Tuesday, January 1, 2013

Azam Baru


Alhamdulillah, pagi tadi aku selamat sampai di Kolej Cemara. Syukur lah aku selamat. Kalau tak, siapa nak taip entri ni. Petang tadi aku telah mendaftar sebagai 'senior' semester keempat di INTEC Education College. Senior lah sangat. Pelajar semester terakhir A-Level Medicine yang bakal memasuki International Medical University jika diizinkan Allah.

Semester terakhir yang pastinya sangat mencabar. Semester yang sangat berbeda dengan semester sebelum ni kerana di hujung semester nanti, akan ada peperiksaan mega ala SPM yang lebih penting untuk menentukan mampukah aku mencapai cita-cita yang aku idamkan. *sigh

Sem ni jugak ada interviu yang penting untuk kemasukan ke IMU. Arrghh. Bulan April pulak tu. Kenapa lah lewat sangat. 

Walaupun sem terakhir ni pasti lebih sukar, aku mendapat keyakinan baru dengan keputusan peperiksaan akhir semester lepas. Alhamdulillah, walaupun sem lepas adalah yang paling sukar antara tiga semester kerana silibus yang semakin kritikal, aku mendapat pencapaian terbaik. 14/15 mata. Syukur alhamdulillah, melebihi sasaran aku.


10 mata untuk sem pertama. Aku sangat kuciwa dengan Matematik, subjek kegemaran aku.


11 mata untuk sem kedua. Cuma gred Matematik naik.

 
Kali ni meningkat lagi. Alhamdulillah, ada peningkatan untuk Kimia dan Biologi meskipun mkain payah. Harap-harap dapat mata sempurna untuk sem terakhir ni walaupun aku rasa..... 

Untuk tahun baru Masihi yang ke-2013, aku ada beberapa azam yang aku nak capai. Bukan Mat Azam bin Sameon. Tapi keinginan.

  • Nak solat jemaah kat surau lima waktu sehari semalam.
  • Nak dapat 15/15 mata untuk peperiksaan A-Level.
  • Nak lepas interviu untuk masuk IMU.
  • Nak jadi lebih matang dan kawal kemarahan.
  • Nak tambah ilmu dan persiapkan diri menjadi suami. 
  • Nak mantapkan iman.

Kalau boleh tu, nak tulis entri lebih banyak daripada 2012. Haha. Makin sibuk dengan pelajaran, blog ni mungkin akan bersawang.

Eh, aku tulis entri ni pada malam 31 Disember 2012 dan terbitkan pada tengah malam 1 Januari 2013. Persoalannya, adakah aku ambik masa setahun untuk menaip entri ni? Cehh. 











p palang s : Selamat tahun baru Masihi. ^_^


3 comments:

nik ros said...

selamat tahun baru
moga Allah permudahkan segala urusan di tahun baru ni yea

M Fizan said...

@nik ros thans kak... :)

M Fizan said...

@nik ros thans kak... :)

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif