Tuesday, July 26, 2011

Arggh... Malu Malu Malu


Assalamualaikum.. korang.... korang nak dengar cerita tak? Malu dowh... haha.. malu siottt.. tobat malu.. huhu.. nasib baik tak ada orang nampak tadi.. okey, kalau korang nak gelakkan aku, gelak lar.. aku tak kisah.. aku tak rugi apa pun (tangan ke dada, mata ke atas).. aku cuma nak gelak sorang2 bila baca semula entri nie satu hari nanti.. aku rasa cucu aku pun pasti akan menggelakkan aku lalu aku akan mencubit beliau dengan sesuka rasanya.. korang mesti tertanya-tanya kan apa yang aku merepek dari tadi.. korang mesti nak tau kan apa sebenarnya yang memalukan tu? Kan kan kan?

Okey, aku cerita.. peristiwa nie tak melibatkan sesiapa yang berkenaan.. tapi sekurangnya orang yang terlibat tadi akan tahu lar.. ceritanya macam nie.. rehat tadi aku buat tugasan kat library.. aku ada ruang masa dua jam antara kelas.. jadi aku nak siapkan tugasan.. dalam fikiran aku, pukul 2 petang aku mesti naik bilik W205 sebab ada kelas CTIS.. itu jer yang aku tetapkan dalam kepala otak aku nie.. makanya pukul 1.50 petang, dengan tugasan gagal dicetak, aku gelabah menuju ke destinasi sebab takut terlambat..

Alangkah terkejutnya aku apabila melihat tak ada sesiapa pun dalam kelas tu.. mengikut jangkaan aku, mungkin diorang nie dah pergi ke bilik khas lain mengikut ustaz.. jadi aku cuak dah lar.. sebab aku ingat aku sorang jer yang terlepas kelas.. aku malas nak ada rekod buruk.. lagipun, aku tak sengaja kan? Aku pun ambik masa lima minit nak fikir apa nak dibuat seterusnya.. baru lar ilham muncul untuk call satu-satunya classmate yang aku simpan nombor telefonnya.. kebetulan, masa aku call dia, aku dah kat depan kelas aku sendiri (W123).. aku tak masuk sebab pada sangkaan aku, dalam tu ada budak2 CTES.. aku malas nak ketuk tanya.. mesti diorang tak tahu kat mana budak2 CTIS berada..

Bila aku call budak terbabit, dia bagitahu sekarang diorang dalam kelas.. aku kebingungan jugak.. kenapa tukar ke W123? Baru lar terbit ilham dalam minda aku bahawasanya hari nie pada waktu tersebut adalah kelas Kimia.. aku terasa amat bodoh sekali.. lalu masuk ke dalam kelas dengan 'kemaluan' yang amat dahsyat pada budak tu.. mesti sekarang nie dia tengah gelak guling2 kat aku.. takpe lar kan.. benda yang lepas, jadikan pengajaran.. moral of the story, hafal dan ingat betul2 jadual korang.. satu lagi, simpan nombor telefon semua rakan sekelas.. huhu.. chill.. sekian.. wassalam.. :)















p/s : Tak nak buat silap yang sama lagi....


2 comments:

SweetLikeWhat said...

hehehe..gelak sikit jer..normal tu.. :D

M Fizan said...

@SweetLikeWhat haha...akak gelak..........isk isk isk

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif