Welcome To My Life...

Friday, January 11, 2013

Debaran


Debaran. Berdebar-debar. Mendebarkan. Satu perasaan yang tidak menyenangkan untuk kesihatan jantung. Walaupun masih ada dua bulan, tapi perasaan tak selesa itu mula mengganggu. Sangat mencengkam. Sehingga merubah jadual harian aku.

Peperiksaan percubaan A-Level akan berlangsung dua bulan dari sekarang. Peperiksaan sebenar dua bulan selepas tu. Ohh, tidak. Aku tak percaya ini semester terakhir di INTEC. Dua tahun, kenapa berlalu terlalu pantas?

Time is running, either you chase it or you're left behind
-M. Fizan-

Aku sekarang melekat dengan nota dan buku teks. Kalau tiga sem sebelum ni aku buat persiapan saat akhir, aku rasa taktik yang sama tak akan berkesan kali ni. Aku perlu bersedia lebih awal. Dengan satu harapan, ketika peperiksaan percubaan bermula, aku sudah khatam silibus tiga subjek. Phewww~

Sekarang ni aku tak senang duduk. Asyik nak ulang kaji je. Kalau dulu aku pilih tengok filem berbanding belajar, situasi berbeza buat masa ini. Aku juga sudah mengubah strategi. Setiap kali kelas berakhir, aku akan ulang semula apa yang dipelajar hari itu.

Untuk topik "OTAK" dalam subjek Biologi, kitorang belajar tentang memori. Ingatan jangka pendek disimpan di frontal lobe dan ingatan jangka panjang akan disimpan di hippocampus. Bila seseorang hilang ingatan, apa yang baru berlaku mungkin tak dapat diingati. Tetapi apa yang telah lama dilalui dalam hidupnya, mungkin dapat diingat semula. Contohnya, kenangan zaman kanak-kanak.

Pensyarah aku ada beritahu. Untuk menukar ingatan jangka pendek kepada ingatan jangka panjang, perlu melakukan repetisi. Mengulang semula maklumat berkali-kali. Itu sebabnya aku terus ulang kaji apa yang aku belajar setiap hari sebelum aku lupa.

Sehingga bertemu semula dalam entri akan datang. Nak ingat sesuatu? Ulang dan ulang lagi. 













p sepak s : Ulang oh ulang kaji..


No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif