Assalamualaikum..
Sebak mencengkam dada. Sayu menghimpit jiwa. Ibarat sejuta tan batu membebani dada. Cendana. Kali pertama aku keluar mengenal dunia. Pengalaman sulung aku meniti jarak dan masa. Kini saatnya hampir tiba. Pasti ada kesudahan bagi setiap yang bermula. Tiada yang kekal melainkan Allah yang Maha Esa. Pencipta kita dan seisi alam semesta. Aku masih belum bersedia.
Kolej khas buat pelajar junior INTEC yang berjantina lelaki. Di sinilah aku berlari. Di sini aku menari. Di sini aku mencari. Di sini aku bergelut dalam mencari erti. Makna sebuah kehidupan yang hakiki. Mencari kebenaran asli di antara kepalsuan tanpa henti. Tempat aku belajar berdikari. Saat suka dukaku, Cendana menjadi saksi. Esok tibalah masa untuk pulang ke baiti jannati.
Aku tidak akan menghuni Cendana lagi musim depan. Aku akan berhijrah ke Kolej Cemara untuk pelajar senior. Tiba-tiba rasa Cendana ni ada nilai sentimental. Bak kata rakan baik aku yang juga ahli Jawatankuasa Perwakilan Kolej, "Cendana ini bukan sekadar kolej kediaman, tetapi Cendana adalah komuniti berpagar".
Aku bukan pelajar sekolah berasrama penuh. Aku meniti usia remajaku di sekolah harian. Cendana adalah detiknya aku berjauhan dengan keluarga, meniti proses kematangan menjadi lelaki dewasa. Tempat di mana aku hidup dalam satu komuniti asing. Aku menambah kenalan-kenalan baru. Aku melihat sendiri dunia ini lebih luas. Maka begitulah istimewanya Cendana bagiku.
Meskipun Cendana bukanlah seorang manusia, Cendana tetap aku kasihi. Cendana, terima kasih untuk semua memori. Indahnya kenangan bersamamu akan kusimpan di sudut hati. Aku pasti akan kembali. Hadir semula untuk mengutip kenangan manis kita di sini. Selamat tinggal, Cendana! I love you. ^_^
p peluk s : Entri apakah....
8 comments:
wahhh . sedapnya ayat yang diguna . best bila dibaca .. takpe , kekalkan cendana dalam ingatan .. semoga cemara akan membuka lembaran baru yang lebih manis lagi .. insyaAllah :)
cendana , i love u too. haha ;).
p palang s : eh , dah peluk dah ? kah3.
ye, saya buat lawak. sila ketawa -.-
da lama2 stay stu tmpt tu msti rndu kn?
pergh power ayt. hehe first time singgah cni.
nice entry, serious!
CENDANA AKAN TERUS DI HATI.... JGN RISAU, CENDANAN AKAN SENTIASA ADA, BILA2 BOLEH DTG LAGI...
wahaha. . kau orang yang sangat emosi . tapi aku nampak nilai merngahrai kat situ. *salute*
@Ini Kisah Tia insyaAllah tia.. amin.. :)
thanks.. biasa je ayat tu.. i like this writing style. :)
@mirmashi94 haha. mana boleh. cendana untuk boys aje :)
hahahahaha. ketawa dah.
@eyjalukman yeah. mesti lah. tempat jatuh lagikan dikenang.. hehe
@nurshamila hehe. yeke power? tak lah. thanks, i take that as a compliment :)
@msredcheesecake hehe. CENDANA tak lari. tapi masa berlari. isk2
@cha'e hehe. tak ada apa nak disalute. emosional je. >.<
Post a Comment