Welcome To My Life...

Tuesday, May 14, 2013

The End of Fergie


All good things must end.

Ferguson started, and he shall end. And yes, he retired.

Dua hari lepas (12 Mei), Alex Ferguson memimpin Manchester United dalam perlawanan liga terakhir di gelanggang sendiri dan United menewaskan Swansea 2-1. Javier Hernandez membuka jaringan sebelum dibalas Michu. Bek tengah, Rio Ferdinand, tanpa disangka menjaringkan gol lewat permainan untuk menghadiahkan kemenangan buat pengurus legenda yang telah bersama United selama 26 tahun.

Perlawanan itu bertambah emosi dengan ianya juga menjadi perlawanan terakhir buat salah sorang bintang yang digilap oleh Ferguson, Paul Scholes yang mengumumkan persaraan berikutan prestasi musim ini yang tidak memuaskan.


Dalam perlawanan terakhir Ferguson, Rio Ferdinand menghadiahkan kenangan manis untuk dikenang bosnya apabila gol itu meneruskan tradisi United yang menjadikan kelab Syaitan Merah ini sangat terkenal. Gol lewat permainan yang sentiasa menggerunkan lawan dan memberikan harapan kepada para peminat bahawa perlawanan belum berakhir. Pemain United hanya berhenti beraksi selepas wisel penamat.


A man who changed the history. Dialah yang melakar sejarah demi sejarah. Aku membesar dengan melihat lelaki tua ini membentuk United menjadi pasukan yang digeruni. Dialah yang membuatkan aku percaya United boleh menang setiap kali beraksi. Dia yang menggilap bintang-bintang ternama dan menyingkirkan sesiapa yang menentangnya. Alex Ferguson, pengurus terbaik sepanjang zaman.

 "He's had a big effect on my career. It's hard to put into words."
-JONNY EVANS-

"Even in the changing room he tried to keep it as normal as possible but in the back of your mind you were thinking this is the last one."
-MICHAEL CARRICK-

"The memories of him that stick out are when I was younger. When I was 13 playing for Salford Boys and looking to the sidelines and there was Sir Alex Ferguson watching."
-RYAN GIGGS-


PAUL SCHOLES. Bintang ternama yang diasah bakatnya oleh Ferguson. Salah sorang Fergie's Fledglings atau Class of '92. Antara sekumpulan pemain muda berbakat yang digunakan oleh Ferguson untuk menguasai era 90-an bersama David Beckham dan raja antara mereka, Ryan Giggs.


Scholes mempersembahkan hantaran tepatnya yang sangat dikagumi kawan dan lawan. Inilah salah satu kehebatan Scholes yang tidak dimamah usia. Jarang sekali Scholes gagal melakukan hantaran tepat dari jarak jauh. Hantaran lambung Scholes merentas padang seperti diukur ketepatannya. Malah, perancang Barcelona, Xavi Hernandez sendiri mengakui Scholes antara pemain tengah terbaik dunia.


Ya, era Alex Ferguson sudah berakhir. Ini bukan lagi khabar angin seperti yang biasa aku dengar setiap tahun. Kali ini ianya realiti. Terima kasih Alex Ferguson untuk memori indah sepanjang aku meniti usia menuju kedewasaan. :')

Ferguson akan sentiasa 'kebal' dalam hati para peminat United. Seorang pengurus yang akan sentiasa diingati kerana membawa United mencipta rekod kejuaraan liga Inggeris terbanyak sepanjang zaman mengatasi Liverpool. 

Well, enough said. All good things MUST end. And another one has ended.


No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif