Welcome To My Life...

Thursday, July 14, 2011

Aneka Cerita


Assalamualaikum.. macam2 nak cerita.. mana satu nak mula dulu? haha.. gambar kat atas menunjukkan betapa aku serabut tak tahu nak cerita apa sebagai permulaaan.. okey, malam semalam tengok Malaysia vs Arsenal live streaming kat internet.. tv macam yang korang tahu.. tak ada siaran langsung.. sebab kononnya penganjur takut tiket tak dapat sambutan.. apa kejadahnya? haha.. aku harap Malaysia vs Liverpool ada siaran langsung kat RTM1 atau Astro Arena.. kata siaran sukan.. tapi apa pun tak boleh.. kui2..

Kelas hari kedua di INTEC.. emm.. semuanya baik2 saja.. alhamdulillah, aku dah mula dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran sebagai pelajar A-Level Medicine.. tambah2 fast track untuk sem nie.. hari nie belajar Biologi pasal air dan karbohidrat,. nampak senang tapi 'senang' sebenarnya.. hehe.. faham2 sendiri lar.. Matematik lagi kompleks banyak daripada SPM.. English langsung tak macam SPM.. Kimia masuk makmal tapi baru pengenalan.. belum eksperimen lagi.. tak sabar nak pakai dress coat.. :)

Semuanya best kat sini.. makan pun sedap.. rambang mata.. haha.. dalam kelas memang sejuk.. dalam makmal pun sama.. rasa macam kat oversea dah.. haha.. ramai yang mengadu tak tahan sejuk.. sebab pakai baju lengan pendek kan.. bila aku pakai sweater, nampak macam jakun pulak.. hoho.. badan tak lama lagi kurus balik lar.. badan yang 'dibina' selama 7 bulan cuti asyik makan tido jer.. sekarang nie petang2 ada riadah main futsal.. ada kemajuan nampaknya.. huhu..

Cerita syok sendiri tamat di sini.. masa untuk berehat selepas seharian kelas dengan jadual yang padat.. eh, silap.. nak pergi solat isyak berjemaah kat Surau Seksyen 6 dan beli nasik kat kedai mak cik Indon.. hehe.. info ekstra, aku masuk kelab Professional Student (PSC) dan Jawatankuasa Perwakilan Kolej Cendana (JPKC) untuk INTEC Minggu Persatuan.. sekian dulu untuk hari nie,.. wassalam.. ^_^















p/s : Penat , penat , penat ......

No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif