Welcome To My Life...

Thursday, May 23, 2013

Cuti Seminggu


Alhamdulillah, segala puji-pujian hanya bagi Allah. Lailahaillallah. Tiada tuhan, melainkan Allah. Jika Dia berkehendak akan sesuatu, Dia berkata 'jadi' maka jadilah. Kun fayakun. 

Beberapa kertas sebelum ni sangat membuatkan aku tertekan. Answerable tapi tak meningkatkan keyakinan langsung. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Aku telah redha, jika kecuaian dalam kertas Unit 1 Biologi sebelum ni adalah harga untuk kelancaran menjawab kertas Unit 1 Kimia, aku akan bayar dengan berlapang dada.

Dan.. harga kecuaian itu telah aku bayar tadi. Alhamdulillah, aku baru saja menamatkan peperiksaan Unit 1 Kimia yang aku boleh kira mudah. Tanpa disangka, di luar jangkaan. Aku hanya ada masa satu hari (semalam) untuk membuat pecutan terakhir dengan tumpuan aku berikan kepada kertas-kertas peperiksaan lalu.

Alhamdulillah, dengan izin Allah, usaha aku berbaloi. Allah mempermudahkan urusan aku. Kertas Unit 1 yang mudah ini boleh membawa dua petanda. Pertama, ini adalah penawar untuk 'racun' kertas praktikal. Atau, petanda kedua, iaitu 'neraka' menanti. The 'hell' is yet to come.

Ini adalah jadual peperiksaan yang berbaki. 


Dua kertas telah berlalu sejak aku tangkap gambar ni untuk diberikan kepada ummi tercinta. 

Terlalu pantas masa berlalu. Separuh pertama peperiksaan akan berakhir esok. Separuh kedua akan bermula selepas cuti rehat selama seminggu. 19 Jun nanti, derita ni akan berakhir. Tak sabar!

Masa untuk tersenyum seketika sebelum esok. Malam tadi aku tak lelap tidur. Tak tahu kenapa. Mungkin otak terlalu memikirkan 'Kimia' hingga terjaga beberapa kali. Sudahlah tidur lewat, tak lena pulak. Memang stres~

Alhamdulillah, urusan dipermudahkan.



No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif