Welcome To My Life...

Wednesday, July 27, 2011

Ko-PLN Melatih Kemahiran Insaniah



Bismillahirrahmanirrahim.. assalamualaikum.. kepada korang yang belum tahu apa itu Ko-PLN, moh hamba nak terangkan dengan segalan kesenangan hati yang teramat senang untuk menyenangkan orang yang sememangnya telah senang.. tengok, aku dah mula merapu.. haha.. okey2.. Ko-PLN nie adalah singkatan Ko-Kurikulum Pelajar Luar Negara.. mungkin lar.. lebih kurang macam tu lar.. huhu.. nie lar akibatnya kalau masa Cikgu Hassan cakap, kita semak karangan tugasan ALEL10 kat belakang.. jangan marah yer cikgu.. ^_^

Okey, secara asasnya, Ko-PLN nie ada 10 modul yang perlu diselesaikan dalam masa 10 kali pertemuan.. senang cerita hari pertemuan itu adalah hari Rabu pada pukul 4 hingga 6 petang.. masalahnya di sini, minggu ke-10 tersebut akan mengganggu study leave dengan malam Ko-PLN dijangka akan dibuat pada awal November.. jadi satu minggu pertemuan tu haruslah dipercepatkan mengikut kreativiti fasilitator dan ahli kumpulan masing-masing yang telah dibahagikan secara pembahagian yang adil dan saksama.. setiap sorang dalam senarai nama kelas akan masuk kumpulan yang berlainan.. begitu lar ceritanya.. mengenai satu minggu yang diawalkan tadi bermaksud aktiviti boleh lar dibuat pada hari lain selain hari Rabu.. contohnya, aktiviti lawatan ke mana2 pada hari Sabtu.. demikian lar yang disampaikan..

Aku pulak termasuk dalam Kumpulan 14.. tak sempat lagi nak tengok muka semua ahli kumpulan aku.. tapi sempat dengar taklimat daripada Sir Vincent, lecturer Ausmat.. pesanannya mudah saja, "Kita jumpa minggu depan di *tuttttt*".. simple kan? Haha.. you rock lar Sir Vincent.. tempat perjumpaan terpaksa di*tut*kan sebab aku tak ingat apa beliau sebut tadi... haha.. minggu depan akan bermula lar kehidupan aku memupuk kemahiran insaniah yang sangat penting untuk kerjaya sekarang nie.. kajian dari Universiti Harvard menyatakan kemahiran insaniah menyumbang 85% kepada peluang untuk mendapatkan pekerjaan.. pencapaian akademik hanya menyumbang 15%..
Itu lar serba ringkas yang tak berapa nak ringkas.. tak sabar nak belajar pengucapan awam nie.. yieha!!! Sekian dulu.. wassalam.. :)














p/s : Go go go Ko-PLN...

No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif