Welcome To My Life...

Thursday, May 19, 2011

19th Glory

[fans Barca, Chelsea dan sewaktu dengannya boleh scroll down untuk baca entri lain..heheh]

Assalamualaikum..updated..yeehaaw...mungkin dah basi apabila bercerita ManU memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris untuk kali ke-19, memecahkan rekod sepanjang zaman Liverpool yg memenangi kejuaraan utama Liga Inggeris 18 kali..tetapi kesensasian isu ini takkan lapuk dek hujan dan takkan lekang dek panas..hehe..fans kelab-kelab lain jangan jeles [tambah2 fans Chelsea]..^_^

Jom kita tengok dua insan yg paling lama bertahan dalam kisah dongeng ManU, antara kelab paling gemilang di dunia...

SIR ALEX FERGUSON
Antara pengurus terhebat sepanjang zaman..karier pengurusan lebih dua dekad...boleh bayangkan K.Rajagobal menjadi jurulatih Malaysia selama lebih 20 tahun? hehe..kat mana2 kelab besar pun, pengurus akan disingkir kalau tak menang kejuaraan dalam tempoh dua tahun..tapi Ferguson tidak memenangi apa2 kejuaraan selama 4 tahun..tetapi atas kepercayaan pengurusan kelab, hari nie dia berdiri gah dengan deretan trofi dan pingat kejuaraan..telah memenangi hampir semua kejuaraan utama termasuk Liga Juara-Juara Eropah (dua kali) dan Piala Dunia Kelab FIFA..dan sudah tentu kejayaan terhebatnya memenangi Liga Perdana Inggeris 12 kali sejak liga ini diperkenalkan pada musim 1992/1993..

RYAN GIGGS

Kuda tua veteran..nama yg mekar sebagai pemain paling berjaya ManU..Giggs adalah satu-satunya pemain yg menjaringkan gol dalam semua musim Liga Perdana Inggeris sejak diperkenalkan pada 1992/1993..korang bayangkan masa tu, Giggs baru masuk daripada skuad remaja ManU dengan nama-nama femes seperti David Beckham dan Gary Neville..sekarang rakan-rakan seangkatan semua dah pencen, tapi Giggs masih bermain dengan ManU..Giggs telah bermain semasa era Eric Cantona, Andy Cole, Ruud van Nistelrooy, Cristiano Ronaldo, Wayne Rooney dan sekarang Javier Hernandez..banyak era telah berlalu, tapi Giggs masih bermain pada usia 37 tahun..tak pernah kenal penat, tak syak lagi Giggs merupakan pemain paling berjaya sepanjang zaman ManU dengan memintas rekod kaps terbanyak daripada Sir Bobby Charlton dan memenangi 12 kejuaraan Liga Perdana Inggeris, sama seperti Sir Alex Ferguson..


RAHSIA KEJAYAAN MANCHESTER UNITED
Banyak yg kita dapat contohi untuk mendapat resepi kejayaan seperti Sir Alex dan tentera-tenteranya..antaranya : -

1. Kepercayaan - Ferguson pada pandangan aku ialah pengurus yg paling dipercayai..gagal memenangi apa2 kejuaraan dalam tempoh 4 tahun..tapi beliau tetap mendapat kepercayaan pengurusan kelab dan hasilnya dapat dilihat selepas lebih dua dekad..memecahkan rekod memenangi kejuaraan utama Liga Inggeris 19 kali termasuk 12 kejuaraan Liga Perdana Inggeris..
2. Adunan - Fergie sentiasa menggabungkan pemain baru dan lama..adunan pemain senior dan muka baru ManU menjadi tunjang kekuatan mereka setiap musim..
3. Kesabaran - Untuk membina skuad yg ada sekarang, Fergie telah gagal selama 4 tahun pertama..sejak itu, dia menggandingkan pemain senior untuk membantu pemain-pemain muda..kesabaran itu sangat penting..bak kata pujangga "kota Rom tak dibina dalam masa sehari"..
4. Tradisi - ManU cukup terkenal dengan tradisi yg hebat..sikap pemain yg tak pernah kenal erti putus asa..apabila mereka bermain dengan gaya permainan sebenar, tiada pasukan mampu mengalahkan ManU..pasukan yg cukup terkenal dengan kebangkitan lewat permainan..apabila mereka mengulangi tradisi itu, mereka seolah-olah berkata dalam senyap, "never write off Manchester United"












p/s : Nak berjaya macam Sir Alex...


10 comments:

Alin said...

manu sentiasa dihati :)

diyanah dzai said...

saya die hard fan liverpool =] haha. tapi congrates lahh manu

M Fizan said...

@Alin glory2 man united ^_^


@diyanah dzai hehe..liverpool need something..btw, thx..:)

bersama kak Es said...

alahaiii..
geng bola jek sesuai nih
KakEs satu hapa pun tak tau hehehe

no_answer said...

terbaek lah kau !

hahaha .
aku tak tahu menahu pasal bola dhoe
:(

M Fizan said...

KakEs - hehe..ada entri kena brsama geng..thx for comment kak es..:)

no_answer - tkpe2..kau ada bidang kau sndiri..msti aku tak tahu ..hehe

suha said...

ehem3..cik suha sebagai jurucakap chelsea sngat la rase sangat hangin mendengar berita ini!!!

lantas mau buat gurauan seperti ini hahaha*gelak nates*

http://suhasimplelife.blogspot.com/2011/05/taktik-gurauan-terbaru.html

M Fizan said...

@suha maap yer jurucakap chelsea..anda mmg harus naik hangin..haha

shue_fearless_gurl said...

perghh..entri mantap nie..MU the best...!
see ya in intec..!
:D

M Fizan said...

@shue_fearless_gurl thx..hehe..MU mmg mantap~

see ya!! :)

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif