Welcome To My Life...

Tuesday, May 31, 2011

Juvana Episode 6

Salam sejahtera... woaaarrr... cerita Juvana kat TV3 tu dah masuk episode 6.. feberet aku tu.. heheh.. dah makin menarik jalan cerita.. walaupun ada part imbas kembali yg buat cerita nie meleret.. kalau tak ada pun tak apa kan? Kalau nak buat flashback pun, pendek2 dah lar.. hehe.. banyak komen pulak aku nie.. nanti marah pulak Faisal Ishak, pengarah Juvana tu.. lalalala.. tak sabar nak tahu apa jadi seterusnya nie....

Okey, okey.. cukup2 lar melalut tu A Guy From Mars.. haha.. semalam dah masuk episode 6.. adegan bersambung selepas kematian Fit minggu lepas.. kesian watak Fit dimatikan awal akibat overdose.. tu lar.. makan dadah banyak sangat.. huhu.. moralnya, jauhilah dadah yg menjahanamkan.. rakyat Malaysia benci dadah.. kepada yg belum puas tengok, tak sempat tengok, dan terlepas babak penting sebab buat kopi untuk suami malam tadi, boleh lar tengok kat sini.. hehe.. meh tengok meh~

Dato' Wira berang dengan kematian Fit, kes terbaru di Sekolah Wira Bakti.. Botak mengarahkan semua buat2 tak tahu walaupun Panjang rasa sedih teramat sangat dengan kematian kawan baiknya.. Warden Raja pulak marah dengan kegagalan Cikgu Zakiah dan sesi kaunselingnya.. sorang demi sorang pelajar di sekolah tu disiasat.. tapi hasilnya, tak ada yg bagi maklumat..


Cikgu Zakiah bagi satu buku [jeng jeng jeng] untuk Daim.. Daim pulak geram sebab tak jumpa cara nak lari daripada tahanan lepas baca buku tu.. lepas baca surat khas daripada Cikgu Zakiah [wahhhh], Daim berani nak lawan debat dengan Botak.. Daim bagi hujah kukuh sampai terbongkar rahsia Botak [zassss]..


Nie haaa mula dah imbas kembali Botak kena dera.. kesian Botak.. rupa-rupanya jadi gengster sebab pernah jadi mangsa.. aku ingat nama sebenar dia Botak bin Licin.. hoho.. sebenarnya nama dia Naim.. Botak selalu buat hal dekat sekolah.. buli orang, belasah pengawas.. maka selalu jugak lar dia kena balun dengan tali pinggang bapak dia.. sampai lar dia buat kes yg membawa dia ke Sekolah Wira Bakti... [apakah??]



Wahhh.. makin happening.. tak sabar nak tengok episode 7.. ada budak baru masuk.. dalam iklan semalam, budak nie lagi kuat daripada Botak.. good news.. hoho.. kepada sesiapa yg ada maklumat tentang episode2 masa depan, sila maklumkan.. malas nak tunggu.. hahaha.. sekian dulu.. salam sejahtera :)
















p/s : Tak pernah dibuli.. tak suka membuli..


Monday, May 30, 2011

Kau Bintangku

Assalamualaikum.. hari nie tak sempat nak update entri.. sibuk gila.. ada dah entri.. tapi still dalam pembinaan.. hehe.. nie sesaja buat entri ringkas + pendek sebab tetiba rasa mood jiwang.. kui kui kui..

Rindu lar kat orang tu.. orang tu lar.. korang kenal ke? Huhu.. orang tersebut balik kampung.. malam semalam dan malam nie aku boring + kesunyian lar.. buat ayat sedih pulak.. haha.. ini entri peribadi suka suki.. jangan gelakkan aku.. sob2.. v_v



Kenapa pulak aku letak gambar bintang nie? Yela.... dia kan bintang yg paling terang dalam hidup aku.. kini dia berada jauh di Besut, Terengganu.. tapi kitorang still tengok bulan dan bintang yg sama kan? :)

"Awak.. awak bintang saya tau tak? Betul! Awak lar bintang yg paling terang.. saya pulak bintang yg paling dekat dengan awak.."

Haha.. tetiba romantik sangat lar ber"saya-awak".. kuang kuang kuang.. okey, ayat sadis tu... korang jangan muntah hijau yer walaupun geli sesangat.. haha.. rileks suda.. kalau "awak" dapat baca nie, senyum lar sorang2 yer.. hehe..













p/s : Rindu awak...

Sunday, May 29, 2011

M.O.M

Assalamualaikum.. alohaa.. hari nie lambat sikit update entri.. still rasa suram dengan kekalahan team feberet aku.. tahniah kepada fans2 Barca.. juara Liga Juara-Juara Eropah kali ke-4.. korang boleh lar berpesta meraikan kejayaan pasukan korang.. bagi fans Red Devils macam aku.. sabor jer lar.. tak perlu berduka cita.. musim depan masih ada.. hehe.. optimis, optimis.. kuang3..

Walaupun kalah, aku bangga dengan aksi Manchester United.. Barcelona memang lawan yg jauh lebih handal.. tapi tentangan yg diberikan United buat aku rasa puas hati.. tak menyesal pun sokong bala tentera Fergie.. glory glory Manchester United.. huhu.. perlawanan awal pagi tadi berakhir dengan keputusan 3-1.. ramalan skor aku betul dah semalam.. cuma terbalik pasukan.. mungkin aku terlalu optimis United boleh menang.. tapi secara realistik, aku sepatutnya sedar semalam yg Barca tak dapat digugat..

Okey, okey.. cukup ayat2 pasrah.. hehe.. M.O.M yg aku letakkan sebagai tajuk tu bermaksud "Moment Of Magic".. van Der Sar di gawang United dah bekerja keras menyelamatkan pintu gol daripada dibolosi.. tapi kesemua empat gol yg dijaringkan semalam memang world class..gol-gol berkualiti tinggi..

Sekarang aku cerita secara ringkas gol-gol yg dijaringkan semalam..

Pedro Rodriguez, minit ke-27..
Xavi di sebelah kiri mengumpan bola tepat kepada Pedro di sebelah kanan..
Pedro di belakang pertahanan menampan kemas..
Rembatannya gagal dikekang Vidic..
1-0 BARCA..

Wayne Rooney, minit ke-34..
Rooney bermain 1-2 dengan Carrick dan menolak bola kepada Giggs..
Tolakan semula Giggs dilencongkan melepasi Valdes..
1-1 UNITED..

Lionel Messi, minit ke-54..
Larian solo Messi memecah masuk ke tengah dari kanan..
Tiada yg merapati dan Messi merembat dari luar kotak penalti..
2-1 BARCA..

David Villa, minit ke-69..
Hantaran Busquets tepat kepada Villa di luar kotak penalti..
Villa menampan dan melencongkan bola ke top corner..
3-1 BARCA..

Kedua-dua penjaga gol sangat hebat.. bukan mudah untuk ditewaskan.. tetapi van Der Sar ditumbangkan tiga jaringan berkualiti tinggi.. begitu juga Valdes ditembusi jaringan hebat Rooney.. Barca mendahului 1-0 menerusi rembatan kencang Pedro.. Rooney menyamakan kedudukan 1-1 menerusi lencongan yg menarik.. Messi tidak mahu kalah dan membuktikan kehebatannya dengan menjadikan 2-1 menerusi jaringan solo, satu rembatan deras dari luar kotak penalti.. Villa menamatkan sisa-sisa perjuangan United dengan rembatan lencong yg begitu teknikal untuk kedudukan 3-1.. pemain Barca berlari keriangan sebaik wisel terakhir ditiup oleh Viktor Kassai dari Hungary..



MAN OF THE MATCH
Kelincahan Lionel Messi gagal dikekang oleh Vidic mahupun Ferdinand.. akibatnya United terpaksa membayar harga mahal dengan tewas di final kepada Barca untuk kali kedua dalam tempoh tiga tahun.. Messi melakukan larian solo sebelum merembat dari luar kotak penalti untuk menewaskan van Der Sar dan menjadikan kedudukan 2-1.. gol ketiga jaringan David Villa juga dimulakan Messi yg melepasi Nani di bahagian sayap kanan.. Messi merupakan penjaring terbanyak kejohanan musim 2010/2011 ini dengan menyamai rekod 12 jaringan yg pernah dilakukan Ruud van Nistelrooy suatu ketika dahulu.. dan jaringannya dalam final itu adalah yg ke-53 keseluruhan musim ini.. Messi the Little Magician.. out of this world..















p/s : Mengakui kekalahan kepada yg lebih baik...


Saturday, May 28, 2011

Ini Malaysia Yang Dibanggakan?

Assalamualaikum.. sejak akhir-akhir nie banyak berita yg tidak sepatutnya kedengaran.. maka aku merasa terpanggil untuk membincangkan isu ini.. manakah keamanan dan kedamaian yg sering kita laung-laungkan? Di mana kesejahteraan yg kita pertahankan selama lima dasawarsa? Tidakkah negara kita selamat lagi untuk diduduki? Inikah Malaysia tercinta yg kita banggakan? Kalau jawapan korang positif, aku percaya korang mungkin optimis.. atau mungkin jua korang nie terlalu banyak berhibur hingga tidak tahu-menahu tentang ancaman demi ancaman yg berlaku saban hari..



Sejak kebelakangan nie, kita dengar berita wanita diancam oleh penyimbah asid yg terlaknat.. aku rasa diorang nie pernah dikecewakan.. atau kurang waras.. atau mungkin juga bosan dan tak ada kerja lain untuk dilakukan.. untuk makluman makhluk-makhluk binatang bertopengkan manusia tersebut, perbuatan korang yg zalim tu tak berperikemanusiaan langsung, faham?! Betul-betul menjatuhkan maruah Malaysia di mata dunia.. kalau pelancong asing balik bercerita tentang situasi ini, apa yg akan berlaku kepada industri pelancongan Malaysia? Itu dari segi ekonomi..dari segi keselamatan, wanita-wanita perlu lebih berhati-hati dan sentiasa berwaspada dengan kemungkinan disimbah asid secara tiba-tiba.. apa nak jadi dengan Malaysia kita? Jangan sampai berlaku wanita tak lagi dapat nak bersiar-siar dengan selamat....


Semalam pulak kita dikejutkan dengan berita beberapa orang guru membelasah beberapa orang pelajar sehingga lebam2.. peristiwa ini sangat2 lar merosakkan imej guru.. guru sering dilabelkan umpama lilin yg membakar diri menerangi orang lain.. janganlah kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.. kalau benar guru diancam oleh pelajar tersebut, gunakan saluran yg betul untuk menyelesaikan masalah.. cara yg dilakukan sangat keji dan hina.. 6 lawan 1? Kalau korang guru jantan, apa barang lawan macam tu? Bacul, penakut.. Huh, sebab korang lar, imej guru tercalar..ini guru Malaysia? Ini situasi sekolah negara kita? Jangan sampai guru dah tak lagi dipercayai di masa akan datang kalau begini trend dan caranya...


Hari nie pulak, keluar satu lagi berita sadis dan tragis.. aku hanya mampu menggelengkan kepala apabila membaca berita tu.. sorang budak darjah empat dicucuk matanya oleh samseng sebaya.. yg lebih menyedihkan, tangan dan kakinya dipegang.. kalau begitu caranya dia dibuli, bagaimana dia dapat menghalang pensel mekanikal merosakkan kornea matanya? Seperti juga cikgu-cikgu tak bertamadun dalam berita di atas, budak2 nie jugak tak lar berani mana sangat pun.. tapi itu bukan lar masalah utama di sini.. yg menjadi persoalan pokok.. inikah bayangan belia harapan kita? inikah tunjang pemimpin masa depan negara? adakah ini belia yg dapat kita banggakan? Jangan sampai satu hari nanti, anak2 kecik takut nak ke sekolah sebab ada gengster2 cilik macam nie....pembuli tak bertauliah...


KONKLUSI
Inikah negara kita yg aman damai? Inikah Malaysia yg kita banggakan?














p/s : Bertindaklah wahai pihak yg berkuasa...


Siri "Final Countdown"

Salam sejahtera..entri ini khas buat para peminat bola sepak..jika anda tidak berminat, sila ke blog archive..banyak lagi entri menarik..hehe...tak berminat lagi? feel free to close the tab..thanks for being here..follow yer....hoho..

Di bawah nie senarai kiraan menurun menjelang final awal pagi esok..


THE FINAL COUNTDOWN

28 Mei - Misi Balas Dendam
27 Mei - Road To Wembley (Part 2)
26 Mei - Road To Wembley (Part 1)
25 Mei - Juara Yang Terbuang
24 Mei - Schalke Memecah Dominasi
23 Mei - Hikayat Dongeng Purba
22 Mei - Budak Pendek Yang Ajaib
21 Mei - Kuda Tua Yang Gagah
20 Mei - Raja Midas Yang Diaibkan


Feel free to read..feel free to comment..feel free to follow..:)














p/s : Suka buat analisis...


Final Countdown : Medan Balas Dendam


Assalamualaikum.. ya.. telah tiba masanya.. inilah ketikanya.. masa untuk bersedia.. siapkan kopi dua jag.. tinggalkan kerja yg bertimbun.. lepak depan TV dengan segala mak nenek bantal dan selimut.. hehe.. masa yg dinanti-nantikan oleh kaki bola seluruh dunia telah tiba ke kemuncaknya.. final Liga Juara-Juara Eropah akan berlangsung hari nie (di Eropah) iaitu pada pukul 2.45 pagi esok, 29 Mei 2011, (waktu Malaysia).. hari nie adalah hari terakhir aku melakukan kiraan menurun.. tinggal kurang 24 jam..

Selepas menelaah dan berfikir serta merujuk SINI...sekarang aku akan melakukan analisis akhir..

Final yg paling dinanti-nantikan antara dua kelab terunggul di Eropah ketika ini.. pertembungan juara England dan juara Sepanyol, dua liga ternama dunia.. perlawanan ini membawa erti besar buat kedua-dua pasukan.. Barcelona ingin memenangi kejuaraan keempat selepas Barca menang pada tahun 1992, 2006 dan 2009..begitu juga dengan United selepas menjadi juara pada 1968, 1999 dan 2008.. pengurus United, Sir Alex Ferguson memburu kejuaraan ketiga selaku pengurus manakala bek tengah Barcelona, Carlos Puyol, memburu pingat kejuaraan ketiga selaku pemain..

Ramuan yg dimiliki kedua-dua pasukan hampir sama.. falsafah menyerang digunakan kedua-dua pengurus yg jarak usia mereka sangat jauh.. namun pendekatan mereka berbeza.. Barca lebih gemar menyimpan bola manakala United lebih terkenal dengan serangan tanpa henti.. pasukan dengan taktikal yg lebih berkesan malam ini akan menang dengan jurang gol yg tipis.. perlawanan ini pasti sengit dan mendebarkan serta dramatik..

Barisan pemain juga memiliki keupayaan seimbang.. Barca dengan kekentalan Valdes di gawang, ketenangan Pique dan Puyol mengemudi pertahanan, kreativiti Xavi dan Iniesta melakukan hantaran tepat, dan ketajaman Messi serta Villa menyudahkan serangan.. United juga tidak kurang hebatnya.. van Der Sar kebal di pintu gol, Vidic dan Ferdinand pakar mempertahankan kubu, pengalaman Giggs, larian tanpa henti Ji-Sung, asakan Nani dan Valencia dari bahagian sayap, juga kemampuan Rooney dan Hernandez menyudahkan peluang..

Debaran dijangka tamat dalam masa sebenar permainan tanpa tambahan masa.. sedikit kesilapan akan mencetuskan tangisan tragedi.. tidak banyak perbezaan kedua-dua pasukan yg terbaik di Eropah dan dunia ketika ini.. hanya taktikal yg efektif bakal menentukan siapa juara yg akan menjulang piala berprestij dan termasyhur di Eropah malam ini..Puyol atau Vidic?

PENGURUS
Sir Alex Ferguson - Karier pengurusan selama 25 tahun dengan deretan trofi dan silauan lensa kemasyhuran menjelaskan betapa Fergie ialah antara pengurus terhebat pernah disaksikan sepanjang zaman.. barisan pemain bersilih ganti namun Fergie masih memimpin pasukan dengan memburu kejuaraan Eropah ketiga selaku pengurus United..

Josep Guardiola - Baru beberapa musim menerajui Barcelona.. tetapi telah memiliki satu pencapaian yg sangat membanggakan.. memenangi 6 trofi kejuaraan dalam satu musim menjadikan karier pengurusannya begitu istimewa.. perbezaan usia yg jauh dengan Fergie.. mungkin kurang pengalaman tetapi kepakaran menyusun taktikal hampir setara.. telah memenangi kejuaran selaku pemain dan pengurus.. kini memburu kejuaraan kedua selaku pengurus Barca

BARISAN KEMUNGKINAN
BARCELONA
Formasi 4-3-3

Victor Valdes (29 tahun) - Penjaga gawang yg tenang dan kebal
Dani Alves (28 tahun) - Bek kanan yg rajin membantu serangan
Carlos Puyol (32 tahun) - Kapten dan bek tengah yg komited
Gerard Pique (24 tahun) - Bek tengah yg sukar dilepasi
Adriano (26 tahun) - Bek kiri yg berpengalaman
Xavi Hernandez (31 tahun) - Jeneral tengah yg kreatif
Sergio Busquets (22 tahun) - Kental selaku pemain tengah bertahan
Andres Iniesta (27 tahun) - Pakar umpanan tepat
Lionel Messi (23 tahun) - Pemain terbaik dunia yg licik
David Villa (29 tahun) - Penyerang yg prolifik
Pedro Rodriguez (23 tahun) - Memiliki larian yang pantas


MANCHESTER UNITED
Formasi 4-4-2

Edwin van Der Sar (40 tahun) - Penjaga gol yg kebal
Rafael da Silva (20 tahun) - Bek kanan yg pantas
Nemanja Vidic (29 tahun) - Bek tengah yg cekap
Rio Ferdinand (32 tahun) - Bek tengah yg sukar ditandingi
Patrice Evra (30 tahun) - Rajin membantu serangan
Antonio Valencia (26 tahun) - Laju dan hantaran yg tepat
Michael Carrick (29 tahun) - Pakar umpanan memecah pertahanan
Park Ji-Sung (30 tahun) - Larian tanpa henti
Nani (24 tahun) - Sayap yg berskil tinggi
Wayne Rooney (25 tahun) - Pemain yg agresif dan teknikal
Javier Hernandez (22 tahun) - Penyerang prolifik yg pintar

KUNCI PENENTU KEMENANGAN
Messi vs Vidic - Messi yg lincah dan sukar untuk disekat akan bertemu lawan yg setanding.. Vidic dijangka menghadiahkan memori yg pahit untuk dikenang oleh Messi sepanjang hayat..

Xavi vs Carrick - Carrick pasti mengidamkan untuk memadam kenangan 2009 apabila didominasi oleh Xavi.. kali ini Carrick berpeluang untuk membalas dendam dan harus menguasai bahagian tengah untuk membuka ruang serangan bagi United..

Villa vs Rafael - Messi akan menggempur dari tengah, maka Villa akan bergerak naik dari sayap kiri dan harus berdepan Rafael.. walaupun Rafael masih muda, dia sangat tenang dan kompetitif.. Rafael diharapkan mampu mengekang Villa..

Ji Sung vs Iniesta - Ji Sung terkenal dengan larian tanpa henti dan tidak mengenal lelah.. dia juga sentiasa beraksi cemerlang dalam perlawanan besar... pertarungannya dengan Iniesta yg pakar dalam membuat umpanan tepat akan menjadi kunci kemenangan kerana Barcelona sering menang kerana lebih banyak menguasai bola..

Rooney vs Puyol - Gempuran Rooney semakin mencapai kemuncaknya sejak kebelakangan ini.. berita buruk buat mana-mana pertahanan.. tetapi Puyol berpengalaman menjulang trofi ini dua kali pada 2006 dan 2009.. pertarungan ini penting buat United..

Hernandez vs Pique - Musim pertamanya bersama United.. namun Hernandez telah mencipta masalah buat semua pertahanan setiap kali dia beraksi.. pakar mencium peluang dan mampu menyudahkan hantaran dengan pelbagai cara.. Pique telah beraksi cemerlang sejak berpindah dari United.. pertarungan yg dijangka sengit..

Valencia vs Adriano - Valencia dijangka memulakan perlawanan di sayap kanan.. Adriano yg hanya menggantikan Abidal dijangka menghadapi mimpi ngeri kerana Valencia sangat pantas dan berkaliber membuat hantaran silang yg berbahaya..

Nani vs Dani Alves - Nani yg berskil tinggi dan berkemahiran menggunakan kedua-dua belah kaki mampu menyusahkan Dani Alves selaku bek kanan.. jika Dani Alves menghabiskan masanya cuba mengekang Nani, sukar untuknya membantu bahagian serangan seperti biasa..

RAMALAN
Barcelona menjadi pilihan ramai.. namun United akan mencapai kemuncak prestasi malam ini..
sukar untuk meramal kesudahan perlawanan hebat ini..
Hernandez akan memusnahkan Barca..
Barcelona 1-3 Manchester United















p/s : Jantung berdegup kencang...

Maharaja Lawak Minggu 9

Wahaaa..awal aku update entri pasal Maharaja Lawak minggu nie..huhu..tak rasa ngantuk lar..salam sejahtera yer..aku tahu korang dah tengok kat youtube awal2 lagi kan..tapi aku still nak kongsi pendapat aku tentang persembahan diorang minggu nie..jom kita tengok siapa yg bagus dan siapa yg kurang bagus..

R2 dengan Sathiya..aku memang terkena lar dengan diorang..jeng jeng jeng betul..
haha...aku enjoy macam Ahmad Idham jugak..3 bintang..


Balas dan Bell Ngasri mengecewakan..tak macam persembahan minggu ke-9..
aku tak tau bila nak gelak..huhu..1 bintang..
memang patut tersingkir..maaf..aku kecewa jua..


Kombinasi Sepah dan AR Badul memang mantap..lawak Melayu yg penuh bermesej..
graf lawak naik turun..kira cincai lar..aku bagi 4 bintang...:)


Nabil dan Sharifah Shahira memang serasi..menghiburkan..
Nabil yg sebenar sudah kembali..3 bintang..hehe..


Kenchana Devi telah melengkapkan Jozan dalam persembahan berkualiti minggu nie..
aku terhibur..aku harap korang pun terhibur..aku bagi 4 bintang...


Persembahan terbaik minggu nie daripada Jambu dan Acong Sweetchild..
Lawak internasional..memang betul2 kaum sungai Amazon lar..haha..
Aku tak ketawa, tapi kelakar diorang nie..5 bintang..



Seperti yg aku jangka, Balas tidak dapat terselamat lagi kali nie..berakhir lar kisah hantu mak cik karipap yg menghantui gelanggang Maharaja Lawak..haha.. apa2 pun, mereka telah mencuba yg terbaik..tahniah kepada otai2 dan senior2 lawak tanah air yg berusaha membantu peserta menghiburkan penonton..terbaik dari ladang~ sekian dulu minggu nie..moga bertemu lagi minggu hadapan..majulah pelawak untuk Malaysia kita yg tercinta...:)














p/s : Ngantuk suda....


Friday, May 27, 2011

Prebiu Maharaja Lawak Minggu 9

Assalamualaikum..makhluk Tuhan paling seksi di atas bukanlah aku, kawan aku mahupun mana-mana peserta Maharaja Lawak yg dikartunkan..atau mungkin juga Amir yg takut dimasukkan semula..hehe..gurauan semata..itu lar ekspresi wajah para peserta pada pagi tadi yg dapat aku bayangkan menjelang persembahan minggu ke-9 malam ini..minggu lepas, 7 peserta beraksi termasuk R2 yg diundi masuk..dan pada akhir rancangan, Man telah disingkirkan kerana mendapat undian terendah..tengok SINI..

ULASAN

NABIL - Bottom three minggu lepas..persembahannya biasa2 saja.. idea penggunaan perkataan2 terkini seperti "OMG" dan "whatever" tidak kelakar untuk semua golongan..diakui membuat lawak secara solo agak sukar..perlu bekerja lebih keras minggu ini..

JAMBU - Berkongsi tangga teratas dengan Jozan minggu lalu menggambarkan Jambu semakin mendapat tempat di hati peminat..lawak tentang robot minggu lepas agak kreatif dan mendapat pujian juri..percubaan yg berani untuk memikat pengundi remaja..nantikan idea segar seterusnya dengan mimik muka yg melucukan..

R2 - Selepas disingkir pada awal saingan, R2 mendapat 'nyawa kedua' apabila diundi masuk minggu lepas..persembahan tentang orang gila yg sinonim dengan mereka..perlu mencuba genre komedi lain agar kelihatan lebih versatil..masih berbaloi untuk menunggu persembahan mereka..

JOZAN - Pilihan ramai yg berada di tangga teratas minggu lalu..lawak mengenai doktor dan pesakit yg tersalah bius membuatkan anda tidak kering gusi..tetapi persoalannya, adakah Jozan mampu terus konsisten? Prestasi umpama yoyo..Jangan ke mana-mana apabila giliran Jozan akan tiba malam ini..tunggu.........

BALAS - Minggu lepas mereka mengutarakan lawak budak sekolah rendah..percubaan yg disifatkan berani oleh Mamat Khalid..lawak generasi milenium mereka mungkin sukar untuk difahami dan mempunyai maksud tersirat..lawak kreatif yg sering disalahtafsirkan sebagai double-meaning..mungkin tidak terselamat lagi kali ini..

SEPAH - Peserta yg paling konsisten dan berada di tangga ketiga minggu lalu..gabungan idea 3 ahli yg kelakar dan mampu membuatkan anda gelak sampai sakit perut..tidak pernah mengecewakan..nantikan aksi mereka yg seterusnya...penantian yg pasti berbaloi...

PENGUMUMAN
Minggu ini para peserta akan digandingkan dengan otai-otai lawak tanah air untuk menghidupkan persembahan mereka yg kebanyakkannya layu minggu lalu..

RAMALAN
R2 dan Balas merupakan peserta yg kelihatan tidak dapat menyelamatkan diri dan akan tersingkir minggu ini..Jozan, Sepah dan Jambu dijangka membuatkan penonton terhibur dan ceria bergelak ketawa..Nabil pula mungkin tersungkur akibat menjadi mangsa "tangan-tangan yg tidak bermoral"..














p/s : Sekadar cetusan ilham minda yg tidak sempurna..


FC 2 : Road To Wembley (Part 2)


Assalamualaikum...final countdown menjelang perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah musim 2010/2011 berterusan lagi.hanya tinggal kurang 48 jam saja..pada pukul 2.45 pagi 29 Mei 2011 (waktu Malaysia), para peminat bola sepak seluruh dunia tidak kira pro-Barca, pro-United atau neutral akan terpaku untuk menyaksikan final terbesar yg sangat dinanti-nantikan..debarannya kian terasa hangat..semalam aku membicarakan tentang salah satu calon juara iaitu FC Barcelona..kita sambung edisi Road To Wembley...meh lar baca bersama-sama..kisah perjalanan Red Devils ke perlawanan kemuncak saingan..

ROAD TO WEMBLEY
MANCHESTER UNITED FC


LALUAN KE FINAL
Saingan peringkat kumpulan menyaksikan Manchester United seri dengan Rangers 0-0 (H), membenam Valencia 1-0 (A), menewaskan Bursaspor 1-0 (H), menumbangkan Bursaspor sekali lagi 3-0 (A), menang ke atas Rangers 1-0 (A) dan diikat Valencia 1-1 (H)..United melangkah bergaya selaku juara Kumpulan C dengan 4 kemenangan dan 2 kali seri untuk mengumpul sejumlah 14 mata..United hanya menjaringkan 7 gol dan dibolosi 1 gol sahaja..

Di pusingan kedua, United seri 0-0 dengan Marseille di gelanggang lawan dan menang 2-1 di Old Trafford..United melangkah setapak lagi dengan agregat 2-1..

Pusingan suku akhir menyaksikan United mula menunjukkan belang mereka dengan menang kedua-dua perlawanan..United menewaskan Chelsea 1-0 di Stamford Bridge dan 2-1 di Old Trafford untuk mara dengan agregat 3-1..

Manakala kehebatan United semakin unggul di semi final..United terlalu kuat buat Schalke 04 untuk menang 2-0 di kubu lawan dan membelasah Schalke 4-1 di gelanggang keramat sendiri..United ke final dengan agregat 6-1..

KEKUATAN
United pasukan yg sukar diramal apabila mampu membariskan 5 hingga 6 barisan pemain berbeza dengan kekuatan yg sama..Dimitar Berbatov, Rio Ferdinand, Nani boleh berada di bangku simpanan dan United masih mampu menang..United memiliki skuad besar yg mantap dan terkenal dengan semangat juang tidak kenal lelah hingga ke wisel penamat..semangat sepasukan, tidak putus asa, dan permainan menyerang yg menarik menjadi identiti United..United dibarisi para pemain yg tahu cara menjadi juara..jika kena pada harinya, United tidak mungkin dapat dikalahkan..

KELEMAHAN
Tiada kesempurnaan di dunia ini..prestasi United yg kadang2 tidak menentu boleh memusnahkan peluang mereka menjulang piala...pada satu hari yg serba tidak kena buat United, mereka sering bermain tidak seperti biasa dan mudah melepaskan bola..United melepaskan gol mudah beberapa kali musim ini..barisan muda United juga mungkin cetek pengalaman dan terlalu gemuruh untuk beraksi di final kejohanan paling berprestij di Eropah..

LIMA BINTANG
Nemanja Vidic + Ryan Giggs + Edwin van Der Sar + Wayne Rooney + Javier Hernandez

Nemanja Vidic - Bek tengah yg sangat kental dan antara yg terbaik di dunia..penguasa di udara dan raja menyekat hantaran..tetapi kadangkala Vidic terlalu cuai dan melakukan kekasaran yg tidak sepatutnya..

Ryan Giggs - Kuda tua berusia 37 tahun yg telah beraksi 21 musim bersama United..kudratnya mungkin tidak segagah zaman mudanya tetapi pengalaman + kemahiran + kreativiti Giggs menjadikannya pemain yg masih lagi sangat berbahaya untuk disekat oleh pertahanan yg jauh lebih muda..

Edwin van Der Sar - Penjaga gol yg telah berumur 40 tahun dan akan bersara hujung musim ini..ketangkasan van Der Sar di gawang bukan satu keraguan dan dia telah banyak menyelamatkan United daripada kekalahan..

Wayne Rooney - Bukan sahaja penyerang yg handal, Rooney juga sering membantu barisan pertahanan..Rooney juga lebih banyak berlegar di bahagian tengah untuk menggerakkan bola ke barisan serangan..

Javier Hernandez - Kepantasannya memintas pertahanan, ketajaman penyudahnya dan kepakarannya mencium peluang menjadikan dia wira dalam musim pertama bersama United..juga penanduk bola yg berbahaya walaupun rendah dan bertubuh kecil..

ULASAN
Prestasi United tidak mudah untuk dijangka..satu hari mereka beraksi seperti juara dunia dan satu hari lagi mereka beraksi seperti pasukan yg biasa2 saja..semuanya akan terjawab dalam final nanti..














p/s : Penyokong tegar Red Devils..

Ben Ashaari Ajak Serbu Blog Baru

Heee..salam sayang..rasa nak kenal ngan ramai orang lar subuh2 macam nie...ternampak kat blog Cik Suha ayu tadi..maka nak cuba try test nasib lar kan..hoho..


Kepada yg nak join bersama-sama, sila klik gambar di atas..hehe..khusus kepada yg rajin nak tambah kawan dan trafik..yg gatal tangan nak blogwalking dan baca2 entri pun digalakkan klik jugak..yg tak ada apa2 tujuan dan rasa kebosanan pun disyorkan sila klik..manakala orang yg tak suka, sila tekan pangkah di menu tab...hehe..trimas..














p/s : Suka nak tambah kawan sampai beribu...


Thursday, May 26, 2011

FC 3 : Road To Wembley (Part 1)

entri sebelum - FC 4 : Juara Yang Terbuang...

Assalamualaikum semua..hari nie aku nak teruskan final countdown menjelang perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah antara FC Barcelona (juara La Liga Sepanyol) dan Manchester United FC (juara Liga Perdana Inggeris)..sebelum nie aku bawakan kisah-kisah sensasi yg mencetuskan keributan dalam saingan musim ini..memandangkan tinggal 3 hari saja lagi sebelum berlangsungnya final yg akan disaksikan jutaan makhluk di muka bumi nie..maka aku akan memulakan kisah perjalanan kedua-dua pasukan yg mara untuk berentap di final..

ROAD TO WEMBLEY
FC BARCELONA


LALUAN KE FINAL
Di peringkat kumpulan, Barcelona membelasah Panathinaikos 5-1 (H), seri dengan Rubin Kazan 1-1 (A), menang ke atas Copenhagen 2-0 (H), seri dengan Copenhagen 1-1 (A), menumbangkan Panathinaikos 3-0 (A) dan menewaskan Rubin Kazan 2-0 (A)...Barca mara selaku juara Kumpulan D dengan 4 kemenangan dan 2 seri untuk mengumpul 14 mata..menjaringkan 14 gol dan dibolosi 3 gol..

Semasa pusingan kedua, Barca tewas 2-1 di Emirates (A) tapi bangkit untuk menang 3-1 di Nou Camp (H)..Barcelona mara dengan agregat 4-3..

Di suku akhir, Barcelona terlalu gagah buat Shahktar Donetsk dari Ukraine.. Barca menang 5-1 di kubu sendiri dan 1-0 di kubu lawan..Barca ke semi final dengan agregat 6-1..

Barca bertembung dengan musuh tradisi, Real Madrid, di separuh akhir dengan siri El Classico 4 kali dalam masa dua minggu..Barca menang 2-0 di kubu lawan sebelum seri 1-1 di gelanggang keramat mereka dan mara dengan agregat 3-1..

KEKUATAN
Barcelona sememangnya terkenal dengan corak permainan yg menghiburkan dengan dibarisi majoriti skuad juara dunia, Sepanyol..kawalan bola yg kemas, hantaran tepat, dan organisasi tersusun menjadi kunci kemenangan..para pemain Barca sentiasa cuba menguasai bola dan mencipta gerakan bermula dari tengah ditunjangi jeneral perancang yg kreatif, Xavi Hernandez..ketajaman David Villa dan kehebatan Lionel Messi juga menjadi senjata pemusnah yg sukar dibendung..

KELEMAHAN
Sukar untuk mencari kelemahan pasukan terbaik di dunia ketika ini..mungkin terlalu mengharapkan beberapa orang pemain utama saja..namun, walaupun dibarisi para pemain terbaik dunia, Barca juga tewas dalam liga..bermakna pasukan ini juga tidak sempurna..dikuatkan lagi dengan dakwaan Barca sering mendapat bantuan pengadil dan merupakan anak emas UEFA, Barca mungkin tidak sebagus mana jika mereka tidak dapat menguasai bola hampir 70% seperti biasa dan mendapat layanan sama rata daripada pengadil..

LIMA BINTANG
Lionel Messi + Gerard Pique + Victor Valdes + Xavi Hernandez + Andres Iniesta

Lionel Messi - Pemain terbaik dunia yg sangat luar biasa..baru berusia 23 tahun, dia sudah terlalu sukar untuk disekat..berskil tinggi, pakar menggelecek, penyudah tajam..Messi genius bola sepak yg hampir mencapai kesempurnaan..

Gerard Pique - Bek tengah yg sangat kental di samping Puyol..pertahanan yg sukar dilepasi..

Victor Valdes - Penjaga gol yg banyak membantu kejayaan Barcelona..dengan penguasaan bola milik Barcelona, Valdes jarang diuji, tetapi beraksi cemerlang apabila tiba masanya..

Xavi Hernandez - Perancang tengah yg kreatif dan banyak melakukan hantaran maut..pakar menyimpan bola..

Andres Iniesta - Juga seorang pemain tengah yg bijak dan kreatif..hantarannya sering meruntuhkan kubu pertahanan..banyak membantu penguasaan bola Barcelona..

ULASAN

Barca mungkin pasukan yg terlalu kental tetapi jika diasak bertubi-tubi dan tidak menguasai bola, tidak mustahil Barca akan tewas..













p/s : Tidak sempurna untuk mengkritik...


Aku & Doktor : Part 3

Entri wajib jenguk : Aku Jadi Doktor..

Assalamualaikum,..tee hee hee..semangat giler aku bangun awal pagi..macam doktor tengah on call jer..haha..semalam penat sangat nak cerita tentang hari ketiga dan terakhir aku berada dalam Program Pendedahan Kerjaya Seorang Doktor Kementerian Kesihatan Malaysia untuk pelajar2 tajaan JPA bagi Program Ijazah Luar Negara 2011 di Hospital Sultanah Bahiyah...seramai 22 orang termasuk aku terlibat dalam dua hari pertama..tapi semalam bertambah sorang lagi..senior2 medik jangan gelakkan aku yer..junior2 pulak siap lar korang...hahaha..=D


Aku sampai lewat untuk hari terakhir nie..adik aku makan sarapan kat kedai lambat sangat..berpuluh-puluh kali aku tengok jam on the way ke hospital memandangkan aku nie kan punctual..yela sangat kan..huhu..aku sampai lewat 5 minit jer daripada waktu yg sepatutnya tapi dah tak ada orang kat tempat berkumpul.."aduh, matilah aku!" detik hati aku masa tu..aku tanya orang dalam pejabat penolong pegawai perubatan tapi diorang pun tak tahu ke mana Haji Shafie bawak budak2 JPA nie..aku tak panik..aku tak panik.....aku jalan buat2 bodoh jer ke klinik pakar sebab tu jer tempat kitorang belum pergi..aku hantar SMS pada tiga orang rakan tapi tak ada jawapan..

Aku pun cari diorang di Jabatan Obstetrik dan Ginekologi (O&G)..aku tanya kat kaunter, kakak tu tak tahu..aku pun ke Jabatan Perubatan..ada sorang abang cakap diorang kat dalam..okey, aku masuk..satu jabatan aku pusing, tak ada pun..pesakit2 yg ada kat situ tengok lain macam jer..macam aku nie makhluk asing dari planet Marikh..haha..aku blah ke Jabatan O&G sekali lagi..kali nie aku nak redah masuk jer..sekali aku tengok "dilarang masuk tanpa urusan"..aku pun cuak lar memandangkan tu bahagian sakit puan..nanti apa2 masalah aku yg dipersalahkan..hehe..

Aku terpaksa call Khoo, a very nice Chinese guy..thanks a lot, Khoo! Diorang berada di Jabatan Oftalmologi (mata)..diorang tengah tunggu apa entah lar..aku lega sikit..mana taknya..40 minit aku pusing hospital tu..berpeluh-peluh aku..haha..aku tanya diorang dah ke mana..rugi pulak rasa terlepas perjalanan diorang tadi..aku dimaklumkan diorang cuma ke bahagian Ear & Throat (E&T) dan dengar sikit penerangan..nasib baik tak banyak aku terlepas..kitorang kemudian dibawa ke Jabatan O&G kerana doktor tengah sibuk layan pesakit..lama jugak kitorang tunggu sebelum Sister Fariza bawak kitorang pusing jabatan tu..lepas habis, kitorang bergerak semula ke Jabatan Oftalmologi dan dapat jumpa Dr. Tan (bukan doktor yg bernama sama di Jabatan Kardiologi semalam)..dia cerita sikit pasal kerjaya dia..tapi dia kata dia menyesal jadi doktor sebab terlalu sibuk..huhu..i'm sorry for you, doktor~

Pukul 11 pagi kitorang berkumpul lagi di pejabat penolong pegawai perubatan..kitorang tangkap gambar kenangan dengan Encik Salleh sebelum ke Jabatan Kecemasan & Trauma sekali lagi (dah pergi pada hari pertama)..kitorang dipecahkan kepada tiga kumpulan..mula2 sekali aku & lima orang rakan perempuan (i'm the only hero) ke zon Merah (bahaya/resuscitation zone)..ini zon kecemasan yg memerlukan rawatan segera..misalnya kecemasan yg mengancam nyawa..kemudian kitorang bergerak ke zon Kuning dan akhirnya zon Hijau..diberi 90 minit, kitorang selesai cuma dalam masa 15 minit..lepas tu duduk2 jer depan bilik X-Ray..sampai doktor pun hairan.."semua nie nak buat x-ray ke?" tanya doktor..haha..kitorang gelak ramai2..

Pukul 12.30 kitorang pergi makan tengah hari..rehat2, solat..pukul 2.50 petang majlis penutup bermula..Dr. Sobariah sekali lagi bercakap kepada kitorang selepas hari pertama yg lepas..dia mintak wakil peserta berucap..wakil perempuan ialah Wafa dan malang sekali wakil lelaki ialah aku..aku pun tak tahu apa nak cakap..cuma ucapkan jutaan terima kasih kepada pihak hospital..hehe..penyampaian sijil dilakukan sebelum akhirnya bersurai tepat jam 3 petang..

Konklusinya, pengalaman tiga hari didedahkan dengan kerjaya doktor memang memenatkan dan kadangkala membosankan..but i have so much fun here..dapat kenal ramai kawan2 yg sama2 akan ke luar negara..belajar tentang beberapa cabang kedoktoran..di sini aku mewakili rakan2 semua ingin mengucapkan sekalung apresiasi khas buat Dr. Sobariah, Dr. Tan, Dr. Shanti, Dr. Aqilah, Sister Fariza, Sister Siti Fatimah, Encik Daud, Encik Shafie, Encik Salleh, Dr. Bahruddin, dan semua yg terlibat membantu kelancaran perjalanan kitorang kali nie..thanks so much..hanya Allah dapat membalas jasa kalian..sekian saja jurnal entri 3 hari berada di hospital..kepada rakan2 seperjuangan aku nanti, see you in Intec!! :)













p/s : Lenguh seluruh badan 3 hari di hospital...baru 3 hari? OMG..



Wednesday, May 25, 2011

FC 4 : Juara Yang Terbuang

[entri bola..sila scroll down untuk terus membaca entri yg menarik..]

Assalamualaikum..wahhh...makin hangat debaran dunia bola sepak di Eropah khususnya memandangkan final Liga Juara-Juara Eropah akan berlangsung di Wembley pada pukul 2.45 pagi pada 29 Mei 2011 (waktu Malaysia)..4 hari jer lagi..hehe..aku telah memulakan kiraan menurun kira-kira 5 haru lepas..

Setiap hari aku membawakan satu kisah sensasi yg menggegarkan pentas berprestij bola sepak Eropah musim ini...korang boleh baca di SINI ---> Ferguson tumbuk Mourinho, Raul benam ego Ancelotti, Rooney ejek Messi, pemain Spurs suka berkhayal, dan Schalke mengatasi jangkaan..

Sekarang aku teruskan dengan satu lagi kisah sensasi !


Rafael Benitez mengambil alih Inter Milan daripada Jose Mourinho yg berhijrah ke Real Madrid..malang sekali bagi Benitez - yang dikecam hebat peminat The Kops berikutan prestasi hambar Liverpool di bawah kendaliannya - kerana Inter Milan semasa dipimpin Mourinho telah menjuarai treble iaitu Liga Juara-Juara Eropah, Copa Italia dan Serie A Itali..Benitez diharapkan dapat membawa kegemilangan berterusan..namun beliau gagal dan tempatnya digantikan pada pertengahan musim ini...

Inter di bawah kendalian Benitez semakin merosot..Inter mengalami kekalahan2 yg tidak sewajarnya dalam Serie A dan prestasi mereka dalam Liga Juara-Juara Eropah juga terumbang-ambing serta hambar..reputasi Inter kian tercalar..juara bertahan ini tersingkir apabila ditumbangkan Schalke 04 di suku akhir dengan agregat 7-3..tambah memalukan apabila mereka hampir diaibkan Tottenham di San Siro semasa peringkat kumpulan walaupun menang 4-3..tetapi mereka tidak dapat mengelak kekalahan teruk apabila dibelasah 5-2 oleh Schalke 04 di gelanggang sendiri semasa pusingan suku akhir..jadilah Inter Milan juara yg terbuang.......


Tunggu entri seterusnya dengan kisah lebih sensasi !!

Entri sebelum - FC 5 : Schalke Memecah Dominasi...













p/s : suka jadi juara....


Juvana Episode 5

credit to : Azfar89

Ahaa..salam mesra..apa mimpi aku update entri pagi2 buta nie? Aku bukan kelawar..haha..aku sedang teman si jantung hati study untuk mid-year exam..so aku pun rasa nak kongsi lar kisah Juvana minggu ke-5 nie..kepada yg dah tengok, tengok lar lagi dan lagi bagi puas dan rasa nak termuntah tengok muka Botak..hehe..kepada yg belum tengok, sila lar sempatkan diri anda untuk tengok episode minggu nie..episode kali nie banyak berkisar di luar kawasan sekolah semasa house captain di Sekolah Wira Bakti dibenarkan outing..

Meh tengok meh~

Bersambung dari minggu lepas ketika Daim cuba membunuh diri..dia dibawa ke klinik..Botak mendapat kebenaran untuk outing..Fit yg ketagih pil hampir dibelasah ketika meminta Botak membelikannya 'barang' tu..tapi Apek selamatkan Fit....Daim pulak cuba lari dari klinik..


Botak tak bawak kawan2 regular untuk outing kali nie..dia bawak Fit, Panjang dan Apek sebab nak beli pil dan kenakan Cikgu Zakiah..Daim jumpa Komeng semula kat klinik tu..Apek dan Fit pulak cuba bermacam2 idea untuk alihkan perhatian cikgu dalam cubaan nak beli jugak pil khayal tu..Botak cuma tengok dari jauh..sementara Cikgu Zakiah jumpa Daim yg cuba larikan diri..Fit buat sesuatu yg tak diduga.......


Cikgu yg bawak diorang outing terpaksa cari Fit dan Botak yg disangka hilang..Botak pulak belasah kawan Fit yg cuba larikan duit tanpa bagi 'barang'..Daim gagal dalam cubaan melarikan diri...Botak dan Fit kembali dengan muka tak bersalah langsung..betul2 licik..haha..sambil tu Daim kena ceramah dengan Cikgu Zakiah..dan.....apa jadi pada Fit? tengok lar kat bawah nie...cer tengok~



Heee..menarik jugak cerita nie..apa yg terjadi seterusnya? Bersambung daaa...jumpa lagi minggu depan...assalamualaikum...:)













p/s : Belia benci dadah....

Tuesday, May 24, 2011

Aku & Doktor : Part 2

entri wajib baca ---> AKU & DOKTOR : PART 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera..satu lagi hari yg meletihkan berada di Hospital Sultanah Bahiyah untuk melihat para doktor dan pasukan perubatan bekerja..huhu..tu lar..nak jadi doktor sangat kan.....sabor jer lar..aku tulis entri nie ada dua objektif jelas lar..satu nak bagi rujukan kepada junior2 yg akan mengalami pengalaman yg sama..kedua, aku nak bagi senior peluang untuk gelakkan aku dan teringat balik memori masa muda2 dulu..okey, gelakkan lar aku..haha..v_v

Hari nie hari kedua aku menyertai Program Pendedahan Kerjaya Seorang Doktor untuk Program Ijazah Luar Negara 2011 di bawah tajaan JPA sebelum aku memulakan pengajian A-Level selama 2 tahun di Intec UiTM Shah Alam bermula 3 Julai nie...ada sikit gambar kenang-kenangan...nah!! tengok bawah nie....

Left to right = Tan Yi Koon + Khoo Jing Hern + Nazif

Iron ladies...mainly from SMK Keat Hwa dan SMK Sultanah Asma..

Aku + Kamaleshwaran + Tan Yi Koon..

Kitorang lapor diri hari nie pada pukul 9 pagi..then, Encik Shafie ganti Encik Daud (cuti) bawak kitorang jalan2 untuk hari nie..22 orang dibahagikan kepada dua kumpulan macam semalam..kumpulan aku bergerak ke Jabatan Pembedahan..tapi separuh jer dapat masuk..separuh lagi termasuk aku bergerak tengok wad dulu..maka kitorang pun bergerak ke tingkat 3 dan 4 untuk ke wad 3C, 4A dan 4B..kitorang diberi masa 90 minit tetapi sebenarnya kitorang cuma jalan2 sepuluh minit ke semua wad tu dan turun balik..hahaha..sebabnya?? Tak tahu apa nak buat..malas nak kacau pesakit..tak ada siapa2 pun nak bagi penerangan..

Jadi kitorang turun balik ke Jabatan Pembedahan dan Mr. Arumugam bawak kitorang ke beberapa bilik doktor.,..maka kitorang dapat lar tengok doktor buat diagnosis dan sembang dengan pesakit..lebih kurang 12.30 kitorang dah habis..kumpulan yg satu lagi tiba dari Jabatan Forensik..kumpulan kitorang pergi makan tengah hari.,.kurang sesak sebab belum waktu makan..gambar yg kat atas tu lepas makan lar tu...lepas perut dah kenyang dan hati dah senang..hehe..mahunya tidak..bosan lar..aku menguap lebih 10 juta kali..okey2, aku tipu bab menguap tu...

Lepas solat, pukul 2 kitorang berkumpul balik...semua 22 orang peserta bergerak ke klinik pakar sekali lagi..separuh dapat masuk tengok bahagian O & G atau bahasa ringkasnya, sakit puan..aku dan yg lagi separuh nak masuk ortopedik tapi tak ada doktor..maka kitorang bergerak ke jabatan perubatan..kat situ pun tak ada doktor yg rawat pesakit..dia suruh datang pagi esok..sekali lagi terpaksa jalan ke bahagian ortopedik..lenguh kaki ooiii...aku pantang nampak kerusi terus duduk..sambil diketawakan oleh Khoo Jing Hern..haha..

Akhirnya masuk lar jugak kitorang dalam bahagian ortopedik sekejap..tengok2 lar wad tu..selepas tu, kitorang bergerak ke jabatan kardiologi, yg terakhir aku lawat hari nie..di sini kitorang dapat tengok Coronary Care Unit (CCU) dan Coronary Recovery Ward (CRW)..kitorang dapat briefing dari Dr. Tan, Dr. Shanti, Dr. Aqilah..thanks a lot doktor2 semua..thanks so much jgk kepada Sister Siti Fatimah yg sambut kitorang..untuk pengetahuan korang, Dr. Tan sangat lar kind + helpful..Dr. Aqilah pulak kelakar, bersemangat dan talkative..hehe...jangan marah yer doktor..4.30 kitorang dapat balik..itu saja untuk hari nie..

Bosan, penat, lenguh kaki, but still enjoyable, lot of funs and nice experience..huhu..

Jumpa lagi esok!!! :)













p/s : Penat jadi doktor nie...


FC 5 : Schalke Memecah Dominasi

[entri bola...sila scroll down jika tak berminat..huhu]

Salam sejahtera manusia sejagat yg dikasihi sekalian..hari yg sangat ceria di Alor Star..apa yg korang rasa hari nie? do you feel great? Harapnya baik2 saja..hehe..sekarang nie aku nak sambung kiraan menurun menjelang final Liga Juara-Juara Eropah yg sangat dinanti-nantikan..debarannya tinggal 5 hari saja lagi..juara baru akan dimahkotakan memandangkan penyandang gelaran, Inter Milan telah disingkirkan..

Sejak beberapa hari lepas, aku telah membuat rebiu kisah-kisah sensasi yg berlaku musim nie..kisah yg menjadi topik perbualan hangat dalam dunia bola sepak..korang boleh baca entri lepas kat SINI ---> Nazif pecat Mourinho, Nazif tendang Raul, Nazif tampar Messi, dan Nazif bakar White Hart Lane...

Aku teruskan dengan satu lagi kisah sensasi yg akan kekal dalam lipatan sejarah...

SCHALKE O4

Kelab Jerman, Schalke 04 telah membuat kejutan besar apabila mereka mengatasi jangkaan ramai..diletakkan sekumpulan dengan Lyon (Perancis), Benfica (Portugal) dan Hapoel Tel Aviv (Israel), Schalke 04 tidak menghadapi banyak masalah untuk melepasi peringkat kumpulan selaku juara Kumpulan B dengan 13 mata (4 menang, 1 seri, 1 kalah)..Schalke melangkah hebat ke separuh akhir kejohanan paling berprestij dalam kalendar bola sepak Eropah sebelum tersungkur di tangan pasukan yg baru dinobatkan sebagai juara Liga Perdana Inggeris, Manchester United..

Dalam laluan ke semi final, Schalke telah menumbangkan Valencia di pusingan kedua dengan agregat 4-2 dan menyingkirkan juara bertahan, Inter Milan, di suku akhir dengan agregat 7-3..diterajui Raul Gonzalez dan Jefferson Farfan serta Jose Manuel Jurado menggempur lawan dan kekentalan Manuel Neuer di gawang membantu kemaraan Schalke..namun mereka akhirnya terpaksa akur akan keampuhan barisan Sir Alex Ferguson..TETAPI..sekurang-kurangnya, Schalke 04 telah memecah dominasi pasukan-pasukan utama Eropah..sekalung tahniah buat pasukan Schalke 04..

Nantikan entri seterusnya!!!


Entri sebelum - FC 6 : Hikayat Dongeng Purba...













p/s : Makin terasa kehangatan final...

Monday, May 23, 2011

FC 6 : Hikayat Dongeng Purba

Assalamualaikum..aku akan meneruskan siri final countdown aku lagi..kepada yg belum tahu, aku sedang menyediakan kisah2 sensasi menjelang final Liga Juara-Juara Eropah awal pagi 29 Mei ini..tinggal 6 hari lagi...banyak kisah sensasi dapat disaksikan dalam saingan musim ini..kejutan demi kejutan berlaku..sekarang aku akan sambung dengan FC 6..tentang satu pasukan yg beraksi buat pertama kali tetapi seperti pasukan yg telah biasa bermain dalam kejohanan berprestij ini...

Ini kisah dongeng...

TOTTENHAM HOTSPURS
Saingan musim ini menyaksikan Spurs menyertai kejohanan Liga Juara-Juara Eropah buat julung-julung kalinya..dan ibarat kisah fantasi dalam mimpi terindah yg mampu mereka idamkan, Tottenham Hotspurs telah membuat penampilan debut yg sensasi..Spurs mencipta hikayat dongeng purba tersendiri apabila mereka melangkah gagah ke peringkat suku akhir dalam penampilan pertama di pentas tertinggi Eropah..adunan semangat sepasukan, keazaman, dan pemain berkualiti membawa mereka mara bergaya..

Nama yg paling menyinar sudah tentulah Gareth Bale yg dijulang antara sayap kiri terbaik di dunia walaupun hanya untuk seketika..namanya meniti di bibir para peminat Spurs dan pemerhati bola sepak di seluruh dunia..pemain muda ini dipuja dan dipuji..malang sekali Spurs tidak dapat mengulangi kisah ini musim depan kerana mereka tidak dapat melayakkan diri..kisah hebat musim ini telah menjadi sejarah..tetapi bagi para peminat Spurs, memori ini akan abadi selamanya dalam sanubari mereka...inilah hikayat dongeng purbakala versi Tottenham Hotspurs....

Nantikan kisah sensasi berikutnya dalam entri akan datang !


Entri sebelum - FC 7 : Budak Pendek Yang Ajaib..














p/s : Nak penamat bahagia macam kisah dongeng...


Aku & Doktor : Part 1


Salam sejahtera para pembaca yg dihormati..ohhh..hari nie hari yg sangat lar memenatkan..aku perlu menghadiri Program Pendedahan Kerjaya Seorang Doktor di Hospital Sultanah Bahiyah selama 3 hari bermula hari nie (23 Mei) sampai lusa (25 Mei)..program nie wajib untuk para pelajar yg mengambil bidang perubatan (medik) ditaja oleh JPA di bawah Program Ijazah Luar Negara 2011..3 Julai nie aku masuk A-Level di Intec UiTM Shah Alam..jadi sekarang aku nak cerita apa yg aku jalani pada hari pertama iaitu hari nie..

Selepas mendaftar pada pukul 8 pagi..aku dan beberapa orang lagi menunggu di auditorium..seorang demi seorang rakan kami bertambah..dan akhirnya 22 orang terkumpul ketika program dimulakan..sedikit penerangan tentang Hospital Sultanah Bahiyah diberikan sebelum Dr. Sobariah mengambil alih dan menerangkan secara ringkas kerjaya seorang doktor..selepas itu kami dipecahkan kepada dua kumpulan..aku bersama dua orang pelajar Kolej Sultan Abdul Hamid, tiga orang pelajar SMK Keat Hwa dan 5 orang pelajar SMK Sultanah Asma bergerak ke Jabatan Forensik..kami diberi penerangan oleh Dr. Bahruddin yg berasal dari Indonesia..sayangnya tak dapat tengok mayat..haha..

Selepas rehat makan tengah hari dan solat Zohor, kami berkumpul semula pada pukul dua petang..kumpulan aku bergerak pula ke Jabatan Kecemasan dan Trauma..di sana kami diberi penerangan oleh Encik Hadzir, penolong pegawai perubatan U42..kami dibawa melihat sekitar jabatan itu..program kami hari nie tamat pada pukul 4.15 petang dan kami semua dibenarkan pulang...pheewww...ada dua hari lagi macam nie...

Aku jumpa ramai kawan baru hari nie....hehe..

Jumpa lagi dalam entri seterusnya, part 2 ~ :)













p/s : Perlu bersedia fizikal dan mental..


Sunday, May 22, 2011

FC 7 : Budak Pendek Yang Ajaib

[entri bola lagi..kalau tak minat, sila scroll down atau jenguk blog archive..trimas..]

Assalamualaikum , salam berblog sekali lagi..hari Ahad, hujung minggu yg menyenangkan warga kota..hehe..wahh, debaran final Liga Juara-Juara Eropah semakin hangat dan mendebarkan..aku telah memulakan final countdown dua hari lepas untuk menyiarkan kisah sensasi sepanjang saingan musim ini..aku akan teruskan kisah sensasi seterusnya dengan FC 7.. atau 7 hari lagi menjelang perlawanan akhir yg sangat dinantikan antara Manchester United dan Barcelona..

Kisah sensasi seterusnya ialah kehebatan seorang jagoan bola sepak masa kini..

LIONEL MESSI
Tak syak lagi pemain bertubuh kecil dari Argentina ini adalah duri dalam daging yg menggerunkan pasukan lawan..adunan kepantasan, kemahiran dan kelincahan menjadi mimpi ngeri buat barisan pertahanan..Messi memiliki pakej lengkap..skil berkualiti, kawalan bola kemas, pakar menggelecek, kreatif, mempunyai visi yg baik, ketenangan dan penyudah tajam..tidak keterlaluan untuk menggelar wira Barcelona ini sebagai genius bola sepak..

Messi membuktikan kehebatannya dengan menjaringkan lebih 50 gol musim ini, satu rekod dunia yg baru..Messi amat terkenal dengan jaringan solo dan kemampuan menggelecek beberapa orang pemain..beliau kian menghampiri status Raja Bola Sepak untuk meletakkan namanya sebaris dengan legenda bola sepak dunia iaitu Pele dan Diego Maradona..a living legend..calon hangat untuk mengekalkan gelaran pemain terbaik dunia buat tahun kedua berturut-turut..


Entri sebelum - FC 8 : Kuda Tua Yang Gagah..













p/s : Kecil-kecil cili api...


Saturday, May 21, 2011

Kongsi 7 Juta

Assalamualaikum..selamat malam..aku harap tak ada sesiapa yg menyalahtafsirkan tajuk di atas..huhu..bukan ada sesiapa yg teramatlah baik hati nak kongsi RM7 juta dengan aku..tapi filem Kongsi arahan Farid Kamil yg belum sampai sebulan ditayangkan nie..hanya seminggu ditayangkan, Kongsi bakal menjadi penanda aras baru filem Malaysia dan sudah pasti dapat memintas kutipan RM8.3 juta filem Khurafat arahan Shamsul Yusoff..

Aku tertarik untuk membuat entri nie walaupun agak terlambat berbanding orang lain..huhu..semasa aku blogwalking, aku melihat banyak rebiu dibuat selepas beberapa blogger pergi menonton sendiri filem Kongsi dengan tagline "Lu Langsi, Lu Mati" nie..aku belum lagi pergi tengok..tapi apabila membelek akhbar Harian Metro hari nie, aku terbaca tentang kejayaan filem Kongsi mencapai kutipan RM7 juta dalam masa seminggu pertama tayangan..ini adalah kejayaan besar..bagi aku, segala komentar negatif yg dilontarkan tidak menggambarkan aura aktor yg memegang watak Tumulak dalam filem ini..dialah Bintang Paling Popular ABPBH 2011, Shaheizy Sam..

Jumlah kutipan sebanyak itu menyampaikan 3 mesej tersirat iaitu :-

1 : Rakyat Malaysia semakin ramai ke pawagam

2 : Rakyat Malaysia hanya mahu dihiburkan semata-mata tanpa mempedulikan isu kandungan kurang memuaskan yg dicoret oleh para blogger..

3 : Aura Shaheizy Sam menjadi nadi penggerak kejayaan filem ketika zaman emas kegemilangannya kini..

SHAHEIZY SAM
Tentu ramai yg tahu akan bisa jejaka ini..anak kepada Kathy Fauziah dan adik kepada aktres Zizie Ezette ini telah mencipta fenomena baru dalam dunia perfileman negara..semua filemnya mencapai kutipan pecah panggung..antaranya termasuklah Bohsia : Jangan Pilih Jalan Hitam, Jangan Pandang Belakang Congkak, Adnan Sempit The Series dan juga Ngangkung..selepas ini pula, lakonan hebat Sam akan dapat disaksikan dalam beberapa lagi filem terbitan MIG iaitu Sekali Lagi, 8 Jam dan Bini-Biniku Gangster serta sekuel Adnan Sempit 2 dan Ngangkung 2..

Mampukah siri pecah panggung diteruskan? Kita sama-sama nantikan...


Sekalung tahniah buat David Teo, Farid Kamil, Shaheizy Sam dan semua yg terlibat dengan penerbitan filem Kongsi.."Lu Langsi, Lu Mati"...












p/s : Tak suka ke panggung...


Antara Dua Jalan

Salam sejahtera para pelawat sekalian..mari semua..ibu2, bapak2, adik2, abang2, kakak2, nenek2, mak cik pak cik, blogwalker2 semua..yg jauh mari dekat..yg dekat mari rapat..aku nak kongsi satu puisi Inggeris terkenal yg ditulis oleh Robert Frost..bagi para calon SPM batch aku dan sebelumnya, dan yg pernah melihat, tentu kalian kenal benar dengan puisi nie..bagi batch selepas aku pula dan akan datang, korang mungkin pernah tengok di buku teks sastera Inggeris abang2 dan kakak2 korang atau mungkin tak pernah tengok langsung..jom kita tengok ramai2..hoho..tajuknya "The Road Not Taken"..

Mamat nie lar ROBERT FROST

Antara dua jalan.....
THE ROAD NOT TAKEN
Two roads diverged in a yellow wood,
And sorry I could not travel both
And be one traveler, long I stood
And looked down one as far as I could
To where it bent in the undergrowth;

Then took the other, as just as fair,
And having perhaps the better claim
Because it was grassy and wanted wear,
Though as for that the passing there
Had worn them really about the same,

And both that morning equally lay
In leaves no step had trodden black.
Oh, I marked the first for another day!
Yet knowing how way leads on to way
I doubted if I should ever come back.

I shall be telling this with a sigh
Somewhere ages and ages hence:
Two roads diverged in a wood, and I,
I took the one less traveled by,
And that has made all the difference.

-Robert Frost-
1874-1963


Di manakah kekuatan puisi ini bagi aku? Selain rima akhirnya yg cantik..abaab, cdccd, efeef, ghggh..kalau korang pernah belajar sastera, korang tahu lar apa itu rima akhir..makna juga yg sangat mendalam..pemuisi menyatakan kekesalannya kerana tidak dapat mencuba jalan yg satu lagi..dia telah memilih jalan yg bersemak dan kurang dilalui..kerana dia berharap untuk menyimpan jalan satu lagi untuk dilalui pada masa akan datang..tetapi akhirnya dia sedar, dia tidak akan sempat berbuat demikian..dia terpaksa meneruskan perjalanannya hingga ke akhir melalui jalan yg telah dipilihnya..

Begitu juga dengan kita..antara dua jalan..kita harus membuat pilihan untuk masa depan..buatlah pilihan terbaik..kerana kita tidak mungkin ada masa untuk kembali semula ke masa silam dan mencuba kemungkinan apa yg akan berlaku jika kita melalui jalan yg satu lagi..TIDAK ADA..no way back..kalau kita silap, kita harus teruskan dengan jalan yg kita pilih..mungkin pada hari tua, kita akan bercerita kepada cucu kita dengan kekesalan..

moral 1 : Buatlah pilihan terbaik..tanyalah Allah yang Maha Mengetahui..

moral 2 : Jangan menyesal dengan apa yg kita pilih..berjuanglah tanpa putus asa..

moral 3 : Kita tidak mungkin dapat kembali ke masa lalu...

moral 4 : Kita tak mungkin mampu mencuba pilihan yg satu lagi apabila telah membuat pilihan yg menentukan masa depan..

moral 5 : korang pikir lar sendiri..


Korang boleh rujuk SINI untuk penjelasan lanjut..heheh..












p/s : Ingatlah orang yg tersayang..anda mampu mengubahnya...



Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif