Welcome To My Life...

Friday, May 10, 2013

IMU Aku Datang


Alhamdulillah, segala puji-pujian hanya bagi Allah. Semalam, tanggal 9 Mei 2013, satu hari selepas bermulanya peperiksaan A-Level, aku mendapat berita gembira. Aku sudah separuh perjalanan menuju ke IMU. Kenapa separuh?

Awal bulan lepas, aku menghadiri interviu untuk memasuki IMU. Dan semalam keputusannya diumumkan. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Daripada 73 orang pelajar tajaan JPA, hanya 26 orang yang terpilih untuk ditawarkan program berkembar dengan Partner Medical School di luar negara. Alhamdulillah, aku salah sorang dalam kalangan 26 pelajar tu.

Kami tak ada peperiksaan semalam. Sepatutnya semalam adalah hari untuk berehat. Tapi jam 3.30 petang kami perlu berdebar untuk mendengar keputusan yang sangat menggerunkan. Aku datang awal. 12.45 tengah hari aku dah berada di INTEC.

Dipendekkan cerita, debaran kami bersambung apabila jam 3.30 petang, wakil dari IMU baru dalam perjalanan. Pelajar dibenarkan keluar dari dewan oleh ketua program. Tapi 5 minit saja. Lima minit baru berlalu ketika arahan diberikan "be ready in 5 minutes."

Nah, jantung aku kembali berdegup kencang. Pada waktu itu, aku sedang menonton filem 'Langgar'. Tak ada mood nak study. Memang sangat gementar. Gemuruh jiwa, semangat membara. Dan... detik itu tiba jua. Wakil dari IMU masuk diiringi ketua program. Sebaik saja dia mengumumkan hanya 26 orang ditawarkan untuk program ke luar negara, aku semakin cuak.

Perasaan bercampur. Hati memang mahu mendapat tawaran. Tapi kurang yakin dengan kemungkinan yang bakal berlaku. 26 pelajar itu dimaklumkan mempamerkan prestasi outstanding dalam interviu. Apabila dikenang semula interviu aku tempoh hari, memang rasa peluang amat tipis.

Satu demi satu nama disebut. Budak Cina, budak India. Dem. Aku kira dengan jari. Nak tengok peluang aku semakin menipis. Sehingga kiraan 20, aku sudah mula rasa nak nangis. Sungguh, apabila diberitahu hanya 26 orang yang terpilih dari 73 orang pelajar, aku memang tak sangka. Nama ke-24, Muhammad Nazif. Alhamdulillah.

Hanya Allah yang tahu betapa aku sangat bersyukur ketika itu. Sikit lagi nak habis senarai. Apabila difikirkan masih ada lagi nama budak Cina dan India yang belum disebut, aku semakin pasrah. TAPI hati masih berharap. Masih ada harapan untuk tersenarai. And the rest is history.

Nah, untuk umi dan ayah yang tercinta. ^_^


Sem pertama aku cuma dapat 10 mata daripada 15 mata maksimum. Lima mata untuk gred A. Dari tiga subjek yang aku ambil, peperiksaan akhir sem pertama menyaksikan aku cuma mampu gred BCC. Kalau diberitahu pada ketika itu bahawa aku akan tersenarai dalam ranking top 26, aku takkan percaya.

Bukan sedikit usaha aku untuk sampai ke tahap ini. Sem kedua, jumlah mata aku meningkat ke 11. Sem ketiga, dan peperiksaan percubaan sem ini, aku mendapat 14 mata. Masih belum mencapai syarat minimum yang diumumkan semalam.

Untuk mengesahkan tawaran ini, aku perlu mendapat minimum 15 mata. Ya, itulah juga mata maksimum. Lalala. Itulah separuh lagi perjalanan aku untuk menjejakkan kaki di IMU. Aku perlu mendapatkan 15 mata itu dalam peperiksaan A-Level yang sedang berlangsung ketika ini. Peperiksaan seterusnya hari Isnin nanti.


Semalam, aku mendapat semangat untuk berusaha bersungguh-sungguh. Aku tak boleh main-main lagi. Bukan sikit usaha yang diperlukan untuk mencapai jumlah mata maksimum.

Aku rasa ramai yang lebih layak. Hanya tiga orang lelaki Melayu yang terpilih. Aku sorang dari kelas aku. Aku melihat sendiri rakan-rakan aku kecewa. Ya, mereka layak kecewa kerana tak terpilih. Aku sendiri tak tahu nak cerita perasaan menanti nama diumumkan semalam. Fuhh, ngeri.

Semua ini rezeki Allah. Segala puji hanya bagi Allah. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah...


Aku perlu mencapai 15 mata! Ya, Nazif boleh!

InsyaAllah.


No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif