking dunia (Oktober '17) -- 48
Status layak -- pemenang Kumpulan C pusingan ketiga CAF (automatik)
Penjaring terbanyak kelayakan -- Khalid Boutaib (4 gol)
Penjaring terbanyak pasukan -- Ayoub El Kaabi (11 gol)
Kaps terbanyak -- Mbark Boussoufa (59)
Pemain paling tua -- Mbark Boussoufa (33 tahun 10 bulan)
Pemain paling muda -- Achraf Hakimi (19 tahun 7 bulan)

(4) IRAN
Konfederasi -- AFC
Penampilan lalu -- 4
Ranking dunia (Oktober '17) -- 34
Status layak -- pemenang Kumpulan A pusingan ketiga AFC (automatik)
Penjaring terbanyak kelayakan -- Sardar Azmoun (11 gol)
Penjaring terbanyak pasukan -- Sardar Azmoun (23 gol)
Kaps terbanyak -- Ehsan Hajsafi (94)
Pemain paling tua -- Pejman Montazeri (34 tahun 9 bulan)
Pemain paling muda -- Saeid Ezatolahi (21 tahun 8 bulan)

Perlawanan pembukaan -- Maghribi vs Iran (15 Jun, 11 malam)
Ramalan ke pusingan kedua -- PORTUGAL & SEPANYOL

------------------

Fakta -- Kali terakhir Uruguay memenangi Piala Dunia adalah pada tahun 1950. 



Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif