Saturday, January 26, 2013

Warkah Buat...


Mungkin aku tidaklah sempurna, tetapi hatiku memilikimu sepanjang umurku.


Some things cannot be explained. When it's there, it's just there.

 Saya, Muhammad Nazif.

Saya tak sempurna. Saya tahu saya banyak kelemahan. Saya sedar saya banyak buat silap. Dan kesilapan saya membuatkan awak semakin tawar hati. Semakin kecewa dengan saya. Dan kekuatan awak untuk bertahan kian pudar. Saya tak salahkan awak, bila saya yang bersalah.

Awak sabar sangat. Awak layan kerenah saya yang macam kanak-kanak ribena. Awak tak panjangkan cerita bila saya buat awak terasa. Awak tetap ada walaupun saya selalu sakitkan hati awak. Mungkin awak ingat saya tak hargai semua tu. Saya mungkin tak cakap, tapi saya hargai sangat-sangat.

Saya bukan lelaki yang sempurna, apa lagi untuk menjadi lelaki idaman awak. Tapi saya cuba. Saya cuba jadi yang terbaik. Saya cuba jadi lebih baik, supaya saya layak menjadi yang halal bagi awak. Awak banyak mengajar saya erti kematangan. 

Ya, saya masih muda. Tapi bukan semakin muda. Mungkin awak fikir apa yang saya cakap cuma pada hari ni. Tapi saya dah cakap macam ni bertahun-tahun. Dan saya akan cakap benda yang sama seribu tahun lagi. Saya takkan penat. Saya tak pernah lelah menyayangi awak.

Awak, saya rasa awak makin menjauh. Awak bukan lagi awak yang saya kenal empat tahun lepas. Ya, saya tahu. Manusia berubah. Saya pun tak salahkan awak jika ini takdir-Nya. Mungkin ini balasan sebab saya tak pernah jaga hati awak dengan baik.

Mungkin pada pandangan awak, saya main-main cinta. Saya tak serius. Kalau saya tak serius, saya takkan pertaruhkan hati saya selama ini. Saya akan menyerah dulu lagi. Bila saya nak tidur, dan bangun tidur, saya cari awak. 

Saya takkan hidup selamanya. Bila saya dah tak ada, saya harap Allah akan anugerahkan pasangan yang dapat jaga awak lebih baik daripada saya. Seseorang yang akan membahagiakan awak, sehingga akhir nafas awak. Seseorang yang dapat membuatkan awak lupakan saya. Seseorang yang baik yang dapat membimbing awak ke syurga.

Saya tak tahu bila awak akan baca ni. Tapi bila awak baca, saya harap saya masih belum terlambat untuk beritahu, awak sangat istimewa dalam hati saya. Walaupun awak tak rasa, awak penting dalam hidup saya. Awak anugerah terindah yang pernah saya terima.

Telah kujanji untuk bersama, pasti kan sempurna, selagi ada nyawa, akan ku berusaha.


No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif