Welcome To My Life...

Sunday, July 31, 2011

Khairul Fahmi Terkulai

Entri pilihan - Putus Cinta...

sumber : Harian Metro

Salam sejahtera..

Hari yang suram buat penjaga gol nombor satu negara ketika ini, Khairul Fahmi Che Mat.. ketika Malaysia seri 1-1 dengan Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil tempoh hari, aksinya ligat mengawal gawang negara daripada dibolosi.. persembahan hebatnya mengekang asakan jentera serangan skuad Singa dipuji.. tetapi.. KFCM terkulai layu di luar padang.. selepas dua bulan mengharungi alam pertunangan (17 Mei-29 Julai 2011), KFCM mengisytiharkan dia telah memutuskan pertunangannya dengan Elia.. aku sendiri tak terkata dengan apa yang berlaku... entri aku tentang hal ini masih panas dan belum lagi basi.. tup2 aku dapat khabar terbaru..

Siapa yang nak mengaku bunuh orang kan? Khairul Fahmi seperti dijangka menafikan segala khabar angin yang bertiup kencang.. well, aku tak kata KFCM berdusta.. aku sendiri tak tahu apa yang berlaku.. kita yang melihat nie boleh berkata apa saja.. tetapi KFCM dan orang2 tersayang di sekitarnya yang menanggung beban cemuhan masyarakat.. kisah pertunangan yang dijaja dalam blog bekas tunangnya.. tetapi akhirnya KFCM membuat penjelasan tentang segala kekecohan yang timbul..

Entahlah.. aku tak tahu nak percaya siapa.. siapa yang berkata benar? dan siapa pulak yang berdusta? Hanya Allah yang tahu.. huhu.. penjelasan versi seorang lelaki bernama Khairul Fahmi Che Mat telah terpapar di dada akhbar.. sekarang nantikan pulak pendedahan versi seorang wanita bernama Elia di blognya.. sama ada dia nak buat entri tu tak pasti lar.. mesti dia masih bersedih atas apa yang berlaku.. tetapi doa jodohnya masih ada lagi kat blognya kalau tak salah aku..

Segalanya telah berlaku.. mungkin masih ada ruang untuk diorang kembali bersama.. mungkin Allah ingin menduga keteguhan kasih diorang.. sepertimana Allah menghilangkan matahari, dan menurunkan hujan.. lalu Dia menghadiahkan keindahan pelangi kepada kita selepas hujan.. aku doakan yang terbaik buat Khairul Fahmi dan bekas tunangnya..















p/s : Akhirnya berpisah...

Ramadhan Datang Lagi



Assalamualaikum... salam sejahtera..

Alhamdulillah.. insya-Allah.. esok kita semua umat Islam akan menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang penuh keberkatan.. marhaban ya Ramadhan.. bulan di mana terdapat satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan.. aku menaip entri nie bukan nak bagitau kelebihan bulan Ramadhan kerana aku percaya majoriti umat Islam telah dimaklumkan tentang kelebihan bulan Ramadhan nie.. jadi tak perlu aku ulang2.. kerana aku tak suka pengulangan.. cuma aku nak pesan sikit kepada rakan2 blogger..

1) Tundukkan pandangan
2) Tingkatkan amal ibadah
3) Banyakkan sedekah
4) Kawal nafsu

Sepanjang bulan Ramadhan nie, syaitan yang menjadi musuh nyata anak2 Adam telah dibelenggu.. jadi sekarang lar masanya untuk kita tahu hakikat kita yang mengawal nafsu atau nafsu yang mengawal kita.. segala jawapan akan terungkai.. hehe.. kawal segala nafsu.. nak makan, nak maki orang, nak cuci mata.. semua tu kena kawal beb,.. tingkatkan amal ibadah.. jangan lepaskan peluang untuk terawih penuh sebulan.. banyakkan sedekah.. sebab pahala dalam bulan nie berganda2.. dan kalau boleh, tundukkan lar pandangan.. puasakan mata kita.. huhu..

Tapi apa yang aku jangka, ramai orang jahil yang akan tak berpuasa.. makan macam diorang tu tak pernah tahu hukum agama.. nak sangat kot rasa naik van jenazah.. haha.. pandai buat, pandai tanggung lar kan.. dosa sendiri2.. aku dah nasihat nie.. hehe.. dan semestinya, mengikut trend modenisasi, semakin menghampiri raya, masjid akan semakin berkurangan penghuninya kerana mereka akan berpindah ke pusat2 membeli-belah.. malah lagu2 raya akan berkumandang di corong2 radio selepas dua minggu saja kita berpuasa.. itu yang pasti akan berlaku.. mari lar kita senyum beramai-ramai..



Puasa tau.. jangan tak puasa lak.. bagi yang laki, tak ada alasan korang tak boleh puasa penuh sebulan.. kecuali uzur.. yang pompuan takpe.. tu pun kena ganti.. jangan syok sangat.. hehe.. sekadar gurauan.. alhamdulillah.. Ramadhan datang lagi...














p/s : Jom serbu bazar Ramadhan....




Saturday, July 30, 2011

Ligat Luar dan Dalam


Assalamualaikum..

Emm.. aku pun tak faham apa nak jadi.. kalau betul lar khabar angin tentang gambar di atas, aku rasa itu perkembangan yang buruk buat ikon bola sepak negara ketika ini.. selaku penjaga gol nombor satu Malaysia yang dipuja dan dipuji segenap lapisan masyarakat, Khairul Fahmi Che Mat harus bijak menjaga nama baiknya sendiri.. biar lar dia terkenal kerana aksi hebatnya seperti ketika berseorangan menyelamatkan gawang negara daripada dibolosi Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil baru2 ini.. malah dia juga beraksi hebat ketika awal kemunculannya..

Malangnya, baru-baru ini, KFCM menjadi tajuk entri di seantero blog kerana dikatakan mencurangi tunangnya dan keluar berpegangan tangan dengan Dahlia Teck.. kisahnya tidak perlu aku ulang2 dan sumbernya terlalu banyak.. taip saja kata kunci di pak cik Google, korang akan dapat jumpa entri yang tak terkira banyaknya.. dan semuanya dengan isi yang sama.. kemerosotan prestasi KFCM ketika dibolosi banyak gol berdepan Arsenal dan Liverpool dalam perlawanan persahabatan bulan ini dikaitkan dengan hal ini.. malah, tunangnya, Elia, dikatakan memaksudkan KFCM dalam catatan dinding facebook beliau..



Kalau benar begitu. ternyata KFCM ligat di dalam dan luar padang.. come on Khairul Fahmi... kenapa jadi macam nie? Kalau nak buat macam nie, jangan bertunang.. huhu... utamakan tunang kau.. dia yang bersama kau dari dulu lagi.. dia minat kau dulu bukan kerana kau KFCM wira Malaya.. sebelum kau terkenal, dia yang menjadi peminat nombor satu kau.. pompuan yang nak kau sekarang nie sebab kau popular, kau goalkeeper Malaysia... aku doakan yang terbaik buat korang.. sekian.. wassalam...















p/s : Jangan tiru trend perkahwinan artis...

Sepakan Gunting Berirama

Amirulhadi Zainal dan Safee Sali

Assalamualaikum..

Masa aku tengah belek2 fb, tiba2 aku terjumpa gambar nie.. semalam pun kecoh bilik TV Blok 2 Kolek Cendana dengan gelak tawa apabila dalam satu serangan kilat, kedua-dua Amirulhadi Zainal dan Safee Sali gagal menyudahkan hantaran silang yang tinggi.. aku pasti penonton2 di stadium yang fokus ketika itu juga terhibur.. Amirulhadi dan Safee cuba menyambung hantaran lintang itu dengan penyudah yang menarik iaitu sepakan gunting.. malangnya, mereka gagal.. tetapi aksi itu sangat hebat.. aku teringin nak tengok balik rakaman aksi tu.. dan aku gembira ada orang yang dapat tangkap gambar kejadian.. hehe..

Kepada Safee dan Amirulhadi, korang memang terbaik.. bukan setakat kelakar, teknik itu sangat baik.. kalau lar masuk gol semalam kan, mesti happening.. tapi kesungguhan korang nak jaringkan gol tu yang penting.. sampai berlaku aksi seirama secara spontan.. gambar terbaik 2011 di mata aku.. best of the best.. :)














p/s : Satu gambar membawa 1001 pengertian..


Friday, July 29, 2011

Kesilapan Rajagobal


Assalamualaikum..

Yang berlalu telah berlalu.. tiada guna lagi untuk dikesalkan.. sekarang mari kita pandang ke depan.. di mana salahnya? apa silapnya? Berbekalkan gelaran juara Sukan SEA 2009 dan Piala AFF Suzuki 2010, kita memulakan perlawanan timbal balas pertama di Singapura dengan reputasi gah selaku penguasa Asia Tenggara.. tapi Harimau dibenam 5-3 oleh sang Singa.. pulang ke tanah air, berjuang meneutralkan defisit dua gol di hadapan 90,000 penyokong di gelanggang keramat, Stadium Nasional Bukit Jalil, kita sekadar mampu seri 1-1 sahaja dan tumbang 4-6 secara agregat.. ya, benar.. Singapura ditunjangi pendatang asing.. Singapura berpura-pura di tanah kita.. tapi itu tidak boleh dijadikan alasan..

Bermimpi untuk mengatasi gergasi bola sepak Asia seperti Jepun dan Korea Selatan pada suatu hari nanti bermakna skuad Malaysia haruslah memiliki faktor X dan bukan sekadar mengharapkan tuah yang datang bergolek.. merumuskan permainan pasukan negara semalam, situasinya amat mengecewakan.. barisan pertahanan negara yang dihormati semasa Piala AFF Suzuki hilang kekebalannya.. sebaik tonggak utama (Aidil Zafuan) dikeluarkan malam tadi, barisan belakang hilang kepimpinan.. Muslim Ahmad dan Fadhli Shas sememangnya masih muda tetapi mereka bukan baru digandingkan bersama.. Mahalli Jasuli dan Asraruddin Putra memberikan aksi yang boleh dipuji..

Di barisan tengah, kita hilang figura pemimpin jeneral dan perancang utama, Safiq Rahim yang dibuang padang dalam perlawanan pertama.. penggantinya, Ismail Faruqi tidak mampu menggalas bebanan bermain di sisi pemain berpengalaman, Amar Rohidan.. kedua-dua pemain sayap, S. Kunanlan dan Amirulhadi Zainal pula mempamerkan aksi yang memuaskan dalam menggempur kubu lawan.. malang sekali buat S. Kunanlan, dia gagal menyudahkan lorongan kemas Safee Sali pada awal babak pertama.. jika dia berjaya, situasinya mungkin berbeza hari ini.. yang suram pasti ceria...

Di barisan hadapan, Safee Sali gagal mencipta kombinasi yang hebat bersama Abdul Hadi Yahya sepertimana gandingannya bersama Norshahrul Idlan Talaha menggerunkan rantau Asia Tenggara.. tetapi kualiti penyudah Safee terus terbukti dengan rembatan kencangnya menggegar jaring selepas menerima lorongan baik daripada S. Kunanlan.. dan penghargaan istimewa harus kita berikan kepada penjaga gol dan Man of The Match, Khairul Fahmi Che Mat yang begitu tangkas mengawal gawang skuad negara.. asakan demi asakan ditangkis.. beberapa kali dia berjaya melepasi situasi satu-lawan-satu.. beberapa aksi menyelamatnya membuat kita terpegun.. malangnya, Khairul Fahmi sedikit terlewat menghalang Shi Jiayi meledak gol penyamaan..

Konklusi yang dapat dibuat daripada kedua-dua perlawanan timbal balas, terdapat beberapa faktor kekalahan Malaysia :

1) Singapura dibarisi pemain import
2) Taktik kotor (lakonan) pemain Singapura
3) Barisan pertahanan terlalu lalai
4) Kesilapan percaturan di Singapura
5) Ketiadaan tonggak
6) Tiada perancang kreatif

Rajagobal pasti menyesali tindakannya mengetepikan Khairul Fahmi untuk Sharbinee menjaga gawang di Singapura.. hasilnya, Sharbinee dibolosi lima gol 'lembik'.. mungkin kita tidak tewas sebegitu teruk jika Khairul Fahmi beraksi pada perlawanan pertama.. MUNGKIN.. begitu juga kesalahan meletakkan Ismail Faruqi yang tidak berpengalaman dalam perlawanan sebegini besar.. ini bukan medan mencari pengalaman.. ini kelayakan Piala Dunia.. sorry to say Coach Rajagobal.. you have made many wrong decisions as a great coach.. seharusnya K. Gurusamy diberikan peluang daripada awal kerana dia lebih berpengalaman..

Kehilangan Norshahrul Idlan Talaha, Aidil Zafuan dan Safiq Rahim begitu dirasai skuad Malaysia malam tadi untuk memadam defisit dua gol.. namun, sebarang alasan haruslah diketepikan.. skuad negara perlu bangkit semula... kita pernah melakukannya.. kita juara Asia Tenggara.. ayuh bangkit semula! Belajar lar daripada kesilapan.. :)













p/s : Gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya...


TF #4 : Formula Kebangkitan Islam



Assalamualaikum..
Islam pasti bangkit, itu janji yang pasti..
Sama seperti satu ketika dulu..
Selepas kerajaan Abbasiah dihancurkan Hulagu Khan..
Ketamadunan Islam hampir musnah..
Tetapi kerajaan Usmaniah bangkit memacu gemilang..
1924 detik hitam.. zaman khalifah ditamatkan..

Bagaimana kita mampu bangkit sekali lagi?
Bedahlah kisah hebat Sultan Muhammad al-Fateh..
Sebaik-baik raja memimpin sebaik-baik tentera..
Usah kita menunggu Imam Mahdi membuta saja..
Gerakkan usaha mengembalikan sinar..

Bagaimana?
Formula kepemimpinan Sultan Muhammad al-Fateh..
Dialah penakluk masyhur Konstantinopel..
Dialah model kebangkitan Islam..













p/s : Membedah sejarah membaca masa depan...

Harapan Yang Musnah


Assalamualaikum.. bismillahirrahmanirrahim.. seperti yang kita semua telah ketahui, harapan Harimau Malaya untuk layak ke Piala Dunia 2014 di Brazil berkecai selepas pasukan negara terkulai di tangan Singapura malam tadi.. walaupun Malaysia terikat 1-1, namun Malaysia terpaksa akur tewas 4-6 melalui agregat selepas tumbang 3-5 di Singapura tempoh hari.. Malaysia memulakan perlawanan dengan garang dengan disaksikan 90,000 penyokong yang memberi sorakan padu : "Malaysia!! Malaysia!!" Aku yang menyaksikan perlawanan bersama hampir 30 orang yang bersesak di bilik TV Blok 2 Kolej Cendana juga bersemangat.. semua ingin menyaksikan kesudahan perlawanan kedua secara timbal balas selepas dimalukan di seberang tambak..

Namun selepas bermula garang, Harimau mula diasak Singapura yang lebih mendominasi.. sebagai akibat, tonggak di barisan pertahanan, Aidil Zafuan terpaksa dikeluarkan setelah beraksi hanya 20 minit kerana tercedera.. Singapura menggempur kubu Malaysia menerusi serangan balas pantas ketika Malaysia berhempas pulas cuba memecahkan benteng pelawat yang dikepalai Daniel Bennett untuk memadam defisit dua gol.. Safee Sali menceriakan kem Malaysia selepas rehat apabila merembat kencang lorongan S. Kunanlan untuk menggamatkan Stadium Nasional Bukit Jalil.. kitorang yang kat bilik TV melompat keriangan.. haha.. tapi malangnya selang 13 minit kemudian, Shi Jiayi mematikan kerancakan serangan Malaysia yang hanya memerlukan satu gol untuk layak dengan peraturan jaringan di tempat lawan.. berbaki 10 minit untuk memburu 2 gol, Malaysia terpaksa akur untuk menanti empat tahun lagi..

Para pemain Singapura memang sangat mengecewakan.. mereka lar aktor2 terbaik di Asia Tenggara.. bermain dengan taktik kotor.. sengaja melengah-lengahkan permainan.. dicuit sedikit, rebah berguling.. pengadil berhempas pulas untuk mengawal perangai pelik budak2 Singa.. diorang seboleh mungkin cuba untuk membuang seberapa banyak masa yang ada.. dalam 90 minit permainan, aku rasa hampir 20 minit terbuang hanya kerana pemain Singapura berlakon mengerang kesakitan selepas dikasari.. tetapi itu hanya sebentar cuma.. tak sampai lima minit, diorang dah kembali ligat.. penipuan yang hina.. tetapi itu bukan lar alasan.. pemain Malaysia tidak boleh mencari alasan jika mahu mengatasi gergasi2 Asia seperti Jepun dan Korea Selatan suatu hari yang indah nanti..

Kecewa memang kecewa.. tapi yang berlalu tetap berlalu.. dan bagi aku, tidak ada apa yang perlu ditangiskan.. kita telah berusaha sedaya upaya.. mungkin Tuhan belum mengizinkan kita untuk mara.. memang mudah untuk aku bercakap begini.. tapi selepas membaca buku tentang Sultan Muhammad al-Fateh yang membuka Konstantinopel, suka untuk aku ingatkan bahawa 11 kali percubaan dilakukan pemimpin Islam sebelumnya telah gagal sebelum kejayaan Sultan Muhammad al-Fateh.. jadi kegagalan2 kita bukan bererti kita tidak akan berjaya, tetapi kita boleh berjaya dengan usaha yang berterusan.. bagaimana caranya? Akan aku bongkarkan dalam entri yang akan datang.. wassalam...













p/s : Masih lagi kecewa....

Thursday, July 28, 2011

2307

Kiri ke kanan :
Mr. X (bukan housemate), Sam, Aku, Syafiq, Anaz, Fawwaz

Assalamualaikum membuka bicara.. salam sejahtera pemanis kata.. haaa.. aku dah hampir sebulan kat INTEC, UiTM Shah Alam nie.. aku tinggal kat Kolej Cendana di Seksyen 6, Shah Alam... macam yang korang tahu, aku pernah ceritakan dalam entri2 aku sebelum nie, kehidupan di sini sangat sukar lagi menyukarkan dengan kejutan budaya yang berlaku.. tapi alhamdulillah, sehingga sekarang nie, aku dah dapat sesuaikan diri.. pelajaran semuanya okey walaupun semakin berat.. insyaAllah dengan fokus dan bimbingan kawan2 sekelas aku yang genius plus plus tu, aku boleh berjaya.. aminnn...

Menyoroti tajuk, housemate aku kat sini, diorang semua baik2.. dalam setiap rumah kat Kolej Cendana nie, ada enam orang penghuni.. jadi dalam rumah aku nie, kalau tolak aku, mesti lar ada lima orang lagi kan? Takkan ada seribu lebih lagi kot.. huhu.. empat orang dari Kelantan dan sorang lagi dari Bangi, Selangor.. diorang yang berasal dari Kelantan ialah Fariz (Sam), Anaz dan Syafiq.. ketiga-tiganya dari sekolah yang sama iaitu Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra.. macam mana diorang dapat tinggal serumah? Haha.. ada lar trick ilmu hitam.. nanti aku ajarkan.. sorang lagi budak Kelantan ialah Fawwaz.. tapi dia nie dari Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK)..

Diorang berempat tu housemate jer.. dalam rumah aku ada dua bilik.. bilik A ada dua orang penghuni dan selebihnya dalam bilik B.. diorang semua rakyat2 bilik B lar.. haha.. yang jadi rakyat bilik A merangkap roommate aku adalah Abbas.. dia tak ada dalam gambar yang paling atas sebab masa tu dia pergi dengar ceramah.. jadi sebagai tanda ingatan, aku letak lar gambar beliau.. Abbas nie budak Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS).. diorang semua nie lar yang menghiasi hidup aku kat INTEC nie.. diorang nie memang kelakar.. kalau lepak dengan diorang, memang tak kering gusi lar.. diorang suka bergurau antara satu sama lain walaupun kadang2 kasar.. haha.. tapi kitorang memang rapat..

Haha.. okey.. tu jer lar pengenalan rakan2 serumah aku.. aku sekarang tengah semangat nie.. tak sabar nak tengok persembahan Harimau Malaya malam nie.. kepada korang yang mengaku rakyat Malaysia, jangan lupa berikan sokongan padu dan doakan perjuangan wira2 negara malam nie.. siaran langsung di Astro Arena saluran 801 bermula pada pukul 8.45 malam.. jangan lupa solat hajat mendoakan kemenangan mereka.. sekian untuk entri ini.. wassalam..














p/s : Semoga Harimau Malaya akan layak...

Wednesday, July 27, 2011

Ko-PLN Melatih Kemahiran Insaniah



Bismillahirrahmanirrahim.. assalamualaikum.. kepada korang yang belum tahu apa itu Ko-PLN, moh hamba nak terangkan dengan segalan kesenangan hati yang teramat senang untuk menyenangkan orang yang sememangnya telah senang.. tengok, aku dah mula merapu.. haha.. okey2.. Ko-PLN nie adalah singkatan Ko-Kurikulum Pelajar Luar Negara.. mungkin lar.. lebih kurang macam tu lar.. huhu.. nie lar akibatnya kalau masa Cikgu Hassan cakap, kita semak karangan tugasan ALEL10 kat belakang.. jangan marah yer cikgu.. ^_^

Okey, secara asasnya, Ko-PLN nie ada 10 modul yang perlu diselesaikan dalam masa 10 kali pertemuan.. senang cerita hari pertemuan itu adalah hari Rabu pada pukul 4 hingga 6 petang.. masalahnya di sini, minggu ke-10 tersebut akan mengganggu study leave dengan malam Ko-PLN dijangka akan dibuat pada awal November.. jadi satu minggu pertemuan tu haruslah dipercepatkan mengikut kreativiti fasilitator dan ahli kumpulan masing-masing yang telah dibahagikan secara pembahagian yang adil dan saksama.. setiap sorang dalam senarai nama kelas akan masuk kumpulan yang berlainan.. begitu lar ceritanya.. mengenai satu minggu yang diawalkan tadi bermaksud aktiviti boleh lar dibuat pada hari lain selain hari Rabu.. contohnya, aktiviti lawatan ke mana2 pada hari Sabtu.. demikian lar yang disampaikan..

Aku pulak termasuk dalam Kumpulan 14.. tak sempat lagi nak tengok muka semua ahli kumpulan aku.. tapi sempat dengar taklimat daripada Sir Vincent, lecturer Ausmat.. pesanannya mudah saja, "Kita jumpa minggu depan di *tuttttt*".. simple kan? Haha.. you rock lar Sir Vincent.. tempat perjumpaan terpaksa di*tut*kan sebab aku tak ingat apa beliau sebut tadi... haha.. minggu depan akan bermula lar kehidupan aku memupuk kemahiran insaniah yang sangat penting untuk kerjaya sekarang nie.. kajian dari Universiti Harvard menyatakan kemahiran insaniah menyumbang 85% kepada peluang untuk mendapatkan pekerjaan.. pencapaian akademik hanya menyumbang 15%..
Itu lar serba ringkas yang tak berapa nak ringkas.. tak sabar nak belajar pengucapan awam nie.. yieha!!! Sekian dulu.. wassalam.. :)














p/s : Go go go Ko-PLN...

WW #4 : The Angel's Emotion

Assalamualaikum...


Tuesday, July 26, 2011

Arggh... Malu Malu Malu


Assalamualaikum.. korang.... korang nak dengar cerita tak? Malu dowh... haha.. malu siottt.. tobat malu.. huhu.. nasib baik tak ada orang nampak tadi.. okey, kalau korang nak gelakkan aku, gelak lar.. aku tak kisah.. aku tak rugi apa pun (tangan ke dada, mata ke atas).. aku cuma nak gelak sorang2 bila baca semula entri nie satu hari nanti.. aku rasa cucu aku pun pasti akan menggelakkan aku lalu aku akan mencubit beliau dengan sesuka rasanya.. korang mesti tertanya-tanya kan apa yang aku merepek dari tadi.. korang mesti nak tau kan apa sebenarnya yang memalukan tu? Kan kan kan?

Okey, aku cerita.. peristiwa nie tak melibatkan sesiapa yang berkenaan.. tapi sekurangnya orang yang terlibat tadi akan tahu lar.. ceritanya macam nie.. rehat tadi aku buat tugasan kat library.. aku ada ruang masa dua jam antara kelas.. jadi aku nak siapkan tugasan.. dalam fikiran aku, pukul 2 petang aku mesti naik bilik W205 sebab ada kelas CTIS.. itu jer yang aku tetapkan dalam kepala otak aku nie.. makanya pukul 1.50 petang, dengan tugasan gagal dicetak, aku gelabah menuju ke destinasi sebab takut terlambat..

Alangkah terkejutnya aku apabila melihat tak ada sesiapa pun dalam kelas tu.. mengikut jangkaan aku, mungkin diorang nie dah pergi ke bilik khas lain mengikut ustaz.. jadi aku cuak dah lar.. sebab aku ingat aku sorang jer yang terlepas kelas.. aku malas nak ada rekod buruk.. lagipun, aku tak sengaja kan? Aku pun ambik masa lima minit nak fikir apa nak dibuat seterusnya.. baru lar ilham muncul untuk call satu-satunya classmate yang aku simpan nombor telefonnya.. kebetulan, masa aku call dia, aku dah kat depan kelas aku sendiri (W123).. aku tak masuk sebab pada sangkaan aku, dalam tu ada budak2 CTES.. aku malas nak ketuk tanya.. mesti diorang tak tahu kat mana budak2 CTIS berada..

Bila aku call budak terbabit, dia bagitahu sekarang diorang dalam kelas.. aku kebingungan jugak.. kenapa tukar ke W123? Baru lar terbit ilham dalam minda aku bahawasanya hari nie pada waktu tersebut adalah kelas Kimia.. aku terasa amat bodoh sekali.. lalu masuk ke dalam kelas dengan 'kemaluan' yang amat dahsyat pada budak tu.. mesti sekarang nie dia tengah gelak guling2 kat aku.. takpe lar kan.. benda yang lepas, jadikan pengajaran.. moral of the story, hafal dan ingat betul2 jadual korang.. satu lagi, simpan nombor telefon semua rakan sekelas.. huhu.. chill.. sekian.. wassalam.. :)















p/s : Tak nak buat silap yang sama lagi....


Monday, July 25, 2011

Aku Tak Bisa Hidup Tanpamu


Assalamualaikum... wahhh.. kemain lagi tajuk.. macam gempak jer kan.. macam jer lar.. huhu.. padahal tak ada isi sangat pun.. nie lar haaaa bendanya.. eley, ngaku jer.. kalau tak ada benda alah nie, hidup korang pun tak tenang.. kan kan kan? Baik mengaku cepat sebelum aku merajuk.. haha.. aku tengok kat mana2 pun benda pelik nie mesti melekat kat tangan makhluk bernama manusia.. aku belum pernah lagi tengok ayam atau gorila pegang benda nie walaupun mereka hidup dalam zaman teknologi semoden ini.. hehe..

Benda nie bagi sesetengah orang wajib dimiliki.. ada yang sanggup membazirkan duit yang ada semata-mata nak beli jenis yang canggih.. nak tayang2 kat depan mata awek.. biar terjojol bijik mata awek yang tengok.. baru lar ada gaya kan? Haha.. henfon aku murah jer.. sebab aku tak pentingkan fungsi.. janji boleh SMS si jantung hati sudah lar.. henfon aku nie lasak.. kalau jatuh dari tingkat 167 pun tak rosak kot.. hehe.. henfon canggih korang tu kalau jatuh dari lutut pun rosak kan? ^_^

Aku tengok orang guna benda alah nie ada macam2 faktor.. antaranya :-

1 ) SMS 24 jam tanpa makan dan minum..
2 ) 'Bergayut' siang dan malam..
3 ) Simpan gambar yang tak sesuai dengan usia..
4 ) Album gambar buah hati tersayang..
5 ) Jadi buaya darat paling digeruni seantero dunia..
6 ) Melayari internet di mana saja..
7 ) Dengar lagu sambil buat ulangkaji..
8 ) Main game Angry Birds..

Ek? Nombor 8 tu boleh dipertikaikan.. hehe.. game burung marah tu popular kot sekarang nie.. muzik tema pun dah jadi nada dering SMS dalam henfon kawan2 serumah aku.. kira game tu hebat lar.. haha.. sebenarnya aku tak pernah main lagi.. huhu.. yang penting nombor 8 tu menghilangkan kebosanan dengan membazirkan masa yang berharga lar.. tak reti2 ke masa itu emas?? aku poyo lar sebab henfon aku tak boleh dengar lagu.. hoho..

Jadi, apa sekalipun motifnya, benda alah ini sangat lar sinonim dengan masyarakat yang kononnya moden sangat sekarang nie.. termasuk lar aku yang menaip entri nie.. henfon aku akan bersama aku di mana saja.. sayang gila wooo.. henfon nie lar yang mendekatkan aku dan si jantung hati.. biar jarak beribu batu.. selagi henfon di tangan kita, rindu itu pasti bertaut.. hahaha.. jiwang tak dapat dipisahkan daripada aku.. okey lar, sebelum aku mengarut lebih panjang, aku ingin mengangkat jari dari papan kekunci laptop kawan aku nie.. moral of the story, tak semua orang suka sesuatu benda.. rambut sama hitam, hati lain2 kan.. aku ada pandangan.. kau pun ada pandangan.. kita sama2 renungkan.. chill okey?? sekian.. wassalam.. :)














p/s : Henfon dan aku tak dapat dipisahkan...


Watch Out Before You Say

Assalamualaikum.. semalam aku ada buat entri pasal Bercakap Benda Baik.. dan hari nie pulak dalam kelas English (ALEL10), Sir Ateff suruh kitorang reka satu puisi bertemakan hatred atau kebencian.. sama ada orang yang kitorang benci atau tentang KEBENCIAN tu sendiri.. dan aku pilih untuk membenci orang yang tidak berwaspada sebelum berkata-kata macam jugak aku tulis dalam entri aku semalam..

Kami cuma diberi masa lima minit.. tapi aku terpaksa makan masa sebab lima minit tu aku baru nak bayangkan apa yang aku nak ekspresikan.. dan dalam masa lima minit aku berjaya menghasilkan satu sonata.. tak lar sehebat 154 sonata William Shakespeare.. tapi sebagai percubaan, aku puas hati lar.. aku betul2 minat penulisan sonata sebab rimanya yang unik dan menarik untuk didengar.. sila lar baca dan komen kalau sudi sonata aku yang tak seberapa nak best nie..


:: Watch Out Before You Say ::

Hey you, the person that talk too much
It's a doubt if you can stop even for a while
My opinion on you is no less than harsh
I hate you so much that i cannot even smile

Hey you, the person that talk and hurting
Hope you go away and talk to the wall
Here, with hate, a super strict warning
Say something good or say nothing at all

Hey you, the person that talk very bad
Don't you know you make us angry?
If you can stop talking, i will be so glad
Before you drive all of us going crazy

Hey you, please talk a little bit well
Or else i kill you and send you to the hell.


:: Muhammad Nazif (25 Julai 2011) ::

Amacam?? Hehe.. tak lar best mana pun.. saja nak berkongsi di dunia maya nie.. dan untuk dibaca semula suatu hari yang indah nanti.. pasti aku tersenyum baca sonata nie.. huhu.. sekian dulu untuk entri nie.. berwaspadalah sebelum kita mengeluarkan kata-kata agar tidak menyakiti hati orang lain.. wassalam..

















p/s : Sekadar untuk direnungkan bersama..

Sunday, July 24, 2011

Bercakap Benda Baik



Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Majoriti dalam kalangan kita pada hari ini suka sangat bercakap perkara yang sia-sia.. berbicara perkara-perkara yang lagha dan melalaikan.. membazirkan masa dengan perkara yang sedikit pun tidak mendatangkan faedah kepada kehidupan kita sebagai hamba Allah.. bukan mengata orang lain.. tetapi blogger dari Marikh juga mengingatkan diri sendiri..

"Demi masa.. sesungguhnya manusia kerugian.. melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh.. dan mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran.."
- Surah al-Asr ayat 1 hingga 3 -

Maka aku merasa terpanggil untuk berpesan-pesan dengan kebenaran.. hehe.. dalam hidup nie kita yang membuat pilihan kan.. dari sekecil-kecil perkara seperti nak berfikir atau tidak?.. lepas nie nak buat apa?.. semua benda kita kena pilih.. jadi sekarang korang pilih antara dua..

Say something good or say nothing at all

Kadang-kadang kita nie terlalu sangat nak bercakap.. mulut tu tak reti nak diam.. sampai kita tak sedar yang kita dah tersakitkan hati orang.. kalau dah 'ter' mesti lar tak sengaja kan.. huhu.. maka kita renungkan lar guna mata hati kita yang Allah anugerahkan pada setiap insan.. jangan biarkan mata hati kita buta daripada berfikir.. kita harus buat lar pilihan yang betul.. sama ada kita bercakap perkara yang baik atau kita diam saja tanpa bicara.. itu lebih baik daripada berkata perkara yang sia-sia kan?

Wallahualam.. maaf jika terkasar bahasa.. yang baik itu daripada Allah jua.. yang buruk tu salah diri aku yang tak sempurna.. sekian dulu.. wassalam..














p/s : Sekadar mengingatkan diri sendiri..

Saturday, July 23, 2011

Aku Tetap Bangga Diri


Assalamualaikum.. haha.. aku tak kan maafkan korang kalau korang sumpah2 aku nie teruk bila baca tajuk-perasan-gempak aku kat atas tu.. hehe.. aku nie kan baik.. mana ada bangga diri.. okey, baik lar sangat kan.... poyo ar mamat nie.. huhu.. cukup lar mengarut kan.. aku sebenarnya nak ucapkan tahniah kepada pasukan bola sepak Malaysia.. walaupun skuad bimbingan K. Rajagobal tumbang 5-3 kepada Singapura dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2014 malam nie, aku tetap bangga dengan permainan Malaysia.. tambahan lagi, Malaysia dibarisi anak-anak jati yang memberi tentangan hingga ke titisan peluh terakhir menentang pendatang-pendatang import Singapura 'FC'..

Orang Temasik akan cakap menang tetap menang.. okey, fine.. korang menang! Tapi bagi aku, kemenangan Singapura tak bermaruah kerana ditunjangi kehandalan pemain-pemain asing yang diimport dan diberi kerakyatan.. betul, Singapura negara yang kecik.. tapi tu tak menghalalkan diorang bermegah dengan kekuatan barisan import.. sekurangnya Malaysia kalah malam nie dengan wira-wira tulen produk akar umbi negara kita.. kekalahan ini tidaklah terlalu buruk.. jika dilihat secara positif, Malaysia hanya tewas tipis.. kelebihan Malaysia pula ialah berbaki satu perlawanan di gelanggang sendiri dan berbekalkan tiga gol di gelanggang lawan..

Merumuskan persembahan Malaysia, aku berpendapat Malaysia tidak selayaknya tewas dengan jumlah jaringan sedemikian.. walaupun Singapura lebih banyak mengawal bola, tetapi gol-gol yang dijaringkan bukanlah kerana kehebatan tonggak import mereka sebaliknya kerana kesilapan dan kelalaian benteng pertahanan kita sendiri.. aku melihat empat daripada lima gol Singapura tidak sepatutnya dilepaskan termasuk gol kelima jaringan Duric yang terlalu 'lembut'.. Malaysia beraksi baik dan berjaya membawa pulang tiga jaringan penting di tempat lawan..

Bahagian yang boleh diperbaiki adalah barisan pertahanan.. Sharbinee dilihat terlalu sambil lewa dan tidak bersungguh-sungguh untuk menyekat jentera serangan lawan.. benteng Malaysia yang terkenal kebal pula sejak akhir-akhir ini begitu bermurah hati menghadiahkan pesta gol kepada lawan.. bermula dengan dibocori 4 gol menentang Arsenal, 6 gol disumbangkan kepada Liverpool dan 5 kepada Singapura malam ini.. ini adalah sifat terpuji yang tidak patut dipertontonkan dalam perlawanan yang sebegini penting..

Aku tertanya-tanya adakah keputusan akan berbeza jika skuad Pilihan Malaysia (skuad Olimpik + senior) bimbingan Ong Kim Swee yang turun mewakili negara.. mereka beraksi baik dan hanya tewas 1-0 kepada Chelsea tempoh hari.. apa2 pun, pujian harus diberikan kepada jelmaan Mokhtar Dahari iaitu Safee Sali yang menyumbat dua gol menarik.. begitu juga Abdul Hadi Yahya yang menghidupkan kembali kemalapan jentera serangan.. tidak dilupakan Amirulhadi Zainal yang menjadi titik permulaan kebangkitan Malaysia apabila masuk selaku pemain gantian..

Safiq Rahim tidak akan beraksi di stadium keramat kita nanti kerana menerima kad merah yang selayaknya diterima.. terjahan yang kasar daripada seorang kapten yang dikenali begitu berwibawa.. mungkin nasibnya tidak berapa baik malam ini.. Malaysia akan menanti kunjungan balas Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 28 Mei ini.. tunggulah barisan import Lee Kuan Yew! Kami akan pastikan Singa menangis dibaham Harimau Malaya! Aku berpuas hati dengan komitmen semua pemain Malaysia.. teruskan berjuang pasukan negara.. kami semua rakyat Malaysia berada di belakang anda...
















p/s : Meriah tengok bola di bilik tv...

Hari Minggu Sangat Best

Assalamualaikum.. alhamdulillah..akhirnya hari minggu tiba lagi.. haha..korang pun tahu kenapa kan? Penat gila belajar.. hehe.. seronok lar bila dapat cuti dua hari.. haha.. dulu aku tak faham apa yang best sangat dapat cuti hujung minggu? Sebagai pelajar sekolah, tak lar terasa kepenatan bersekolah lima hari seminggu.. tapi bila dah jejakkan kaki ke universiti nie, baru aku terasa erti PENAT.. sebenarnya tak ada erti rehat sebagai pelajar universiti.. kena pandai2 lar uruskan masa.. rehat tetap rehat kan.. huhu.. assignment tak siap lagi nie..ulang kaji pun belum buat.. esok lar gamaknya.. macam nie baru orang Melayu tipikal kan.. suka bertangguh.. hoho..

Tak tahu apa nak buat untuk habiskan masa senggang nie.. malas rasanya nak pegang buku.. haha.. goyang kaki jer lar kan.. petang nie jer dah ada jadual.. nak tengok Malaysia lawan Singapura untuk kelayakan Piala Dunia 2014.. siaran langsung di Astro Arena.. bagus2.. aku tak dapat ramalkan apa yang akan berlaku petang nie sebab prestasi Malaysia tak dapat dibaca.. kena belasah dengan Arsenal 4-0 dan Liverpool 6-3.. Pilihan Malaysia (skuad Olimpik dan pemain senior) pun boleh kalah tipis 1-0 kepada Chelsea.. Datuk Rajagobal, apa yang anda boleh lakukan? Malaysia 3-1 Singapura..

Di kesempatan yang ada nie, aku nak ucapkan selamat hari lahir kepada seorang rakan yang aku panggil sahabat.. sanah helwa Alif Haikal bin Rosli..semoga panjang usia dan dimurahkan rezeki.. moga bertemu jodoh yang terbaik.. semoga bahagia selamanya.. :)
















p/s : Bosan, bosan, bosan....

Friday, July 22, 2011

TF #3 : Merokok Itu Sangat Sejuk

Assalamualaikum...


Salam sejahtera kepada para pembaca.. alhamdulillah.. entri Thoughtful Friday aku telah mencapai yang ketiga.. mari kita berfikir sejenak bersama-sama..

Adakah merokok itu nampak cool?
NO!!
Bagi aku, merokok nampak bodoh..
Di mana kebodohannya?
Menghisap asap yang mengandungi racun..
Aku rasa lagi baik hirup udara.. kan sama jer..
Dan menambah dosa..
Di mana salahnya?
Kerana merosakkan diri sendiri..

Fikir-fikirkanlah..














p/s : Tak mungkin merokok...

Thursday, July 21, 2011

Maxis Bikin Panas

entri pilihan : Janganlah Curang..

Assalamualaikum...


Huhhh... cool down, Nazif... cool down... erggghhhh.. nak cool down macam mana????? Gambar kat atas tu bukan gambar aku.. tapi macam tu lar aku rasa nak buat saat nie.. aku tak tahu lar berapa ramai pengguna talian Maxis yang menghadapi masalah nie.. tapi apa yang berlaku sekarang nie adalah ada kad sim yang tak dapat menerima SMS dan panggilan yang masuk.. sebaliknya hantar SMS dan membuat panggilan keluar boleh pulak.. apa kejadahnya semua nie?? MAXIS!!! tolong jawab sekejap.. aku geram nie.. aku ingat aku sorang yang kena masalah nie.. rupa-rupanya si jantung hati aku pun terkena wabak-datang-mengejut nie.. baru tadi dia hantar mesej kat inbox facebook..

Jadi, konklusinya, AKU TAK TAHU APA YANG BERLAKU TAPI AKU MEMANG NAK MENGAMUK!!! huh.. sabar nazif.. sabar.............



















p/s : Moga masalah nie cepat selesai......

Wednesday, July 20, 2011

Tuesday, July 19, 2011

Awak Terlalu Sempurna

entri pilihan : Membuli Pembuli..

Assalamualaikum..


Uhuk2.. sedih.. sekilogram air mata aku jatuh.. maaf kepada korang yang terbaca entri nie.. entri nie aku tujukan khas buat insan teristimewa yang bertakhta di hati aku, Miss NASJ..

"Awak... awak terlalu sempurna di mata saya.. walaupun awak selalu sangat buat saya sakit, kecewa, sedih, terasa, tergugat, terancam, terkesan dan segala macam ter- lagi.. saya tetap sayangkan awak.. saya tak kisah lar apa orang nak kata.. semua orang ada hak masing-masing.. mulut tempayan boleh tutup, mulut orang tak boleh tutup.. biarkan diorang puas mengata saya, awak.... saya tak peduli.. biarlah orang kata ayat saya klise, saya tahu apa yang saya rasakan.. dan apa yang saya rasakan pada awak, saya tak pernah rasakan pada orang lain.. awak benar-benar istimewa di mata saya.. betapa istimewanya awak, tak dapat saya nak gambarkan.. boleh jer saya tulis segala macam ayat hiperbola untuk awak baca tapi biarlah saya ucapkan ke telinga awak seorang.. kalau lar awak tahu apa yang saya rasakan terhadap awak, saya rasa awak takkan mengharapkan seseorang yang lebih baik untuk mendampingi awak.. jangan lar awak ragukan tentang saya.. walaupun saya baik dengan wanita lain, tapi mereka tak bererti bagi saya macam mana awak terlalu bermakna dalam hidup saya.. awak... apa yang saya sampaikan pada awak bukan kerana saya ada wanita lain dalam hidup saya.. tetapi saya berkata begitu semata-mata kerana saya mahukan yang terbaik buat awak.. saya tahu saya banyak sangat buat awak kecewa dan menyakitkan awak.. saya tak pernah terniat nak buat macam tu.. saya betul-betul menyesal, awak... kalau saya boleh undurkan masa, saya nak buat semua perkara yang boleh membahagiakan awak.. tapi saya tahu itu tak mungkin terjadi.. masa tak boleh berputar kembali.. saya mahu awak bahagia.. kerna bila awak bahagia, saya pun akan bahagia walaupun kebahagiaan awak bukan bersama saya.. saya selalu mendoakan yang terbaik buat awak.. dan lagi, saya cuma mahu awak tahu.. walau apapun terjadi kepada saya, getaran rasa yang saya rasakan pada awak tak pernah saya rasakan dalam hidup ini.. kalau awak beri peluang, saya akan menjaga awak ke akhir nafas saya.. awak terlalu indah di mata saya.. awak lar anugerah terbaik dari Ilahi yang pernah saya miliki.. saya betul-betul sayangkan awak.. 143734.. lessthanthreeyou.. bagi saya, awak terlalu sempurna.." :'(

Kalau korang nak kutuk, silakan lar.. huu.. aku akan sahkan komen korang baik atau buruk.. jangan risau..


















p/s : I heart u forever...

Katakan Atau Tidak


Assalamualaikum.. awal bismillah membuka bicara..

Salam sejahtera kepada para pembaca yang dikasihi.. aku yakin ramai yang pernah baca ayat soooooo sweeeeetttttttt dalam gambar kat atas tu.. kalau mengikut statistik yang dikeluarkan Bank Negara Djibouti, sebanyak 42.315799% penduduk Bumi nie tahu ayat yang aku maksudkan..

Which one HURT the most?

Saying something and wishing u had not
or
saying nothing and wishing u had?

Pernah tak korang terfikir dan cuba berimaginasi tentang persoalan paling payah di planet Waruna nie.. yang mana yang sanggup korang lakukan agar tidak menyesal di hari kelak? Dan persoalan pokoknya yang paling penting dalam entri nie, yang mana lebih menyakitkan?

Menyesal kerana meluahkan
Okey, bila cakap pasal topik nie.. mesti agenda pertama dalam otak korang ialah CINTA kan.. alaaa... aku tau dah modal korang tu.. huhu.. aku kan doktor cinta.. topik apa lagi yang aku pakar kalau bukan bidang nie kan.. (diri sendiri pun selalu gagal..huhu).. cuba korang bayangkan.. korang minat gila lar kat seseorang tu.. mandi tak pernah kenyang, makan tak pernah lena, tidur tak pernah basah sejak kenal dia.. korang pun menjalankan propaganda klise dengan mendekati orang tu dan cuba merapatinya.. satu hari korang ambik keputusan nak luahkan cinta korang.. tapi malangnya, sejak hari yang tak berapa bertuah untuk korang tu, dia mula berubah dan menjauhkan diri.. jadi apa korang rasa? Menyesal kan.. lebih daripada tu.. sakit kan??

Menyesal kerana tidak meluahkan
Kes nie pulak.. korang suka kat seseorang.. tapi korang cuma pendam jer perasaan korang tu.. dengan alasan kononnya "menjaga dari jauh".. hehe.. nak muntah dah aku dengar ayat-terlampau-jiwang macam tu.. korang masih ambik berat pasal dia.. bila dia ada masalah, korang pun tolong.. bila dia perlukan bantuan, korang pasti yang pertama ada di sisi.. tapi korang tak nak luahkan apa yang membuak-buak dalam jiwa korang.. sampai satu hari, orang yang korang cintai tu mati.. korang tak sempat bagitahu dia.. menyesal tak??? Dan soalan utama.. sakit kan???

Tak lengkap rasanya kalau aku menimbulkan persoalan tanpa menghadiahkan jawapan daripada sudut pandangan aku.. bagi aku lar, secara peribadi dan aku rasa 60% hamba Allah akan menyokong pendapat aku, yang paling menyakitkan sudah pastinya "saying nothing and wishing you had".. semestinya sangat2 memeritkan untuk menghadapi kenyataan yang korang tak sempat meluahkan perasaan.. sama ada si dia meninggal, menghilang, pindah ataupun menjadi milik orang lain yang lebih cepat dan berani untuk memulakan langkah penting..

Sakit sangat bila korang tak meluahkan apa yang terpendam dalam sanubari dan memilih untuk berdiam diri.. korang akan rasa keinginan yang tak tertahankan untuk meluahkan perasaan.. lebih baik sekiranya korang melepaskan apa yang terbuku di hati.. "saying something and wishing you had not" tak lar terlalu menyakitkan.. sekurang-kurangnya (AT LEAST!!) korang dah luahkan apa yang korang rasa.. penerimaan si dia bukan lagi masalah korang.. bahagian korang dah selesai..

Setuju tak dengan aku?? Korang mesti ada pendapat masing-masing kan.. sekian dulu.. wassalam..















p/s : Luahkan sebelum terlambat...

Monday, July 18, 2011

Jangan Riak

entri pilihan : Tak Perlu Berebut..
Kerek sungguh mamat nie

Assalamualaikum.. huu.. akhirnya hari nie sempat nak buat entri renungan untuk direnungkan.. korang mesti selalu jumpa orang macam Obama dalam gambar di atas.. yalah kan.. rambut sama hitam, hati lain-lain.. ada yang ikut resmi padi.. makin berisi, makin menunduk.. semakin rendah diri dan menginsafi kekerdilan diri di sisi Allah yang Maha Agung, Maha Tinggi, Maha Besar dan Maha Berkuasa.. tapi yang ikut resmi Obama pulak, makin tinggi kedudukan, makin angkuh.. semakin sombong lagaknya..

Beringatlah wahai saudara-saudaraku.. sehebat mana pun kuasa anda, mampukah menandingi kuasa Allah? Baru saja Dia turunkan taufan, tak kira siapa.. Presiden, Menteri Perikanan, pawang, dukun, orang biasa, hamba abdi.. semuanya akan menerima hukuman.. janganlah kita lupa kepada orang di bawah apabila kita berada di atas.. adakah kita akan berada di atas jika tidak bermula dari bawah? Sudah tentu tidak.. apabila kita mempunyai kelebihan, janganlah kita angkuh..

Ingatlah firman Allah dalam surah Luqman.. maksudnya "janganlah kamu melangkah di muka bumi dengan mendabikkan dada".. Allah melarang kita berjalan di dunia ini dengan angkuh.. malah Allah juga berfirman dalam surah yang sama.. "tidak ada guna satu amal pun apabila ada sebesar biji sawi perasaan riak di dalamnya".. lihatlah.. sia-sia saja amal yang kita lakukan apabila ada secebis saja perasaan riak..

Ayat itu lar yang menjadi pegangan aku setiap kali syaitan mula menghasut aku untuk membangga diri.. aku akan beristighfar dan mengingati firman Allah itu.. aku tak mahu amalan aku menjadi sia-sia.. korang macam mana?

















p/s : Sama-sama kita renungkan...

Fenin Finin


Assalamualaikum.. kepada yang tak tahu apakah itu fenin dan finin, perkataan2 tersebut adalah nama saintifik bagi perkataan PENING seperti yang diprogramkan dalam Kamus Nazif edisi terkini.. okey, mukadimah tu nampak benor nipunyer.. huhu.. sebenarnya aku tengah pening nie.. bukan lar sebab aku demam.. bukan jugak sebab aku saja2 memeningkan kepala aku yang tak pening.. tapi aku pening kerana aku pening,. yer, kerana aku pening.. mesti korang pun pening kan? Akhirnya aku berjaya memeningkan korang yang dipeningkan.. tetttttt....

Sebab tu aku tak boleh pening.. tengok, dah jadi gila pening.. korang jugak yang pening kerana dipeningkan selepas membaca entri pening aku yang memeningkan.. aku pun pening nak tulis entri pening nie.. okey, cukup pasal pening kepala.. hehe... selepas empat hari belajar dalam kelas, aku jadi pening.. serius aku masih dalam proses untuk menyesuaikan diri kat dunia orang genius nie.. dah lar kelas fast track.. cikgu ajar bukan main lajunya.. tapi salah aku jugak yang mengaku faham bila disoal.. huhuhu..

Emm.. orang kat sini tak dapat dinafikan memang genius ekstra plus plus plus.. macam mana lar aku boleh tersesat kat sini.. diorang rajin bertanya, rajin cuba menjawab, rajin menelaah.. aku? Lebih suka melihat dan memerhati serta meneliti ragam diorang.. hoho.. sampai pening aku tengok budak2 pandai kat sini.. culture shock? Mungkin lar... kat tempat aku dulu, aku lar paling terkehadapan.. kat sini? Herhh.. macam budak paling corot dalam kelas aku dulu.. macam tu lar aku rasa..

Walaupun dikatakan budak sini semuanya sama, tapi tak dapat dinafikan lar ada yang lebih ke hadapan.. sebab diorang rajin sangat membaca.. tak ada faktor bangsa.. walaupun Cina dan India sangat bijak, aku tak nampak kurangnya bangsa Melayu di sini.. mungkin berbeza faktor kerajinan.. aku bukan lar tak nak menelaah tapi aku tak ada buku nak dijadikan sumber rujukan.. baru hari nie aku dapat buku.. jadi malam nie aku akan menjalani transformasi menjadi ulat buku.. haha..

Hurhhh.. thanks for reading.. aku merepek jer tu.. okey, aku akan cuba menyesuaikan diri.. memang lar diorang semua genius.. tapi oleh kerana aku telah tersesat sampai sini, aku perlu buktikan aku juga mampu dan layak berdiri sebaris dengan diorang yang akan terbang ke luar negara nie.. insyaAllah.. doakan aku.. uhuk2.. jasa korang hanya Tuhan yang mampu membalasnya.. sekian dulu.. assalamualaikum.. v_v

















p/s : Finin fenin fonin funin fanin...


Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif