Welcome To My Life...

Tuesday, July 19, 2011

Awak Terlalu Sempurna

entri pilihan : Membuli Pembuli..

Assalamualaikum..


Uhuk2.. sedih.. sekilogram air mata aku jatuh.. maaf kepada korang yang terbaca entri nie.. entri nie aku tujukan khas buat insan teristimewa yang bertakhta di hati aku, Miss NASJ..

"Awak... awak terlalu sempurna di mata saya.. walaupun awak selalu sangat buat saya sakit, kecewa, sedih, terasa, tergugat, terancam, terkesan dan segala macam ter- lagi.. saya tetap sayangkan awak.. saya tak kisah lar apa orang nak kata.. semua orang ada hak masing-masing.. mulut tempayan boleh tutup, mulut orang tak boleh tutup.. biarkan diorang puas mengata saya, awak.... saya tak peduli.. biarlah orang kata ayat saya klise, saya tahu apa yang saya rasakan.. dan apa yang saya rasakan pada awak, saya tak pernah rasakan pada orang lain.. awak benar-benar istimewa di mata saya.. betapa istimewanya awak, tak dapat saya nak gambarkan.. boleh jer saya tulis segala macam ayat hiperbola untuk awak baca tapi biarlah saya ucapkan ke telinga awak seorang.. kalau lar awak tahu apa yang saya rasakan terhadap awak, saya rasa awak takkan mengharapkan seseorang yang lebih baik untuk mendampingi awak.. jangan lar awak ragukan tentang saya.. walaupun saya baik dengan wanita lain, tapi mereka tak bererti bagi saya macam mana awak terlalu bermakna dalam hidup saya.. awak... apa yang saya sampaikan pada awak bukan kerana saya ada wanita lain dalam hidup saya.. tetapi saya berkata begitu semata-mata kerana saya mahukan yang terbaik buat awak.. saya tahu saya banyak sangat buat awak kecewa dan menyakitkan awak.. saya tak pernah terniat nak buat macam tu.. saya betul-betul menyesal, awak... kalau saya boleh undurkan masa, saya nak buat semua perkara yang boleh membahagiakan awak.. tapi saya tahu itu tak mungkin terjadi.. masa tak boleh berputar kembali.. saya mahu awak bahagia.. kerna bila awak bahagia, saya pun akan bahagia walaupun kebahagiaan awak bukan bersama saya.. saya selalu mendoakan yang terbaik buat awak.. dan lagi, saya cuma mahu awak tahu.. walau apapun terjadi kepada saya, getaran rasa yang saya rasakan pada awak tak pernah saya rasakan dalam hidup ini.. kalau awak beri peluang, saya akan menjaga awak ke akhir nafas saya.. awak terlalu indah di mata saya.. awak lar anugerah terbaik dari Ilahi yang pernah saya miliki.. saya betul-betul sayangkan awak.. 143734.. lessthanthreeyou.. bagi saya, awak terlalu sempurna.." :'(

Kalau korang nak kutuk, silakan lar.. huu.. aku akan sahkan komen korang baik atau buruk.. jangan risau..


















p/s : I heart u forever...

3 comments:

Alif Haris said...

perghh ini luahan ikhlas datag dari hati ni bro ^^

anez zamri said...

akak faham orang tengah bercinta.. :)
bawak la berbincang kalau ade masalah..

M Fizan said...

@alif haris huhu...yup...

@SweetLikeWhat tak ada masalah pun.. cuma meluahkan apa yang terpendam..huhuhu

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif