Wednesday, May 23, 2012

A Dream Comes True



Assalamualaikum.

Semua rakyat Malaysia menerima khabar gembira. Mestilah gembira kan? Siapa yang sedih haruslah ditukarkan kewarganegaraan menjadi rakyat Nepal atau Sudan. Aku selaku peminat bola sepak tegar pasukan kebangsaan yang berdiri teguh di belakang saat kalah mahupun menang berasa amat girang. Hati bernyanyi riang. Bagai burung yang sedang terbang.

Alamak. Sastera lagi.

Nazmi telah ditawarkan kontrak tiga tahun. Aku malas nak panjangkan soal tu. Korang mesti dah tahu kan. Berita ni tersebar di dunia maya dengan kelajuan yang mencabar Porsche. Liga utama Portugal tu. Aku pun teruja macam korang jugak. Pemain Malaysia pertama beraksi di pentas berprestij Eropah. Beiramar yang akan diwakilinya pernah menjadi gelanggang permainan Eusebio, legenda bola sepak dunia.

Tahniah buat anak muda bertubuh kecil tapi berjiwa besar. Kalau hati nak, apa pun boleh buat. Asalkan jangan menyimpang dari Yang Maha Melihat. Ini adalah satu pencapaian bagi pemain bola Malaysia. Nazmi membuktikan pemain Malaysia juga boleh bersaing di arena dunia.

Kita sama-sama saksikan mimpi indah yang menjadi kenyataan. Selamat maju jaya aku doakan.

Nazmi Faiz Mansor. The pride of Malaysia.










p palang s :  Bangga..

4 comments:

mirmashi94 said...

wow. hebatnya =.=. dan die sebaya saya. siyes bangga! hak3

nurshamila said...

ok fine, tak mau komen papa tapi nk drop komen jugak. komennya berbunyi begini; no komen.

haha rainnya abg update, 2 post dalam satu hari. perghh mmg hebat

Eera Shera said...

bagus bdk ni

M Fizan said...

@mirmashi94 hak hak. dia adik saya. bangga sebagai anak malaysia :D

@nurshamila haha. sha lagi hebat. ada ramai readers. sob sob

@Eera Shera yeah, budak yang hebat.

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif