Welcome To My Life...

Wednesday, May 15, 2013

Champ20n


Hanya peminat Manchester United faham perkataan 'Champ20n' menggantikan perkataan champion selain '20:13' menggantikan tahun 2013. 

Tanggal 12 Mei, selepas berjaya menumbangkan Swansea 2-1, Old Trafford meraikan juara Liga Perdana Inggeris musim 2012/2013. 


Alex Ferguson yang mengumumkan persaraan gembira dalam perlawanan terakhir di gelanggang sendiri. Old Trafford menjadi saksi karier gemilang seorang pengurus yang begitu mahir dalam mengatur strategi.


Ferguson dan ayam tambatannya di posisi pertahanan tengah. Kapten, Nemanja Vidic bersedia untuk menjulang trofi rebutan setiap pasukan dalam liga. Trofi yang hanya mampu diidamkan oleh Arsenal dan Liverpool yang gagal memecah dominasi Chelsea dan dua gergasi Manchester.


Syaitan Merah, raja bola sepak Inggeris buat kali ke-20. Apa yang sangat manis adalah merampas semula kejuaraan dari Manchester City yang menang dengan cara sangat kejam musim lepas. Manchester painted red, yet again. City telah pun memecat pengurus, Roberto Mancini.


Ferguson menjulang trofi liga Inggeris buat kali terakhir sebelum bersara. Saat terbaik untuk berundur adalah selepas berjaya. Aku setuju, dengan faktor usia, Ferguson telah membuat keputusan tepat. Tak ada guna jika berundur di zaman kejatuhan.



Kepuasan seorang penyerang unggul yang begitu mengimpikan kejuaraan liga Inggeris pertama. Akhirnya, Robin van Persie berjaya menjulang trofi idaman ini selepas membuat keputusan berat untuk meninggalkan Arsenal.

Ferguson telah berundur, begitu juga Scholes. Manchester United akan terus unggul di bawah pimpinan pengurus baru, David Moyes. Ferguson telah meninggalkan skuad muda berbakat untuk dibentuk. Ferguson dan Manchester United akan terus sinonim. Nama Alex Ferguson tak dapat dipisahkan lagi dengan kelab yang diurusnya selama 26 tahun.

Selamat tinggal, Alex Ferguson. Tahniah, Red Devils.


No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif