Welcome To My Life...

Saturday, May 26, 2012

Hari Itu Dalam Sejarah

WE ARE 19 & WE ARE YOUNG
Belakang (kiri ke kanan) :
Nabila Zakirah, Aini Suraya, Nabilah Husna, Nadiah, Azri, Aizzat, Hadi, Khairi
Depan (kanan ke kiri) :
Ikram, Syamim, RAHSIA, Fahmi

Assalamualaikum..

Tarikh : 24 Mei 2012 (Khamis)
Waktu : 2.30p.m *Janji Melayu
Tempat : KFC Changlun (macam takde tempat lain)
Cuaca : Mendung menanti gerimis...

Kenapa entri ni ambik masa dua hari nak dicoret? Sebab aku sibuk. Sibuk sangatlah kan. Mengalahkan menteri betul Lelaki Dari Marikh ni. Seperti butiran yang aku berikan di atas, Khamis lepas aku ada satu reunion. Hari itu dalam sejarah.

Hanya seminggu perancangan dibuat. Trimas kepada Mark Zuckerberg kerana mencipta Facebook. Melalui group, kitorang merancang pertemuan ini. Oleh kerana tidak ada perancangan rapi dengan strategi plan A dan plan B maka itu sajalah yang datang. Tak sampai separuh. 

Waktu yang dijanjikan adalah 2.30 petang. Jam 1430 waktu Malaysia di Changlun, Kedah. Tapi yelah kan. Janji Melayu memang macam tu. Aku sampai ketika jarum jam dengan riak sekali menghampiri pukul 3 petang. Tapi hanya ada dua orang gadis saja yang menepati janji. Yang lain menepati janji jugak. 2.30 petang mengikut waktu Korea, Maghribi, Mekah dan Madinah mungkin.

Dari tingkat bawah, kitorang bergerak ke tingkat atas. Masing-masing tak tahu nak borak apa. Mujurlah peguam (namanya terpaksa dirahsiakan demi keselamatan) membuka bicara. Perasaan segan dan janggal itu masih ada. 7 tahun berlalu. Ini adalah reunion kelas 6 Jati SK Bandar Baru Sintok 2005. 

Ya, tujuh tahun. Bukan tujuh hari tau. Tujuh saat? Erk. Masing-masing dah berubah fizikal. Aku makin chubby. Tapi comel. Semua muka dah matang. Kemudian sorang demi sorang lagi sampai. Akhirnya banyak tu saja dapat dikumpulkan. Yang lain kata tak dapat maklumat dan tinggal jauh dan balik kampung dan sebagainya. 

Aizzat yang berkaca mata dan berbaju belang di barisan belakang dalam gambar di atas tu yang menceriakan suasana dengan lawak-lawaknya. Lama-lama keserasian tu makin terasa. Membuka kembali lembaran sejarah lama bila bercerita soal kawan yang tidak menghadirkan diri. Menceritakan perkembangan masing-masing yang terkini. Gelak tawa membuatkan pertemuan semula tidak pernah sunyi.

Hari itu dalam sejarah. Aku harap reunion yang lebih berjaya akan dapat dilangsungkan pada masa akan datang. Mungkin tujuh tahun lagi pula. Masing-masing dengan anak dan isteri. Siapa tahu? ^_^











p peluk s : Lega..

14 comments:

mirmashi94 said...

seronok laa dapat jumpa balik kawan kawan sekolah kan? haha. kawan sekolah rendah sume duk dekat2, sekampung jaa. tapi jarang jarang gak jumpa. fuhh -.-

Lovely Lieyza said...

waaahhh..best nyer dpt jumpa kawan2....

dear yayah said...

wah, bestnye saat reunion ngan kwn2... terkenang blik kngan2 n perkara2 sengal zmn muda2 dl kan :P

Azmira Yusof said...

bestnye jumpa kwan2 ..


salam kenal

azmira

EmeLiena said...

Reunion , lama gak ehh. 7 tahun. Perghhh :] But it's so sweet .

✿INA AINAA✿ said...

wahhh bestnyew reunion..rindu btl kt kwn2 ena pula..asiihhh...

happy friendships u all till heaven.. hav a great day

Deleted said...

perghh bestnya, rindu kwn2 lama. huhu .owh patotlah lama tak update. sha hari2 bukak blog abg, tgk dah update ka blom. huhu

Liyana Izzati said...

Laa reunion ke? Nak join boleh? Aku tak pernah join reunion yang sekolah rendah punya. Hahahaa.

Deleted said...

abg naz nampak cool ja. btul kan yg tgh tu abg? k berapa kali nk komen ni?? haha

teha said...

syok lettew !

M Fizan said...

@mirmashi94 haha. tu tragis. kalau dekat wajib jumpa :D

@ChEnTA LiEYza sangat-sangat best......

@dear yayah yeah! cos of! teringat habis memori lama..

M Fizan said...

@Azmira Yusof salam kenal jugak. haruslah best :D

@emeliena yup, ingat nak tunggu 17 tahun. haha. sweet so much :)

@✿Lady Ainaa✿ hehe. nanti ena buat pulak la. thanks ena :)

M Fizan said...

@nurshamila abg naz update tengok ilham jugak la sha. huhu. rindu kwn lama buat reunion la :D yup, yg tengah tu abg. cool? perli ka? haha

@Liyana Izzati hahaha. tak pernah buat la bagi pernah. boleh je join. tapi dah lepas. wahaha

@teha cos of!

Deleted said...

tak perli la. muka abg dalam profile pic tu terlindung. ni baru nampak muka dari depan. huhu

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif