Welcome To My Life...

Sunday, July 31, 2011

Ramadhan Datang Lagi



Assalamualaikum... salam sejahtera..

Alhamdulillah.. insya-Allah.. esok kita semua umat Islam akan menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang penuh keberkatan.. marhaban ya Ramadhan.. bulan di mana terdapat satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan.. aku menaip entri nie bukan nak bagitau kelebihan bulan Ramadhan kerana aku percaya majoriti umat Islam telah dimaklumkan tentang kelebihan bulan Ramadhan nie.. jadi tak perlu aku ulang2.. kerana aku tak suka pengulangan.. cuma aku nak pesan sikit kepada rakan2 blogger..

1) Tundukkan pandangan
2) Tingkatkan amal ibadah
3) Banyakkan sedekah
4) Kawal nafsu

Sepanjang bulan Ramadhan nie, syaitan yang menjadi musuh nyata anak2 Adam telah dibelenggu.. jadi sekarang lar masanya untuk kita tahu hakikat kita yang mengawal nafsu atau nafsu yang mengawal kita.. segala jawapan akan terungkai.. hehe.. kawal segala nafsu.. nak makan, nak maki orang, nak cuci mata.. semua tu kena kawal beb,.. tingkatkan amal ibadah.. jangan lepaskan peluang untuk terawih penuh sebulan.. banyakkan sedekah.. sebab pahala dalam bulan nie berganda2.. dan kalau boleh, tundukkan lar pandangan.. puasakan mata kita.. huhu..

Tapi apa yang aku jangka, ramai orang jahil yang akan tak berpuasa.. makan macam diorang tu tak pernah tahu hukum agama.. nak sangat kot rasa naik van jenazah.. haha.. pandai buat, pandai tanggung lar kan.. dosa sendiri2.. aku dah nasihat nie.. hehe.. dan semestinya, mengikut trend modenisasi, semakin menghampiri raya, masjid akan semakin berkurangan penghuninya kerana mereka akan berpindah ke pusat2 membeli-belah.. malah lagu2 raya akan berkumandang di corong2 radio selepas dua minggu saja kita berpuasa.. itu yang pasti akan berlaku.. mari lar kita senyum beramai-ramai..



Puasa tau.. jangan tak puasa lak.. bagi yang laki, tak ada alasan korang tak boleh puasa penuh sebulan.. kecuali uzur.. yang pompuan takpe.. tu pun kena ganti.. jangan syok sangat.. hehe.. sekadar gurauan.. alhamdulillah.. Ramadhan datang lagi...














p/s : Jom serbu bazar Ramadhan....




4 comments:

Far8 budak baik said...

tu ar kn..nafsu mmg susah
nk kawal..kalau aku kn..
mmg pagi poser tu..mmg
tido nye..bgun tgh hari..
hihi..
slmt berpuasa yerrr =)

M Fizan said...

@Far8 budak baik hihi..tu kena ubah tu.. jangan lar tido..huhu

thanks..u too..happy fasting :D

anez zamri said...

selamat berpuasa fizan.. :)

peringatan yang sangat baik..nice

M Fizan said...

@SweetLikeWhat thanks akak....

selamat berpuasa jugak...:D

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif