Monday, January 28, 2013

Sakit


Yang tulus ikhlas, ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu
Yang selalu memberi, ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam, dan manis doa.

They said, what you give, you get back.

They lied. Apa yang kamu beri, tak mesti kamu akan menerima kembali. Contohnya, cinta. Kamu beri sepenuh hati. Kamu beri apa yang kamu ada. Kamu beri masa dan perhatian. Tapi apa yang kamu dapat? Ya, bukanlah mengharapkan balasan. Sekadar penghargaan. Susahkah untuk diberikan?

'I love you', it's easy to confess, but difficult to show.

Aku lelaki. Jantina yang dikatakan kuat. Tapi lelaki juga hati. Lelaki juga punya perasaan. Sama seperti perempuan. Jika perempuan bisa mengalirkan air mata, lelaki begitu jua. Bezanya kami bisa menahan keperitan itu lama. Dan akhirnya, apabila kepedihan itu tak tertanggungkan lagi, air mata pasti menitis ke bumi.

Kenapa begitu sukar untuk menghargai? Mencari dan terus mencari. Yang di depan mata, tak cuba disayangi. Mengapa begitu saudari?

If you're holding on but the other person does not, isn't it you're hanging onto yourself?

Aku sakit.


2 comments:

Aslaha said...

Waalaikumussalam...
Naz,
aku juga pernah sakit. pernah hancur.
Namun kata2 di atas hanya menambah sakit di dada.
Bukankah Rasulullah juga sentiasa menebarkan cinta dan kasih sayang namun dibalas jerutan di leher, lemparan tahi unta. Namun teruskan jua.
Benar, hatimu sesak, pedih & sakit namun janganlah ia memalingkan dirimu. Jangan ia bakar keikhlasanmu~

"Dan tunduklah semua maka (dengar, berendah diri) kepada Tuhan yang Hidup Kekal lagi sentiasa mengurus (makhlukNya). Dan sesungguhnya rugilah orang yang melakukan kezaliman. DAN BARANGSIAPA MENGERJAKAN AMAL-AMAL SOLEH DAN DIA DALAM KEADAAN BERIMA, MAKA IA TIDAK KHUATIR PERLAKUAN YANG TIDAK ADIL (TERHADAPNYA) DAN TIDAK PULA PENGURANGAN HAKNYA."
Taha:111-112

Sudahlah, pujuklah hati dengan kalamullah. InsyaAllah, you'll see. How beautiful life is. always is. forever.

Stay strong Naz:)

M Fizan said...

@Aslaha thanks a lot As. it's motivating :)

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif