Sunday, June 19, 2011

Temuramah Yang Tak Ramah

Alkisah di suatu pagi yang hening.. sayup2 gorila berkicauan.. terlihat seorang wartawan Utusan Marikh bernama Ahmad Marikh gundah gulana seperti kematian emak angsa.. selepas puas bertanya kepada ayam yang sedang berak kapur, kucing dan anjing yang bergomol, itik yang pulang pagi ke rumahnya dan cacing yang kepanasan, akhirnya Ahmad Marikh berjaya menemui blogger A Guy From Mars, Muhammad Nazif, yang khusyuk membelai kambing biri-birinya yang sedang meragut dedak..

Ahmad Marikh (AM) : Assalamualaikum, sedara..
Muhammad Nazif (MN) : Waalaikumussalam, duadara, tigadara..bla bla bla bla bla..

Terkial-kial Ahmad Marikh menggaru kepalanya yang penuh kutu.. seraya dia menyambung perbualan..

AM : Dari jauh ke mari, membawa hajat di pundi kencing..
MN : Dari mana saudara datang? Isketambola?
AM : Jauh.... dah tujuh lautan api saya renangi..
MN : Dekat jer tu..
AM : A'ah.. dekat dengan saat saudara akan ditumbuk oleh saya..

MN pun mengajak AM masuk ke rumahnya yang hampir roboh dan menjemputnya duduk di atas sofa yang hampir terburai isinya..

AM : Saya datang nie mewakili Utusan Marikh nak ucapkan tahniah sebab blog Lelaki Dari Marikh awak dah dapat 1000 followers selepas dua bulan berblog..
MN : Masya Allah.. datang jauh2 cuma nak cakap tu.. baik awak hantar sms.. nombor telefon saya 017-429xxxx.. apa pun, terima kasih daun serai wangi..
AM : Sama2.. takpe.. saya sebenarnya nak temubual saudara sikit..
MN : Eh, kenapa sikit? Saya boleh jer jawab soalan saudara sampai raya 10 tahun lagi..
AM : Takpe lar.. anak bini saya kat rumah nanti terpaksa makan pasir pulak.. boleh saya tanya satu dua soalan?
MN : Saya rela jawab sejuta dua soalan.. apa soalan pertama?
AM : Apakah yang dilakukan oleh saudara sampai dapat followers satu milenium?
MN : (Senyum unta) Saya ikut nasihat otai dan sifu serta pendeta blogger.. saya blogsleeping, promote milo ais, serta ping pong di sana sini...

AM pengsan kerana pankreasnya beku selepas mendengar jawapan merapu daripada MN.. apabila dia sedar, mereka bermain catur sebanyak 30 permainan sebelum menyambung temuramah..

AM : Adakah saudara ingin mengucapkan tahniah kepada sesiapa?
MN : Ada.. sebilion tahniah diucapkan kepada follower saya yang ke-1001 dan ke-1010 kerana berjaya mendapat nombor bertuah.. tahniah juga kepada semua followers saya yang lain kerana mereka berjaya menekan widget follower selepas bermandi peluh.. begitu juga kepada yang mengomen entri saya selepas terliur melihat gambar Angelina Jolie sedang makan ketupat cicah asam jawa.. tak saya lupakan ucapan tahniah untuk mereka yang sakit tekak selepas jerit sekuat hati di kotak jerit saya.. TAHNIAH kerana mereka berjaya menjadi yang berjaya berbanding yang tak berjaya..
AM : Saya tak faham apa yang dimerepekkan oleh saudara.. tapi kenapa saudara tak sebutkan ucapan tahniah kepada follower ke-999 dan ke-1000.. adakah mereka tidak bertuah?
MN : Soalan yang sangat sopan tersipu-sipu malu.. erk? Saya sebenarnya gagal mengesan pautan blog mereka kerana tidak termuncul di profail mereka.. follower yang ke-999 bernama aleena annelis dan follower ke-1000 bernama waNi 149.. kalau saudara ada terserempak dengan bayang2 mereka atau roh mereka terbaca temuramah-yang-tak-ramah nie, sila lar lapor diri dekat kotak jerit.. saya nak buat rebiu blog.. uhuk2.. bla bla bla bla bla..

AM tertidur mendengar MN berceloteh.. selepas MN menyimbah asid ke muka AM, mereka menonton rancangan televisyen Cinta Melody, Maharaja Lawak, CSI Miami, Upin dan Ipin dan Nora Elena secara maraton sehingga AM mengantuk lagi..

AM : Adakah saudara nak ucapkan terima kasih kepada mana-mana pihak?
MN : Semestinya.. saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dipermudahkan segala urusan berblog.. saya berterima kasih kepada semua followers saya yang sangat baik hati, penjerit2 di kotak jerit yang rajin naikkan trafik, pengomen2 tegar yang tak pernah putus memberi komen dan menyokong blog Lelaki Dari Marikh.. huk2.. terharu......
AM : Satu soalan cepuplatinum.. adakah saudara nie blogger gila trafik dan pentingkan followers? Apa guna followers ramai kalau entri tak ada yang komen?
MN : Sangat tidak matang sekali soalan kebayian dari awak.. hihi.. bagi saya, bila ada followers, ada lar yang komen entri.. dan alhamdulillah, entri saya masih ada yang komen dan saya berpuas hati walaupun tidaklah sebanyak komen di blog lain.. saya bersyukur dengan apa yang saya ada.. kerana "what u give, u get back"..

AM dan MN minum berteko-teko milo kopi, teh, milo ais, sirap bandung, dan jus halia.. kemudian mereka melantak 60 ketul ayam goreng KFC, bihun, karipap, tomyam cicak serta spaghetti masak asam pedas.. barulah bersemangat mereka meneruskan temuramah..

AM : Apakah sasaran saudara selepas ini?
MN : Erk? Selain daripada menyasarkan lapang sasar tersasar daripada sasaran, sasaran saya ialah menjadi blogger yang dapat menyampaikan sesuatu yang bermanfaat kepada orang lain..
AM : Apakah harapan saudara dalam dunia berblog ini?
MN : Harapan saya ialah Tanjung Harapan, Rumah Sinar Harapan dan lagu bertajuk Harapan nyanyian Fazli Zainal.. pertama, saya ingin dunia blog aman tanpa peperangan.. selain itu, saya harapkan blog saya dapat dibaca oleh tenuk, cipan, cimpanzi, kangaru, ungka serta semua binatang di rimba.. saya juga mengharapkan blog saya akan diterjah oleh Mak Cik Imah, Pak Cik Sameon, Munusamy, Ah Leng, Robert Beckham, Shah Rukh Gandhi, Jackie Chong, bla bla bla bla bla bla.......

Selepas menahan kesabaran selama enam puluh purnama, akhirnya temuramah-yang-tak-ramah antara Ahmad Marikh dan Muhammad Nazif tamat dan berjaya direkodkan untuk tatapan para pembaca Utusan Marikh... sebaik saja pulang daripada temuramah itu, Ahmad Marikh dijangkiti tibi, HIV positif, batuk kering, diabetes, darah-tinggi-setinggi-tingginya.. mujurlah Ahmad Marikh masih panjang usianya untuk menyebarkan hasil temuramah..



Temuramah tiada kena-mengena dengan yang pengsan atau yang telah nazak..



MORAL 1 : Bersyukurlah dengan apa yang kita ada..

MORAL 2 : Jangan malas untuk berterima kasih dan menghargai orang lain..

MORAL 3 : Janganlah merapu sehingga menyeksa batin orang lain..

MORAL 4 : What u give, u get back..

MORAL 5 : Jika tidak menyenangkan orang lain, jangan pula menyusahkan..
















p/s : Adakah temubual tanpa perbualan?

18 comments:

ABU said...

aku pun bru je nak bgi ucapan tahniah utk follower yg ke 500..esok la..hehehe

apik pehe said...

hahahah..panjangnyer dia merapu..hahaha..tapi tahniah tau...

BΛBYDIΣRΛツ said...

Haha , panjang benar temuramahnya . Haha :P

qudwa said...

haha...best la entry ni...trgelak aq sorg2 dpan lappy...nsib bek xde org tgk...hahaha

saye 1103...XD

M Fizan said...

@ABU hehe..aku esok nak ucap tahniah kat follower2 bertuah..hihi

@apik pehe haha..pendek lagi tu..boleh lagi panjang..haha..thanks apik :D

@BΛBYDIΣRΛツ haha..merapu mesti panjang..temuramah-yang-tak-ramah..:D

Liyana Zahim said...

Moral: Sy blajo perumpamaan baru.. Oh anda pengganti karam singh walia! Taniah! Hahahahsahahahah~

adwafarahin said...

interview pnjng gila ye n tahniah!

noted the moral of the stories :)

meaw said...

wakakaakakka, ayat yang sempoiiiiiiii,tahniahhhh tau! semoga utusan marikh laku,kekekekeke.... suka dengar perbualan antara AM dgn MN tu,hehe....

Shamsuddin Amin said...

tahniah....

btw
ak suke g tanjung harapan... hoho

Nonie said...

adoiii la..pnjng berjela yer kamu merapu..kihikih.
thniah..ramai betul peminat ^_^

chemay said...

wah baru bape bulan blogging.
dah beribu.
tahniahhh
:)

M Fizan said...

@qudwa best ke? huhu..thanks a lot..tahniah sebab berjaya tergelak..haha.. :)

munirah said...

tahiah dah sampai 1000+ followers..hehe.. bile lah aku boleh sampai tahap kau.. :P

M Fizan said...

@Liyana Zahim moral : thanks a lot..saya anggap itu pujian..hihi.. thanks again....huhuhuhuhuhuhu :D

@adwafarahin haha..panjang ada makna tu..:P

tahniah sebab berjaya kesan moral di sebalik mi goreng ikan salmon :)

@meaw sempoi ke? wakakakakaka..thanks tau.......thanks so much.....insyaAllah laku utusan marih nie..hihi.. thanks sebab suka perbualan merapu tu..huhuhuhu ^_^

M Fizan said...

@Shamsuddin Amin thanks2...

tak penah sampai lagi tanjung harapan..huhuhu..

@Nonie kihkih..sekali sekali jer merapu..hoho..
err..thanks...mana ada peminat pun..sahabat semua tu..:)

@chemay huhu..kalau tak berjalan2 di tepian pantai, takde lar ramai gitu..huhux..

THANKS A LOT ^_^

M Fizan said...

@munirah hehe..bila kau rajin blogwalking dan ping blog sana sini..:)

suha said...

hebat!(^_^)

tahniah..seronok tol bace interview tu hehe

M Fizan said...

@suha
mana hebat pun..huhu

seronok ke? hee..thanks a lot akak ^_^

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif