Welcome To My Life...

Friday, May 11, 2012

Jangan Mengalah



Assalamualaikum.

Tahniah diucapkan kepada skuad hoki remaja Projek 2013 negara yang layak ke perlawanan akhir Kejohanan Hoki Piala Remaja Asia Ketujuh di Stadium Hoki Bukit Serindit. Pasukan negara menang bergaya 2-0 untuk menempah tiket perlawanan akhir buat kali pertama dalam tempoh 20 tahun dan akan berdepan jaguh Asia, Pakistan.

Tapi harus apa Malaysia gentar? India yang ditumbangkan dalam separuh akhir semalam adalah juara Asia. Sebelum ini, skuad yang sama juga menjuarai Piala Sultan Johor 2011 menumbangkan juara dunia, Australia. Tahniah K. Dharmaraj. Semoga skuad ini akan menggegar dunia dan mewangikan nama Malaysia.

Bukan mereka yang akan menjadi fokus entri ini. Sebaliknya entri ini tertumpu khas kepada permata baru bola sepak negara berusia 18 tahun, Nazmi Faiz Mansor yang mencetus fenomena. Aku tua setahun tapi dia yang nampaknya akan menjadi jutawan bola sepak kedua selepas Safee Sali. Insya-Allah.

Walaupun ramai yang mungkin tahu, aku nak share jugak entri rasmi kelab Divisyen Satu Portugal tersebut. SC Beira-Mar. "Jovem Malaio Nazmi Faiz em testes na proxima semana" merupakan tajuk artikel di laman web rasmi kelab tersebut yang bermaksud "Young Malaysian Nazmi Faiz tests next week". Nazmi akan berlepas ke Portugal bersama ayahnya seperti yang dilaporkan media massa. 

Korang boleh baca entri tersebut dalam bahasa Portugis. Jadi kena guna khidmat Abang Long Penterjemah. Walaupun entri pendek, tapi aku suka satu frasa. "É considerado um dos maiores talentos do futebol asiático" yang maksudnya "It is considered one of the greatest talents of Asian football". Wah, pujian melambung! 

Banyak yang perlu dikorbankan oleh Nazmi di negara orang. Seperti kata Menteri Belia dan Sukan, soal pemakanan umpamanya sering menjadi halangan. Di mana ada kemahuan, di situ ada highway. Eh, tu Adnan Semp-it. Kalau nak berjaya, Nazmi kena korbankan jiwa mudanya. Masa, tenaga dan segalanya. Bukan berjuang demi wang dan kemasyhuran, tetapi demi Malaysia yang tercinta. 

Aku ucapkan semoga berjaya kepada bintang baru dalam pembikinan. Jangan mudah mengalah. Rakyat Malaysia mendoakan kejayaanmu. Jika Perancis ada Zinedine Zidane, Brazil ada Pele, Argentina ada Lionel Messi, Malaysia akan terkenal dengan jenama Nazmi Faiz Mansor. Insya-Allah.










p cium s : Masa depan cerah..


2 comments:

Deleted said...

taktau nk komen pa actually. btw thanx for support. haha

p/s : gud luck abg genius..

M Fizan said...

@nurshamila haha. kalau pompuan tak tau bola dimaafkan :D

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif