Welcome To My Life...

Monday, May 23, 2011

Aku & Doktor : Part 1


Salam sejahtera para pembaca yg dihormati..ohhh..hari nie hari yg sangat lar memenatkan..aku perlu menghadiri Program Pendedahan Kerjaya Seorang Doktor di Hospital Sultanah Bahiyah selama 3 hari bermula hari nie (23 Mei) sampai lusa (25 Mei)..program nie wajib untuk para pelajar yg mengambil bidang perubatan (medik) ditaja oleh JPA di bawah Program Ijazah Luar Negara 2011..3 Julai nie aku masuk A-Level di Intec UiTM Shah Alam..jadi sekarang aku nak cerita apa yg aku jalani pada hari pertama iaitu hari nie..

Selepas mendaftar pada pukul 8 pagi..aku dan beberapa orang lagi menunggu di auditorium..seorang demi seorang rakan kami bertambah..dan akhirnya 22 orang terkumpul ketika program dimulakan..sedikit penerangan tentang Hospital Sultanah Bahiyah diberikan sebelum Dr. Sobariah mengambil alih dan menerangkan secara ringkas kerjaya seorang doktor..selepas itu kami dipecahkan kepada dua kumpulan..aku bersama dua orang pelajar Kolej Sultan Abdul Hamid, tiga orang pelajar SMK Keat Hwa dan 5 orang pelajar SMK Sultanah Asma bergerak ke Jabatan Forensik..kami diberi penerangan oleh Dr. Bahruddin yg berasal dari Indonesia..sayangnya tak dapat tengok mayat..haha..

Selepas rehat makan tengah hari dan solat Zohor, kami berkumpul semula pada pukul dua petang..kumpulan aku bergerak pula ke Jabatan Kecemasan dan Trauma..di sana kami diberi penerangan oleh Encik Hadzir, penolong pegawai perubatan U42..kami dibawa melihat sekitar jabatan itu..program kami hari nie tamat pada pukul 4.15 petang dan kami semua dibenarkan pulang...pheewww...ada dua hari lagi macam nie...

Aku jumpa ramai kawan baru hari nie....hehe..

Jumpa lagi dalam entri seterusnya, part 2 ~ :)













p/s : Perlu bersedia fizikal dan mental..


5 comments:

suha said...

ooo bizi rini..patutla diam je adik cik suha neh (^_^)

semangat k!

M Fizan said...

@suhahuhu..thx cik suha...em..bz bngat..blik jer pnat sgt..huhu

kam_hafiz said...

wahh..hebatnya die..
bakal doktor lah nie nye..
semoga berjaya.. :)

suha said...

hehe latihan awal ni sebelum jadi doc bebetol..dulu cik suha pernah sebilik ngan student medic,dasat gile kena stadi..be cool k..try sesuaikan diri ngn suasana..lelame nnti ok la 2(^_^)

M Fizan said...

@kam_hafizinsyaAllah..thanks :)

@suha mmg pendedahan awl..hehe..doctor houseman pn ckp mmg kne stadi giler2..insyaAllah lar dpt ssuaikn diri..v_v
thx cik suha..~

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif