Thursday, July 28, 2011

2307

Kiri ke kanan :
Mr. X (bukan housemate), Sam, Aku, Syafiq, Anaz, Fawwaz

Assalamualaikum membuka bicara.. salam sejahtera pemanis kata.. haaa.. aku dah hampir sebulan kat INTEC, UiTM Shah Alam nie.. aku tinggal kat Kolej Cendana di Seksyen 6, Shah Alam... macam yang korang tahu, aku pernah ceritakan dalam entri2 aku sebelum nie, kehidupan di sini sangat sukar lagi menyukarkan dengan kejutan budaya yang berlaku.. tapi alhamdulillah, sehingga sekarang nie, aku dah dapat sesuaikan diri.. pelajaran semuanya okey walaupun semakin berat.. insyaAllah dengan fokus dan bimbingan kawan2 sekelas aku yang genius plus plus tu, aku boleh berjaya.. aminnn...

Menyoroti tajuk, housemate aku kat sini, diorang semua baik2.. dalam setiap rumah kat Kolej Cendana nie, ada enam orang penghuni.. jadi dalam rumah aku nie, kalau tolak aku, mesti lar ada lima orang lagi kan? Takkan ada seribu lebih lagi kot.. huhu.. empat orang dari Kelantan dan sorang lagi dari Bangi, Selangor.. diorang yang berasal dari Kelantan ialah Fariz (Sam), Anaz dan Syafiq.. ketiga-tiganya dari sekolah yang sama iaitu Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra.. macam mana diorang dapat tinggal serumah? Haha.. ada lar trick ilmu hitam.. nanti aku ajarkan.. sorang lagi budak Kelantan ialah Fawwaz.. tapi dia nie dari Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK)..

Diorang berempat tu housemate jer.. dalam rumah aku ada dua bilik.. bilik A ada dua orang penghuni dan selebihnya dalam bilik B.. diorang semua rakyat2 bilik B lar.. haha.. yang jadi rakyat bilik A merangkap roommate aku adalah Abbas.. dia tak ada dalam gambar yang paling atas sebab masa tu dia pergi dengar ceramah.. jadi sebagai tanda ingatan, aku letak lar gambar beliau.. Abbas nie budak Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS).. diorang semua nie lar yang menghiasi hidup aku kat INTEC nie.. diorang nie memang kelakar.. kalau lepak dengan diorang, memang tak kering gusi lar.. diorang suka bergurau antara satu sama lain walaupun kadang2 kasar.. haha.. tapi kitorang memang rapat..

Haha.. okey.. tu jer lar pengenalan rakan2 serumah aku.. aku sekarang tengah semangat nie.. tak sabar nak tengok persembahan Harimau Malaya malam nie.. kepada korang yang mengaku rakyat Malaysia, jangan lupa berikan sokongan padu dan doakan perjuangan wira2 negara malam nie.. siaran langsung di Astro Arena saluran 801 bermula pada pukul 8.45 malam.. jangan lupa solat hajat mendoakan kemenangan mereka.. sekian untuk entri ini.. wassalam..














p/s : Semoga Harimau Malaya akan layak...

2 comments:

Far8 budak baik said...

mesti dpt nye sesuaikan diri tu..
aku pun penah merasai nye..
hahahahaha...
pehhh meriah2..

M Fizan said...

@Far8 budak baik haha..insyaAllah..harap2 camtu lar.....

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif