Welcome To My Life...

Wednesday, January 30, 2013

WW #46 : Ongoing Dream



30 January : Three Night Without Star


"Tiga malam tanpa bintang..." tangis Fiq. Sebak.

Awak tak ingat saya? Awak lupa teman siang malam awak? Awak dah lupakan sebahagian hidup awak?

Saya tahu awak tak pernah jenguk sini. Sebab tu awak tak tahu luahan hati saya. Kepedihan saya. Duka saya. Saya harap bila awak baca ni suatu hari nanti, saya masih bernyawa untuk menemani awak. 

"dari sinar mata
terpanah asmara
ada getar rasa
mengiringi masa

hakikat naluri

luhur hati insani
kerna mencintai
rela disakiti

itulah aku
setia mengejarmu
ke hujung waktu
tetap menunggu"

M Fizan (1801, 30012013)

I shall end this journal, and waiting for you. And keep waiting.

29 January : Two Days Without You


"Ucapkanlah kasih... satu kata yang kunantikan..." kata Acha kepada Irwansyah. Sayu.

29 Januari. Hari kedua tanpa ditemani sang puteri yang masih merajuk. Tiada angin, tiada ribut. Mungkin kerna lelah disakiti. Maafkan saya. Saya tak pandai jaga hati awak.

Mungkin awak tak rasa apa-apa. Mungkin awak tak terkesan pun. Awak selalu temankan saya. Awak sebahagian dari saya. Awak faham tak?

Saya tak punya apa-apa. Saya cuma punya cinta. Saya tulus nak jadikan awak yang halal bagi saya. Saya mahu bercinta dengan awak di syurga. Insya-Allah, dengan izin-Nya. Moga Allah permudahkan.

Saya mahu bersama awak dengan ikatan yang sah. Kita sama-sama tak sempurna, apa salahnya kita saling melengkapi? 

Awak perlu tahu. Saya serius.

Tuesday, January 29, 2013

Symbolic Jacket


Aku makin stres. Belum sudah rajuk sang puteri yang masih mahu bersendirian, kini aku sedang menguruskan satu projek khas untuk menjadi tanda kenangan kelas. Memandangkan sem ini adalah yang terakhir untuk program A-Level Medicine dua tahun di INTEC, aku sedang mengendalikan projek pembikinan jaket varsiti untuk disimpan selaku wakil kelas (class rep).

Terdapat beberapa kekangan untuk ianya dimiliki semua. Pertama, kewangan. Tidak dapat dinafikan, jaket ini agak mahal. Ada rakan sekelas mencadangkan dibuat jersi atau baju kelas saja. Aku bukan tidak setuju. Cuma baju kelas terlalu mainstream. Aku mahukan sesuatu di luar kebiasaan.

Masalah kedua, kesatuan. Untuk memuaskan hati semua dengan warna dan corak rekaan masing-masing memang tidak berdaya aku dibuatnya. Maka, aku perlu membuat keputusan pada masa yang sama mengizinkan semua pihak untuk rasa senang hati.

Satu yang aku pasti, ini bukan main-main. Jadi tetap jadi. Aku akan buat yang terbaik. Walaupun aku stres, aku akan pastikan projek ni berjaya. Walaupun mahal, aku tak berkira soal memori. Tak ternilai harga sebuah kenangan. 


Satu yang pasti, memang tidak semua rakan sekelas akan memilikinya. Aku faham soal wang ringgit. Ada yang kekurangan, dan ada juga urusan lebih penting perlu didahulukan. Aku tidak memaksa. Ada juga rakan kaum hawa yang katanya tak tahu bila nak guna jaket. Jika dibandingkan dengan baju, sudah tentu baju sering dipakai. Ada betulnya.

Apa pun, aku telah nekad dengan projek jaket varsiti ni. Great things take time. Be patient. Moga Allah permudahkan.













p sepak s : Harap sangat berjaya...


Monday, January 28, 2013

Sebaik-Baik Perancang


Saya nampak awak like ni tadi.

"Kita BERKENALAN secara tak sengaja, adalah PERANCANGAN ALLAH.

Kita BERKAWAN begitu lama bertahan pun, ALLAH yang RANCANG.

Kita dikurniakan RASA SUKA antara satu sama lain juga, ALLAH yang BERI.

Kita masih BERSAMA walau banyak dugaan menimpa, ALLAH yang ATURKAN.

Kita dikurniakan KESEDARAN dan KEINSAFAN juga kerana, ALLAH SAYANG PADA KITA.

Kita BERJAUHAN untuk mencapai REDHA-NYA juga, DIA yang RANCANG.

Kita BERDOA untuk KEBAHAGIAAN masing2 juga, ALLAH yang DETIKKAN dalam hati kita.

Senyum dan yakinlah bahawa Dia adalah sebaik-baik perancang.. :)"

Tapi kan, kalau hanya saya yang cuba bertahan, saya mempertahankan apa? 
T_T


Deactivate


Bawaku pergi
Aku mahu lari
Jauh dari realiti

Aku lelaki
Tapi aku punya hati
Dan cinta suci

Aku punya naluri
Untuk mencintai 
Dan disayangi

"Keluhan hatiku tak siapa yang tahu. Ku simpan semua sebak di dada, biar ku yang terluka. Pernahkah kau mengerti caraku memujukku? Pernahkah kau hargai caraku mencintaimu?" 
Rimas (Fabulous Catz)

Aku dah buat keputusan. Aku akan deactivate akaun FB aku malam ni. Untuk sementara waktu. 

Saya tak dapat tahan tangan saya daripada ganggu awak. Awak mesti rimas. Untuk kebaikan awak. Saya tak mahu sakitkan mata awak tengok nama saya.


January 28 : A Day Without You


Apakah mereka kira mereka tahu apabila mereka melihat seseorang menangis?

Bila saya bangun tidur, saya nak hantar SMS macam selalu. Dan kemudian saya sedar, hari ni saya perlu belajar untuk tidak mengganggu awak. 

Luka di badan nampak berdarah, luka di hati siapa yang tahu?

Saya jauhkan diri dari henfon. Sebab saya rasa nak hantar SMS bila saya tengok. Saya baca semula SMS awak yang dulu. Yang sangat menyenangkan sehinggakan saya rasa terlalu sayang nak padam.

These memories make me happy. Just let me live in the memories with you

If growing up means you change, i wish you never grew up. I miss the old YOU

Akulah hati yang kau sakiti.

Sakit


Yang tulus ikhlas, ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu
Yang selalu memberi, ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam, dan manis doa.

They said, what you give, you get back.

They lied. Apa yang kamu beri, tak mesti kamu akan menerima kembali. Contohnya, cinta. Kamu beri sepenuh hati. Kamu beri apa yang kamu ada. Kamu beri masa dan perhatian. Tapi apa yang kamu dapat? Ya, bukanlah mengharapkan balasan. Sekadar penghargaan. Susahkah untuk diberikan?

'I love you', it's easy to confess, but difficult to show.

Aku lelaki. Jantina yang dikatakan kuat. Tapi lelaki juga hati. Lelaki juga punya perasaan. Sama seperti perempuan. Jika perempuan bisa mengalirkan air mata, lelaki begitu jua. Bezanya kami bisa menahan keperitan itu lama. Dan akhirnya, apabila kepedihan itu tak tertanggungkan lagi, air mata pasti menitis ke bumi.

Kenapa begitu sukar untuk menghargai? Mencari dan terus mencari. Yang di depan mata, tak cuba disayangi. Mengapa begitu saudari?

If you're holding on but the other person does not, isn't it you're hanging onto yourself?

Aku sakit.


A Night of Tears


Senyum di wajah, palsu. Gerimis di hati, tak siapa tahu.

They said, don't listen to sad songs when you are sad. I just cannot. 

How can i resist myself?

Terima kasih kerna berterus-terang. Kebenaran itu menyakitkan. Yes, it hurts. But it hurts less. Lebih baik daripada membiarkan diri ini tertanya-tanya. Memikirkan jawapan yang sangat menyeksa.

Sungguh, hati ini terluka. Jiwa ini cedera.

Sunday, January 27, 2013

Gift



My precious YOU.

The best feeling cannot be touched, it's in the heart.

Dugaan


Inikah dugaan yang kuterima, menyintaimu sepenuh jiwa?


You may not trust me, but it won't change my sincerity.

Stres.

Stres..

Stres...

Tiada yang lain bertakhta di hati ini melainkan kamu.

Sukarkah untuk kamu mengerti?

Saturday, January 26, 2013

Warkah Buat...


Mungkin aku tidaklah sempurna, tetapi hatiku memilikimu sepanjang umurku.


Some things cannot be explained. When it's there, it's just there.

 Saya, Muhammad Nazif.

Saya tak sempurna. Saya tahu saya banyak kelemahan. Saya sedar saya banyak buat silap. Dan kesilapan saya membuatkan awak semakin tawar hati. Semakin kecewa dengan saya. Dan kekuatan awak untuk bertahan kian pudar. Saya tak salahkan awak, bila saya yang bersalah.

Awak sabar sangat. Awak layan kerenah saya yang macam kanak-kanak ribena. Awak tak panjangkan cerita bila saya buat awak terasa. Awak tetap ada walaupun saya selalu sakitkan hati awak. Mungkin awak ingat saya tak hargai semua tu. Saya mungkin tak cakap, tapi saya hargai sangat-sangat.

Saya bukan lelaki yang sempurna, apa lagi untuk menjadi lelaki idaman awak. Tapi saya cuba. Saya cuba jadi yang terbaik. Saya cuba jadi lebih baik, supaya saya layak menjadi yang halal bagi awak. Awak banyak mengajar saya erti kematangan. 

Ya, saya masih muda. Tapi bukan semakin muda. Mungkin awak fikir apa yang saya cakap cuma pada hari ni. Tapi saya dah cakap macam ni bertahun-tahun. Dan saya akan cakap benda yang sama seribu tahun lagi. Saya takkan penat. Saya tak pernah lelah menyayangi awak.

Awak, saya rasa awak makin menjauh. Awak bukan lagi awak yang saya kenal empat tahun lepas. Ya, saya tahu. Manusia berubah. Saya pun tak salahkan awak jika ini takdir-Nya. Mungkin ini balasan sebab saya tak pernah jaga hati awak dengan baik.

Mungkin pada pandangan awak, saya main-main cinta. Saya tak serius. Kalau saya tak serius, saya takkan pertaruhkan hati saya selama ini. Saya akan menyerah dulu lagi. Bila saya nak tidur, dan bangun tidur, saya cari awak. 

Saya takkan hidup selamanya. Bila saya dah tak ada, saya harap Allah akan anugerahkan pasangan yang dapat jaga awak lebih baik daripada saya. Seseorang yang akan membahagiakan awak, sehingga akhir nafas awak. Seseorang yang dapat membuatkan awak lupakan saya. Seseorang yang baik yang dapat membimbing awak ke syurga.

Saya tak tahu bila awak akan baca ni. Tapi bila awak baca, saya harap saya masih belum terlambat untuk beritahu, awak sangat istimewa dalam hati saya. Walaupun awak tak rasa, awak penting dalam hidup saya. Awak anugerah terindah yang pernah saya terima.

Telah kujanji untuk bersama, pasti kan sempurna, selagi ada nyawa, akan ku berusaha.


Kerana..


Puisi ku karang, tika rindu mendatang.
Dengarlah puteri, bait-bait puisi.


kerna dalam debar
ada rasa bergetar
keinginan menular
hangat membakar

kerna dalam darah
cinta yang merah
biar sering gundah
sakit itu indah

kerna dalam nafas
 jiwa nan ikhlas
kau teratas
walaupun lemas

kerna dalam rindu
sunyi dan sayu
bila bersamamu
bahagia bertamu

kerna dalam jiwa
kasih membara
ingin saja bersua
setiap masa

kerna semua itu
AKU CINTA PADAMU!
 
1103, 23012013.
NASJ forever and ever.












p peluk s : Oh jiwang..

Wednesday, January 23, 2013

Sunday, January 20, 2013

Memang Final


Malam hari Jumaat lepas, berlangsung final Maharaja Lawak Mega 2012 di Johor. Memang gempak. Tahniah buat Jozan kerna ditabalkan sebagai Maharaja Lawak. Walaupun ada yang kata diorang menang kerana populariti, aku rasa versatiliti diorang menjadi tunjang utama. Pakej rupa, kemampuan menyanyi, dan telatah yang melucukan cukup untuk memancing undian peminat.

Aku tak dapat tengok siaran langsung di televisyen. Bilik TV kolej aku ni mana ada Astro Warna. Live streaming pulak memang tak lah dengan internet selaju Raja Pecut Siput yang dah bersara. Makanya tengok Youtube saja. Lambat pun lambat lah, janji puas hati. Dan memang, final MLM sangat final...

Meh aku nak komen sikit persembahan diorang malam final tu.

PART 1 - BEBAS

Jozan memulakan malam final. Zizan kelihatan akan beraksi solo sekali lagi sebelum Johan muncul secara tiba-tiba dengan reputasi Justin Bieber Malaysia (Awie). Kawan aku tak puas hati dengan kemunculan semula kerana seperti mencari publisiti dengan Johan kononnya tidak dapat meneruskan kombinasi mantap diorang, tetapi muncul untuk minggu akhir. Apa pun, dialog seperti 'saya dah lama tak pukul orang berjanggut ni', dan aksi Zizan sebagai klon Ustaz Azhar Idrus menari ketika memperkenalkan nama programnya mengikut rentak muzik memang melucukan.

Shiro menyambung dengan aksi yang suam. Kurang panas berbanding tahap diorang sebelum ni. Walaupun Shahrol cuba meniru Nasir Bilal Khan dalam drama Tanah Kubur, Shahrol mula menjadi diri sendiri apabila masa berjalan. Keperlahanan gaya percakapan NBK mula hilang dan Shahrol mula bercakap laju. Hilang identiti karakter yang dibawanya. Aku rasa momen paling kelakar adalah apabila AC cover malu kerna masuk awal sangat. Dia terpaksa menari sama ketika Shiro menyambung persembahan. AC memang spontan habis! Thumbs up.

Akhirnya, pada minggu akhir, Boboi membuktikan diorang sebaris dengan otai-otai lawak Malaysia. Persembahan pertama yang mengejutkan. Meniru opera Cina memang sangat kelakar. Nabil dan Harun Salim Bachik bercakap menggunakan dialek Cina, dan aksi Nabil dan HSBC menggayakan bunyi alat muzik orang Cina memang menggeletek perut. Nama dua buah yang aku tak pernah fikir pun menarik. 'Lukisan' dan 'Lisa'. Kenapa? Tengok sendiri. Oh, lagi satu, andartu kahwin bagi anak minum yogurt. Kuikui. Sempoi...

Antara pilihan utama, Jambu meneruskan acara. Persembahan ringkas, tidak perlu banyak props. Jambu yang penuh misteri dan mencuba variasi lawak, menggunakan konsep yang nampak mudah tetapi cukup melucukan untuk final. Diorang hanya jadi pengacara MLM peringkat sedunia. Yus mengacau Tauke bercakap dan itu sudah cukup membuatkan penonton tertawa. Antara dialog paling menarik, 'milo ais, teh o ais limau, ikat tepi, straw besaq'. Baca tak kelakar, Yus cakap memang punchline

Saywho selaku wakil tunggal dari Indonesia yang mara ke peringkat terakhir tidak mengecewakan. Aku kira diorang terlalu berusaha untuk menunjukkan terlalu banyak punchline sehingga sketsa diorang jadi acara 'punchline demi punchline'. Ini membuatkan punchline tu tak misteri. Tapi tak kurang juga bisanya. Ada punchline yang memang menggelikan hati. Contohnya, 'nggak ada tandasnya', 'badan kecil tapi nafsunya besar', 'berhenti baca magazine'. 

Untuk pusingan pertama, semua agak setara. Tiada yang benar-benar menonjol untuk berada satu kelas lebih tinggi. Boboi yang sangat mengecewakan untuk beberapa minggu sebelum ni menunjukkan taring diorang. Menggunakan karakter yang sama, Jozan dan Saywho seperti tak menampilkan versatiliti. Jambu dengan lawak ringkas, tetapi dengan karakter berbeza; cuma konsep lawak seperti berulang.

PART 2 - MUZIKAL

Bercakap soal versatiliti, kebolehan Johan meniru dialek bahasa asing menjadikan gandingannya dan Zizan begitu mantap. Zizan pula melengkapi Johan, membuatkan kombinasi ini memukau untuk tema komedi muzikal. Tidak perlu menyanyi sepanjang persembahan, lagu 'Kosong' dalam bahasa India dan 'Padi Huma' dalam bahasa Cina memang lucu. Ditambah pula dengan acara teka bunyi dan karaoke bersama peminat, Johan selaku deejay radio ERA menggunakan pengalamannya. Kebolehan Johan menyanyi menambah perisa. Jozan menyinar. 

The show of the night. Shiro menggegarkan Johor dengan persembahan terbaik malam final tersebut. Tak lari daripada tema, Shiro menggunakan eleman mengejutkan apabila menjadikan ayat-ayat romantis sangat kelakar antara sepasang suami isteri di mana isterinya sedang sarat mengandung. Aku pun hairan macam mana ayat-ayat romantis begitu menghiburkan. Sweet sangat.... Momen paling lucu ketika si isteri menggoncang perut dan berkata 'ni anak abang ni'. Boleh pulak bini dia goncang perut. Adoi lar... Three thumbs up!

Boboi sekali lagi menunjukkan belang. Persembahan kedua terbaik untuk final MLM. Diorang buat sketsa Yuna mencari pengganti untuk menyanyikan lagu 'Terukir di Bintang' yang muncul juara Anugerah Juara Lagu baru-baru ni. Punchline demi punchline yang membuatkan penonton tak kering gusi. Nabil jadi Ning Baizura, Afdlin jadi Hafiz Awan Nano, HSBC jadi Ella, Nabil jadi Bandi Amuk, Afdlin jadi Zainal Abidin, dan ketiga-tiganya menjadi kumpulan nasyid Rabbana yang membawa mesej 'Intifada' untuk menyokong Palestin. Aku rasa Afdlin jadi Zainal Abidin memang menyerlah.

Ya, Jambu gagal dengan komedi muzikal. Jika dipersoalkan kekalahan Jambu kepada Jozan, aku rasa inilah puncanya. Epic fail. Jambu gagal memenuhi harapan 'persembahan terakhir'. Macam persembahan minggu pertama. Aku tak nafikan lawak tu mula menyinar di akhir persembahan, tetapi cukup perlahan rentaknya. Komedi muzikal tak perlu menyanyi sepanjang persembahan. Mungkin definisi komedi muzikal Jambu memakan diri. Momen yang takkan dilupakan, Yus mencium dahi Tauke yang membawa watak Zila, anak Yus. Aku rasa ini menjawab persoalan Jambu gagal mengatasi populariti Jozan.

Saywho, dengan persembahan final yang terakhir, begitu suam-suam kuku. Memulakan aksi dengan meniru lawak Jambu minggu sebelumnya. Tak lawak! Cari lar idea ori. Ciplak tak main lar.. Dan aku tengok diorang ni terlalu sangat mencuba untuk memancing peminat di Malaysia dengan cuba mempersembahkan budaya masyarakat setempat. Setiap minggu, di Perak, Terengganu, dan malam itu, Johor. Stop it! Bawak lawak dari tempat anda dan jadikannya universal. Lawak seharusnya lawak tak kira penonton berada di mana. Nice try, but try again. Ini musim kedua Saywho mencuba nasib, selepas bertanding atas nama Saehu musim sebelumnya. 

AKHIR KATA

Keputusan akhir MLM 2012 tidak menggambarkan persembahan malam final, sudah semestinya. Jozan memiliki banyak faktor kejayaan. Versatiliti Johan dan gaya Zizan. Tuah juga memainkan peranan, kerna persembahan solo Zizan melakukan stand-up comedy merudum. Diorang berdua saling melengkapi. Mujur saja dibantu populariti. Jambu sangat versatil. Konsepnya, tidak perlu terlalu sukar. Ringkas sudah memadai. Mimik muka dan lawak selamba menjadi kunci kekuatan abang-abang pink kita.

Shiro yang merupakan juara Raja Lawak 6 memiliki keistimewaan tersendiri. Walaupun Shahrol macam tiru Jep Sepah, tapi kekuatan diorang dan Sepah sama, dialog yang kelakar. Shiro konsisten dari minggu pertama, tidak terlalu merudum, tidak terlalu menyerlah, sedang-sedang saja. Just nice. Diorang perlu lebih menggali dan mencari bakat tersembunyi.

Boboi pula membayar harga kerana persembahan tidak konsisten. Ada ketikanya lawak diorang langsung tak menjadi. Tetapi kedua-dua persembahan minggu akhir memang 'WOW' gitu. Mungkin diorang save the best for the last. Boleh pun Nabil menyertai gandingan HSBC dan Afdlin Shauki dalam Boboi. Simpan saja semua kritikan, Nabil boleh beraksi secara berkumpulan. 

Saywho? Terlalu berusaha. Teramat sangat mencuba meletakkan punchline demi punchline. Tiada misteri juga satu ancaman dalam arena lawak. Penonton mahukan elemen kejutan. Penonton mahu tertunggu-tunggu dan gelak secara tiba-tiba. Bukan menanti lawak yang berturut-turut itu benar-benar menggelikan hati atau tidak. Tapi percubaan Saywho memasukkan elemen budaya masyarakat setempat wajar dipuji.

Maharaja Lawak Mega terbaik!













p sepak s : Panjangnya komen..


Wednesday, January 16, 2013

Tuesday, January 15, 2013

Listen To Me


"Listen, listen, listen."

Ayat ni menjadi femes sehari dua ni sebab adanya penjaga zoo haiwan bercerita tentang hak asasi manusia. Malangnya, bercakap soal asasi, dia lupa peraturan utama; 'hak bersuara'. Kalau tak faham, boleh rujuk video di bawah ni.


Aku sangat malu kejadian ni berlaku di Dewan MAS, UUM. Universiti yang sangat dekat dengan kawasan perumahan aku. Dan institusi pendidikan tempat umi aku mengajar. Apa yang berlaku? Sorang pompuan yang berlagak terlalu hebat menghina sorang pelajar hanya kerana dia adalah orang SWIM. Perenang?

Dia buat program, syok sendiri, dan bantai seorang wanita di tengah-tengah orang yang sehaluan dengan dia. Ni namanya belasah beramai-ramai. Sangat tak adil. Mujurlah srikandi berbangsa India itu sangat berani berdiri di tengah ribuan pelajar yang ditarik hidung mereka, dan bersuara untuk rakyat Malaysia.

Ini hadiah untuk pemegang ijazah yang sangat bangga diri, riak, angkuh, sombong, takbur dengan tahap pendidikannya. Tak ke mana lah ijazah tu. Mari berhibur.


Nah. ni satu lagi. Untuk orang yang tak tau malu walaupun sedar diri dia tak menjadi wanita Islam yang menutup aurat untuk menjaga nama baik agama.


Bahagian yang paling menyakitkan hati aku adalah apabila dia kata dia memberikan penghormatan kepada srikandi Bawani. Hakikatnya, dia mencelah ketika saudari Bawani sedang berhujah dan memalukan saudari Bawani di depan penyokongnya. Dia menghina hak asasi seorang manusia. Dia tak layak bercakap soal hak asasi.

Dia langsung tak menunjukkan rasa hormat kepada saudari Bawani, dan dia tak layak dihormati. Aku tak respek langsung dengan ijazah yang dia ada. Tiada rasa hormat kepada orang sebegini. Mencemarkan maruah manusia.

Tahniah kepada saudari Bawani. Keberanian anda pasti menjadi inspirasi kepada muda-mudi yang lain untuk bangkit dan bersuara. Tiada gentar. Kerana kebebasan bersuara (freedom of speech) adalah HAK ASASI MANUSIA SEJAGAT. Titik.












p sepak s : Siapa berani bantah??

Sunday, January 13, 2013

Apabila Rakyat Bangkit


Herh, dengar kata ada laporan berita media arus perdana mengatakan yang hadir ke Himpunan Kebangkitan Rakyat KL112 semalam cuma 40 ribu. Gila, sangat gila.

Kalau gambar aku kongsi semalam tak cukup meyakinkan, pagi ni aku kongsi satu lagi gambar, dari pihak media sendiri. Edited?


Di luar stadium saja, melimpah-limpah. Kalau nak terus bodoh, jangan tunjuk sangat, okey? Sekian.












p peluk s : Kemarahan rakyat..


Saturday, January 12, 2013

Rakyat Diutamakan


Niat di hati nak jenguk FB saja. Disebabkan ada puisi yang indah, maka perlu lah dikongsikan.


Penghargaan
Buat kerajaan
Di atas kebenaran
Berhimpun, berjalan.

Penghormatan
Buat Pakatan
Di atas penganjuran
Demonstrasi aman.

Sanjungan
Pihak keselamatan
Di atas kawalan
Menghindar rusuhan.

Salam perjuangan
Buat rakan taulan
Rakyat marhaen
Yang menyinsing lengan.

Moga demokrasi ini
Terus berjalan
Walau kuasa berganti
Rakyat paling hadapan.
credit: Mat Luthfi

Ingatlah wahai pemimpin, rakyat diutamakan.













p palang s : KL112..


Gelombang


Hari ini dalam sejarah. Rakyat mara ke Stadium Merdeka dengan satu suara dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat. KL112 yang sekian lama dinantikan rakyat tertindas akhirnya menjadi realiti.

Dengar kata laporan media massa menyatakan hanya 20 ribu yang hadir. Benarkah?


Inilah pemandangan dari udara. Jika ini yang dikatakan 20 ribu, orang yang mengira itu perlu belajar Matematik semula. Jangan tunjuk sangat kebodohan tu.

Penuh semua tempat duduk saja, 80 ribu. Itu baru tempat duduk. Belum lagi yang memenuhi tengah padang. Dan gelombang rakyat yang tidak dapat masuk ke dalam stadium. Inilah arus rakyat yang mahukan perubahan.

Dan... ini baru mereka yang sanggup berkorban untuk ke sana. Masih ada jutaan lagi yang tidak hadir tetapi jiwa mereka turut menyokong. Yang menentang? Hanya segelintir yang percaya media arus perdana.

Semua yang hadir berjiwa besar. Ada yang kata otak mereka kecik. Ya, otak mereka memang kecik. Otak manusia mana yang besar? Kalau nak cakap tu, jangan tunjuk sangat bodoh, boleh kan?

Akhir kata Lelaki Dari Marikh, rakyat ingin bersuara. Titik.













p sepak s : 12 Januari 2013, KL112.

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif