Welcome To My Life...

Thursday, June 30, 2011

A Long Journey Begins

Entri pilihan : CINTA..


Assalamualaikum.. akhirnya masa telah tiba untuk aku keluar dari zon selesa.. masa untuk aku berdikari dan berdiri di atas kaki sendiri.. selepas 16 tahun berada di Changlun dan tak pernah keluar jauh, sekarang aku WAJIB melakukannya demi masa depan.. 9.45 pagi.. aku akan memulakan perjalanan panjang ke Kajang.. itu bukan pengakhiran perjalananku.. bahkan di sana lar perjalanan aku baru bermula.. perjalanan menuju masa depan.. perjalanan menuju kedewasaan.. the time has arrived.. a long journey will begin..

Kawan2 yang disanjung tinggi, doakan yang terbaik buat aku di sana.. buat senior2 UiTM Shah Alam yang ada blog, sila lar follow blog Marikh aku dengan kesudian yang tulus suci.. hehe.. aku akan memulakan hidup baru di sana.. makan buku, mandi buku, tidur buku.. lepas nie, buku mesti sentiasa kat tangan.. kalau aku blogwalking sekalipun, pasti sambil membaca buku.. begitulah gambaran kesukaran bidang medik.. kui kui..

Arrgghhh.. masa telah semakin hampir.. MASA DEPAN.. aku datang kepadamu dengan hati yang cintakan ilmu.. aku dambakan ketenangan yang abadi di sana dalam perjalananku mencari Tuhan.. selamat tinggal Changlun.. kenangan 16 tahun kita bersama akan kekal terpahat di ingatan.. tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat bermain.. di sinilah aku mengenal kehidupan.. erti hidup, erti cinta, erti sahabat, erti keremajaan.. di sini dunia aku.. aku akan kembali bila tiba masanya..

SMK Bandar Baru Sintok.. bukanlah sekolah kluster dan pastinya tak setanding MRSM.. tapi di sini aku membuktikan di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.. kalau asal benih yang baik, dicampak ke laut menjadi pulau, dicampak ke angkasa menjadi kejora.. insyaAllah.. aku akan menjadi manusia yang berguna.. buat semua guru-guru yang pernah mengajar diri ini, aku ucapkan jutaan terima kasih.. tanpa kalian, aku bukanlah sesiapa..

Kepada rakan-rakanku di sini, aku sayang kalian.. kalian lar yang menghiasi hidup aku selama ini.. tanpa kalian, pasti sunyi hidup aku.. buat si jantung hati, NASJ, terima kasih kerana menjadi sebahagian hidup ini.. pertahankan apa yang kita ada.. buktikan kepada mereka semua di luar sana, kita mampu melakukannya bersama.. lessthanthreeyou.... :)

Panjang pulak coretan aku kali nie.. hehe.. sebelum korang bosan baca, aku ucapkan terima kasih kepada semua follower2 dan shouter2 yang baik hati.. tak lupa pengomen2 yang rajin mencoret di setiap entri aku.. aku sayang korang semua.. tanpa korang, blog Marikh aku akan tandus.. sebenarnya, esok blog nie baru berusia dua bulan.. tengok lar, kalau sempat aku update entri baru.. jangan lar korang sunyikan blog nie.. bila ada kesempatan, aku akan balas jejak dan komen2 korang semua.. i love u all..

Lagu nie untuk semua para pembaca..

















p/s : Feeling so down... :(

Wednesday, June 29, 2011

Harimau Senior Bergaya


Assalamualaikum.. sekalung tahniah dihadiahkan kepada Datuk K. Rajagobal dan barisan anak didik pimpinannya yang menang dalam pusingan pertama kelayakan Piala Dunia 2014 Zon Asia..

MALAYSIA 2-1 TAIWAN

Beraksi di laman sendiri, Malaysia ditekan hebat Taiwan sejak sepak mula perlawanan.. selepas 15 minit, baru perlawanan seimbang.. dan tidak lama kemudian, Malaysia mula mendapat rentak.. namun, hanya selepas kemasukan Abdul Hadi Yahya menggantikan Helmi Remeli, barulah gawang Taiwan berjaya dibolosi.. Abdul Hadi memulakan gerakan yang disudahkan dengan rembatan kencang melencong dari penjuru kotak penalti oleh kapten, Safiq Rahim pada minit ke-28.. kedudukan kekal 1-0 hingga tamat babak pertama..

Bermula babak kedua, Malaysia beraksi garang dan mendapat jaringan kedua melalui tandukan kencang Aidil Zafuan Abdul Radzak berpunca daripada sepakan sudut Safiq Rahim pada minit ke-54.. namun kelebihan dua jaringan Malaysia dipadamkan Chen Po-liang pada minit ke-76 hasil penyudah tajam dalam kotak penalti..

Keseluruhannya, Malaysia beraksi cemerlang.. sesekali penonton dihiburkan dengan permainan menarik dan hantaran kemas.. apabila mereka bermain one-touch football, kelihatan pasukan kita boleh pergi jauh.. tetapi beberapa aspek perlu diperbaiki terlebih dahulu jika mahu berangan ke bintang kejora.. pemain Malaysia tidak boleh melepaskan penguasaan bola dengan begitu mudah.. pasukan Sepanyol terkenal dengan kepakaran mereka menyimpan bola.. jentera serangan juga tumpul dan perlu diperkemaskan.. kecuaian sehingga hilang disiplin ketika bertahan juga perlu dielakkan... hindarkan perasaan terlalu selesa..

Jika aspek-aspek ini diperbaiki, insyaAllah pasukan Malaysia dapat bersaing dengan pasukan hebat yang lain.. kita juara Asia Tenggara.. pemain2 memiliki kualiti yang diperlukan.. skil dan teknik yang baik.. tunjukkan potensi itu 3 Julai nanti.. semoga Malaysia berjaya mara ke pusingan kelayakan seterusnya..

HARIMAU MALAYA , MARI GEGAR TAIWAN !!!

















p/s : Akan ke dunia baru esok....

WW #1 : Guess My Mood

Assalamualaikum..
My first try on Wordless Wednesday (Rabu Tanpa Kata-Kata)..
WW dah lama pun.. baru nak cuba dengan jakunnya.. lalalala..
sebab jeles tak boleh tengok orang lain jakun dengan WW.. haha..


Describe the pic by yourself..
:)

CLUE : Lovey-dovey













p/s : Jeng jeng jeng....

Tuesday, June 28, 2011

Dilema Bekas Kekasih

Kesian dia nie dalam dilema.. haha..

Assalamualaikum..
Aku mulakan entri hari nie dengan satu kata2 yang penuh bererti..

When we are in love we often doubt that which we most believe

Betul tak? Betul kan?? Bila kita angau bercinta, kita selalu ragu dengan orang yang paling kita percaya iaitu orang yang sangat kita cintai.. kita takut sangat akan kehilangan si jantung hati.. takut sangat akan dikecewakan.. maka apa yang dia buat semua serba tak kena.. dia cakap dengan orang yang berlawanan jantina sikit, mula lar kita cemburu.. cemburu tu tandanya sayang kan? Ada orang yang dapat mengawal cemburu, tapi ada orang yang mula lar nak melenting.. huhu..

p/s: betul ke orang cakap. ex sesama ex xbole kawan lagi.coz di kuatiri perasaan sayang yang pernah tercipta itu akan muncul kembali.. huhu...

Betul ke macam tu? Ini lar masalah yang selalunya menimbulkan keraguan dalam hati pasangan dan seterusnya mencetuskan bibit dilema.. sudah tentu kita berasa serba tak kena jika pasangan kita kelihatan mesra semacam dengan bekas kekasihnya.. mungkin akan timbul dialog begini :

Ali : "Biarlah, tak kisah pun!"

Lisa : "Tak ada hak nak cakap apa-apa"

Persoalannya di sini, jujur ke cakap tak kisah? Atau sekadar di bibir saja? Mungkin ada segelintir yang berkompromi serta bertoleransi.. tapi adakah hatinya langsung tidak gusar? Mungkin sama sekali TIDAK.. paling kurang, akan ada sedikit keresahan di hatinya kerana iblis dan syaitan sememangnya suka menimbulkan perasaan was-was dalam hati insan.. maka timbul lar keraguan yang bisa mengakibatkan pertelingkahan..

Norman : "I tengok u dengan si polan rapat sangat"
Abby : "Dia masih kawan i.. tak kan i tak boleh cakap langsung?"

Nak cakap apa lagi? Dalam Islam pun, diharamkan kita memutuskan hubungan sesama manusia...

Semuanya kerana BEKAS KEKASIH.. untuk membantu Ieyza Afieyna dan ramai lagi insan2 di luar sana, adakah bekas kekasih boleh berkawan lagi? Adakah perasaan sayang yang pernah menyatukan mereka dulu akan bercambah semula? Mungkinkah terjadi? Soalan nie subjektif.. tak ada jawapan yang betul.. kita semua ada pandangan sendiri.. bagi aku, risiko mungkin ada.. tapi jika pasangan cuba saling mempercayai, insyaAllah tiada masalah akan berlaku disebabkan oleh DILEMA BEKAS KEKASIH...

YOU READ , YOU DECIDE . . .















p/s : Anda bagaimana ?

Monday, June 27, 2011

Tak Sampai Tujuh Hari


ID Pelajar --> 2011xxxxxx
Penaja --> JPA
Tempat --> Intec UiTM Shah Alam
Kod --> IMD24 : A-Level Medicine

Assalamualaikum.. warrrggghhh.. kurang seminggu lagi sebelum aku mendaftar menjadi pelajar UiTM Shah Alam.. 3 Julai 2011.. sudahkah aku bersedia? Emmmm... soalan paling sukar untuk dijawab abad ini.. kenapa? Sebab aku dah cuti hampir 7 bulan... sejak habis menjawab kertas soalan Biologi pada 8 Disember 2010, aku cuti sakan.. kawan2 sibuk cari pengalaman bekerja, aku habiskan masa 'bina badan' di rumah.. hehe.. bukan tak nak kerja, tapi tak dapat.. isk2.. sekarang rasa berat sangat nak belajar semula, dah lama sangat tinggal buku..

Tapi nak tak nak kena belajar jugak kan.. kalau masa depan tak cerah, mak bapak mana nak bagi aku pinang anak dara dia? Haha.. masa depan.. caps lock.. MASA DEPAN.. orang kata jadi pelajar perubatan nie tak ada kehidupan.. banyak masa dihabiskan untuk baca buku.. study, study, study.. gamaknya gitu lar.. haha.. demi masa depan, akan kukorban jua masa rehatku..

Banyak benda nak kena siapkan nie... apa pun belum kemas.. haha.. malas gila nak masukkan barang2 dalam beg.. apa lar nak jadi? Hihi.. malas tak malas kena lar kemas jugak kan.. okey2, aku nak kemas lar nie...

Berapa hari lagi yang ada?? Yer, tepat sekali..
TAK SAMPAI TUJUH HARI
..















p/s : Nak kemas barang dengan riang.. lalalala..


Beri Hukuman Setimpal


Assalamualaikum... serba salah jadi.. nak cakap ke tidak? Maka aku bercakap lar jugak pasal nie.. ketepikan segala sentimen.. aku bercakap secara neutral.. secara am.. tempoh hari kita tahu trio Datuk T yang menayangkan video lucah pemimpin pembangkang hanya dikenakan denda tak sampai RM3000.. apakah itu setimpal? Sudah tentu tidak.. apalah sangat erti RM3000 bagi mereka yang kaya-raya dan berstatus jutawan... sedangkan seorang pemandu bas dalam kes lainnya pernah dikenakan penjara lima tahun kerana menayangkan video lucah di dalam bas.. mengapa terjadi? Adakah kerana dia bukan ahli politik?

Kita lihat contoh berikutnya.. saman yang dikeluarkan oleh pihak polis juga sama untuk semua individu di Malaysia.. saman dengan nilai yang rendah sudah pasti tidak akan menjadi masalah buat ahli2 korporat dan jutawan2 yang mempunyai duit berbukit-bukit.. saman RM300 bagaikan satu sen saja bagi mereka.. di luar negara pula lain ceritanya.. hukuman diberikan mengikut status kekayaan individu.. lebih kaya seseorang individu itu, lebih tinggi denda yang akan dikenakan.. untuk tidak bercakap kosong, seorang anggota polis di Britain pernah menahan Puteri Diana atau lebih dikenali sebagai Lady D kerana memandu laju.. akibatnya dia menerima ganjaran dan dinaikkan pangkat.. saman yang diberi pula bernilai jutaan ringgit..

Inilah yang dikatakan hukuman setimpal.. agar denda dan hukuman ini menjadi pengajaran berguna buat setiap individu untuk tidak mengulangi kesalahan yang dilakukan.. ketepikan sentimen politik.. seperti prinsip Undang-Undang Rom yang menjadi asas perundangan pada hari ini, semua manusia sama di sisi undang-undang.. tidak ada pengecualian.. yang bersalah WAJIB tetap bersalah..

YOU READ, YOU DECIDE
















p/s : Widget follower tak nampak lagi.. aduhai....

A Miles Away

SUMBER : Badminton World Federation

Assalamualaikum... sekalung tahniah diucapkan kepada raja badminton negara, Datuk Lee Chong Wei atas kejayaan beliau menjuarai Terbuka Indonesia 2011 untuk kejuaraan keempatnya di Istora Senayan.. untuk rekod, Chong Wei menjadi pemain ketiga yang memenangi tiga kejuaraan Terbuka Indonesia berturut-turut (2009-2011) selepas Ardy Wiranata (1990-1992) dan Taufik Hidayat (2002-2004).. dalam final perseorangan lelaki semalam, Chong Wei hanya memerlukan 31 minit untuk menumbangkan Peter Gade Christensen dari Denmark 21-11 21-7..

Bagi aku, Chong Wei berada satu kelas jauh di atas para pencabar yang lain.. hanya seorang pemain yang berada satu tahap di atas Lee Chong Wei iaitu pencabar terhebatnya, Lin Dan.. jika Lin Dan bermain pada tahap terbaiknya, Lee Chong Wei harus bekerja keras untuk menang.. tetapi itu tidak mustahil kerana zaman berganti.. siapa tahu satu hari nanti akan muncul seorang lagi pemain Malaysia sehebat Lee Chong Wei.. pembangunan di peringkat akar umbi harus giat dijalankan..















p/s : Sentiasa menyokong pemain Malaysia...

Saturday, June 25, 2011

Segmen Nak Tau Rahsia Tak?

[entri segmen.. scroll down untuk entri maut..]

Assalamualaikum.. well.. malam nie aku join segmen lagi.. macam yang aku pernah cakap.. kalau nak tarik aku join segmen, pastikan syarat mudah jer.. aku tak suka rumit2.. tambah2 dengan butang "HATE" fb yang aku benci kuasa tiga puluh sembilan ratus.. haha.. nak shawl contest lar, photo contest lar.. okey2, cukup setakat tu.. aku nak ajak korang join satu segmen.. takde paksaan.. nak join pun bagus jugak.. sebab mudah jer segmen nie..

Sila klik banner dengan gelojohnya untuk join sama.. hihi..

Syarat-syarat :
1. Buat entri tajuk "Nak Tau Rahsia Tak?"
2. Letak banner dan link kan ke entri tu..
3. Pilih status di entri tersebut.. (nak tau, sila baca sendiri..^_^)
4. Beri sebab yang simple..
5. Tinggalkan link entri di bahagian komen..

Okey.. cik Myhatiku, saya pilih bloglist "Saya Gula-Gula Kapas" sebab saya suka sangat bantu-membantu sesama blogger.. bukan susah pun kan.. kita ramaikan sahabat..

Jom terjah cik myhatiku laju-laju! ^_^
















p/s : Tak suka kerumitan.. hoho..

Orang Korea Minat Rabbani

entri rujukan : K-Pop Membadai Malaya..

Assalamualaikum... aku tengok fenomena K-Pop semakin menjadi-jadi melanda Malaysia bagaikan tsunami.. okey, aku negatif sikit.. sebab aku tak faham apa artis2 Korea tu membebel masa diorang menyanyi.. Usop Wilcha mesti marah aku kalau baca nie.. "tu lar kamu tak belajar Korean education".. haha.. tak belajar pun tak apa lar Incik Ucop.. kalau belajar budaya kerja mereka yang menjadikan mereka negara maju, aku sanggup.. tapi kalau setakat belajar bahasa Korea nak nyanyi lagu, kirim salam jer..

Aku tengok blog belia pompuan Malaysia semakin banyak yang penuh dengan identiti, lagu dan gambar artis serta pelakon Korea kegemaran diorang.. wahhh.. kan bagus kalau ada blog yang letak identiti Faizal Tahir.. tak pun Rabbani.. haha.. aku tak kata semua.. tapi banyak.. tak percaya? Aku dah merantau ke ceruk2 pedalaman blog.. ada jugak sikit2 dengan fenomena Mat Bibir.. pantang comel sikit, segak sikit, mula lar nak meracau orang2 fomfuan nie.. "auwww, kacak, kacak, kacak! Sejuta kali kacak!".. haha..

Cuba tengok orang2 Korea kat bawah nie minat artis Malaysia..

Siap buat sidang media lagi.. haha..

Tersengih-sengih nampak artis Malaysia.. hahaha..

Kemain seronok dapat hadiah daripada Aizat.. gelak guling2.. haha..

Wahh.. dia minat Noh Hujan.. hoho..

Sampai cam gitu muka dia terbayang artis Malaysia.. hehe..

Haha.. gurau2 petang saja.. kan malu kalau betul macam nie.. orang Korea pun minat artis Malaysia.. haha.. minat tu tak salah.. suka hati korang lar nak minat kecomelan diorang tu.. kekacakan diorang.. kecantikan diorang.. aku tak kisah.. ada orang minat Mat Bibir.. ada orang minat Usher.. usher?? Haha.. selera lain2 kan.. tapi jangan lar sampai terlampau taksub.. tak payah lar ber"annyeong" dengan aku.. meluat mak, nyah.. tak selera aku dengar korang tulis bahasa Korea.. cakap "Assalamualaikum" kan bagus.. hihi.. gurau2 petang.. jangan marah yer peminat2 K-Pop sekalian.. apa dia? K-Poppers? Hahahahahahaha.. sokonglah industri muzik kita..

YOU READ , YOU JUDGE , YOU DECIDE

Peace yaww.. wassalam.. :)
















p/s : Nak bersiar-siar ke dunia blog...

Maharaja Lawak Minggu Akhir

1. Sepah, 2. Jozan, 3. Nabil, 4. Jambu

Assalamualaikum.. lalala.. Maharaja Lawak telah berakhir.. dan keputusan semalam sama seperti gambar yang telah aku susun dalam entri ini.. adakah gambar aku susun menjadi satu sumpahan? no comment.. hihi.. tahniah diucapkan kepada Maharaja Lawak Malaysia yang pertama, Sepah.. sememangnya dengan konsistensi mereka, Sepah layak bergelar juara..

Sembang panjang2 tak ada guna.. persaingan dah tamat.. mari kita fokus kepada aksi mereka di pentas akhir semalam, bermula dengan peserta di tangga keempat ..cer tengok, cer tengok~

Keempat - JAMBU

Bahagian pertama.. rating 5/10..


Bahagian kedua.. bersama Zila Bakarin.. rating 7/10..


Ketiga - NABIL

Bahagian pertama.. rating 7/10..


Bahagian kedua.. rating 6/10..


Naib Juara - JOZAN
Bahagian pertama.. rating 7/10..


Bahagian kedua.. rating 9/10..



Juara - SEPAH

Bahagian pertama.. rating 9/10..


Bahagian kedua.. rating 8/10..


Keseluruhannya, persembahan peserta di minggu akhir sangat memuaskan.. sememangnya menghiburkan.. mereka layak berada di pentas akhir.. tahniah kepada juara yang baru ditabalkan iaitu SEPAH.. tahniah kepada NABIL yang menerima hadiah wang tunai paling banyak secara individu.. tahniah kepada finalis JOZAN dan JAMBU.. tahniah juga kepada semua para peserta lain yang turut bersaing dari minggu pertama.. korang telah berusaha untuk menghiburkan kitorang semua.. aku mewakili semua rakyat Malaysia ingin mengucapkan terima kasih kerana menyerikan hidup kami selama 13 minggu.. sekian.. majulah lawak untuk negara.. assalamualaikum... :)
















p/s : Habis madu, Sepah tak habis-habis...

Friday, June 24, 2011

Segmen Abg Yen : Jom Promosikan Blog Anda


Klik header untuk join

Assalamualaikum.. weee.. aku join segmen pulak.. lepas nie nak ada segmen sendiri lar pulak.. hihi.. Abe Yen nak promosi blog.. moh lar kita join reramai.. bukan rugi satu sen pun.. harap2 dapat lar curi sikit trafik datang ke blog picisan aku.. huhu.. cepat2.. tutup pukul 9 malam nie..














p/s : Segmen aku boleh dapat sambutan ke? haha..

Prebiu Maharaja Lawak Minggu Akhir

Assalamualaikum.. Gelanggang Akhir Maharaja Lawak akan bersiaran secara langsung dari Stadium Malawati, Shah Alam, pada pukul 10 malam ini.. para peminat Maharaja Lawak pastinya ternanti-nanti saat ini selepas 13 minggu para peserta berentap..

Gelaran yang menjadi rebutan


Hanya satu yang akan dimahkotakan

Malam ini segala misteri akan terungkai.. segala persoalan akan terjawab.. raja segala raja lawak atau Maharaja Lawak Malaysia akan dimahkotakan.. gelaran menjadi rebutan empat peserta pilihan ramai iaitu Jozan, Sepah, Nabil dan Jambu.. semua memiliki kelebihan masing-masing.. Jozan yang serba boleh, Sepah yang konsisten, Nabil yang bijak, dan Jambu dengan kepakaran mimik muka.. walaupun Jozan menjadi pilihan hangat, para pencabar lain juga tidak kurang hebatnya terutama Sepah.. yang terbaik akan menjadi maharaja..

Siapa pilihan anda?
JOZAN? SEPAH? NABIL? JAMBU?


IKLAN SEPULUH SAAT

Eh, Cik Lily promote saya.. hihi.. thanks Lily..
Tengok SINI..
Sudi2 lar terjah beliau yer..
kita ramaikan sahabat.. berkawan biar beribu.. ^_^















p/s : Teringin nak jadi maharaja...

Harimau Malaya Mengaum

SUMBER : Utusan Malaysia

Assalamualaikum.. setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada pasukan bola sepak bawah-23 tahun Malaysia yang berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir kelayakan Sukan Olimpik 2012 zon Asia.. walaupun beraksi dengan 10 pemain, Malaysia menunjukkan kesungguhan dan keazaman untuk kembali menjejakkan kaki ke Sukan Olimpik selepas 39 tahun.. ribuan penonton di Stadium Nasional Bukit Jalil menjadi saksi aksi hebat yang dipamerkan anak-anak buah Ong Kim Swee..

MALAYSIA 2-1 LUBNAN

Menarik.. itulah yang boleh digambarkan dengan aksi Malaysia pada babak pertama.. gol pertama dijaringkan seawal minit ketujuh melalui Irfan Fazail yang menjaringkan gol dengan teknik yang mengagumkan.. Malaysia terus menguasai perlawanan namun terselamat apabila rembatan Mohamad Haidar terkena tiang gol.. dan Wan Zack Haikal menjadikan kedudukan lebih selesa pada minit ke-41 apabila menyudahkan hantaran bijak daripada Gary Steven Robbat.. tetapi sepanjang babak kedua Malaysia terpaksa bertahan apabila Gary dibuang padang pada awal babak kedua..

Chadie Atie merapatkan kedudukan pada minit ke-64 dan menyebabkan debaran buat semua penonton Malaysia kerana jika Lubnan menyamakan kedudukan, Malaysia akan tersingkir.. ini kali pertama aku berdiri kerana terlalu gemuruh menyaksikan kehangatan perlawanan apabila Lubnan mengasak bertalu-talu dengan kelebihan seorang pemain.. aku percaya seluruh Malaysia menyaksikan dengan penuh minat perlawanan semalam.. bola sepak telah menyatukan semua penduduk Malaysia.. :)

Beberapa aspek masih perlu dititik beratkan.. Malaysia takut untuk bermain dengan 10 pemain.. pasukan gergasi Eropah biasanya tidak membuang bola begitu saja apabila merampas posesi.. sebaliknya mereka menyimpan bola sedaya-upaya.. itu yang perlu diambil berat.. Gary juga nampak tidak profesional apabila melakukan terjahan kasar pada minit pertama perlawanan.. akibatnya kad kuning kedua pada awal babak kedua menyebabkan dia dibuang padang.. rakan-rakannya yang menjadi mangsa, terpaksa bertahan bermati-matian.. Wan Zack Haikal juga tidak perlu bertindak balas dengan melakukan kekasaran terhadap pemain lawan yang tidak mempunyai semangat kesukanan.. kad kuning yang sia-sia..

Keseluruhannya, aksi pemain Malaysia sangat mengagumkan.. tempoh hari aku bantai permainan diorang.. tapi kali nie aku mahu puji komitmen semua pemain yang beraksi.. tahniah Khairul Fahmi, Afisze, Zubir, Muslim. Fadhli, Fandi, Wan Zack, Gurusamy, Gary, Irfan, Syahrul Azwari, Wan Zaharulnizam, Shukur dan Izzaq.. semua pemain Malaysia wajar mendapat pujian apabila bertahan dengan kental selepas Gary dibuang padang.. mereka merapati pemain lawan dan menutup segala ruang yang ada.. cuma gol Chadie tidak dapat dielakkan.. disiplin pemain Malaysia ketika bertahan sangat2 berkualiti..

Malah taktikal melengahkan permainan juga bijak.. Khairul Fahmi merebahkan badan apabila menangkap bola.. Wan Zaharulnizam dan Izzaq Faris juga bertindak pintar membawa bola ke sudut padang ketika permainan berbaki beberapa minit.. selain itu, apabila pemain Lubnan menyerang, pemain Malaysia sentiasa menyepak bola jauh ke kawasan lawan.. haha.. memang kelakar.. semua pemain Malaysia menyerlah terutamanya K.Gurusamy... tahniah MALAYSIA!!

MALAYSIA: Khairul Fahmi Che Mat, Mohamad Muslim Ahmad, Mohd. Affize Faisal Mamat (Wan Zaharulnizam Zakaria), Mohamad Fadhli Mohd. Shas, Mohd. Irfan Fazail (Izzaq Faris Ramlan), Syahrul Azwari Ibrahim (Abdul Shukur Jusoh), Gurusamy Govandar Kandasamy, Gary Steven Robbat, Muhammad Zubir Mohd. Azmi, Wan Zack Haikal Wan Nor, Mohamad Fandi Othman.

LUBNAN: Mohamad Dakramanji, Jad Noureddine, Mohamad Haidar, Omar Ouaida, Nour Mansour, Haytham Faour, Ali Bazzi, Chadi Atie (Mustapha Chahine), Kassem Leila, Mahmoud Kojok, Abdallah Taleb


Malaysia ialah satu-satunya pasukan daripada Asia Tenggara yang mara ke pusingan akhir melibatkan 12 pasukan yang akan dibahagikan kepada tiga kumpulan.. perlawanan berformat timbal balas akan berlangsung daripada 21 September 2011 hingga 14 Mac 2012.. semoga berjaya Harimau Malaysia.. wassalam... :)
















p/s : Debaran masih bersisa...

Thursday, June 23, 2011

Cadangan Rebiu Blog


Assalamualaikum.. malam2 nie aku nak update ringkas jer... tempoh hari aku ada buat segmen rebiu Blogger Bertuah untuk follower2 dengan nombor bertuah yang unik.. ramai yang beri respons positif dan nak aku rebiu blog diorang jugak.. aku tak reti nak cakap "TIDAK" kat orang.. aku kan baik.. haha.. okey, tu perasan sorang2 jer.. sebelum aku merepek lagi panjang, aku nak umumkan tujuan aku buat entri nie.. aku nak mintak cadangan korang2 yang baik hati dan segak2 belaka.. macam mana korang nak aku adakan segmen nie? Terhad kepada berapa orang? Tak mampu lar aku nak rebiu semua follower aku.. huhu..

Sila berikan cadangan yang bernas yer.. kat sini tak ada siapa yang betul dan salah.. bukan soalan objektif.. cuma aku nak tengok imaginasi dan fantasi korang.. hihi..

Haaa.. korang boleh terjah Cik Normala..
Dia promote aku kat SINI.. thanks Cik Normala.. ^_^

Header Cik Normala dan cik abang sayang..

Bukan aku nak suruh korang promote aku.. hehe.. moralnya, buat baik dibalas baik kan.. sila lar terjah Cik Normala sekarang.. follower beliau sekarang 201.. jom lar kita tambah kawan.. tunggu apa lagi?? :)

Jangan lupa tinggalkan cadangan korang untuk segmen aku di ruangan komen..
wassalam..
















p/s : Menaip sambil tengok bola Malaysia vs Lubnan..


Contest : Header Saya Cantik

Assalamualaikum.. wahhh.. hari ini dalam sejarah.. aku join contest.. hihi.. bukan apa.. aku alergik sikit dengan contest, segmen, bloglist nie... bukan sebab aku tak nak sokong blogger.. tapi syarat2 segala bagai macam urusan kahwin pulak.. rumit.. nak kena like fan page dia lar.. apa lar.. WAJIB pulak tu.. aku dah lar tak suka dipaksa kan? hoho.. jadi oleh sebab syarat yang tak terlalu sukar, aku join lar contest nie.. bukan kerana hadiah.. topik contest nie agak menarik.. tahniah kepada tuan blog kerana berjaya memujuk aku menyertai contest diorang..

Sila klik banner untuk turut serta..

Syarat2 Penyertaan

1. Copy banner di atas..
2. Letak banner korang sendiri.. Size bebas..
3. Kalau takde banner, header pun jadi..
4. Tajuk entri (Contest : Banner/Header Saya Cantik)
5. Cerita sikit apa makna banner/header korang..
6. Ajak sesiapa yang nak join..
7. Hantar ke link contest sebelum 11.59PM 27 Jun 2011..
8. Digalakkan follow blog.. (TIADA PAKSAAN)
9. Dialu-alukan like fan page FB.. (TIADA PAKSAAN)

Jadi sekarang, aku nak cerita apa makna header di bawah nie kepada aku.. nie header sulung aku.. daripada follower aku zero sampai lar sekarang.. apa makna di sebalik ciri2 yang memenuhi header aku nie?? Sangat bermakna tau bagi aku.... ^_^

1. Aku pilih tajuk "Nazif Life Story" kerana blog ini menjadi saksi kisah perjalanan hidup aku.. bukan lar diari harian yang aku isikan penuh kisah peribadi.. tapi apa yang aku lalui sepanjang hari dan membawa aku kepada penulisan entri.. aku tak banyak ambik daripada sumber lain.. kebanyakannya asli.. kecuali aku rasa perlu, baru aku ambik, dan backlink kepada sumber tersebut.. selebihnya, berkisarkan kisah hidup seorang aku..

2. Objek dalam header tersebut sangat bererti bagi aku kerana itulah hadiah sulung buat si jantung hati yang aku bagi masa kali pertama aku sambut hari lahir dia dua tahun lepas.. dan alhamdulillah, hubungan kami masih berkekalan hingga sekarang nie walaupun tanpa sebarang ikatan rasmi.. objek nie pernah jatuh dan patah tapi si dia sanggup cantumkan balik pakai gam gajah.. oleh sebab itulah aku sangat sayangkan objek nie.. huhu..

3. Di sebalik objek itu juga, aku menyembunyikan obsesi aku kepada "CINTA" dalam perkataan "LoveYou".. aku tak suka gaduh2 sebenarnya.. aku nie cintakan keamanan dan kedamaian.. aku bencikan peperangan dan pertelingkahan.. aku tak suka tengok manusia berbunuh-bunuhan.. aku cukup rasa puas jika elemen CINTA tu aku dapat salurkan kepada pembaca2 blog aku nie...

4. Gambar tu pulak aku jadikan header sebab ia ditangkap sendiri oleh gadis-masa-depan aku.. itu menunjukkan betapa dia sangat menghargai pemberian sulung aku.. aku terharu lar.. aku muka ganas, dalam hati ada taman.. hoho.. itulah erti gambar itu kepada aku sampai aku jadikan ia sebagai header..

5. Tagline "It's where the dreams begin" pulak aku pilih sebab aku obses kepada kuasa mimpi.. macam dalam lagu Laskar Pelangi (Nidji).. mimpi adalah kunci untuk kita menaklukkan dunia.. jadi aku rasa puas jika aku berjaya menimbulkan bibit2 mimpi kepada para pembaca blog aku.. aku harapkan membaca blog aku dapat memulakan mimpi seseorang.. itulah yang memuaskan aku sebagai seorang blogger..

6. Okey.. "A Guy From Mars".. Lelaki Dari Marikh.. sebabnya aku nie 'pelik'.. bukannya aku nie berasal daripada planet Marikh.. pelik bukan lar aku nie pakai seluar dekat kepala atau selipar dekat tangan.. tu buang tebiat namanya.. kih2.. pelik nie dalam erti kata lain, lain daripada yang lain lar.. aku tak ikut arus blogger lain.. aku menongkah arus.. susah nak cerita.. memang pelik lar.. pelik kan jawapan aku? ^_^


Haha.. amik kau.. nie lar semangat pendam selama dua bulan.. kemain lagi aku cerita berkobar-kobar... pemilik contest nie suruh cerita sikit jer pasal header.. aku bukan reti cakap pendek2.. kalau diberi peluang, nie lar hasilnya.. hihi.. tak bajet bagus pun nak menang.. orang lain ramai yang lagi hebat2 diorang punya header.. aku cuma bercerita pasal header aku macam yang disyaratkan.. kalau ada rezeki tu, syukur alhamdulillah lar... dan lagi, aku saja nak senyum dan gelak sorang2 bila baca entri nie balik suatu hari nanti.. hehe.. just enjoying my simple life.. peace yaww!! wassalam...














p/s : Best jugak join contest nie... haha..


Aku Bukan Nazli

Assalamualaikum.. mula2 aku rasa nak buat tak tahu jer bila ada sorang hamba Allah panggil aku Nazli.. mungkin dia tersilap.. tapi bila dah mula ramai yang terkeliru panggil aku Nazli, aku rasa macam satu keperluan nak betulkan kesilapan tu.. mungkin diorang terkeliru dengan tajuk URL blog aku nie dan membaca begini :

http://nazlifestory.blogspot.com

Jadi adakah diorang membaca tajuk URL tu sebagai Nazli Festory? hahaha.. semalaman aku gelak.. URL tu sepatutnya dibaca begini :

http://nazlifestory.blogspot.com
URL tu sebenarnya ialah Naz Life Story.. Naz adalah kependekan daripada nama aku.. nama penuh aku di MyKad ialah Muhammad NAZIF.. dan bukannya Mohamad NAZLI bin Sameon atau Siti NAZLI binti Ucop Wilcha.. hehe..

Korang tak percaya ada orang keliru? Aku tak cakap kosong..

CIK NURUL MADU :)
Thanks Cik Nurul follow saya.. tapi saya bukan Nazli.. huhu..

NURD CULLEN :)
Kemain lagi awak cakap Korea yer.. sekali salah nama daaa.. haha..

Aku terfikir dan tertanya-tanya lar.. kenapakah mereka keliru? Nie mesti kes masuk terus cari kotak jerit nie.. saudari, usha sama header aku yang romantik + jiwang karat gitu.. penat aku design siap ada tanda LELAKI DARI MARIKH lagi.. hihi.. sekali diorang skip jer header aku.. sob2.. nampak tak apa yang aku nampak dalam bulatan biru??

NAZIF Life Story.. bukan NAZLI Life Story.. hoho..

Kesimpulannya, aku bukan lar nak marah.. tak perlu mintak maaf.. aku anggap hal kecik jer.. rasa macam kelakar pulak.. kepada Cik Nurd Cullen dan Cik Nurul Madu, saya mintak maaf sebab pinjam jeritan korang di kotak jerit.. jangan sumpah2 Lelaki Dari Marikh yer.. aku bergurau jer.. aku harap tak ada orang silap dah lepas nie.. sekian dulu.. aku nak sambung gelak.. peace yaww!! wassalam..















p/s : Hahahahahahaha...

Wednesday, June 22, 2011

Blogger Bertuah #3

Assalamualaikum.. aku teruskan lagi siri Blogger Bertuah selepas siri sebelumnya... jadi mari kita terjah 5 blogger yang bertuah mendapat nombor giliran yang unik.. hihi.. jadi follower2 aku yang lain jangan marah pulak.. kalau korang nak aku rebiu, nanti aku buat siri lain ataupun segmen.. kalau ada cadangan dan permintaan lar.. kui3.. tempoh hari novelis Cik Liyana Zahim nak jugak main rebiu2.. tak gitu Cik Liyana? ^_^

Moh kita terjah diorang nie secara berjemaah.. :)

FOLLOWER KE-1111
Amallina

Follower dengan quadruple of 1.. lepas nie 2222 pulak.. berganda tu.. huhu.. tahniah kepada Cik Amallina sebab dapat #1111.. header beliau simple, tak kompleks sangat.. latar blog beliau putih suci.. tak banyak sangat warna2.. hitam putih.. damai saja blog beliau.. widget follower kat atas.. kotak jerit boleh tekan kat tepi, nanti muncul.. semua tersusun cantik.. nak komen pun keluar pop-up window.. senang.. jadi korang sampai sana boleh tambah follower yang ketika ini 911 (ketika aku menaip).. to Amallina : keep blogging ! :)

FOLLOWER KE-1122
Huda

Tahniah kepada Cik Huda sebab dapat double one double two (#1122).. nice number.. header beliau macam kat atas nie, sangat cun.. ada anak kucing.. hihi.. latar blog putih jugak, suci jer.. kotak jerit kat kanan, widget follower bawah header.. cantik sangat dah tu.. lagu Perfect Two pun ada.. tapi nak komen, kena bukak new tab pulak.. cadangan aku, Huda boleh ubah tetapan kepada pop-up window untuk komen.. bukan apa, menyenangkan orang yang line internet perlahan macam siput tua.. jangan marah ya Huda... hehe.. follower beliau sekarang 125, mari kita ramaikan.. to Huda : never-say-stop-to-blog.... :)

FOLLOWER KE-1133
Emma

Tahniah kepada Cik Emma kerana dapat nombor double one double three.. bila masuk blog beliau, kita dapat tengok header comel nie yang memberi amaran bahawa beliau adalah orang utara.. hihi.. semuanya okey.. ada dua lagu bersilih ganti.. kotak jerit boleh keluar bila tekan kat kanan, butang follow ada kat atas kotak jerit (jangan buat2 tak nampak).. huhu.. cuma nak komen kena refresh pulak.. nasihat saya kepada Cik Emma, guna pop-up window untuk komen.. senang buat orang yang line internet tak laju.. sama jugak macam Cik Huda kat atas.. jangan marah, ini cuma cadangan .. to Cik Emma : keep on updating your blog.. :)

FOLLOWER KE-1144
Srie

Tahniah juga buat Cik Srie kerana dapat double one double four.. cun kan nombor? hoho.. blog Cik Srie pun menarik.. header ada gambar Domo-kun yang menandakan Cik Srie dah dijangkiti virus Domo.. hihi.. latar pun tenang, tak menyeksakan mata.. lagu pun ada.. nak komen, pakai pop-up window.. sangat membantu.. follower beliau sekarang 266.. cuma kalau boleh, Cik Srie naikkan sikit widget follower dan kotak jerit sebab itu yang dicari oleh blogger yang datang melawat.. ini cuma nasihat.. tak ikut pun tak apa.. hehe.. to Cik Srie : blogging till you die.. :)

FOLLOWER KE-1155
Stellaizz


Dan tahniah jua buat Cik Stellaizz.. double one double five.. ejen 1155.. haha.. header Cik Stella cun.. latar pun menenangkan.. warna kelabu dan ada bunga2 lagi tu.. widget follower ada bawah header.. sekarang follower cik Stella 98 orang.. kotak jerit kat atas jugak.. lagu pun tak ada.. tak sesak telinga.. hihi.. semua cantik.. cuma kalau boleh, nak bagi orang komen, guna pop-up window berbanding sekarang kena refresh.. nanti mengamuk orang yang blogwalking dengan line internet yang tenat tahap gaban.. sekadar nasihat Cik Stella yer.. jangan sumpah2 Lelaki Dari Marikh.. huhu.. to Cik Stella : blogging always.. :)


Haaa.. dah siap pun.. fuhhh.. penat jugak usha sana sini.. siap pun rebiu.. jadi korang yang belum kenal blogger2 di atas, aku nasihatkan sila terjah diorang yer.. mari kita ramaikan sahabat.. bukan susah pun.. blogwalking berjemaah.. kita hidup sebagai blogger nie, kena bantu blogger lain, betul tak? Sekarang kita tolong orang.. nanti orang tolong kita pulak.. huhu.. sekian dulu..wassalam..

MORAL OF THE ENTRY
Hidup kena saling membantu.. ^_^
















p/s : Suka membantu.. :)

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif