Welcome To My Life...

Thursday, June 23, 2011

Contest : Header Saya Cantik

Assalamualaikum.. wahhh.. hari ini dalam sejarah.. aku join contest.. hihi.. bukan apa.. aku alergik sikit dengan contest, segmen, bloglist nie... bukan sebab aku tak nak sokong blogger.. tapi syarat2 segala bagai macam urusan kahwin pulak.. rumit.. nak kena like fan page dia lar.. apa lar.. WAJIB pulak tu.. aku dah lar tak suka dipaksa kan? hoho.. jadi oleh sebab syarat yang tak terlalu sukar, aku join lar contest nie.. bukan kerana hadiah.. topik contest nie agak menarik.. tahniah kepada tuan blog kerana berjaya memujuk aku menyertai contest diorang..

Sila klik banner untuk turut serta..

Syarat2 Penyertaan

1. Copy banner di atas..
2. Letak banner korang sendiri.. Size bebas..
3. Kalau takde banner, header pun jadi..
4. Tajuk entri (Contest : Banner/Header Saya Cantik)
5. Cerita sikit apa makna banner/header korang..
6. Ajak sesiapa yang nak join..
7. Hantar ke link contest sebelum 11.59PM 27 Jun 2011..
8. Digalakkan follow blog.. (TIADA PAKSAAN)
9. Dialu-alukan like fan page FB.. (TIADA PAKSAAN)

Jadi sekarang, aku nak cerita apa makna header di bawah nie kepada aku.. nie header sulung aku.. daripada follower aku zero sampai lar sekarang.. apa makna di sebalik ciri2 yang memenuhi header aku nie?? Sangat bermakna tau bagi aku.... ^_^

1. Aku pilih tajuk "Nazif Life Story" kerana blog ini menjadi saksi kisah perjalanan hidup aku.. bukan lar diari harian yang aku isikan penuh kisah peribadi.. tapi apa yang aku lalui sepanjang hari dan membawa aku kepada penulisan entri.. aku tak banyak ambik daripada sumber lain.. kebanyakannya asli.. kecuali aku rasa perlu, baru aku ambik, dan backlink kepada sumber tersebut.. selebihnya, berkisarkan kisah hidup seorang aku..

2. Objek dalam header tersebut sangat bererti bagi aku kerana itulah hadiah sulung buat si jantung hati yang aku bagi masa kali pertama aku sambut hari lahir dia dua tahun lepas.. dan alhamdulillah, hubungan kami masih berkekalan hingga sekarang nie walaupun tanpa sebarang ikatan rasmi.. objek nie pernah jatuh dan patah tapi si dia sanggup cantumkan balik pakai gam gajah.. oleh sebab itulah aku sangat sayangkan objek nie.. huhu..

3. Di sebalik objek itu juga, aku menyembunyikan obsesi aku kepada "CINTA" dalam perkataan "LoveYou".. aku tak suka gaduh2 sebenarnya.. aku nie cintakan keamanan dan kedamaian.. aku bencikan peperangan dan pertelingkahan.. aku tak suka tengok manusia berbunuh-bunuhan.. aku cukup rasa puas jika elemen CINTA tu aku dapat salurkan kepada pembaca2 blog aku nie...

4. Gambar tu pulak aku jadikan header sebab ia ditangkap sendiri oleh gadis-masa-depan aku.. itu menunjukkan betapa dia sangat menghargai pemberian sulung aku.. aku terharu lar.. aku muka ganas, dalam hati ada taman.. hoho.. itulah erti gambar itu kepada aku sampai aku jadikan ia sebagai header..

5. Tagline "It's where the dreams begin" pulak aku pilih sebab aku obses kepada kuasa mimpi.. macam dalam lagu Laskar Pelangi (Nidji).. mimpi adalah kunci untuk kita menaklukkan dunia.. jadi aku rasa puas jika aku berjaya menimbulkan bibit2 mimpi kepada para pembaca blog aku.. aku harapkan membaca blog aku dapat memulakan mimpi seseorang.. itulah yang memuaskan aku sebagai seorang blogger..

6. Okey.. "A Guy From Mars".. Lelaki Dari Marikh.. sebabnya aku nie 'pelik'.. bukannya aku nie berasal daripada planet Marikh.. pelik bukan lar aku nie pakai seluar dekat kepala atau selipar dekat tangan.. tu buang tebiat namanya.. kih2.. pelik nie dalam erti kata lain, lain daripada yang lain lar.. aku tak ikut arus blogger lain.. aku menongkah arus.. susah nak cerita.. memang pelik lar.. pelik kan jawapan aku? ^_^


Haha.. amik kau.. nie lar semangat pendam selama dua bulan.. kemain lagi aku cerita berkobar-kobar... pemilik contest nie suruh cerita sikit jer pasal header.. aku bukan reti cakap pendek2.. kalau diberi peluang, nie lar hasilnya.. hihi.. tak bajet bagus pun nak menang.. orang lain ramai yang lagi hebat2 diorang punya header.. aku cuma bercerita pasal header aku macam yang disyaratkan.. kalau ada rezeki tu, syukur alhamdulillah lar... dan lagi, aku saja nak senyum dan gelak sorang2 bila baca entri nie balik suatu hari nanti.. hehe.. just enjoying my simple life.. peace yaww!! wassalam...














p/s : Best jugak join contest nie... haha..


18 comments:

Unknown said...

good luck!

Adam Azra said...

bro, 1st nak ucap thanks sebab join contest nih. btw, sangat bermakna header tu dalam hidup ko bro. termasuklah objek i love you tu. wahh superb la. seronok je baca. and for ur info, aku ada jgk objek mcm tu, tapi dia tulis bestfriend forever. hahaha. dan ko memang pelik bila nak terangkan pasal "A guy from mars" tu. hahahaha.. ok bro. apa2 pun.. wish u good luck and kalo ada rezeki ada la, bukan hadiah yg kita cari.. bak kata ko, ko tulis pn utk ko baca 1 day nanti. btul tak? :) salam kenal dari adam :)

lady-D said...

gud luck ya naz..

Unknown said...

aku join

rafina mimi abdullah said...

good luck nazif :)

sue perbs.. said...

wah.. bnyk mksud tersirat di sebalik header ni ye.. huhu.. nk join tk de header sndiri pulak... gud luck..

BubuBobot said...

Alalalala comelll :)

Hans Hanis said...

semoga berjaya weih
:-)

Review Filem Rasuk

Syazana Zainn said...

cewah panjang berjela a guy from mars ni menghuraikan maksud dan erti header beliau :D

p/s: nak join, tp my header terlalu simple..ekeke

M Fizan said...

@abah khalisha tenkiu2..:)

@adamainaa sama2 bro..semestinya sangat bermakna..hoho..thanks sebab owner contest sudi baca aku merapu..huhu..ko mesti hargai objek bestfriends forever tu macam aku hargai objek nie kan? :D

betul2..aku nak baca satu hari nanti..cuma aku bagi yang terbaik jer bila dah join contest nie..huhu..thanks again..salam kenal dari nazif.. ^_^

@d_LA thanks dyla ^_^

M Fizan said...

@Mohd Shukri Fadzillah goodluck :)

@Mrs.Yie thanks akak.....:)

@sue perbs.. yang tersirat tak tersurat..huhu..tenkiu3 :)

M Fizan said...

@nurAMALLINA yeke comel? hehe..thanks.........:)

@Hans tenkiu so much :)

@schaze zainn haha..saya bukan boleh dapat peluang..mesti buat yang terbaik..haha

p/s : haha..awak berfantasi lar masa nak huraikan apa yang nampak simple tu :D

lilypelangi said...

fuyoo~~ header dia cntik :D

all the best k! hee

Syaza Kelyza said...

good luck ! :)

M Fizan said...

@lilypelangi haha..ikhlas ke? hee...tenkiu2..wish me luck :)

@syaza kelyza thanks syaza ^_^

suha said...

dh lama xjoin contest

gudluck (^_^)

M Fizan said...

@suha saya pun memilih..huhu...

thanks akak ^_^

M Fizan said...

@alif ismail hehe..sila lar curi..thanks :)

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif