Friday, May 31, 2013

Mandi Hujan


Kalau diberi pilihan, antara A dan B, aku akan pilih C. Kalaulah aku ada pilihan tadi sama ada nak mandi hujan ataupun tak, aku pasti akan pilih TIDAK. Tak adanya aku suka-suka nak mandi hujan. TERPAKSA!

Aku pun dah tak ingat kali terakhir aku main hujan dengan kerelaan 47%. Lepas maghrib tadi adalah kejadian terbaru yang tak dapat dielakkan.

Kisahnya, seorang pemuda telah solat berjemaah di masjid yang terletak lebih kurang tiga kilometer dari kolej. Oleh sebab tak ada kenderaan, memang dia telah lali berjalan kaki. Sepasang kaki ni digunakan untuk main futsal, pergi beli makan. Kalau tak guna ke rumah Allah, nak jawab apa depan Allah nanti??

Abaikan bahagian tu. Sekadar menambah perisa cerkon ni. Nak dijadikan cerita, hujan lebat mencurahi bumi Shah Alam lepas solat maghrib. Boleh saja tunggu solat isyak di sana, terdetik di hati pemuda untuk solat di surau kolej saja kerana ada urusan (ulang kaji untuk peperiksaan) memandangkan tiada kuliah maghrib.

Ah, panjang pulak membebel. Mula-mula keluar dari masjid memang berpayung. Kebetulan ada sorang kenalan. Tapi kenalan tu nak berpindah ke masjid lain. Nak tak nak, aku memang kena lari kira-kira satu kilometer. Memandangkan lari atau tidak akan tetap basah jua, aku pun jalan dengan tenang. 

Lama dah tak mandi hujan oii. Dapat jugak merasa basah lencun naik ke bilik di tingkat lima. Apalah nasib... 

Peribahasa asas: Sediakan payung sebelum hujan.

A lesson forgotten is equal to a lesson never learnt.


Dear Reader


Tak sangka, ada jugak junior yang TERsinggah sini membaca coretan senior. Haha. Lelaki Dari Marikh diserang sindrom segan yang teramat melampau ketika ini. Tak tahu mana nak sorok muka yang kacak macam Aaron Aziz. Eh, muka yang kacak tu bukan fitnah. Tu doa namanya. ^_^

Kepada 'beliau', tahniah kerana telah berjaya menyesatkan diri ke blog picisan ini. I don't know how on earth you can find my diary. LOL. Jangan terkejutlah kalau terbaca entri yang merepek makan kerepek, atau merapu tak tentu hala tuju. 

I treat this blog partly as my diary. Jadi tak hairanlah, ada banyak entri peribadi yang terselit dalam perkongsian di sini. Cerpen dan novel-pendek-bersiri yang belum sempat untuk disambung lagi tu memang ditulis ketika ilham meronta-ronta untuk dizahirkan menjadi penulisan. 

Seriously... once again, i wanna ask. How on earth did you arrive here? Tetiba ja panggil beta A Guy From Mars. =.=

Pesan buat anda, rezeki tu Allah dah tentukan. Allah rancang yang terbaik untuk kita. Kalau nak cerita, Bill Gates tu tak habis universiti pun. Sangat kaya mamat tu sekarang. Nampak tak?? Haaa. Motifnya nak bagitau, pra-U bukan ada apa pun. Asasi dulu, nanti buat ijazah mintak lar biasiswa. Macam Ikram, Suhairi, dan Haikal. 

Atas pujian untuk penulisan tu, ikhlas tak? Haha. Kalau ikhlas, alhamdulillah. Segala puji-pujian hanya bagi Allah. Tidak ada apa pada diri ini melainkan apa yang Allah kurniakan. Alhamdulillah.

And... for your question. Ya, ayat-ayat jiwang tu memang UNTUK DIA. Nak tegaskan, i wrote that not for her to read. If i know 'she' will read, i'll never write. KALAULAH DIA BACA kan... 'she' may read one fine day. Or 'she' might not. Hanya Allah yang tahu. 

Entri-entri tu sekadar luahan perasaan. Kalau 'dia' terbaca nanti. Biar dia mengerti perasaan lelaki ini. 

Dah baca tu, senyap-senyap ya. Good luck masuk Asasi tu. Do your best, and let Allah settles the rest. ^_^










Tuesday, May 28, 2013

Problems


Kita selalu sangat mengumpat pasal orang lain. Salah sendiri susah nak nampak, salah orang je kita nampak. Lumrah manusia.

Mudah nak selesaikan masalah kalau kita tak cakap belakang. Face to face dan diskusi secara berdepan.


Renungkanlah.

Less correcting, more connecting.


Someone


Wrong someone: They make us better.
Right someone: Complete us forever.
 

Cuba hadam ayat di atas dalam konteks yang lebih luas. Kita selalu bertemu dengan orang yang salah. Membuat keputusan yang salah. Memilih sesuatu yang membuatkan kita geram dengan diri sendiri.

No regrets.

Tiada kebetulan dalam hidup ni. Ketentuan Allah memang bersebab. Hanya Allah yang tahu kenapa jalan takdir dua orang bertemu dalam keadaan masing-masing belum bersedia. Kegagalan itu mendewasakan. Maka orang yang salah itu mematangkan. Mempersiapkan kita untuk the right someone.

Cry Again?


Kalau dengar jenaka yang sama berulang kali, kita boleh jadi bosan. Dengar je kali kelima, memang dah tak gelak. Sangat menghairankan apabila kita akan menangis apabila teringat perkara sedih yang sama.


Bagi aku, kita tak menangis kerana perkara yang sedih itu saja kalau nak dibandingkan dengan jenaka yang berulang. Kita menangis kerana rasa sakit itu segar semula setiap kali kesedihan itu bermain di ingatan.

Tapi ada betulnya madah di atas. People change, things end. Life GOES ON.


Sehari Di HK SBP


Alhamdulillah, dapat juga merasai pengalaman melihat Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh. Harap betullah nama temasya ni. Aku ni bukan lar budak SBP kan. Budak sekolah harian saja. Dapat tawaran tapi sengaja ditolak. 

Semalam aku menemani dua orang sahabat untuk melihat persembahan sekolah masing-masing dalam pertandingan bahas. Kami bergerak jam 10 pagi. Sampai di sana, aku agak janggal. Segan pun ada. Masuk SMSS (Sains Selangor) kan. 

Pertama sekali kami pergi cari pasukan INTEK (Integrasi Kuantan), sekolah rakan serumah aku. Dengarlah keputusan kemenangan pusingan yang tak dapat dikenal pasti. Selepas tu, cikgu pengiring pasukan debat Bahasa Inggeris sekolah Syahid belanja kami bertiga sarapan. Nasi goreng ayam dan teh ais. Kebetulan aku pun lapar. Alhamdulillah.

Nasib baik cikgu Syahid tu jenis peramah dan sudi berbual jua dengan aku dan Syafiq walaupun aku ni budak Sintok saja, dan Syafiq pula budak Faris Petra. Aku sangka cikgu tu tak tahu tempat asal aku. Ternyata aku silap. Rupa-rupanya cikgu Syahid ni pernah belajar di UUM. Sudah tentulah dia tahu tentang Sintok. 


Yang kiri sekali tu lah cikgu kesayangan Syahid yang memang rapat dengannya. Memang banyak lah cerita kami kongsi dengan cikgu ni. Gerangan buah hati Syahid. Gerangan si jantung hati Syafiq pun terbongkar. Aku? Pun kantoi jua. Semua kerja Syahid. Cis betul.

Jam 1 petang, kami ke masjid berdekatan untuk solat Zohor. Kami perlu menanti detik jam 3 petang untuk pusingan suku akhir. Maka kami pun menuju ke satu taman di depan SMSS. Lepak menikmati 'keindahan' tasik yang tak bersih. 


Inilah bendera-bendera SBP. Ada yang lama, ada yang baru. Banyak sangat lah.


Poyo. Bajet budak KISAS. ^_^

Petang tu, INTEK menewaskan TKC. Sori lah ya debaters TKC. Kalau lawan muka kerek dan konpiden, kalian menang bergaya. Tapi bab isi, aku memang dari awal nampak INTEK bantai cukup mantap terutama ketua pembangkang, Dzulfadzreena (kalau tak silap). Empat P.O.I (point of information) dijawab dengan sangat tenang. Pantas sekali pemikirannya.

Dramatik sekali pengumuman keputusan apabila pembahas TKC lari keluar dengan tangisan. It's okay, girls. Nice fight. Job well done.

Satu hari yang sangat memenatkan. Penat akan hilang. Memori bertahan.



Saturday, May 25, 2013

Bujang Masuk Dapur


Alhamdulillah, hari ni bujang-bujang idaman masuk dapur selepas sekian lama 'bermanja' dengan buku. Cuti seminggu ni memberikan sedikit ruang bernafas. Maka anak-anak teruna pilihan dara membuat keputusan untuk berkongsi duit dan memasak. Yelah kan, hari-hari beli pun bosan jugak. 

Diketuai Chef Syahid yang pandai memasak dan layak menjadi suami mithali, kitorang bekerjasama bagai Wonderpets menyelamatkan haiwan dalam bahaya. Yeah! Syahid yang beli semua barang-barang. Dia kan lebih arif. Chef lah katakan...

Kami yang lain ni ikut arahan saja. Kupas bawang, tumbuk cili, siang ikan bilis (:p), goreng itu, dan goreng ini. Resepi semua hasil kreativiti Syahid. Malas nak cerita panjang-panjang. Meh tengok hasilnya.


Oh, air ni memang tak la buat sendiri. Fanta Oren. Dibeli oleh Aizat a.k.a Pokjat, budak Terengganu merangkap jiran sebelah. 


Ayam goreng pun ada. Yummy!


Sayur campur yang mungkin dibelasah secara random dengan aneka sayur yang dibeli oleh mamat Syahid tu. Siap campur telur lagi!


Ini je yang mampu. Bujang kan.. Masak nasik pun malas. Beli je kat kedai mamak. Mudah lagi tidak susah.


Tu diaaa.. Sardin pulak dah... Macam-macam lauk. Syahid siapkan makanan untuk enam orang. Macam sediakan makanan untuk satu kem pelarian. ^_^


Ubi kentang goreng. Memanjangkan senarai lauk untuk enam orang. Hanya untuk makan tengah hari. Memang lazat!


Cuba teka apa ni... memang tak nampak macam telur dadar. Biasalah. Bukan masak guna kuali kan (:D). Inilah hasilnya. Telur dadar padang jarak padang tekukur.


Semuanya sekali dalam satu talam. Yeah, makan berjemaah. Memang nikmat sungguh persaudaraan sebegini. Selepas bekerjasama memasak, makan pun kongsi. 

Apabila bujang masuk dapur... meleleh air liur! ^_^


Friday, May 24, 2013

Fix The Broken


Betul ke? Macam betul... tapi... betul lah!


Zaman sekarang ni.... Kalau rosak je, buang terus. Rosak sikit, buang. Tak ada usaha langsung nak cuba baiki. Sebab tu kes perceraian meningkat. Tak nak cari titik persamaan antara perbezaan. Tak nak cuba cari keseimbangan antara dua kutub. Apa pun tak boleh.

Kalau sesuatu tu rosak, baiki. Kita memang tak sempurna, tapi saling melengkapi.

Thursday, May 23, 2013

Ujian Darah


Jumaat lepas, aku ke klinik untuk membiarkan darah aku dicuri. Cis. Aku sayang sangat darah dalam badan aku. Apalah daya... Proses kemasukan ke universiti ni nak ujian darah dilakukan. Aku pasrah.

Keputusannya? 


Alhamdulillah. Lega...

Serius cuak masa nak tengok keputusan. Mana lar tahu ada keputusan luar jangkaan. Mungkin berlaku kesilapan. Alhamdulillah, keputusan idaman. 

Ujian darah untuk Hepatitis B, Hepatitis C, dan HIV. Non-reactive. Ceritanya, masa nak ambik darah tu pun sekali je. Kawan yang pergi dengan aku masa tu, kena cucuk dua kali. Sekali cucuk tak keluar darah. 

Alhamdulillah, dipermudahkan urusan...


Cuti Seminggu


Alhamdulillah, segala puji-pujian hanya bagi Allah. Lailahaillallah. Tiada tuhan, melainkan Allah. Jika Dia berkehendak akan sesuatu, Dia berkata 'jadi' maka jadilah. Kun fayakun. 

Beberapa kertas sebelum ni sangat membuatkan aku tertekan. Answerable tapi tak meningkatkan keyakinan langsung. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Aku telah redha, jika kecuaian dalam kertas Unit 1 Biologi sebelum ni adalah harga untuk kelancaran menjawab kertas Unit 1 Kimia, aku akan bayar dengan berlapang dada.

Dan.. harga kecuaian itu telah aku bayar tadi. Alhamdulillah, aku baru saja menamatkan peperiksaan Unit 1 Kimia yang aku boleh kira mudah. Tanpa disangka, di luar jangkaan. Aku hanya ada masa satu hari (semalam) untuk membuat pecutan terakhir dengan tumpuan aku berikan kepada kertas-kertas peperiksaan lalu.

Alhamdulillah, dengan izin Allah, usaha aku berbaloi. Allah mempermudahkan urusan aku. Kertas Unit 1 yang mudah ini boleh membawa dua petanda. Pertama, ini adalah penawar untuk 'racun' kertas praktikal. Atau, petanda kedua, iaitu 'neraka' menanti. The 'hell' is yet to come.

Ini adalah jadual peperiksaan yang berbaki. 


Dua kertas telah berlalu sejak aku tangkap gambar ni untuk diberikan kepada ummi tercinta. 

Terlalu pantas masa berlalu. Separuh pertama peperiksaan akan berakhir esok. Separuh kedua akan bermula selepas cuti rehat selama seminggu. 19 Jun nanti, derita ni akan berakhir. Tak sabar!

Masa untuk tersenyum seketika sebelum esok. Malam tadi aku tak lelap tidur. Tak tahu kenapa. Mungkin otak terlalu memikirkan 'Kimia' hingga terjaga beberapa kali. Sudahlah tidur lewat, tak lena pulak. Memang stres~

Alhamdulillah, urusan dipermudahkan.



Tuesday, May 21, 2013

Akhir Cerita Romantik


Pertemuan itu ketentuan, dan perpisahan itu pasti. Bermula sebuah cerita, pasti berakhir jua nanti. Setiap yang hidup pasti mati. Hanya Allah yang kekal abadi.

Berakhir sudah kisah cinta. Kelab bola sepak dan pengurus yang setia. 26 tahun menyulam asmara. Saat perpisahan sudah tiba.

Perlawanan terakhir Alex Ferguson menjadi memori yang sukar dilupakan. Seri 5-5 dengan West Bromwich Albion di gelanggang lawan. Mendahului 3-0 dan 5-2 belum mencukupi. Hatrik Romelu Lukaku menjadi mimpi ngeri. Alex Ferguson memimpin Manchester United buat kali yang ke-1500. 



The best manager of the century.


Bintang terakhir yang dibeli oleh Alex Ferguson dalam empayar gemilang miliknya. Menghadiahkan satu gol untuk pengurus yang kerjasama antara mereka hanya semusim. 


Dua bintang muda dan seorang legenda yang masih bertahan. Javier 'Chicharito' Hernandez dan Alex Buttner akan terus menerajui jentera United untuk jangka masa yang panjang ketika Ryan Giggs pada usia melebihi 40-an hanya ada semusim saja lagi.


Pakar hantaran jauh dan perancang unggul yang bukan saja sangat terkenal dengan hantaran tepatnya, tetapi juga dikenali kerana ketidakcekapannya dalam melakukan terjahan. Paul Scholes dan kad kuning tidak dapat dipisahkan. Memang lazim Scholes menerima kad kuning walaupun baru beberapa minit masuk menggantikan rakan sepasukan. Malah, memasuki permainan selaku pemain gantian dalam perlawanan terakhirnya, Scholes sekali lagi menerima kad kuning untuk mengakhiri karier gemilang. Typical Scholesy.


Meninggalkan padang buat kali terakhir selaku pengurus Manchester United. Kini United adalah antara kelab terhebat di dunia. Semuanya kerana jasa seorang lelaki yang tidak dikenali sebagai bekas pemain bola sepak, tetapi masyhur selaku pakar taktikal yang ulung dan terbilang. Senarai pengurus yang pernah ditewaskannya sudah lengkap satu ensiklopedia. Dia sudah biasa dengan kemenangan. Dia telah lali dengan kejayaan.

Alex Ferguson, symbol of Manchester United.


Saturday, May 18, 2013

Kisah Laut


Yaaaaa... akhirnya aku nak kongsi jua puisi yang aku dah cipta punya lama. Puisi yang aku cipta ketika mandi di Teluk Sengat, Kota Tinggi, Johor. Seingat aku, waktunya hujung tahun lepas. Aku pulang bercuti bersama keluarga di rumah nenek sebelah ayah. 

Selepas penat bertarung dengan ombak yang tak berapa ganas, main pasir dengan tentera-tentera kecil (sepupu), dan melihat aneka ragam manusia, aku pun mendapat ilham untuk mencipta satu puisi. Memanglah aku tak bawak kertas dan pen untuk mencatat. 

Aku pun hairan, bagaimana aku boleh mengingati semua rangkap yang aku cuma bayangkan. Aku tulis semula secepat mungkin dalam perjalanan pulang dengan menggunakan ruang menaip SMS dan menyimpannya. Telefon bimbit ummi aku jadi mangsa. 

Sebenarnya aku biarkan terperap di bahagian Drafts itu sangat lama. Beberapa bulan kemudian baru aku teringat yakni sebulan lepas. Aku pun salin semula dan hari ni sedia untuk menyampaikan ceritera 'Kisah Laut'. ^_^

Ombak yang menderu
seperti hati bergelora
entah bila 'kan tenang,
jiwa yang berlagu
membawa sejuta cerita
mendamba setulus sayang.

Dalam arus yang deras
ada kisah terungkai
jika kau melihat,
dengan cinta yang ikhlas
bahagia 'kan dituai
luka 'kan terubat.

Begitulah sukma
ibarat butiran pasir
ingin dibelai gelombang,
saat cinta menjelma
ingin kekasih hadir
bila rindu mendatang.

Seperti langit dan laut
tampak bersatu
di hujung mata,
tika hati terpaut
kau dan aku
bersama selamanya.

Rangkap terakhir. Yeah. Kalau kita tengok dari tepi pantai, kita akan lihat nun jauh di hujung mata, langit dan laut bersatu di horizon.

Pasir, pantai, dan ombak mengajar kita sesuatu tentang kasih sayang. Jika, dan hanya jika, kita mahu melihat dengan mata hati.


Realistik


Kawan FB aku pagi tadi 340 orang. Sekarang selepas pembasmian tinggal 223 orang. Jumlah tu selepas beberapa kali tapisan dan akan ada peringkat seterusnya. Kebanyakannya kaum hawa. Aku dah malas nak terlibat. 

Selalu sangat memberi, jarang menerima. Setulus hati pun tahu terluka. 

Aku rasa aku perlu berhenti. Bukan kerana aku tak bersungguh. Tapi aku juga tak terdesak. Kalau cuba sedaya upaya pun, tanpa izin Allah takkan berjaya. Apabila Allah telah menentukan, tiada istilah kebetulan. Kita akan digerakkan menuju takdir.

Walaupun kita tak nak berhenti. Macam mana nak berhenti bila kita dah berusaha terlalu lama? Bukan sikit masa dan tenaga yang dikorbankan. Tapi orang tak hargai pun. Tak pernah nak cuba lihat dengan mata hati. Ego sangat. Macam berdosa sangat ada perasaan.

Kadang-kadang kita TERpaksa berhenti. Ya, kita boleh terus optimistik. Berfikiran positif dan terus mencuba. Tapi kita juga mesti realistik. Benda yang bukan milik kita, takkan jadi milik kita. Makanan depan mulut pun boleh jatuh. 

Sudahlah, aku lelah. Serahkan semuanya pada Allah. Bukan tak ada usaha, cuma tak bisa melawan takdir-Nya. 

Kini aku kian senang berada dalam majlis ilmu, terutama kuliah maghrib. Selepas penat seharian mencari ilmu dunia, perlu ada masa untuk mencari bekalan ke negeri yang abadi bersama sahabat-sahabat yang begitu utuh di jalan perjuangan menegakkan agama Allah. Mereka sahabat yang bercita-citakan impian para penghuni syurga.

InsyaAllah, aku mempersiapkan diri untuk baitul muslim. Dan menjadi seorang lelaki yang lebih baik untuk keluarga, bangsa, agama, dan negara.


Wednesday, May 15, 2013

Reds Trophy


Maaflah penyokong Manchester City, Chelsea, Liverpool, Arsenal, Tottenham. Trofi liga Inggeris milik Manchester United sekali lagi.


King of Manchester.


Legendary passing master.


Champ20n.


Kapten dan ayam tambatan.

"He told us this is the mentality you have to have when I go. Always fight, always want to win." Nemanja Vidic mendedahkan pesanan Alex Ferguson.


Dua legenda bersara. Pengurus dan pemain masyhur yang dibentuk.

"I know it's the right time for me to go." Komen Paul Scholes tentang keputusannya untuk bersara.


Wayne Rooney, mungkin akan meninggalkan Manchester United.


RVP dan trofi liga pertama, hanya semusim setelah meninggalkan Arsenal.

"Only in my wildest dreams could have imagined this." Komen RVP tentang kejayaan musim ini.


Anders Lindegaard dan David De Gea, pengawal gawang United.


Alex Ferguson, tak akan dilihat di tepi padang lagi musim depan.


RVP dan Anderson. Masa depan United.


Rakan sebaya Scholes, Ryan Giggs. Legenda yang akan dikenang selamanya.


De Gea bersama Danny Welbeck. Dua pemain muda yang akan menggalas harapan untuk menyambung kegemilangan era Ferguson.


Vidic bersama Patrice Evra, dua orang ketua pasukan yang berwibawa. Pertahanan yang kental mengekang asakan jentera serangan lawan.

Manchester United, the king of English football.



Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif