Welcome To My Life...

Friday, May 27, 2011

FC 2 : Road To Wembley (Part 2)


Assalamualaikum...final countdown menjelang perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah musim 2010/2011 berterusan lagi.hanya tinggal kurang 48 jam saja..pada pukul 2.45 pagi 29 Mei 2011 (waktu Malaysia), para peminat bola sepak seluruh dunia tidak kira pro-Barca, pro-United atau neutral akan terpaku untuk menyaksikan final terbesar yg sangat dinanti-nantikan..debarannya kian terasa hangat..semalam aku membicarakan tentang salah satu calon juara iaitu FC Barcelona..kita sambung edisi Road To Wembley...meh lar baca bersama-sama..kisah perjalanan Red Devils ke perlawanan kemuncak saingan..

ROAD TO WEMBLEY
MANCHESTER UNITED FC


LALUAN KE FINAL
Saingan peringkat kumpulan menyaksikan Manchester United seri dengan Rangers 0-0 (H), membenam Valencia 1-0 (A), menewaskan Bursaspor 1-0 (H), menumbangkan Bursaspor sekali lagi 3-0 (A), menang ke atas Rangers 1-0 (A) dan diikat Valencia 1-1 (H)..United melangkah bergaya selaku juara Kumpulan C dengan 4 kemenangan dan 2 kali seri untuk mengumpul sejumlah 14 mata..United hanya menjaringkan 7 gol dan dibolosi 1 gol sahaja..

Di pusingan kedua, United seri 0-0 dengan Marseille di gelanggang lawan dan menang 2-1 di Old Trafford..United melangkah setapak lagi dengan agregat 2-1..

Pusingan suku akhir menyaksikan United mula menunjukkan belang mereka dengan menang kedua-dua perlawanan..United menewaskan Chelsea 1-0 di Stamford Bridge dan 2-1 di Old Trafford untuk mara dengan agregat 3-1..

Manakala kehebatan United semakin unggul di semi final..United terlalu kuat buat Schalke 04 untuk menang 2-0 di kubu lawan dan membelasah Schalke 4-1 di gelanggang keramat sendiri..United ke final dengan agregat 6-1..

KEKUATAN
United pasukan yg sukar diramal apabila mampu membariskan 5 hingga 6 barisan pemain berbeza dengan kekuatan yg sama..Dimitar Berbatov, Rio Ferdinand, Nani boleh berada di bangku simpanan dan United masih mampu menang..United memiliki skuad besar yg mantap dan terkenal dengan semangat juang tidak kenal lelah hingga ke wisel penamat..semangat sepasukan, tidak putus asa, dan permainan menyerang yg menarik menjadi identiti United..United dibarisi para pemain yg tahu cara menjadi juara..jika kena pada harinya, United tidak mungkin dapat dikalahkan..

KELEMAHAN
Tiada kesempurnaan di dunia ini..prestasi United yg kadang2 tidak menentu boleh memusnahkan peluang mereka menjulang piala...pada satu hari yg serba tidak kena buat United, mereka sering bermain tidak seperti biasa dan mudah melepaskan bola..United melepaskan gol mudah beberapa kali musim ini..barisan muda United juga mungkin cetek pengalaman dan terlalu gemuruh untuk beraksi di final kejohanan paling berprestij di Eropah..

LIMA BINTANG
Nemanja Vidic + Ryan Giggs + Edwin van Der Sar + Wayne Rooney + Javier Hernandez

Nemanja Vidic - Bek tengah yg sangat kental dan antara yg terbaik di dunia..penguasa di udara dan raja menyekat hantaran..tetapi kadangkala Vidic terlalu cuai dan melakukan kekasaran yg tidak sepatutnya..

Ryan Giggs - Kuda tua berusia 37 tahun yg telah beraksi 21 musim bersama United..kudratnya mungkin tidak segagah zaman mudanya tetapi pengalaman + kemahiran + kreativiti Giggs menjadikannya pemain yg masih lagi sangat berbahaya untuk disekat oleh pertahanan yg jauh lebih muda..

Edwin van Der Sar - Penjaga gol yg telah berumur 40 tahun dan akan bersara hujung musim ini..ketangkasan van Der Sar di gawang bukan satu keraguan dan dia telah banyak menyelamatkan United daripada kekalahan..

Wayne Rooney - Bukan sahaja penyerang yg handal, Rooney juga sering membantu barisan pertahanan..Rooney juga lebih banyak berlegar di bahagian tengah untuk menggerakkan bola ke barisan serangan..

Javier Hernandez - Kepantasannya memintas pertahanan, ketajaman penyudahnya dan kepakarannya mencium peluang menjadikan dia wira dalam musim pertama bersama United..juga penanduk bola yg berbahaya walaupun rendah dan bertubuh kecil..

ULASAN
Prestasi United tidak mudah untuk dijangka..satu hari mereka beraksi seperti juara dunia dan satu hari lagi mereka beraksi seperti pasukan yg biasa2 saja..semuanya akan terjawab dalam final nanti..














p/s : Penyokong tegar Red Devils..

No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif