Welcome To My Life...

Thursday, May 31, 2012

Mudah Untuk Berubah


Assalamualaikum.

Sekilas pandang tajuk memang kontroversi. Fuhhh, senang ke nak berubah? Semudah makan nasik? Okey, mungkin agak keterlaluan menggunakan perkataan 'mudah'. Tapi untuk berhijrah menjadi lebih baik sebenarnya tidak terlalu sukar. Semuanya terletak atas kehendak kita sendiri. Kita yang menentukan nasib kita. Lalala~

Susah nak puaskan hati semua orang. Orang lain sesuka jantung dan limpa membuat tohmahan. Sukar pula memberikan sokongan. Kita ambik satu contoh. Seorang perokok tegar cuba untuk berhenti. Tetapi kawan-kawannya pula bila tahu perkara tersebut semakin menawarkan rokok. Silap haribulan, kalau lemah iman, kembali kepada keburukan. Ini kes yang seringkali berlaku.

Memang mudah untuk berubah. Ada sesuatu yang lebih susah. Ya, meneruskan perubahan itu sebenarnya yang payah. Jika saban hari diserang dari segenap arah. Maka mental dan emosi pun menjadi lemah. Lalu tidak sempurnalah cubaan hijrah. Lantaran gagal untuk istiqamah.

ISTIQAMAH. Itulah yang tidak mudah. Terus dengan perubahan. Istiqamah jauh lebih sukar daripada berubah. 

Jika kita yakin, apa yang kita lakukan betul, maka teruskan. Tohmahan orang lain jangan dilayan. Tak semua orang kita boleh puaskan. Biar hina di mata manusia, asalkan mulia di sisi Tuhan. ^_^













p palang s : Elaborasi fail...

Wednesday, May 30, 2012

WW #34 : Tragedi Haulah


Assalamualaikum.

Demi Allah
Setiap darah yang tumpah
Di Haulah
Pasti dibayar darah

Saudaraku yang rebah
Moga tempatmu di jannah.

Tuesday, May 29, 2012

Lima Abad Enam Dekad

Assalamualaikum.

Apa yang lima abad enam dekad? Umur akukah? Tidak! Inilah harinya dalam sejarah. 559 tahun telah berlalu. Peristiwa yang dijanjikan. Satu kenyataan.

29 Mei 1453. Terpahat masyhur dalam sejarah dunia. Seorang pemimpin muda. Memimpin sebaik-baik tentera. Merealisasikan hadis berabad lamanya. Janji Allah yang tiba meranapkan ego manusia. Pencipta menumbangkan 'kehebatan' hamba-Nya. 

Konstantinopel menjadi saksi.


Aku ingat malas nak hapedette. Sebab aku rancang nak buat entri ilmiah. Entri bermoral. Aku hanya mampu merancang. Tadi masa berFB, seorang sahabat kongsi gambar berkaitan sejarah agung ini. 

Inilah yang perlu kita usahakan. Kembali semula kepada Tuhan. Betulkan segala kekurangan. Baru Allah akan beri bantuan. Jika tiada usaha, apa kita harapkan? Terus hanyut dan mengharapkan kemenangan?

Di mana Konstantinopel hari ini? Siapa Sultan Muhammad al-Fateh? Siapa Mehmed The Conqueror yang digeruni dunia Barat? Kalau korang tak tau, korang cari ya. Apa guna mengaku Islam jika sejarah unggul ini tak ada dalam pengetahuan korang. ^_^











p palang s : Sebaik-baik pemimpin...


Monday, May 28, 2012

Sahabat

Assalamualaikum..

Semalam nak hapedet belogge. Tapi tak tau nak merapu apa. Jadi, daripada membazirkan masa merepek, aku rasa lagi baik bertenang dulu. Nafsu semata-mata nak update ni. Haha. 

Aku suka pic kat bawah ni. Srikandi sahabat baik aku buat istimewa untuk bff (best friend forever) dia. Bukan untuk aku. Hoho. Tapi shuwitttttttt. Aku pulak yang terharu.

Karya Cik Snco

Comel tak? ^_^ Laki memang tak ada nak buat macam ni. Laki kental sikit. Tak main air mata ni. Tak main jiwa-jiwa. Tapi aku bahagia ada sahabat baik. Salah sorangnya cik abang blogger yang buat gambar ni la. My bff. 

Rasa bahagia bila ada manusia yang boleh digelar sahabat. Yang sentiasa membuatkan kita kuat. Tak jemu memberi nasihat. Tak berhenti memberi semangat. Diorang lar yang buat hidup ni indah sangat. Kalau diorang tak ada, hidup ni rasa kelat. Setiap dugaan pasti berat. Mujur ada teman rapat. Sahabat aku dunia akhirat.

Maaf Cik Snco. Saya suka. Jadi saya share lar. ^_^ Best kan ada bff macam ni?











p peluk s : Nak satu....

Saturday, May 26, 2012

Hari Itu Dalam Sejarah

WE ARE 19 & WE ARE YOUNG
Belakang (kiri ke kanan) :
Nabila Zakirah, Aini Suraya, Nabilah Husna, Nadiah, Azri, Aizzat, Hadi, Khairi
Depan (kanan ke kiri) :
Ikram, Syamim, RAHSIA, Fahmi

Assalamualaikum..

Tarikh : 24 Mei 2012 (Khamis)
Waktu : 2.30p.m *Janji Melayu
Tempat : KFC Changlun (macam takde tempat lain)
Cuaca : Mendung menanti gerimis...

Kenapa entri ni ambik masa dua hari nak dicoret? Sebab aku sibuk. Sibuk sangatlah kan. Mengalahkan menteri betul Lelaki Dari Marikh ni. Seperti butiran yang aku berikan di atas, Khamis lepas aku ada satu reunion. Hari itu dalam sejarah.

Hanya seminggu perancangan dibuat. Trimas kepada Mark Zuckerberg kerana mencipta Facebook. Melalui group, kitorang merancang pertemuan ini. Oleh kerana tidak ada perancangan rapi dengan strategi plan A dan plan B maka itu sajalah yang datang. Tak sampai separuh. 

Waktu yang dijanjikan adalah 2.30 petang. Jam 1430 waktu Malaysia di Changlun, Kedah. Tapi yelah kan. Janji Melayu memang macam tu. Aku sampai ketika jarum jam dengan riak sekali menghampiri pukul 3 petang. Tapi hanya ada dua orang gadis saja yang menepati janji. Yang lain menepati janji jugak. 2.30 petang mengikut waktu Korea, Maghribi, Mekah dan Madinah mungkin.

Dari tingkat bawah, kitorang bergerak ke tingkat atas. Masing-masing tak tahu nak borak apa. Mujurlah peguam (namanya terpaksa dirahsiakan demi keselamatan) membuka bicara. Perasaan segan dan janggal itu masih ada. 7 tahun berlalu. Ini adalah reunion kelas 6 Jati SK Bandar Baru Sintok 2005. 

Ya, tujuh tahun. Bukan tujuh hari tau. Tujuh saat? Erk. Masing-masing dah berubah fizikal. Aku makin chubby. Tapi comel. Semua muka dah matang. Kemudian sorang demi sorang lagi sampai. Akhirnya banyak tu saja dapat dikumpulkan. Yang lain kata tak dapat maklumat dan tinggal jauh dan balik kampung dan sebagainya. 

Aizzat yang berkaca mata dan berbaju belang di barisan belakang dalam gambar di atas tu yang menceriakan suasana dengan lawak-lawaknya. Lama-lama keserasian tu makin terasa. Membuka kembali lembaran sejarah lama bila bercerita soal kawan yang tidak menghadirkan diri. Menceritakan perkembangan masing-masing yang terkini. Gelak tawa membuatkan pertemuan semula tidak pernah sunyi.

Hari itu dalam sejarah. Aku harap reunion yang lebih berjaya akan dapat dilangsungkan pada masa akan datang. Mungkin tujuh tahun lagi pula. Masing-masing dengan anak dan isteri. Siapa tahu? ^_^











p peluk s : Lega..

Wednesday, May 23, 2012

Pantang Dipuji



Assalamualaikum.

Segala puji-pujian hanya bagi Allah.

Entri respons kepada Mirmashi.

Genius Mirmashi ni. Straight A's. Salah sorang pelajar cemerlang. Mirmashi ada mintak jangan puji dia. Malah kutuklah dia. Meh senior (sangatlah seniornya kan) nak mengembalikan anda berpijak di bumi nyata semula wahai Mirmashi yang suka mencapub (Mirmashi yang cakap). Kalau kita pandai, ingatlah ada berjuta orang lebih pandai dari kita. Dan ingatlah pada Allah yang Maha Bijaksana. Ini taufan buat Mirmashi. Jangan marah ya. ^_^

 Memang lumrah insani. Manusia pantang dipuji. Mulalah hidung tinggi. Berlagak malam sampai ke pagi. Jangan sampai riak kuasai diri. Riak tu kan syirik khafi. 

Err. Asyik nak bermadah je. Nanti aku sambung. Entri ni bukan untuk Mirmashi saja. Renungan untuk semua.

Kelebihan yang kita ada sekadar pinjaman daripada-Nya. Dunia ini hanya sementara. Negeri akhirat destinasi kita semua. Nikmat ini untuk menguji kita. Sama ada kita bersyukur atau terleka. Sama ada kita gagal atau berjaya. Ujian bukan musibah dan kegagalan saja. Allah berhak ke atas segalanya. Apabila Dia berkehendak, maka Dia ambil semula. Ketika itu, apa yang ada? Apa lagi yang kita nak bangga? Tiada apa-apa. 

Bersyukurlah dengan nikmat yang diberikan. Ingatlah senang dan susah itu ujian. Hari ini kita memberi pertolongan. Esok lusa kita mendapat bantuan. Itu lumrah kehidupan. Roda sentiasa berputaran. Atas dan bawah mengikut urutan. Nikmat dipinjamkan oleh Tuhan. Ke mana riak membawa kalian? Tepuk dada, tanyalah iman. Insya-Allah ketemu jawapan. :-)










p palang s : Macam tak berkait je...


A Dream Comes True



Assalamualaikum.

Semua rakyat Malaysia menerima khabar gembira. Mestilah gembira kan? Siapa yang sedih haruslah ditukarkan kewarganegaraan menjadi rakyat Nepal atau Sudan. Aku selaku peminat bola sepak tegar pasukan kebangsaan yang berdiri teguh di belakang saat kalah mahupun menang berasa amat girang. Hati bernyanyi riang. Bagai burung yang sedang terbang.

Alamak. Sastera lagi.

Nazmi telah ditawarkan kontrak tiga tahun. Aku malas nak panjangkan soal tu. Korang mesti dah tahu kan. Berita ni tersebar di dunia maya dengan kelajuan yang mencabar Porsche. Liga utama Portugal tu. Aku pun teruja macam korang jugak. Pemain Malaysia pertama beraksi di pentas berprestij Eropah. Beiramar yang akan diwakilinya pernah menjadi gelanggang permainan Eusebio, legenda bola sepak dunia.

Tahniah buat anak muda bertubuh kecil tapi berjiwa besar. Kalau hati nak, apa pun boleh buat. Asalkan jangan menyimpang dari Yang Maha Melihat. Ini adalah satu pencapaian bagi pemain bola Malaysia. Nazmi membuktikan pemain Malaysia juga boleh bersaing di arena dunia.

Kita sama-sama saksikan mimpi indah yang menjadi kenyataan. Selamat maju jaya aku doakan.

Nazmi Faiz Mansor. The pride of Malaysia.










p palang s :  Bangga..

Monday, May 21, 2012

Cuak Takut Risau



Assalamualaikum.

Cuak. Takut. Risau. Mana satu ni?

Errr.. entri tak ilmiah langsung.

Bulan depan aku nak ambik lesen kereta. Korang mesti gundah gulana, "so what?". Huhu. Aku mengaku tak pernah bawak kereta. Nak salahkan sapa 19 tahun hidup tak sentuh kereta lagi? Nope. This time around i will blame nobody. I have myself to be blamed for never trying to

Eh, pernah dah sentuh. Pandu pun pernah. Masa nak ambik lesen L. Tu la kali pertama dalam sejarah aku pandu kereta. Aku Lelaki Dari Marikh tau. Takpe kan? Erk.

Korang..... korang dah ada lesen P kan? Dah kompeten kan? Haaa. Kongsi lar sikit tips nak lulus tu. Aku bukan apa. Aku dengar cerita orang tak lulus dekat bukit tu dah buat jiwa raga aku meronta-ronta mencari kebebasan. Erk? Salah huraian.

Tak baik tau simpan rahsia sorang-sorang. Kongsi kita-kita jer. Boleh laa... boleh kan? Korang-korang kongsi sikit tips ye.... korang dapat apa? PAHALA. Allah suka kalau kita tolong orang. *ayat bajet

Cuak ni. Takut ni. Risau ni. Apa nak jadi? Nanti korang letih pulak kalau aku membebel panjang lagi. Cukup sampai di sini. Ada ilham nanti aku merapu di entri. Eh, esok Rejab kembali? Takkan asyik nak berFB. Buang masa tak henti-henti. Ayuhlah kita mencari keredhaan Ilahi. ^_^










p peluk s : Nak tips.....

Saturday, May 19, 2012

Satu Arah


Assalamualaikum.

Huh, gambar dart pulok. Hari Sabtu macam ni tak ada mood nak buat entri serius. Sabtu hari cuti umum. Maka fikiran juga dalam mood rehat. Memang lumrah. Manusia penuh dengan tipu helah.

Tadi aku blogjogging kerana bosan. Terima kasih setinggi langit kepada Adik Sha yang menghargai penulisanku dalam entrinya yang tak bertajuk. Adik lar sangat kan. Muda setahun jer. Haha. Sha ni pelik (dia mengaku sendiri!). Korang boleh baca kenapa di blognya. Sha ni memang rajin membalas jejak korang. Ceritanya juga menarik ^_^
 Maaf ya 'Adik' Sha. Hari ni Abang Naz tak serius. Hewhew. Korang tau kenapa kan? Adults are growing up kids. Alasan lagi.

Ni cerita dia. Aku sekarang dah terpikat dengan lagu-lagu rancak One Direction. One Direction tu bukan perkataan tapi band muzik popular. Dulu aku cuma layan What Makes You Beautiful. Tapi hari tu aku terlayan lagu Stand Up di profail Facebook kawan aku. Kemudian aku sambung layan lagu lain dari related videos yang ada di YouTube tu.

Akhirnya semua aku muat turun. Sob sob. Aku memang layan muzik rancak tapi tak semua. Lagu One Direction memang best. Kenapa aku lambat tahu lagu-lagu diorang yang best tu? Argghh. Aku tak tahu kenapa aku terjebak dengan One Direction yang digilai gadis-gadis ketika ini. Aku salahkan kawan Facebook aku yang berjantina WANITA tu. Huhu. Manusia tipikal, suka menuding jari kepada orang lain...

Ekceli kan. Tajuk tu bukan pelengkap saja.

Dalam hidup ini, kita perlu ada matlamat yang jelas. Supaya kita menuju satu arah yang ditetapkan itu tanpa terbabas. Tekad dan semangat perlu berada di atas. Agar kita berusaha keras. Ingatlah, kejayaan tiada jalan pintas. Berjuanglah dengan ikhlas. Lantaran setiap amalan pasti akan dibalas. 

Nah, moral untuk direnungkan. Nampak kan permainan aku? ^_^












p palang s : Hentam keromo...


Friday, May 18, 2012

TF #20 : Solidariti Di Mana?


Assalamualaikum.

Sudah berapa Jumaat segmen ini aku tinggalkan. Lantaran saban Jumaat kalendar Masihi ciptaan Barat meletakkan aku dalam kesibukan. Itu semua hanya alasan. Manusia tipikal.

Kecoh! Heboh! Dalam minggu ni, tetiba muncul gambar di atas mencetuskan satu fenomena di dunia maya. Tahanan Palestin di penjara Israel melancarkan Hunger Strikes. Bukan permainan kanak-kanak ya. Ini mogok lapar kerana tuntutan mereka tidak dipenuhi.

Sifat kemanusiaan yang masih ada pada golongan manusia menyaksikan gambar ini merebak dengan begitu mengagumkan kelajuannya. Ferrari 0-1 Palestinian prisoners. Lebih dua juta akaun Facebook (tak termasuk akaun aku) menukar default pic (DP) diorang kepada gambar coklat ini. Lantas menggentarkan puak Zionis yang akhirnya akur memenuhi tuntutan tahanan Palestin.

Aku ambik sikap berkecuali. Tidak menukar DP tersebut. Kerana aku rasa tidak menyumbang apa-apa kepada saudara seagama yang terseksa di sana. Tapi aku menjalankan tanggungjawab aku. Aku kongsi gambar itu. Dan semalam, kecoh lagi!

Gambar itu dikatakan permainan Illuminati. Disebarkan oleh pihak Israel dengan niat licik memperdayakan umat Islam yang mudah percaya membabi buta tanpa usul periksa. Gambar coklat itu dikhabarkan kerja anasir Zionis yang cuba menjadikan orang Islam mangsa mereka. Gambar itu dikatakan dengan tulisan Yahudinya, mata tertutup menandakan umat Islam tidak kisah penderitaan saudara mereka di Palestin.

Itu hanyalah permainan minda. Aku suka komen saudara Hilal Asyraf yang aku terlihat di FB sahabat aku. Umat Islam menukar kepada DP coklat tersebut kerana niat yang suci, MENINGKATKAN KESEDARAN kepada umat Islam yang lain. Ramai tertanya-tanya fenomena apa tiba-tiba meribut seluruh dunia menggunakan DP yang sama. Nampak tak?

Walaupun aku tak tukar DP tersebut (Hilal Asyraf juga tidak!), aku tak kata tukar DP tersebut adalah perbuatan yang salah. Itu satu tindakan mulia, dengan niat untuk menyedarkan umat Islam lain yang leka dengan hedonisme melampau 24/7. Sekali lagi aku tegaskan, entri ini bukan mengata sesiapa yang menukar kepada DP coklat tersebut. Tidak sama sekali. Aku puji niat ikhlas korang semua.

Tapi, soalan aku. Solidariti di mana? Adakah cukup kita menukar DP dan berkata kita sudah menyempurnakan tugas kita selaku saudara sesama Islam? Tidak. Solidariti itu mestilah di hati kita semua. Kita harus mendoakan pertolongan Allah buat mereka. Qunut nazilah. Ingatlah, janji Allah pasti tiba!












p peluk s : Ups, terpanjang...

Wednesday, May 16, 2012

WW #33 : Wordy




Dia Datang Lagi



Assalamualaikum.

Tarikh yang sama. Tahun berbeza. 16 Mei 2012. Hari Guru buat para pendidik Malaysia. Dengan ayat klisenya mereka yang membakar diri untuk menerangi orang lain. Guru umpama lilin. Semuanya dengan ayat yang terlalu lazim. Puisi masyhur sasterawan negara, Usman Awang seringkali diulang-ulang tanggal 16 Mei saban tahun.

Memandangkan tiada Hari Pensyarah, maka cikgu tadika, cikgu sekolah mahupun pensyarah semuanya adalah guru. Pembetulan : Diorang adalah guru formal. Semua orang di sekeliling kita yang mengajar kita sebenarnya adalah guru. Ustaz, ustazah, abang, ayah, kakak, tok ngah, Cik Linda, Encik Sameon mahupun kawan-kawan dan sewaktu yang dengannya. Seperti mana kata-kata Saidina Ali karamallahu wajhah, "Sesiapa yang mengajarku satu ayat maka dia adalah guruku". 

Oleh hal yang demikian, dengan penuh rasa rendah diri, Lelaki Dari Marikh nak ucapkan Selamat Hari Guru 2012 buat seluruh rakyat Malaysia. Kepada cikgu mahupun 'cikgu' yang mengajar aku walaupun sepatah ayat, aku ucapkan terima kasih setinggi langit. You make who i am today.

Buat korang yang ibu atau bapa atau mak long atau pak su korang cikgu tu, tolong sampaikan salam aku buat diorang. Buat semua guru di Malaysia, teruskan mendidik anak bangsa dengan dedikasi. Jasa kalian teramat dihargai. Majulah guru demi Malaysia yang dicintai.

"Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara"










p palang s : Entri hentam sajalah...

Tuesday, May 15, 2012

Nakbah Satu Malapetaka



Assalamualaikum.

15 Mei 2012. 64 tahun Nakbah Palestin. Bencana besar buat umat Islam.

Ya, hari negara haram Israel wujud di muka bumi. Hari saudara kita di Palestin dihalau dari negara sendiri. Detik permulaan rakyat Palestin dizalimi saban hari. Mengharapkan setulus simpati dari dunia yang mengasihani.

Nakbah Palestin satu permulaan. Pencerobohan tanpa pengiktirafan. Penindasan tanpa ihsan. Kerakusan manusia bernafsu haiwan. Terus maju kerana sokongan. Tidak serik mencabar Tuhan. Lantaran bersekutu dengan syaitan. Hingga tiba saat dinantikan. Kejatuhan zionis sudah ditakdirkan.

Aku masih ingat sorang budak pompuan yang hafal semua ibu negara yang ada di dunia. Tapi bila disebut Israel, budak tu cakap tidak wujud negara Israel. Hanya Zionis laknatullah dan sekutunya saja yang mengiktiraf kewujudan negara haram Israel.

Dan gambar kat bawah ni. Solidariti.


Rakyat Palestin yang dipenjarakan di penjara Israel melakukan mogok lapar kerana dizalimi. Israel terkejut bila lebih dua juta orang menukar default pic mereka di Facebook kepada gambar kartun banduan seperti dalam gambar di atas. Akhirnya Israel memenuhi tuntutan banduan rakyat Palestin.

Alhamdulillah. Tetapi tanah mereka masih dirampas. Kuil Sulaiman akan didirikan di atas tapak runtuhan Masjid al-Aqsa. Palestin akan bebas satu hari nanti. Itu kepastian yang tidak dapat diubah. Itu janji Allah. Tapi kita harus berusaha untuk membantu. Marilah kita bersatu.










p palang s : Salam kasih buat saudara seagama..


Tanpa Kusedari





Assalamualaikum.

Entri ke-401. Satu pencapaian? ^_^

Sedar tak sedar. Dah hampir setahun aku berblog. Sebenarnya dah 3 tahun blog ni wujud. Tapi aku cuma aktif lepas SPM tahun lepas. Blog ni lahir semula pada Jun 2011.

Aku hanya simpan sedikit entri kenangan dari tahun 2009, yang lain aku padam. Memori untuk aku baca semula satu hari nanti. Aku pun tak ingat dah apa yang aku tulis dalam 400 entri ni. Itulah gunanya kan? ^_^ Untuk aku selongkar pada masa depan untuk mengukir senyuman. Penulisan blog dalam proses menuju kedewasaan. Seorang remaja meniti usia kematangan.

Aku bukan macam sesetengah blog yang cuma kongsi tips itu dan ini, ayat cinta begitu dan begini. Aku seperti kebanyakan blogger lain lebih gemar bercerita tentang hidup sendiri. Menulis diari sambil cuba menyampaikan moral dan pengajaran secara berseni. Tidak syok sendiri sebaliknya memberi sesuatu untuk dihayati. 

Kadang-kadang entri aku pendek. Ada kalanya pula panjang. Semuanya bergantung kepada ilham dari Allah. Sekarang aku lebih gemarkan entri sederhana. Tidak menyusahkan untuk korang yang blogjogging untuk menghadam. Dan aku juga dapat menyimpulkan hari-hari yang aku lalui dengan ringkas dan padat. 

400 tercapai. What's next? 4000? Hanya Allah yang tahu rahsia-Nya. 









p palang s : Alhamdulillah..


Monday, May 14, 2012

Duka Dalam Suka



Assalamualaikum.

Semalam sekali lagi perasaan aku bercampur. Suka dalam duka. Duka dalam suka. Gambar kat atas memang sempurna untuk menyatakan sebabnya. Smiley kuning tu Malaysia. Smiley merah tu Manchester United. Dua pasukan kesayangan aku. Satu membawa berita gembira. Satu lagi membawa berita kurang ceria.

Macam yang korang tahu, skuad hoki Malaysia menjadi juara Asia semalam disaksikan kira-kira 8000 penyokong. Satu sokongan padu yang menyemarakkan Malaysia untuk mengatasi jaguh Asia, Pakistan 2-1. Faizal Saari meletakkan Malaysia di depan seawal minit kedua menerusi kemahirannya menyempurnakan pukulan sudut penalti. Malaysia bertambah selesa dengan jaringan padang Shamin Yusof. Walaupun Muhammad Irfan mencemaskan skuad negara, Malaysia bertahan untuk mengungguli peringkat benua buat kali pertama, menebus dendam dua dekad lamanya.

Satu senyuman. Dan satu lagi tangisan.

Manchester United terlepas gelaran liga dalam konspirasi bola sepak terbesar dalam sejarah dunia bagi aku. Menang 1-0, aku dan kawan-kawan di kedai makan berasa gembira kerana Manchester City ketinggalan 1-2. Tapi dalam lima minit masa kecederaan, City menjaringkan dua gol. Memang logik, namun penyudah dramatik dalam musim penuh kejutan adalah seperti 'skrip' terancang. Begitu jelas aku dapat membayangkan perkara ini akan berlaku.

Huh, mujurlah kejayaan skuad hoki remaja Malaysia menjadi penawar duka aku. Satu petanda baik buat masa depan sukan hoki di Malaysia. Buat Manchester United, aku selaku kipas-susah-mati tak kecewa sangat. We are against the power of money. Tak ada apa nak dimalukan. City juara kerana menabur wang. Lalu di mana maruah mereka? 










p palang s : Kuciwa hatiku..


Sunday, May 13, 2012

Penipuan Terhebat


Assalamualaikum.

Ekceli gambar kat atas tu nak cover malu kerana telah tersalah. Eh, bukan aku sorang tau. Semua orang melakukan kesilapan. Wahhh, bajet betul ayat tu.  Nak buat macam mana kan? Aku telah tertipu. Jangan ya Laila. Jangan terpedaya. Apa yang kau lihat semuanya dusta. Ups, TERmenyanyi.

Korang mesti pernah tengok iklan EURO 2012 kan? Mesti korang pun ingat lagu Coming Home tu Yuna nyanyi kan? Alaaaa, mengaku jer. Kita serupa. Hewhew. Dah suara serupa sangat. Aku pun cari lar dengan tekun nak download tak jumpa-jumpa mp3. 

Akhirnya jumpa bila search kat Youtube. Tapi bukan Yuna. Coming Home Part 2. Skylar Grey nyanyi. Saja-saja klik nak dengar. Eh, sebijik suara. Aku pun menelaah komen. Rupanya ramai yang sekapal dengan aku. Orang Malaysia lar yang baru jumpa video tersebut kerana iklan EURO 2012. Dan semuanya mencari lagu dendangan Yuna.

Maap bebanyak lar Langitlah Kelabu. Lelaki dari Marikh mana tahu Cik Lelangit yang nyanyi lagu tu. Dah Astro siarkan. Kusangkakan Yuna hingga ke petang, rupanya Cik Lelangit di tengah hari. Aku tertipu. -_-











p peluk s : Alaaa.. korang pun sama kan...


Friday, May 11, 2012

Terlanjur Menghukum

Assalamualaikum...



Semalam seantero dunia blogger menghentam wanita yang memukul dan mendera anaknya dengan zalim. Mungkin benar desas-desus mengatakan pompuan tu kureng sikit. Tapi tak kurang juga yang menghentam perakam video tersebut bertubi-tubi. Aku salah sorang daripada mereka. Teruk wanita tu dilabel turut sama bersubahat. 

Akhirnya hari ni keluar akhbar Harian Metro yang akak tu memberikan penjelasan. Aku tengok di YouTube. Aku yakin ramai yang tulis semula entri untuk membetulkan keterlanjuran mengutuk akak tersebut. Itu satu pengajaran buat aku. Jangan cepat menghukum orang. Adusss...

Oh akak yang berniat baik, maafkan saya dan mereka yang terlanjur kata-kata. Aku dah padam perenggan dalam entri sebelum ni yang menyalahkan akak tersebut merakam video itu. Kalau saya jumpa akak, saya harap akak dapat maafkan saya. Sob sob sob.

Moral of the story, kalau tak tau cerita, jangan mengadili buku kerana kulitnya. Well said.











p sepak s : Aku ada stalker...

Jangan Mengalah



Assalamualaikum.

Tahniah diucapkan kepada skuad hoki remaja Projek 2013 negara yang layak ke perlawanan akhir Kejohanan Hoki Piala Remaja Asia Ketujuh di Stadium Hoki Bukit Serindit. Pasukan negara menang bergaya 2-0 untuk menempah tiket perlawanan akhir buat kali pertama dalam tempoh 20 tahun dan akan berdepan jaguh Asia, Pakistan.

Tapi harus apa Malaysia gentar? India yang ditumbangkan dalam separuh akhir semalam adalah juara Asia. Sebelum ini, skuad yang sama juga menjuarai Piala Sultan Johor 2011 menumbangkan juara dunia, Australia. Tahniah K. Dharmaraj. Semoga skuad ini akan menggegar dunia dan mewangikan nama Malaysia.

Bukan mereka yang akan menjadi fokus entri ini. Sebaliknya entri ini tertumpu khas kepada permata baru bola sepak negara berusia 18 tahun, Nazmi Faiz Mansor yang mencetus fenomena. Aku tua setahun tapi dia yang nampaknya akan menjadi jutawan bola sepak kedua selepas Safee Sali. Insya-Allah.

Walaupun ramai yang mungkin tahu, aku nak share jugak entri rasmi kelab Divisyen Satu Portugal tersebut. SC Beira-Mar. "Jovem Malaio Nazmi Faiz em testes na proxima semana" merupakan tajuk artikel di laman web rasmi kelab tersebut yang bermaksud "Young Malaysian Nazmi Faiz tests next week". Nazmi akan berlepas ke Portugal bersama ayahnya seperti yang dilaporkan media massa. 

Korang boleh baca entri tersebut dalam bahasa Portugis. Jadi kena guna khidmat Abang Long Penterjemah. Walaupun entri pendek, tapi aku suka satu frasa. "É considerado um dos maiores talentos do futebol asiático" yang maksudnya "It is considered one of the greatest talents of Asian football". Wah, pujian melambung! 

Banyak yang perlu dikorbankan oleh Nazmi di negara orang. Seperti kata Menteri Belia dan Sukan, soal pemakanan umpamanya sering menjadi halangan. Di mana ada kemahuan, di situ ada highway. Eh, tu Adnan Semp-it. Kalau nak berjaya, Nazmi kena korbankan jiwa mudanya. Masa, tenaga dan segalanya. Bukan berjuang demi wang dan kemasyhuran, tetapi demi Malaysia yang tercinta. 

Aku ucapkan semoga berjaya kepada bintang baru dalam pembikinan. Jangan mudah mengalah. Rakyat Malaysia mendoakan kejayaanmu. Jika Perancis ada Zinedine Zidane, Brazil ada Pele, Argentina ada Lionel Messi, Malaysia akan terkenal dengan jenama Nazmi Faiz Mansor. Insya-Allah.










p cium s : Masa depan cerah..


Wednesday, May 9, 2012

Kegilaan


Assalamualaikum..
Salam kasih sayang..

Aku rasa hari ni memang kecoh pasal video pompuan pukul anak dia. Walaupun kejadian tu dikatakan berlaku tahun lepas, baru hari ni ribut sampai masuk Buletin Utama. Tak kisah lar tu. Aku tadi nak hapedet entri lain. Terus ubah fikiran sebab nak nyatakan simpati kepada nasib malang budak tu tahun lepas. Huhu. Maaf lar adik bayi. Abang Lelaki dari Marikh baru tahu hari ni.

Semuanya gila. Undang-undang gila. Manusia durjana macam tu cuma dipenjara 18 bulan. Selayaknya syaitan bertopengkan manusia tu dihantar ke Palestin. Biar dia mati katak kena bom dengan Israel. Apa jenis hukuman dunia pun aku tak faham sungguh. 

Pesalah utama mestilah ibu tak guna tu. Aku tak adalah sampai tuduh anak tu anak luar nikah macam orang lain. Tapi memang tak berperikemanusiaan langsung. Tak masuk akal. Sampai macam tu manusia boleh jadi kejam. Betul kata diorang. Binatang lagi sayang anak daripada perempuan tu. Buat anak jer reti. Astaghfirullahalazim. Rosak mood aku malam ni. 










p peluk s : Manusia ke haiwan..

Tuesday, May 8, 2012

Rumahku Syurgaku, Rumah Kau?



Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Malam tadi aku selamat tiba di Changloon selepas perjalanan memenatkan lebih 9 jam dari Shah Alam. Ekceli aku baru saja menamatkan peperiksaan akhir semester pagi semalam. Dua jam kemudian, aku telah berada di perut bas untuk satu perjalanan panjang. 

Ketika kawan-kawan aku bergerak ke destinasi masing-masing untuk melepaskan tekanan yang membebani selama ini, aku pula memilih untuk pulang ke baiti jannati. Syurga duniaku. Berbicara dengan diorang di luar dewan sebaik tamat peperiksaan subjek Matematik, aku disoal tentang kegelojohan aku pulang.

Diorang nak berseronok dulu. Berhibur bersama kawan-kawan selepas tamat urusan yang sangat menyakitkan minda. Aku terus pulang ke rumah yang aku rindui. Alasan aku mudah. Di rumah aku merasa ketenangan. Melihat telatah adik kecik, aku terhibur. Melihat kegirangannya yang tidak memahami erti tanggungjawab satu keseronokan bagiku. Lantas, apa lagi yang kurang pada rumahku?

Di sini aku merasakan satu ketenangan yang tidak ada di tempat lain. Walaupun cuti hanya seminggu, aku rela bertahan dalam perjalanan semata-mata untuk berada di syurgaku. Aku merasakaan kebahagiaan yang tidak mampu diterjemah seindah bahasa. Rumahku syurgaku. Rumah korang? Bukan syurga aku. ^_^










p peluk s : Aman damai..


Sunday, May 6, 2012

Cendana, I'm In Love




Assalamualaikum..

Sebak mencengkam dada. Sayu menghimpit jiwa. Ibarat sejuta tan batu membebani dada. Cendana. Kali pertama aku keluar mengenal dunia. Pengalaman sulung aku meniti jarak dan masa. Kini saatnya hampir tiba. Pasti ada kesudahan bagi setiap yang bermula. Tiada yang kekal melainkan Allah yang Maha Esa. Pencipta kita dan seisi alam semesta. Aku masih belum bersedia.

Kolej khas buat pelajar junior INTEC yang berjantina lelaki. Di sinilah aku berlari. Di sini aku menari. Di sini aku mencari. Di sini aku bergelut dalam mencari erti. Makna sebuah kehidupan yang hakiki. Mencari kebenaran asli di antara kepalsuan tanpa henti. Tempat aku belajar berdikari. Saat suka dukaku, Cendana menjadi saksi. Esok tibalah masa untuk pulang ke baiti jannati. 

Aku tidak akan menghuni Cendana lagi musim depan. Aku akan berhijrah ke Kolej Cemara untuk pelajar senior. Tiba-tiba rasa Cendana ni ada nilai sentimental. Bak kata rakan baik aku yang juga ahli Jawatankuasa Perwakilan Kolej, "Cendana ini bukan sekadar kolej kediaman, tetapi Cendana adalah komuniti berpagar". 

Aku bukan pelajar sekolah berasrama penuh. Aku meniti usia remajaku di sekolah harian. Cendana adalah detiknya aku berjauhan dengan keluarga, meniti proses kematangan menjadi lelaki dewasa. Tempat di mana aku hidup dalam satu komuniti asing. Aku menambah kenalan-kenalan baru. Aku melihat sendiri dunia ini lebih luas. Maka begitulah istimewanya Cendana bagiku. 

Meskipun Cendana bukanlah seorang manusia, Cendana tetap aku kasihi. Cendana, terima kasih untuk semua memori. Indahnya kenangan bersamamu akan kusimpan di sudut hati. Aku pasti akan kembali. Hadir semula untuk mengutip kenangan manis kita di sini. Selamat tinggal, Cendana! I love you. ^_^










p peluk s : Entri apakah....

Saturday, May 5, 2012

Kisah Yang Manis




Assalamualaikum..
Salam sejahtera..

Tadi aku singgah baca kisah manis Dena Bahrin. Pinjam Puan Dena punya quote sikit. ^_^

Someone who really loves you will show he/she wants you, will prove that he/she needs you, and will remind you he/she loves you. He/she will put you in the list "to be in heaven together forever". 

Tahniah kepada mereka. Selamat pengantin baru. Kisah yang manis untuk dijadikan teladan. Kisah seorang anak yang taat pada ibu bapanya. Kisah seorang hamba yang taat pada Tuhannya. 

Untuk pasangan bercinta di luar sana, simpan dulu perkataan cinta. Kalau tiada niat berkahwin, haram bercinta bak kata Ustaz Azhar Idrus, daie sejuta umat. Ayat-ayat cinta akan lebih manis jika diucapkan pada pasangan yang halal buat kita dengan ikatan yang sah.

Aku suka dengan kisah Puan Dena. Bagaimana dia sedang menghadapi kehancuran hati saat Allah memakbulkan doanya untuk mendapat lelaki terbaik dan kisah cinta yang paling manis untuk dikenang sehingga akhir hayat. 

Yakinlah pada Allah. Berdoalah pada Allah. Bertawakal kepada Pencipta segala cinta. al-Rahman dan al-Rahim. Dia yang mencipta segala rasa indah di hati hamba-Nya. Berusahalah kita untuk merasai kemanisan cinta selepas nikah. Insya-Allah.










p peluk s : Teguhkan hati kami ya Rabb..

Friday, May 4, 2012

Tabahkanlah

TEKAN SINI (Rehat sebentar)

Assalamualaikum..
Salam sejahtera..

Rindu rasanya untuk mengarang. Hajat di hati terpaksa disabarkan kerna ada urusan yang lebih memerlukan. Kini sekadar menanti hari Isnin tiba dengan ketenangan. Kertas peperiksaan terakhir untuk menamatkan semester kedua. Penuh suka duka. 

Tadi aku menenangkan fikiran dengan memerhatikan kerenah manusia di facebook. Dan mata aku tertangkap gambar ini. Tidak terlalu kompleks. Mudah untuk dicerna dan dihadam oleh minda. Bahasanya jelas. 

Hati berulang kali terluka dan kecewa. Tapi putus asa tidak pernah berjaya menguasai jiwa. Nikmat harapan mengisi semesta. Biar duka meremukkan rasa, nubari teguh menanti bahagia.

Sekeping gambar membawa seribu makna. Mungkin korang ada tafsiran yang berbeza. Tetapi bagi aku, ayat-ayat itu mencerminkan apa yang aku lalui.











p palang s : Rileks..

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif