Welcome To My Life...

Friday, May 31, 2013

Mandi Hujan


Kalau diberi pilihan, antara A dan B, aku akan pilih C. Kalaulah aku ada pilihan tadi sama ada nak mandi hujan ataupun tak, aku pasti akan pilih TIDAK. Tak adanya aku suka-suka nak mandi hujan. TERPAKSA!

Aku pun dah tak ingat kali terakhir aku main hujan dengan kerelaan 47%. Lepas maghrib tadi adalah kejadian terbaru yang tak dapat dielakkan.

Kisahnya, seorang pemuda telah solat berjemaah di masjid yang terletak lebih kurang tiga kilometer dari kolej. Oleh sebab tak ada kenderaan, memang dia telah lali berjalan kaki. Sepasang kaki ni digunakan untuk main futsal, pergi beli makan. Kalau tak guna ke rumah Allah, nak jawab apa depan Allah nanti??

Abaikan bahagian tu. Sekadar menambah perisa cerkon ni. Nak dijadikan cerita, hujan lebat mencurahi bumi Shah Alam lepas solat maghrib. Boleh saja tunggu solat isyak di sana, terdetik di hati pemuda untuk solat di surau kolej saja kerana ada urusan (ulang kaji untuk peperiksaan) memandangkan tiada kuliah maghrib.

Ah, panjang pulak membebel. Mula-mula keluar dari masjid memang berpayung. Kebetulan ada sorang kenalan. Tapi kenalan tu nak berpindah ke masjid lain. Nak tak nak, aku memang kena lari kira-kira satu kilometer. Memandangkan lari atau tidak akan tetap basah jua, aku pun jalan dengan tenang. 

Lama dah tak mandi hujan oii. Dapat jugak merasa basah lencun naik ke bilik di tingkat lima. Apalah nasib... 

Peribahasa asas: Sediakan payung sebelum hujan.

A lesson forgotten is equal to a lesson never learnt.


No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif