Assalamualaikum.
Semalam sekali lagi perasaan aku bercampur. Suka dalam duka. Duka dalam suka. Gambar kat atas memang sempurna untuk menyatakan sebabnya. Smiley kuning tu Malaysia. Smiley merah tu Manchester United. Dua pasukan kesayangan aku. Satu membawa berita gembira. Satu lagi membawa berita kurang ceria.
Macam yang korang tahu, skuad hoki Malaysia menjadi juara Asia semalam disaksikan kira-kira 8000 penyokong. Satu sokongan padu yang menyemarakkan Malaysia untuk mengatasi jaguh Asia, Pakistan 2-1. Faizal Saari meletakkan Malaysia di depan seawal minit kedua menerusi kemahirannya menyempurnakan pukulan sudut penalti. Malaysia bertambah selesa dengan jaringan padang Shamin Yusof. Walaupun Muhammad Irfan mencemaskan skuad negara, Malaysia bertahan untuk mengungguli peringkat benua buat kali pertama, menebus dendam dua dekad lamanya.
Satu senyuman. Dan satu lagi tangisan.
Manchester United terlepas gelaran liga dalam konspirasi bola sepak terbesar dalam sejarah dunia bagi aku. Menang 1-0, aku dan kawan-kawan di kedai makan berasa gembira kerana Manchester City ketinggalan 1-2. Tapi dalam lima minit masa kecederaan, City menjaringkan dua gol. Memang logik, namun penyudah dramatik dalam musim penuh kejutan adalah seperti 'skrip' terancang. Begitu jelas aku dapat membayangkan perkara ini akan berlaku.
Huh, mujurlah kejayaan skuad hoki remaja Malaysia menjadi penawar duka aku. Satu petanda baik buat masa depan sukan hoki di Malaysia. Buat Manchester United, aku selaku kipas-susah-mati tak kecewa sangat. We are against the power of money. Tak ada apa nak dimalukan. City juara kerana menabur wang. Lalu di mana maruah mereka?
p palang s : Kuciwa hatiku..
3 comments:
terancang atau tidak, kalah tetap kalah. lalalala~
em, rasanya abg ni mmg ada bakat jd pengulas cam dlm tv tuh. skli lg, taktaw nk komen pa. geng mana yg menang td? yay~whatever. haha
@mirmashi94 lalala. mesti anti-MU ni. hehe
@nurshamila huhu. memang nak lawan hasbullah awang pun.. hewhew.
Post a Comment