Welcome To My Life...

Saturday, July 9, 2011

Hadapi Cabaran



The ultimate measure of a man is not where he stands in moments of comfort and convenience, but where he stands at times of challenge and controversy
- Martin Luther King, Jr. -

Assalamualaikum...
Memetik kata2 di atas, ukuran kehebatan seseorang bukanlah ketika dia menghadapi keselesaan sebaliknya ketika dia menghadapi cabaran.. cabaran datang bersama kesukaran.. belum ada lagi cabaran yang mudah.. kalau masalah tu mudah, orang akan kata, "tak mencabar" kerana cabaran lazimnya susah untuk ditangani.. apabila wujud sesuatu halangan, janganlah panik dan susah hati.. hadapilah dengan kesabaran dan ketenangan..

The only use of an obstacle is to be overcome. All that an obstacle does with brave men is, not to frighten them, but to challenge them
- Woodrow Wilson -

Halangan itu wujud untuk dilepasi.. halangan bukan wujud untuk menakutkan seseorang, tapi mencabar seseorang.. apabila wujudnya halangan, barulah kita tercabar.. ramai yang mengaku kalah apabila diuji cabaran.. sepatutnya kita tidak mudah mengaku kalah.. kita harus berusaha sedaya upaya.. Allah tidak memberikan sesuatu ujian melainkan manusia mampu untuk menghadapinya.. maka kita janganlah mudah berputus asa.. cabaran itu bukan datang untuk melemahkan kita, sebaliknya membantu kita mengenal potensi diri.. sejauh mana kita mampu bertahan...

There is nothing like a challenge to bring out the best in man
- Sean Connery -

Cabaran menguatkan kita.. cabaran dapat mengeluarkan yang terbaik yang ada dalam diri kita.. sekadar mengingkatkan diri aku sendiri sambil berpesan-pesan dengan kebenaran kepada rakan2 blogger dan para pembaca yang lain.. aku akan berdepan dengan cabaran untuk berdikari di dunia baru.. dunia yang bebas dan jauh daripada pemerhatian ibu bapa.. tapi itu tak seharusnya menjadikan kita leka dan terpesong..

Jika kita menuju ke arah keburukan, bermaksud kita telah gagal menghadapi cabaran.. sebaliknya jika kita mencapai sesuatu yang positif, bermakna kita telah berjaya.. orang lain tidak dapat membantu jika kita sendiri tidak mencuba.. hadapilah cabaran dengan positif.. banyakkan berdoa kepada Tuhan dan bertawakal kepada-Nya.. sekian dulu entri kali nie.. renungkan dengan mata hati.. semoga kita sama2 mendapat sesuatu yang tersirat.. wassalam.. :)















p/s : Pantang dicabar...

3 comments:

anez zamri said...

sangat bagus entri kali nie..betul tu..cabaran datang dengan kesukaran..jadi hadapi lah dengan sabar dan berhemah.. :D

Niena Muhammad said...

:)

xleh on9 lgi ea

M Fizan said...

@SweetLikeWhat hee..bagus ke? thanks so much..i take that as a compliment..huhu.. cabaran sesukar manapun pasti dapat dilepasi.. kerana Allah mendatangkan ujian sekadar kemampuan seseorang :)

@Niena Pengembara Ilahi hee..boleh dah.. :D

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif