Welcome To My Life...

Thursday, May 9, 2013

Black 505


Malam tadi, 'tsunami' berlaku di Kelana Jaya. "Suara Rakyat Suara Keramat!"

Lautan manusia tanpa mengira bangsa dan agama bersatu. Ini bukan lagi tsunami Cina seperti dikatakan abang PM. Ini bukan tsunami penduduk bandar. Ini TSUNAMI RAKYAT!

Biar gambar berbicara.


Ada yang kata edit. Komen aku: SAMPAH! Kalau tak tahu apa-apa, jangan nak tuduh sembarangan. Ini memang realiti yang berlaku semalam. Apabila kemenangan rakyat secara adil diragut, rakyat akan bangkit!


Ini tsunami rakyat yang mahukan keadilan.


Siapa aku untuk mengakui kesahihan gambar ini? Aku juga saksi. Seorang saksi yang tidak dapat masuk ke dalam stadium kerana ianya sudah terlalu padat. Aku begitu hampir. Posisi paling hampir aku berjaya sampai adalah di pintu masuk. Sikit lagi. Hanya beberapa meter lagi. 

Aku pulang hampa. Kesesakan jalan raya memang teruk. Malah lalu lintas tersekat apabila kereta diparkir menghalang jalan raya. Rakyat marah... ya, rakyat sangat marah.


No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif