Assalamualaikum.. tahniah diucapkan kepada pasukan bola sepak Malaysia yang berjaya mengikat Lubnan di tempat lawan malam semalam.. cuma terkilan kerana RTM1 gagal membawakan siaran langsung walaupun tagline mereka ialah "sukan terbaik hanya di RTM1".. mujur ada siaran langsung di Astro Arena saluran 801..
LUBNAN 0-0 MALAYSIA
Perlawanan yang boleh dikatakan seimbang.. Lubnan lebih banyak mengancam pada awal babak pertama.. Malaysia kemudiannya berjaya memberi sedikit tentangan.. sebaik babak kedua bersambung, pasukan Malaysia berjaya mengatur beberapa serangan ke kubu lawan namun gagal menemui penyudah yang diharapkan.. peluang terbaik dimiliki Syahrul Azwari namun disia-siakan..
Beberapa kelemahan dilihat dengan pemain Malaysia gagal memegang bola untuk tempoh yang lama.. sudahlah mudah kehilangan bola, hantaran pula banyak yang liar dan tidak tepat.. mungkin perlu banyakkan latihan asas hantaran.. back to basic.. hantaran jauh juga terlalu kerap dilakukan.. taktik ini sangat berisiko.. pemain Malaysia juga malas untuk merapati pemain lawan yang memegang bola dan berkampung di kawasan sendiri..
Yang positif dapat dilihat apabila disiplin pemain ketika bertahan sangat baik.. pemain yang menyerlah pula ialah Wan Zack Haikal dan Irfan Fazail.. keseluruhannya, persembahan pemain memuaskan namun perlu memanfaatkan kelebihan gelanggang sendiri pada 23 Jun nanti..
p/s : Tetap sokong Malaysia kalah atau menang..

5 comments:
terus sokong pasukn sediri ^_^
o-o aje..
okla tu kn
@Nonie semestinya..malaysia boleh!! ^_^
@liyana huhu..a'ah..not that bad :)
report terbaik (^_^)
@suha yeke? haha..thanks...kalau akak buat, mesti lagi baik :)
Post a Comment