Assalamualaikum..makhluk Tuhan paling seksi di atas bukanlah aku, kawan aku mahupun mana-mana peserta Maharaja Lawak yg dikartunkan..atau mungkin juga Amir yg takut dimasukkan semula..hehe..gurauan semata..itu lar ekspresi wajah para peserta pada pagi tadi yg dapat aku bayangkan menjelang persembahan minggu ke-9 malam ini..minggu lepas, 7 peserta beraksi termasuk R2 yg diundi masuk..dan pada akhir rancangan, Man telah disingkirkan kerana mendapat undian terendah..tengok SINI..
ULASAN
NABIL - Bottom three minggu lepas..persembahannya biasa2 saja.. idea penggunaan perkataan2 terkini seperti "OMG" dan "whatever" tidak kelakar untuk semua golongan..diakui membuat lawak secara solo agak sukar..perlu bekerja lebih keras minggu ini..
JAMBU - Berkongsi tangga teratas dengan Jozan minggu lalu menggambarkan Jambu semakin mendapat tempat di hati peminat..lawak tentang robot minggu lepas agak kreatif dan mendapat pujian juri..percubaan yg berani untuk memikat pengundi remaja..nantikan idea segar seterusnya dengan mimik muka yg melucukan..
R2 - Selepas disingkir pada awal saingan, R2 mendapat 'nyawa kedua' apabila diundi masuk minggu lepas..persembahan tentang orang gila yg sinonim dengan mereka..perlu mencuba genre komedi lain agar kelihatan lebih versatil..masih berbaloi untuk menunggu persembahan mereka..
JOZAN - Pilihan ramai yg berada di tangga teratas minggu lalu..lawak mengenai doktor dan pesakit yg tersalah bius membuatkan anda tidak kering gusi..tetapi persoalannya, adakah Jozan mampu terus konsisten? Prestasi umpama yoyo..Jangan ke mana-mana apabila giliran Jozan akan tiba malam ini..tunggu.........
BALAS - Minggu lepas mereka mengutarakan lawak budak sekolah rendah..percubaan yg disifatkan berani oleh Mamat Khalid..lawak generasi milenium mereka mungkin sukar untuk difahami dan mempunyai maksud tersirat..lawak kreatif yg sering disalahtafsirkan sebagai double-meaning..mungkin tidak terselamat lagi kali ini..
SEPAH - Peserta yg paling konsisten dan berada di tangga ketiga minggu lalu..gabungan idea 3 ahli yg kelakar dan mampu membuatkan anda gelak sampai sakit perut..tidak pernah mengecewakan..nantikan aksi mereka yg seterusnya...penantian yg pasti berbaloi...
PENGUMUMAN
Minggu ini para peserta akan digandingkan dengan otai-otai lawak tanah air untuk menghidupkan persembahan mereka yg kebanyakkannya layu minggu lalu..
RAMALAN
R2 dan Balas merupakan peserta yg kelihatan tidak dapat menyelamatkan diri dan akan tersingkir minggu ini..Jozan, Sepah dan Jambu dijangka membuatkan penonton terhibur dan ceria bergelak ketawa..Nabil pula mungkin tersungkur akibat menjadi mangsa "tangan-tangan yg tidak bermoral"..
p/s : Sekadar cetusan ilham minda yg tidak sempurna..
p/s : Sekadar cetusan ilham minda yg tidak sempurna..
2 comments:
erkkk dah lama dah ni
@MIMIE AIZAmne ad lar..prebiu sy hri jumaat lar....huhu
Post a Comment