Aku mengaku. Aku bukanlah geng surau sebelum ni. Aku malas untuk solat berjemaah di surau walaupun aku tahu pahalanya berlipat ganda. Ya, aku tahu.
Selepas sifat malas aku beraja, aku jadi malu dengan Allah kerana Dia memberikan aku kejayaan yang begitu aku idamkan. Lantas aku tersedar. Bagai dilempang lima ratus kali. Aku jauh dari-Nya, tetapi Dia tidak membiarkan aku kecewa.
Bermula tahun baru Masihi, aku berazam untuk solat berjemaah di surau setiap hari tanda kesyukuran aku dengan nikmat serta rahmat-Nya. Bersyukur bukan saja dengan ucapan 'Alhamdulillah' tetapi mesti juga dengan perbuatan. Aku mahu mendekati-Nya.
Maafkan aku, bakal zaujah. Aku baru mencari Tuhanku. Aku berjanji akan mempersiapkan diri untuk memimpin kamu.
Aku tidak mahu malas lagi. Aku mahu konsisten ke surau kerana Allah. Kerana Allah yang melimpahkan rahmat-Nya ketika aku lalai dan leka.
Cuma satu harapan aku. Moga aku bisa istiqamah.
p sepak s : Mencari jalan menuju syurga..
No comments:
Post a Comment