Monday, June 27, 2011

A Miles Away

SUMBER : Badminton World Federation

Assalamualaikum... sekalung tahniah diucapkan kepada raja badminton negara, Datuk Lee Chong Wei atas kejayaan beliau menjuarai Terbuka Indonesia 2011 untuk kejuaraan keempatnya di Istora Senayan.. untuk rekod, Chong Wei menjadi pemain ketiga yang memenangi tiga kejuaraan Terbuka Indonesia berturut-turut (2009-2011) selepas Ardy Wiranata (1990-1992) dan Taufik Hidayat (2002-2004).. dalam final perseorangan lelaki semalam, Chong Wei hanya memerlukan 31 minit untuk menumbangkan Peter Gade Christensen dari Denmark 21-11 21-7..

Bagi aku, Chong Wei berada satu kelas jauh di atas para pencabar yang lain.. hanya seorang pemain yang berada satu tahap di atas Lee Chong Wei iaitu pencabar terhebatnya, Lin Dan.. jika Lin Dan bermain pada tahap terbaiknya, Lee Chong Wei harus bekerja keras untuk menang.. tetapi itu tidak mustahil kerana zaman berganti.. siapa tahu satu hari nanti akan muncul seorang lagi pemain Malaysia sehebat Lee Chong Wei.. pembangunan di peringkat akar umbi harus giat dijalankan..















p/s : Sentiasa menyokong pemain Malaysia...

3 comments:

lilypelangi said...

wah ! tahniah Datuk Lee Chong Wei

suha said...

nak tuju lagu boleh? (^_^)

M Fizan said...

@lilypelangi tahniah2..hihi :D

@suha tak boleh!! :D

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif