Saturday, June 4, 2011

Kebangkitan Terhebat

Salam.. entri sederhana panjang.. nie dia...... perlawanan paling menarik Liga Perdana Inggeris musim 2010/2011.. layannnnnn..

MATCH OF THE SEASON
Newcastle United 4-4 Arsenal
St. James' Park, 5 Februari 2011


It's the game of two halves.. Arsenal kelihatan dalam laluan membelasah Newcastle apabila hanya memerlukan 40 saat untuk mendahului 1-0 menerusi jaringan Theo Walcott.. dan masa perlawanan belum mencecah 3 minit ketika Johan Djourou menjadikan kedudukan 2-0 untuk Arsenal.. dan Robin van Persie meledakkan gol ketiga sebelum masa permainan mencecah 10 minit.. dan tandukan Robin van Persie menyaksikan Arsenal menamatkan separuh masa pertama dengan kedudukan 4-0.. pasti ramai yg menyangka Arsenal akan membenam cabaran Newcastle dengan berkenduri gol.. pasti tidak ada sesiapa yg menyangka perlawanan ini akan menjadi perlawanan yg bersejarah..

Memang nampak mustahil.. tetapi Arsenal terlalu santai kerana menyangka mereka telah mendapat tiga mata penuh.. tinggal 22 minit saja lagi sebelum permainan tamat, dan Joey Barton memulakan segalanya dengan menjaringkan sepakan penalti.. Leon Best mengejutkan Arsenal dengan merembat masuk gol kedua Newcastle.. dan perlawanan itu dihidupkan semula apabila Joey Barton menyepak masuk sepakan penalti keduanya untuk kedudukan 3-4.. game on.. masa sebenar permainan hanya tinggal 5 minit apabila Cheik Tiote menjaringkan gol penyamaan yg cantik.. St. James' Park gegak gempita..

Perlawanan ini adalah memori pahit buat penyokong Arsenal dan memori indah lagi bahagia buat para peminat Newcastle.. Newcastle bangkit daripada ketinggalan 0-4 dan menyamakan kedudukan 4-4.. Newcastle United melakukan antara kebangkitan terhebat dalam sejarah liga Inggeris..















p/s : Tak suka menang mudah.. tak ada seri..

2 comments:

Azroy Kassim said...

selangor!! selangor!!

M Fizan said...

@Azroy Kassim haha..apa kes slangor plak nie? =P

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif