Welcome To My Life...

Monday, May 9, 2011

Hari Ibu Bagi Aku

Assalamualaikum..
Salam berblog buat semua blogger..
Keep blogging :)

Selepas aku merantau ke segenap ceruk dan pelosok blog di dunia maya nie [yelah sgt.....], aku jumpa banyak perspektif tentang sambutan hari ibu..dan dengan demikian, aku telah ambik keputusan tak nak update entri pasal hari ibu semalam memandangkan sambutan hari ibu nie HARAM kerana meniru budaya orang kafir..kenapa aku cakap haram? Korang boleh rujuk SINI..

Disebabkan sambutan hari ibu nie menyerupai perayaan orang Greek kuno [memperingati ibu dewa diorang]..aku setuju dengan pengharaman sambutan hari ibu...tapi jangan silap..aku tak cakap hari ibu tu haram...aku cakap menyambutnya yg haram..sabda Rasulullah SAW yg diriwayatkan oleh Imam Abu Daud R.A dalam satu hadis sahih :

"Sesiapa saja yg menyerupai sesuatu kaum itu, maka dia itu termasuk dalam golongan mereka"

Aku bukan apa...cuma berpesan-pesan dengan kebenaran..hehe.. menyambutnya yg haram..hari ibu itu sendiri tak haram...aku setuju dengan pandangan Bro Wacana [rujuk SINI]..hari ibu sepatutnya ialah setiap hari...kenapa perlu ada satu hari saja yg istimewa untuk meraikan ibu kita sedangkan penghargaan itu patut diberikan setiap hari? Kalau kita boleh cakap "i love u" setiap hari pada insan bernama kekasih, kenapa tidak pada ibu kita? Renungkanlah...

Walaupun Hari Ibu Bagi Aku singkatannya HIBA...sebab cuma segelintir jer yg betul2 meraikan ibu setiap hari..majoritinya tidak..malah ada pulak anak durhaka macam Si Tanggang @ Malin Kundang..apa salahnya kita mengamalkan gelak tawa dalam sms? maksud aku hihi dan hehe.. HIHI kita praktikkan sebagai Hari Ini Hari Ibu dan HEHE kita praktikkan sebagai Hari Esok Hari Emak...jadi setiap hari kita adalah hari ibu..:) akhir kalam, Selamat Hari Ibu, Emak, Umi dan Mama [kalau korang panggil lain, tambah sendiri..huhu]..

Di kesempatan ini, aku nak mengucapkan "Selamat Hari Umi" kepada umi aku yg tersayang, Akilah binti Abdullah...ajib sayang umi ...^_^












p/s : Siapakah ibu kepada anak aku? :D




4 comments:

Unknown said...

eh silap comment. patut nya comment kat sini. ahahhahaa. malunya.

M Fizan said...

hehe..xpe..sume mnusia buat silap :)

aizamia3 said...

hari-hari adalah hari ibu.. ;)

M Fizan said...

@aizamia3 setuju 100 persen dengan aiza :)

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif