Welcome To My Life...

Friday, June 24, 2011

Harimau Malaya Mengaum

SUMBER : Utusan Malaysia

Assalamualaikum.. setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada pasukan bola sepak bawah-23 tahun Malaysia yang berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir kelayakan Sukan Olimpik 2012 zon Asia.. walaupun beraksi dengan 10 pemain, Malaysia menunjukkan kesungguhan dan keazaman untuk kembali menjejakkan kaki ke Sukan Olimpik selepas 39 tahun.. ribuan penonton di Stadium Nasional Bukit Jalil menjadi saksi aksi hebat yang dipamerkan anak-anak buah Ong Kim Swee..

MALAYSIA 2-1 LUBNAN

Menarik.. itulah yang boleh digambarkan dengan aksi Malaysia pada babak pertama.. gol pertama dijaringkan seawal minit ketujuh melalui Irfan Fazail yang menjaringkan gol dengan teknik yang mengagumkan.. Malaysia terus menguasai perlawanan namun terselamat apabila rembatan Mohamad Haidar terkena tiang gol.. dan Wan Zack Haikal menjadikan kedudukan lebih selesa pada minit ke-41 apabila menyudahkan hantaran bijak daripada Gary Steven Robbat.. tetapi sepanjang babak kedua Malaysia terpaksa bertahan apabila Gary dibuang padang pada awal babak kedua..

Chadie Atie merapatkan kedudukan pada minit ke-64 dan menyebabkan debaran buat semua penonton Malaysia kerana jika Lubnan menyamakan kedudukan, Malaysia akan tersingkir.. ini kali pertama aku berdiri kerana terlalu gemuruh menyaksikan kehangatan perlawanan apabila Lubnan mengasak bertalu-talu dengan kelebihan seorang pemain.. aku percaya seluruh Malaysia menyaksikan dengan penuh minat perlawanan semalam.. bola sepak telah menyatukan semua penduduk Malaysia.. :)

Beberapa aspek masih perlu dititik beratkan.. Malaysia takut untuk bermain dengan 10 pemain.. pasukan gergasi Eropah biasanya tidak membuang bola begitu saja apabila merampas posesi.. sebaliknya mereka menyimpan bola sedaya-upaya.. itu yang perlu diambil berat.. Gary juga nampak tidak profesional apabila melakukan terjahan kasar pada minit pertama perlawanan.. akibatnya kad kuning kedua pada awal babak kedua menyebabkan dia dibuang padang.. rakan-rakannya yang menjadi mangsa, terpaksa bertahan bermati-matian.. Wan Zack Haikal juga tidak perlu bertindak balas dengan melakukan kekasaran terhadap pemain lawan yang tidak mempunyai semangat kesukanan.. kad kuning yang sia-sia..

Keseluruhannya, aksi pemain Malaysia sangat mengagumkan.. tempoh hari aku bantai permainan diorang.. tapi kali nie aku mahu puji komitmen semua pemain yang beraksi.. tahniah Khairul Fahmi, Afisze, Zubir, Muslim. Fadhli, Fandi, Wan Zack, Gurusamy, Gary, Irfan, Syahrul Azwari, Wan Zaharulnizam, Shukur dan Izzaq.. semua pemain Malaysia wajar mendapat pujian apabila bertahan dengan kental selepas Gary dibuang padang.. mereka merapati pemain lawan dan menutup segala ruang yang ada.. cuma gol Chadie tidak dapat dielakkan.. disiplin pemain Malaysia ketika bertahan sangat2 berkualiti..

Malah taktikal melengahkan permainan juga bijak.. Khairul Fahmi merebahkan badan apabila menangkap bola.. Wan Zaharulnizam dan Izzaq Faris juga bertindak pintar membawa bola ke sudut padang ketika permainan berbaki beberapa minit.. selain itu, apabila pemain Lubnan menyerang, pemain Malaysia sentiasa menyepak bola jauh ke kawasan lawan.. haha.. memang kelakar.. semua pemain Malaysia menyerlah terutamanya K.Gurusamy... tahniah MALAYSIA!!

MALAYSIA: Khairul Fahmi Che Mat, Mohamad Muslim Ahmad, Mohd. Affize Faisal Mamat (Wan Zaharulnizam Zakaria), Mohamad Fadhli Mohd. Shas, Mohd. Irfan Fazail (Izzaq Faris Ramlan), Syahrul Azwari Ibrahim (Abdul Shukur Jusoh), Gurusamy Govandar Kandasamy, Gary Steven Robbat, Muhammad Zubir Mohd. Azmi, Wan Zack Haikal Wan Nor, Mohamad Fandi Othman.

LUBNAN: Mohamad Dakramanji, Jad Noureddine, Mohamad Haidar, Omar Ouaida, Nour Mansour, Haytham Faour, Ali Bazzi, Chadi Atie (Mustapha Chahine), Kassem Leila, Mahmoud Kojok, Abdallah Taleb


Malaysia ialah satu-satunya pasukan daripada Asia Tenggara yang mara ke pusingan akhir melibatkan 12 pasukan yang akan dibahagikan kepada tiga kumpulan.. perlawanan berformat timbal balas akan berlangsung daripada 21 September 2011 hingga 14 Mac 2012.. semoga berjaya Harimau Malaysia.. wassalam... :)
















p/s : Debaran masih bersisa...

12 comments:

Roti Telur said...

terus mangaumm harimau malaya :)

rafina mimi abdullah said...

yeeyyy..! malaysia menang..!! :)

FF said...

ff tgk mlm td ngn BIL.. tbe2 ff rse ff lak yg xcited lebih.. BIL wat dunno je..haha (malu)

Jahirah said...

go Harimau Malaysia..:)

lilypelangi said...

tahniah malaysia!!

Ferfarfer said...

WAH AWK BULEH JADIK PENGULAS BERITA YG BERJAYA. WHY DONT U APPLY KAT MANA2 STESEN TV ? IT'S GOOD U KNOW

Niena Muhammad said...

Malaysia semakin mengorak langkah ke hadapan.. pasukan kita semakin mantap...

dik oi, manusia mmg hidup lgi lama.. tpi.. diibaratkan.. embun dtg, kemudiann prgi.. kta dtg & pergi..

M Fizan said...

@Roti Telur terus, terus, terus..Malaysia ke Sukan Olimpik 2012.. :D

@Mrs.Yie hehe.. yeeehaaa!!!! :)

@CikFF haha..nak malu apa..kita sebagai rakyat Malaysia perlu bangga dengan pasukan kita..u did a good job..:)

@cik aisha yeah.. go go go ^_^

M Fizan said...

@lilypelangi tahniah!!!

@CIK FERRA AWW YEKE? NANTI SAYA APPLY...HEHE...THANKS AWAK ^_^

@niena shopping2u tepat sekali akak.. pasukan ini dipersiapkan selama tiga tahun.. :)

Green Apple said...

Alhamdulillah... team Malaysia makin mantoop...
harap mereka jauhi RASUAH BOLASEPAK demi maruah negara...
malu weiiii....

suha said...

akak pun tertengok gak semalam sbb kuar makan..lecturer blnje hehe (^_^)

M Fizan said...

@Green Apple syukur alhamdulillah..usaha bertahun2 membuahkan hasil..insyaAllah team nie ada semangat cintakan negara yang jitu :)

@suha hehe..nak bagitau akak kuar dibelanja makan ke akak tengok bola nie? ^_^

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif