Welcome To My Life...

Sunday, May 29, 2011

M.O.M

Assalamualaikum.. alohaa.. hari nie lambat sikit update entri.. still rasa suram dengan kekalahan team feberet aku.. tahniah kepada fans2 Barca.. juara Liga Juara-Juara Eropah kali ke-4.. korang boleh lar berpesta meraikan kejayaan pasukan korang.. bagi fans Red Devils macam aku.. sabor jer lar.. tak perlu berduka cita.. musim depan masih ada.. hehe.. optimis, optimis.. kuang3..

Walaupun kalah, aku bangga dengan aksi Manchester United.. Barcelona memang lawan yg jauh lebih handal.. tapi tentangan yg diberikan United buat aku rasa puas hati.. tak menyesal pun sokong bala tentera Fergie.. glory glory Manchester United.. huhu.. perlawanan awal pagi tadi berakhir dengan keputusan 3-1.. ramalan skor aku betul dah semalam.. cuma terbalik pasukan.. mungkin aku terlalu optimis United boleh menang.. tapi secara realistik, aku sepatutnya sedar semalam yg Barca tak dapat digugat..

Okey, okey.. cukup ayat2 pasrah.. hehe.. M.O.M yg aku letakkan sebagai tajuk tu bermaksud "Moment Of Magic".. van Der Sar di gawang United dah bekerja keras menyelamatkan pintu gol daripada dibolosi.. tapi kesemua empat gol yg dijaringkan semalam memang world class..gol-gol berkualiti tinggi..

Sekarang aku cerita secara ringkas gol-gol yg dijaringkan semalam..

Pedro Rodriguez, minit ke-27..
Xavi di sebelah kiri mengumpan bola tepat kepada Pedro di sebelah kanan..
Pedro di belakang pertahanan menampan kemas..
Rembatannya gagal dikekang Vidic..
1-0 BARCA..

Wayne Rooney, minit ke-34..
Rooney bermain 1-2 dengan Carrick dan menolak bola kepada Giggs..
Tolakan semula Giggs dilencongkan melepasi Valdes..
1-1 UNITED..

Lionel Messi, minit ke-54..
Larian solo Messi memecah masuk ke tengah dari kanan..
Tiada yg merapati dan Messi merembat dari luar kotak penalti..
2-1 BARCA..

David Villa, minit ke-69..
Hantaran Busquets tepat kepada Villa di luar kotak penalti..
Villa menampan dan melencongkan bola ke top corner..
3-1 BARCA..

Kedua-dua penjaga gol sangat hebat.. bukan mudah untuk ditewaskan.. tetapi van Der Sar ditumbangkan tiga jaringan berkualiti tinggi.. begitu juga Valdes ditembusi jaringan hebat Rooney.. Barca mendahului 1-0 menerusi rembatan kencang Pedro.. Rooney menyamakan kedudukan 1-1 menerusi lencongan yg menarik.. Messi tidak mahu kalah dan membuktikan kehebatannya dengan menjadikan 2-1 menerusi jaringan solo, satu rembatan deras dari luar kotak penalti.. Villa menamatkan sisa-sisa perjuangan United dengan rembatan lencong yg begitu teknikal untuk kedudukan 3-1.. pemain Barca berlari keriangan sebaik wisel terakhir ditiup oleh Viktor Kassai dari Hungary..



MAN OF THE MATCH
Kelincahan Lionel Messi gagal dikekang oleh Vidic mahupun Ferdinand.. akibatnya United terpaksa membayar harga mahal dengan tewas di final kepada Barca untuk kali kedua dalam tempoh tiga tahun.. Messi melakukan larian solo sebelum merembat dari luar kotak penalti untuk menewaskan van Der Sar dan menjadikan kedudukan 2-1.. gol ketiga jaringan David Villa juga dimulakan Messi yg melepasi Nani di bahagian sayap kanan.. Messi merupakan penjaring terbanyak kejohanan musim 2010/2011 ini dengan menyamai rekod 12 jaringan yg pernah dilakukan Ruud van Nistelrooy suatu ketika dahulu.. dan jaringannya dalam final itu adalah yg ke-53 keseluruhan musim ini.. Messi the Little Magician.. out of this world..















p/s : Mengakui kekalahan kepada yg lebih baik...


2 comments:

suha said...

shuke shangat shebab MU kalah lalala

M Fizan said...

@suhahaha..xpe..united till i die..lalalala

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif