Welcome To My Life...

Sunday, June 19, 2011

Harimau Belum Ganas

Assalamualaikum.. beberapa jam lepas aku menyaksikan siaran langsung perlawanan persahabatan bola sepak antara Malaysia dan Myanmar di Astro Arena saluran 801.. sebelum aku teruskan komen ikhlas dari lubuk hati aku yang paling dalam, aku ingin mengucapkan sekalung tahniah buat K. Rajagobal dan anak didiknya kerana berjaya mengatasi Myanmar..

MALAYSIA 2-0 MYANMAR

Puji tetap puji.. kritik tetap kritik.. secara peribadi, aku rasa masih banyak ruang yang perlu diperbaiki jika Malaysia mahu benar-benar mencabar di peringkat Asia umumnya dan peringkat dunia khususnya.. padang yang teruk juga tidak memuaskan aku.. tidak sesuai untuk saingan kompetitif.. aku hairan apabila perlawanan diadakan di Stadium Sultan Muhammad IV dan bukannya di Stadium Nasional Bukit Jalil ataupun Stadium Shah Alam.. ini adalah perlawanan bertaraf antarabangsa dan bukannya Kelantan menentang Perak..

Jika benar Malaysia memasang impian melangit tinggi mahu menjejak aksi Piala Dunia, maka perkemaskan jentera serangan yang aku lihat begitu tumpul sekali.. tidak salah aku katakan Malaysia bernasib baik menjaringkan dua gol dengan kedua-duanya berpunca daripada kesilapan pertahanan lawan.. adakah tuah akan sentiasa memihak Malaysia? Sudah tentu tidak.. Aksi hantaran jauh juga sepatutnya dikurangkan kerana jika kita lihat Sepanyol dan Barcelona yang terkenal bermain dengan hantaran pendek.. Malaysia memerlukan seorang perancang yang kreatif di bahagian tengah..

Aku harap jurulatih K. Rajagobal dapat membaca komen aku ini.. walaupun aku bukanlah pakar dalam bola sepak dan lebih mudah berceloteh bagai Shebby Singh daripada bermain seperti Lionel Messi, sekurangnya aku mempersembahkan pandangan yang ikhlas.. aku puji peningkatan permainan Malaysia... Amirulhadi Zainal sangat tenang menjaringkan gol pertama.. dan teknik Baddrol Bakhtiar menjaringkan gol kedua wajar mendapat pujian.. tetapi banyak peluang keemasan dilepaskan terutamanya melalui Baddrol dan S. Kunanlan..

Tidak dilupakan pujian untuk disiplin barisan pertahanan yang tidak pernah hilang prinsipnya walaupun seketika terleka.. ketenangan Safiq Rahim mengawal barisan tengah selaku kapten.. usaha bersungguh-sunggguh daripada semua pemain yang berlari tanpa henti.. semua aku nak puji.. jangan kembang sudahlah.. ^_^

Keberanian K. Rajagobal mencuba pemain baru juga sangatlah disanjung.. ini kali pertama aku melihat seorang penjaga gol muda berbangsa India dalam diri K. Sasikumar diberi peluang mengawal gawang walaupun hanya untuk tempoh lima minit terakhir.. aku melihat deretan penjaga gawang negara kini semuanya Melayu.. Khairul Fahmi Che Mat, Sharbinee Allawee, Farizal Marlias, Izham Tarmizi Roslan dan Zamir Selamat.. aku rindukan era kegemilangan bola sepak negara ditunjangi R. Arumugam selaku benteng terakhir.. berikan lebih peluang kepada Sasikumar untuk belajar daripada pengalaman...

Keseluruhannya, aku tidak berpuas hati.. aku sebagai peminat yang patriotik bukan fanatik dahagakan aksi yang lebih menghiburkan.. teruskan berusaha.. kami sentiasa di belakang pasukan Malaysia.. selamat maju jaya Harimau Malaya.. mari kita baham Taiwan dalam kelayakan Piala Dunia.. sekian.. wassalam..














p/s : Berangan cakap dengan K. Rajagobal... :)

2 comments:

Alif Haris said...

padang mcm banjir jew .. huk3

M Fizan said...

@alif haris huhu..dah macam main lumpur jer..

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif