Welcome To My Life...

Saturday, July 30, 2011

Ligat Luar dan Dalam


Assalamualaikum..

Emm.. aku pun tak faham apa nak jadi.. kalau betul lar khabar angin tentang gambar di atas, aku rasa itu perkembangan yang buruk buat ikon bola sepak negara ketika ini.. selaku penjaga gol nombor satu Malaysia yang dipuja dan dipuji segenap lapisan masyarakat, Khairul Fahmi Che Mat harus bijak menjaga nama baiknya sendiri.. biar lar dia terkenal kerana aksi hebatnya seperti ketika berseorangan menyelamatkan gawang negara daripada dibolosi Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil baru2 ini.. malah dia juga beraksi hebat ketika awal kemunculannya..

Malangnya, baru-baru ini, KFCM menjadi tajuk entri di seantero blog kerana dikatakan mencurangi tunangnya dan keluar berpegangan tangan dengan Dahlia Teck.. kisahnya tidak perlu aku ulang2 dan sumbernya terlalu banyak.. taip saja kata kunci di pak cik Google, korang akan dapat jumpa entri yang tak terkira banyaknya.. dan semuanya dengan isi yang sama.. kemerosotan prestasi KFCM ketika dibolosi banyak gol berdepan Arsenal dan Liverpool dalam perlawanan persahabatan bulan ini dikaitkan dengan hal ini.. malah, tunangnya, Elia, dikatakan memaksudkan KFCM dalam catatan dinding facebook beliau..



Kalau benar begitu. ternyata KFCM ligat di dalam dan luar padang.. come on Khairul Fahmi... kenapa jadi macam nie? Kalau nak buat macam nie, jangan bertunang.. huhu... utamakan tunang kau.. dia yang bersama kau dari dulu lagi.. dia minat kau dulu bukan kerana kau KFCM wira Malaya.. sebelum kau terkenal, dia yang menjadi peminat nombor satu kau.. pompuan yang nak kau sekarang nie sebab kau popular, kau goalkeeper Malaysia... aku doakan yang terbaik buat korang.. sekian.. wassalam...















p/s : Jangan tiru trend perkahwinan artis...

4 comments:

Alif Haris said...

huhu .. betul ckp ko bro ..
hargai orag yg benar2 cintai kita sejak dari bawah lagi ,,
bukan yg cintai kita waktu kita berada di puncak ..

M Fizan said...

@alif haris haha.. itu yang aku fikirkan.. yg cintai kita di puncak nie tak ikhlas pun.....

anez zamri said...

macam itulah bila dah hebat sikit..mula lupa siapa yang selalu berada di belakang masa susah senang..

M Fizan said...

@SweetLikeWhat huhu...ramai manusia macam tu..mudah lupa diri.....

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif