Sunday, January 20, 2013

Memang Final


Malam hari Jumaat lepas, berlangsung final Maharaja Lawak Mega 2012 di Johor. Memang gempak. Tahniah buat Jozan kerna ditabalkan sebagai Maharaja Lawak. Walaupun ada yang kata diorang menang kerana populariti, aku rasa versatiliti diorang menjadi tunjang utama. Pakej rupa, kemampuan menyanyi, dan telatah yang melucukan cukup untuk memancing undian peminat.

Aku tak dapat tengok siaran langsung di televisyen. Bilik TV kolej aku ni mana ada Astro Warna. Live streaming pulak memang tak lah dengan internet selaju Raja Pecut Siput yang dah bersara. Makanya tengok Youtube saja. Lambat pun lambat lah, janji puas hati. Dan memang, final MLM sangat final...

Meh aku nak komen sikit persembahan diorang malam final tu.

PART 1 - BEBAS

Jozan memulakan malam final. Zizan kelihatan akan beraksi solo sekali lagi sebelum Johan muncul secara tiba-tiba dengan reputasi Justin Bieber Malaysia (Awie). Kawan aku tak puas hati dengan kemunculan semula kerana seperti mencari publisiti dengan Johan kononnya tidak dapat meneruskan kombinasi mantap diorang, tetapi muncul untuk minggu akhir. Apa pun, dialog seperti 'saya dah lama tak pukul orang berjanggut ni', dan aksi Zizan sebagai klon Ustaz Azhar Idrus menari ketika memperkenalkan nama programnya mengikut rentak muzik memang melucukan.

Shiro menyambung dengan aksi yang suam. Kurang panas berbanding tahap diorang sebelum ni. Walaupun Shahrol cuba meniru Nasir Bilal Khan dalam drama Tanah Kubur, Shahrol mula menjadi diri sendiri apabila masa berjalan. Keperlahanan gaya percakapan NBK mula hilang dan Shahrol mula bercakap laju. Hilang identiti karakter yang dibawanya. Aku rasa momen paling kelakar adalah apabila AC cover malu kerna masuk awal sangat. Dia terpaksa menari sama ketika Shiro menyambung persembahan. AC memang spontan habis! Thumbs up.

Akhirnya, pada minggu akhir, Boboi membuktikan diorang sebaris dengan otai-otai lawak Malaysia. Persembahan pertama yang mengejutkan. Meniru opera Cina memang sangat kelakar. Nabil dan Harun Salim Bachik bercakap menggunakan dialek Cina, dan aksi Nabil dan HSBC menggayakan bunyi alat muzik orang Cina memang menggeletek perut. Nama dua buah yang aku tak pernah fikir pun menarik. 'Lukisan' dan 'Lisa'. Kenapa? Tengok sendiri. Oh, lagi satu, andartu kahwin bagi anak minum yogurt. Kuikui. Sempoi...

Antara pilihan utama, Jambu meneruskan acara. Persembahan ringkas, tidak perlu banyak props. Jambu yang penuh misteri dan mencuba variasi lawak, menggunakan konsep yang nampak mudah tetapi cukup melucukan untuk final. Diorang hanya jadi pengacara MLM peringkat sedunia. Yus mengacau Tauke bercakap dan itu sudah cukup membuatkan penonton tertawa. Antara dialog paling menarik, 'milo ais, teh o ais limau, ikat tepi, straw besaq'. Baca tak kelakar, Yus cakap memang punchline

Saywho selaku wakil tunggal dari Indonesia yang mara ke peringkat terakhir tidak mengecewakan. Aku kira diorang terlalu berusaha untuk menunjukkan terlalu banyak punchline sehingga sketsa diorang jadi acara 'punchline demi punchline'. Ini membuatkan punchline tu tak misteri. Tapi tak kurang juga bisanya. Ada punchline yang memang menggelikan hati. Contohnya, 'nggak ada tandasnya', 'badan kecil tapi nafsunya besar', 'berhenti baca magazine'. 

Untuk pusingan pertama, semua agak setara. Tiada yang benar-benar menonjol untuk berada satu kelas lebih tinggi. Boboi yang sangat mengecewakan untuk beberapa minggu sebelum ni menunjukkan taring diorang. Menggunakan karakter yang sama, Jozan dan Saywho seperti tak menampilkan versatiliti. Jambu dengan lawak ringkas, tetapi dengan karakter berbeza; cuma konsep lawak seperti berulang.

PART 2 - MUZIKAL

Bercakap soal versatiliti, kebolehan Johan meniru dialek bahasa asing menjadikan gandingannya dan Zizan begitu mantap. Zizan pula melengkapi Johan, membuatkan kombinasi ini memukau untuk tema komedi muzikal. Tidak perlu menyanyi sepanjang persembahan, lagu 'Kosong' dalam bahasa India dan 'Padi Huma' dalam bahasa Cina memang lucu. Ditambah pula dengan acara teka bunyi dan karaoke bersama peminat, Johan selaku deejay radio ERA menggunakan pengalamannya. Kebolehan Johan menyanyi menambah perisa. Jozan menyinar. 

The show of the night. Shiro menggegarkan Johor dengan persembahan terbaik malam final tersebut. Tak lari daripada tema, Shiro menggunakan eleman mengejutkan apabila menjadikan ayat-ayat romantis sangat kelakar antara sepasang suami isteri di mana isterinya sedang sarat mengandung. Aku pun hairan macam mana ayat-ayat romantis begitu menghiburkan. Sweet sangat.... Momen paling lucu ketika si isteri menggoncang perut dan berkata 'ni anak abang ni'. Boleh pulak bini dia goncang perut. Adoi lar... Three thumbs up!

Boboi sekali lagi menunjukkan belang. Persembahan kedua terbaik untuk final MLM. Diorang buat sketsa Yuna mencari pengganti untuk menyanyikan lagu 'Terukir di Bintang' yang muncul juara Anugerah Juara Lagu baru-baru ni. Punchline demi punchline yang membuatkan penonton tak kering gusi. Nabil jadi Ning Baizura, Afdlin jadi Hafiz Awan Nano, HSBC jadi Ella, Nabil jadi Bandi Amuk, Afdlin jadi Zainal Abidin, dan ketiga-tiganya menjadi kumpulan nasyid Rabbana yang membawa mesej 'Intifada' untuk menyokong Palestin. Aku rasa Afdlin jadi Zainal Abidin memang menyerlah.

Ya, Jambu gagal dengan komedi muzikal. Jika dipersoalkan kekalahan Jambu kepada Jozan, aku rasa inilah puncanya. Epic fail. Jambu gagal memenuhi harapan 'persembahan terakhir'. Macam persembahan minggu pertama. Aku tak nafikan lawak tu mula menyinar di akhir persembahan, tetapi cukup perlahan rentaknya. Komedi muzikal tak perlu menyanyi sepanjang persembahan. Mungkin definisi komedi muzikal Jambu memakan diri. Momen yang takkan dilupakan, Yus mencium dahi Tauke yang membawa watak Zila, anak Yus. Aku rasa ini menjawab persoalan Jambu gagal mengatasi populariti Jozan.

Saywho, dengan persembahan final yang terakhir, begitu suam-suam kuku. Memulakan aksi dengan meniru lawak Jambu minggu sebelumnya. Tak lawak! Cari lar idea ori. Ciplak tak main lar.. Dan aku tengok diorang ni terlalu sangat mencuba untuk memancing peminat di Malaysia dengan cuba mempersembahkan budaya masyarakat setempat. Setiap minggu, di Perak, Terengganu, dan malam itu, Johor. Stop it! Bawak lawak dari tempat anda dan jadikannya universal. Lawak seharusnya lawak tak kira penonton berada di mana. Nice try, but try again. Ini musim kedua Saywho mencuba nasib, selepas bertanding atas nama Saehu musim sebelumnya. 

AKHIR KATA

Keputusan akhir MLM 2012 tidak menggambarkan persembahan malam final, sudah semestinya. Jozan memiliki banyak faktor kejayaan. Versatiliti Johan dan gaya Zizan. Tuah juga memainkan peranan, kerna persembahan solo Zizan melakukan stand-up comedy merudum. Diorang berdua saling melengkapi. Mujur saja dibantu populariti. Jambu sangat versatil. Konsepnya, tidak perlu terlalu sukar. Ringkas sudah memadai. Mimik muka dan lawak selamba menjadi kunci kekuatan abang-abang pink kita.

Shiro yang merupakan juara Raja Lawak 6 memiliki keistimewaan tersendiri. Walaupun Shahrol macam tiru Jep Sepah, tapi kekuatan diorang dan Sepah sama, dialog yang kelakar. Shiro konsisten dari minggu pertama, tidak terlalu merudum, tidak terlalu menyerlah, sedang-sedang saja. Just nice. Diorang perlu lebih menggali dan mencari bakat tersembunyi.

Boboi pula membayar harga kerana persembahan tidak konsisten. Ada ketikanya lawak diorang langsung tak menjadi. Tetapi kedua-dua persembahan minggu akhir memang 'WOW' gitu. Mungkin diorang save the best for the last. Boleh pun Nabil menyertai gandingan HSBC dan Afdlin Shauki dalam Boboi. Simpan saja semua kritikan, Nabil boleh beraksi secara berkumpulan. 

Saywho? Terlalu berusaha. Teramat sangat mencuba meletakkan punchline demi punchline. Tiada misteri juga satu ancaman dalam arena lawak. Penonton mahukan elemen kejutan. Penonton mahu tertunggu-tunggu dan gelak secara tiba-tiba. Bukan menanti lawak yang berturut-turut itu benar-benar menggelikan hati atau tidak. Tapi percubaan Saywho memasukkan elemen budaya masyarakat setempat wajar dipuji.

Maharaja Lawak Mega terbaik!













p sepak s : Panjangnya komen..


2 comments:

nik ros said...

sis tak sempat nak tgk maharaja lawak final ni..hehe
sibuk kat kg

نورعيم said...

xsempat pn tgk MLM musim ni . alahai, ruginya.

xpe2, tggu kwn2 download blh la layan. hihi.

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif