Sunday, July 24, 2011

Bercakap Benda Baik



Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Majoriti dalam kalangan kita pada hari ini suka sangat bercakap perkara yang sia-sia.. berbicara perkara-perkara yang lagha dan melalaikan.. membazirkan masa dengan perkara yang sedikit pun tidak mendatangkan faedah kepada kehidupan kita sebagai hamba Allah.. bukan mengata orang lain.. tetapi blogger dari Marikh juga mengingatkan diri sendiri..

"Demi masa.. sesungguhnya manusia kerugian.. melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh.. dan mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran.."
- Surah al-Asr ayat 1 hingga 3 -

Maka aku merasa terpanggil untuk berpesan-pesan dengan kebenaran.. hehe.. dalam hidup nie kita yang membuat pilihan kan.. dari sekecil-kecil perkara seperti nak berfikir atau tidak?.. lepas nie nak buat apa?.. semua benda kita kena pilih.. jadi sekarang korang pilih antara dua..

Say something good or say nothing at all

Kadang-kadang kita nie terlalu sangat nak bercakap.. mulut tu tak reti nak diam.. sampai kita tak sedar yang kita dah tersakitkan hati orang.. kalau dah 'ter' mesti lar tak sengaja kan.. huhu.. maka kita renungkan lar guna mata hati kita yang Allah anugerahkan pada setiap insan.. jangan biarkan mata hati kita buta daripada berfikir.. kita harus buat lar pilihan yang betul.. sama ada kita bercakap perkara yang baik atau kita diam saja tanpa bicara.. itu lebih baik daripada berkata perkara yang sia-sia kan?

Wallahualam.. maaf jika terkasar bahasa.. yang baik itu daripada Allah jua.. yang buruk tu salah diri aku yang tak sempurna.. sekian dulu.. wassalam..














p/s : Sekadar mengingatkan diri sendiri..

2 comments:

SweetLikeWhat said...

peringatan yang bagus.. :D

M Fizan said...

@SweetLikeWhat huhu..thanks akak~ ^_^

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif