Welcome To My Life...

Wednesday, May 25, 2011

FC 4 : Juara Yang Terbuang

[entri bola..sila scroll down untuk terus membaca entri yg menarik..]

Assalamualaikum..wahhh...makin hangat debaran dunia bola sepak di Eropah khususnya memandangkan final Liga Juara-Juara Eropah akan berlangsung di Wembley pada pukul 2.45 pagi pada 29 Mei 2011 (waktu Malaysia)..4 hari jer lagi..hehe..aku telah memulakan kiraan menurun kira-kira 5 haru lepas..

Setiap hari aku membawakan satu kisah sensasi yg menggegarkan pentas berprestij bola sepak Eropah musim ini...korang boleh baca di SINI ---> Ferguson tumbuk Mourinho, Raul benam ego Ancelotti, Rooney ejek Messi, pemain Spurs suka berkhayal, dan Schalke mengatasi jangkaan..

Sekarang aku teruskan dengan satu lagi kisah sensasi !


Rafael Benitez mengambil alih Inter Milan daripada Jose Mourinho yg berhijrah ke Real Madrid..malang sekali bagi Benitez - yang dikecam hebat peminat The Kops berikutan prestasi hambar Liverpool di bawah kendaliannya - kerana Inter Milan semasa dipimpin Mourinho telah menjuarai treble iaitu Liga Juara-Juara Eropah, Copa Italia dan Serie A Itali..Benitez diharapkan dapat membawa kegemilangan berterusan..namun beliau gagal dan tempatnya digantikan pada pertengahan musim ini...

Inter di bawah kendalian Benitez semakin merosot..Inter mengalami kekalahan2 yg tidak sewajarnya dalam Serie A dan prestasi mereka dalam Liga Juara-Juara Eropah juga terumbang-ambing serta hambar..reputasi Inter kian tercalar..juara bertahan ini tersingkir apabila ditumbangkan Schalke 04 di suku akhir dengan agregat 7-3..tambah memalukan apabila mereka hampir diaibkan Tottenham di San Siro semasa peringkat kumpulan walaupun menang 4-3..tetapi mereka tidak dapat mengelak kekalahan teruk apabila dibelasah 5-2 oleh Schalke 04 di gelanggang sendiri semasa pusingan suku akhir..jadilah Inter Milan juara yg terbuang.......


Tunggu entri seterusnya dengan kisah lebih sensasi !!

Entri sebelum - FC 5 : Schalke Memecah Dominasi...













p/s : suka jadi juara....


No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif